Friday, April 27, 2012

balik kampung!!

Assalamualaikum..

Salam hari jumaat.. semalam agak busy nak blogging.. keserabutan kembali melanda. dah dapat gaji pun tak dapat nak membuat urusan perbankan.. huhu.. dia kena tenang2 baru boleh bayar itu ini kan.. 

Semalam, dapat rasmi katil baru. yeay! hehe.. katil baru dan rak kasut baru. katil baru tu beli ala carte je, tak beli satu set bilik tidur pun. konon nak beli tilam je, al maklumlah dah masuk tahun kelima perkahwinan, tilam pun dah rasa spring, sekali tu beli katil sekali lah, ada la juga katil tambahan lagi satu :-p mahluk yang melanyak tilam tu pun dah bertambah ramai, di samping berat badan yang bertambah. maka elok saje ditukar tilam yang lagi empuk. hehe.. tapi, tidur dengan anak2 je lah, encik suami masih tidur di bawah, belum kemas sepenuhnya.. nanti aqil akan diasingkan ke katil single tapi still attach dengan katil kami. Aku dah bagitahu aqil, buat muka sedih pulak nak kena tido kat katil bujang tu.. huhu..

Okey, semalam juga, busy mengemas beg nak balik kampung. semangat tu :-)mesti ramai yang ambil cuti hari isnin ni kan.. termasuk lah aku.. malam ni juga, ajak en suami balik Johor. dah lama tak balik since bulan 2 selepas berpantang.. rindu! tok ma dan atok pun mesti rindu nak tengok aisyah dah semakin membesar. alhamdulillah :-)

Okeyla, tu je nak share pagi ni.. wassalam :-)



2 comments:

ejaMaria said...

tilam + katil baru = bestnyerrr ;p

sisanizu said...

Bestnye..katil baru..king size ke? Sy pun penah pikir camtu..attachkan katil single kt seblah..skang ni ashraf tido ngn abah dia kt bwh..geng pempuan je tido atas katil..hehe

Bestnye blk kampung..sy rindu nk blk kg gak..tp kg jauh..tunggu pilihanraya nk dkt dah..br blk xbleh blk kerap..kelantan jauh..hu hu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails