Wednesday, April 4, 2012

beduk diketuk

Assalamualaikum..

Semalam, aku jalan2 waktu lunch teman kawan pergi kedai batik.. Singgah di sebuah kedai buku nak belikan bahan bacaan untuk aqil. padahal agak berlambak juga la buku untuk aqil. tapi masa aqil kecil dulu, colouring book adalah yang paling banyak. tapi kaler gitu2 je la.. kita suka membeli buku untuk anak2 tapi tak de masa nak mengajar diorang kan. kadang balik rumah masak, makan, settlekan barang2 untuk hari esok, lipat kain bla bla bla, dah penat, dah pukul 10 dah pun.. dari jam 6 sampai jam 10 malam tu, aqil duk ralit tengok you tube je.. masa umur dia setahun, ada la juga aku belikan flash card. tapi flash card tu macam tak berapa best je.. dia buat sepah2 lagi ada, lagi stress aku tengok rumah bersepah. huhu..

Semalam, aku beli lagi flash card. hehe.. tapi flash card semalam tu lagi tebal dan lagi best. Upper Case ABC dan tunjuk gambar, serta wording dia dalam bahasa inggeris. tapi aku ni pun kadang konfius, nak fokuskan ABC huruf besar ke huruf kecil? kalau aku tunjuk a kecil, dia tak tahu. padahal dia dah kenal A besar. tapi budak umur 3 tahun ni memang cepat serap.. ajar je lah apa saja pada mereka, insya-Allah boleh masuk. tapi aku ni la takut dia konfius nanti.. hehe.. Kad semalam A = aeroplane. tapi aqil baca A = kapal terbang.. hehe.. K= kangaroo tapi dia tengok kanggaro tu macam tikus dia sebut tikus.. huhu.. apa la aqil ni..

Ok, tu bahan bacaan untuk aqil.. tiba2 terlintas nak tanya penjual tu. buku BEDUK DIKETUK ada tak? ada. terus je aku bayar tak tengok lagi harganya berapa.. RM 20.60.. mahal juga kan. tapi, isi dia memang best!! buat masa ni aku baca lompat2 dulu.. tapi terkena pulak batang hidung sendiri.. aiyakk... camana ni.. menyesal beli? hehe.. tak de la menyesal, bagus la , menyedarkan diri kita ni yang kadang kala lupa..

buku untuk ibu ;-)
 terbitan : TELAGA BIRU 
penulis : Pahrol Mohd Juoi


sedikit petikan untuk dikongsi bersama..

Cubalah beli.. :-)

Bye. wassalam.. 

7 comments:

ejaMaria said...

kat mana beli buku ni?

Suliana said...

kak maria, beli kat kedai buku sebelah INSAF tu..

intz said...

saya pun ada buku ni...
hadiah dari wardina..
mmg byk cerita dalam tu berkisarkan kehidupan kita kan..
bila baca tu rasa senang nk serap.. penulisan yg ringkas dan bersahaja..

Lida Rahim said...

so jgn lupa simpan resit utk claim PCB tu hehe.. (akak baru tahu)

ejaMaria said...

TQ... nnt bole cari la... ;p

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

Sue boleh bg penulis buku ni tak? Nk sueuh asben carik dkt national library..

Suliana said...

linda,

terbitan telaga biru . penulis Pahrol Mohd Juoi. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails