Monday, April 23, 2012

ceria

Assalamualaikum..

Selamat pagi isnin semua!! semoga korang semua ceria2 belaka. terima kasih masih sudi membaca blog yang tak seberapa ni. terima kasih kepada follower2 baru.. blog ni cerita pasal diri sendiri dan juga pasal keluarga khususnya cerita anak2. Ditambah rasa dengan cerita anak2 yang dua orang sedang membesar ni, suka duka, marah, geram, kasih sayang, semua lengkap lah secukup rasa, al maklumlah perempuan, emosi :-) kalau cerita kat laki, dengar juga, tapi pastu senyap sunyi. no response. kalau bagi response, seperti berlakon pun ye juga. huhu. saje nak amik hati la tu.. hehe.. tak pela, better diluahkan kat sini, tapi bertapis :-)

kadang2, kalau rajin, diselitkan juga cerita tentang perjalanan breastfeeding. kebanyakkan telah diceritakan di zaman aqil :-) zaman aisyah humairah sikit2 je, kalau nak tahu cerita dolu2 boleh klik label breastfeeding & breast pump :-) cerita berkaitan cloth diapers pula tak banyak. sikit2 je sebab  masih baru belajar. 

Menjalani hidup sebagai seorang isteri dan ibu sebenarnya mengajar kita erti hidup yang sebenar. setiap hari ada je benda baru yang kita pelajari.. dan sehingga kini masih mencari2 bagaimana nak perbaiki diri ke arah yang lebih baik... chewah. ayat buku pulak ;-p

Sebenarnya hari ni aku ni nak ganti puasa yang sehari tu.. tapi, aku tak bangun sahur. bangun, tapi tutup jam. :-) mana boleh tak sahur, mesti flat la petang karang. makan dah la banyak. kalau tak makan, memang menggigil.. pulak tu, hari ni balik aku naik lrt. nak menapak ke stesen lagi.. khamis la puasa.

Okey, nak kasi ceria lagi pagi ni . nak tunjuk gambar aisyah humairah yang dah baik demam. alhamdulillah sangat2.. lepas dia demam dan memberi tekanan kat ibu dia hari tu, effect dia, dia tak nak letak  bawah. sabar je la. kalau dah berdokong tu kan, letak balik memang berdebar je la. siap la dia menangis.. itu kalau kita kejap letak, kejap angkat. marah la minah tu kan, memainkan perasaan dia. hehe..

Lagi, kalau dia tengah meniarap tu, dia tengok kita lalu, punya la excited dah macam ulat beluncas atas tilam. sian dia, kadang ibu & ayah lalu sambil agah2 dia, tak angkat pun dia. hehe.. kalau kita pegi kat pintu, dah pandai buat muka kesian minta diangkat. ibu kan, tak sampai hati dengar anak nangis. tapi ayah dia kata, biar duduk bawah.

 ceria
 ngences (airliur menjejeh)
 dah pakai baju saiz 6-12 bulan
 aqil yang sayang adik dia :-)
pose statik
aisyah dan aunty nya, mak ida datang rumah

Nak ambil gambar aisyah ni, bukan boleh reti diam. aku kena set scene SPORT kalau nak snap. bergerak2 sana sini. blur dah gambar tu. hehe.. oklah tu je hari ni :-)

bye wassalam

3 comments:

Huda said...

kejap dah besar kan..comel...:)

Anis said...

Assalam. Comel sangat! Mmg kalau ade baby ni semua yg dia buat kita rasa comel kan? Anyway selamat berkenalan. Jemput ke blog saya

http://anisvitashop.blogspot.com/2012/04/7-kalimat-dipandang-mulia-di-sisi-allah.html

Suliana said...

huda,
alhamdulillah, 4 bulan dah :-)

anis,
terima kasih.. insya-Allah sy singgah :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails