Monday, April 9, 2012

4 bulan sudah

Assalamualaikum..

Aisyah humairah pada 7 April sudah 4 bulan. Alhamdulillah.. Ya Allah, Panjangkan usia anakku, sihat tubuh badannya, murahkan rezeki nya. Amiiin... (update : Berat 5.7kg panjang 64cm )

baby ibu ni dah panjang akalnya. tapi belum boleh meniarap lagi. sabar ye ibu :-) dah menunjukkan tanda nak meniarap seperti mengiring. pernah berjaya meniarap sekali, lepas tu tak lepas2 dah. itu pun sebab duduk atas tilam lembut. hehe.. kalau diletakkan dalam keadaan meniarap, siaplah dia berpusing2 dah keluar dari kawasan. takut juga tergolek..

Pandai ketawa apabila diagah. sangat suka tengok muka abang dia @ aqil. kalau aqil main ketuk2 dah tergelak2 dah dia.. ada satu hari tu, aqil tido sebelah dia, dia sibuk duk agah abang dia. hehe..

Masih suka tido. Masih menyusu badan sepenuhnya, alhamdulillah.. kesihatan aisyah sekarang ialah tak sihat. selsema. bila dah baik, abang dia pulak selsema. pastu rotate macam tu je la.. baik kejap selsema balik.. sian tengok baby selsema. meleleh je, kadang berbelon hidung dia dengan hingus. bila kita picit nak keluarkan hingus, marah pulak..

happy time!!


tak suka dibaringkan.. nak observe sekeliling la ibu :-)

sweet smile

 cakap cakap :-)

ibu tolong tiarapkan.. 


Esok baru ibu nak bawa aisyah pegi cucuk.. cucuk 4 bulan possible demam tak? ntah berapa kilo dah anak ibu ni.. harap2 naik banyak la ye nak.. tapi ibu tengok aisyah ni memanjang.. hehehe. okeyla.. bye. wassalam :-)


3 comments:

ejaMaria said...

nampak nya ibu kena ambil lebih vitamin C... jadi nnt aisyah dgn aqil dpt vitamin dari susu ibu sekali untuk pencegahan jangkitan selsema... ;p

Suliana said...

kak maria,
kena beli vit c la macam ni :-)

Wanie Halil said...

yup..wani until now mmg amik vit-c..raeys pun now wani dh ajar mkn vit c..alhamdullah..dia ok..dan sgt bgus..asal blk skolah, dia mesti minta C..hee~mmg sgt bgus utk elak selsema batuk n demam. :) wani amik nutrilite punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails