Monday, April 16, 2012

dress

Assalamualaikum..

Salam hari isnin.. hari ni ok tak korang? kami alhamdulillah sihat sejahtera.. weekend lepas 2 hari asyik keluar masuk rumah je. siap la malam ni baru nak melipat kain penuh selantai.. nak jalan selak kain, bukan selak kain yang sedang dipakai tapi selak kain yang belum berlipat tu.. camana tu. hehe. malam ni la kot baru nak settle semua..

Hari sabtu, pegi kenduri jiran belakang rumah sempena aqiqah cucu dia. janjinya nak kasi puding/agar2 untuk jiran tu. sekali, punyalah bersemangat nak buat, boleh pulak lapisan pertama tak mengeras.. so, tak jadi proceed untuk lapisan seterusnya. aku pun tak tahu la apa masalah lapisan susu tu.. jadi, keesokkannya pergi menonong sambil kendong si kecik.. bila time balik, tuan rumah pun sibuk. salam2, dia cakap :-

jiran: terima kasih la ye kasi kuih 
aku (ni heran) : eh, saya tak kasi kuih 
jiran : ye ke, kak A cakap awak kasi kuih. terima kasih banyak la..
aku: ha'ah.. yelah. sama2.. 

Rupanya akak pengasuh aisyah sudah cerita sama jiran belakang aku mahu kasi kuih.. sekali tu, kuih tak jadi camano nak kasi.. iyekan je la. akak tu pun sibuk agaknya tak sempat nak telek kuih apa yang orang kasi.. kononya semalam nak buat lagi, memang buat pun, tapi layer susu tu tetap tak mahu keras.. tapi aku teruskan juga dengan layer seterusnya. nak tahu kuih apa? ni, cer bukak tengok cantik sangat dari blog kak ita masam manis. SNOW PUDDING.

cam ni la rupa dia, cantikkan.. cer korang cuba.. 
picture amik dari blog kak ita masam manis

layer susu tak mengeras lansung, layer stoberi dan coklat - perfect keras. cun. sekali aku nak makan kaut dengan sudu, tembus layer susu membanjiri layer kedua dan ketiga.. tapi rasa dia memang sedap!!!! nak buat lagi la, aku akan berusaha keras untuk menjadikan layer susu itu keras.. hehe.. terima kasih kak ita atas reply komen!!!

Ok, stop pasal puding tak jadi ni. meh tengok pulak dress aisyah yang pertama!! yeay, dia dah pakai baju gaun.. pegi kenduri, aku pakaikan dia baju gaun pink. baju tu untuk baby 6-12 bulan, sekali tu senteng la pulak. abis nampak pampers. pakaikan legging kasi cover kaki nanti kena gigit nyamuk :-p

ala nomei2.. renungan mata menikam kalbu. 
ni aku edit dalam picasa.. picnik dah nak tutup. lagi laju picasa ni..
baju dah basuh, sekali tu bunga tu dah tanggal. hehe. baju jusco je :-)
next, baju kedua!!

ala nomei2.. kulit mengikut warna baju ye. hehe.. kali ni sikecik ni cerah la pulak :-p

cak.. dah boleh meniarap tau!!! alhamdulillah :-)

 celebrate birthday cousin aisyah belah ayahnya..

 sayang adik...

baju pemberian kawanku @zailina masa aisyah dalam hari, now dah boleh pakai :-)

lepas ni cari dress je la untuk aisyah :-)

ok, bye. wassalam :-)

10 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

betul mengiurkan puding tu sue.. nak try gak larr.. walaupun tgn nih keras..

dan aisyah pun nmpk mengiurkan gak..tahap nak geget2..hehehe..;)

Suliana said...

hehe.. kita pun kdg nak gigit2 je .geram :-)
linda try la wat puding ni, sedap!!

Syahada Ahmad said...

Comeinye aisyah. Cute cute cutest!!

Ana Suzana said...

betul tu.. ana dah try resepi tu.. terbuang mcm tu je sbb lapisan susu tak keras.. huhuhu.. kena cari tang mana silapnye nih..

Huda said...

aahlah cam sedap je puding tu, ha kan seronok ada baby girl kan, seronok nak pakaikan dress je..tunggu dia besar lagi, mesti lebih teruja..

fiza arshad said...

comey!!yg edit tu pn comey!! rjn k.sue :) fiza dlu2 edit picasa pn x secomey mcm kak sue edit hehe

sisanizu said...

Putih nye aisyah humairah..comel

Suliana said...

sya, terima kasih!!

kak ana,
oo sama juga ye tak jadi. hmm tu lah, ntah mana silap nya..

fiza,
cepat sikit edit pakai picasa compared dgn picnik. kena letak juga water mark :-)

sarah,
aisyah tak putih sangat ler. hehe.. tu su tmbh highlight skit. hehe. almaklum la tak berapa nak putih :-p

sisanizu said...

ye ke...xcaya..tp aisyah Su ni memang comel dh jugak pun..he he..mungkin sbb nama dia aisyah...;>

Suliana said...

betul betul betul :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails