Wednesday, March 14, 2012

tikar mengkuang aqil

Assalamualaikum..

Ini tikar makan kegemaran aqil.. Masa berpantang dulu, aqil duk usung ke sana ke mari tikar mengkuang mak aku. asal nak makan, dia cari tikar ni.. Pegi terengganu hari tu, aku ternampak tikar ni, terus aku beli dengan harga RM 10.. tok ma aqil hadiahkan aqil..

so, makan beralaskan tikar la kita ye.. tak payah dah aku nak mengelap2 meja lepas makan - lap tikar pulak- sayang tikar baru.. hehe.. ni makan malam tadi ni.. simple je.. ikan kerisi 2 ekor, sayur petola dari Jerangau tu.. sambal belacan yang malas nak tumbuk, blend kan aje :-p sekarang ni, kalau nak makan, lauk tak boleh bajet2 dah. ikan kena 2 ekor sebab aqil kuat makan lauk.. kalau sekor memang cukup2 je la.. kalau dah ikan goreng je, lawannya mesti la sayur air. aqil suka hirup kuah kalau masak air macam ni..

ngintai2 anak dara ku.. mula2 tengok dia termenung je, sekali tu terus lelap... sian anak ibu ni.. letak mana2 pun tidur je.. ok.. bye. wassalam :-)

1 comment:

  1. oh, kami ada tikar mengkuang yg ble lipat2 tu....
    biasanya,....family wa/iman dtg....sibuklah alisya mencari tikar tu kalo wa mitak tlg dia ambil sambil menyibuk nak tlg angkat sama lauk pauk....*nak tunjuk rajin*....kalo x, tau tinggal kami sefamily jer dia x heran pun.... ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails