Wednesday, March 7, 2012

update 3 bulan

Assalamualaikum..

Aisyah Humairah dah 3 bulan hari ni. Alhamdulillah.. berat dia 5.2kg.. kecik molek je si cantik manis ibu ni.. hehe.. kalau boboi tu mesti dah melambung2 semangatnya kan.. ni gegirl ibu 0.6kg je.. tu la, tido je awak ye.. Lepas ni ibu nak kacau aisyah tidur..

selama 3 bulan ni aisyah dah pandai lawan2 agah, senyum, cakap2 bahasa dia bila diagah. kalau duduk sorang2 tu, dia ok, tapi jangan lama2 nanti dengar lah dia uk ek uk ek.. hehe. kalau tak dengar dia berbunyi, cer intai dia, mesti dia zzzzz :-) Time tido pulak, kemain lasak budak ni. dah tak tido tepi, tapi tido tengah.. bahaya letak tepi, takut tergolek.. EBM yang dibekalkan adalah 3 atau 4 botol sahaja berisi 4 oz dan 3 oz.. Bila dia lapar, memang habis 4 oz tu.. kalau tarik puting tu, mula mengamuk..

Aisyah ni jenis suka muak.. walau pun dia dah burped, mesti ada juga la lelehan atau muntah dia. muntah lendir. Tu yang aku suka letak dia meniarap tu. at least susu dia tu boleh keluar sendiri kalau aku tak perasan.. Tadi cek up dia, amik kesempatan jumpa doktor. kot2 la dalam dada dia ada kahak ke kan.. tapi doktor kata tak de apa bunyi pun.. selsema dia dah seminggu tak kering. kalau tidur tu macam bunyi tersumbat kat hidung dia.. Nanti ibu beli nasal spray untuk aisyah ye. 

 nampak je tembam dalam gambar, tapi kecik je saya ni :-)

permata hati ku..

tadi singgah kedai runcitku aka SOGO, beli baju siang aqil 2 pasang. ternampak pulak headband comel ni. dulu aku pelik juga bila parents letak headband kat baby, sian baby. tapi now, aku pulak beli dan pakaikan untuk aisyah.. hehe. tapi aku beli yang simple je la. tak de la bunga2 setompok atas kepala botak dia tu. hehe..

Okeyla.. aisyah, semoga membesar dengan sihat ye..

Bye, wassalam :-)

2 comments:

hamzah ian said...

pergh.. comel2.. hehe

Lida Rahim said...

kedai runcit dah sale ke?? ari tu tanya SG kat situ katanya 10hb baru sale huhu

headbend tu kena ajar dari awal kot... nanti kalau dah besar sikit langsung dah tamo pakai kot budak2 ni (anak akak la) tgk anak org ok jer pakai huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails