Wednesday, March 28, 2012

Siakap masak stim

Assalamualaikum..

Hari ni pikir nak masak apa pulak eh.. semalam dah masak siakap stim.. siakap pun pandai stim tau.. hahaha.. Ikan siakap yang kau beli kat tesco ahad lepas, besar juga. tapi tak sampai sekilo rasanya. RM 9 lebih.. fikir punya fikir, masak stim la.. ni kali pertama aku masak stim2 ni. al maklumlah tak de periuk kukus. tapi, tak ada pun tak pe, macam2 cara boleh je nak stim.. aku pakai kuali besar, letak jaring2 besi tu, letak mangkuk.. tutup rapat2 dengan penutup kuali..

resepi aku amik kat internet.. google je, amik kat myresepi.. rasa dia? hmm.. ok juga, sedap..tapi kena improve lagi.. suami aku kata kurang kuah. actually kuah tu dari ikan.. memang aku tak letak air pun.. yelah tak pernah buat kan.. next time buat akan lebih sedap lagi :-p senang je masak stim ni, potong2 bahan, tinggal je.. 

Ikan ni banyak sangat isi.. buat sekor pulak tu.. aku lah kena ratah last sekali.. huhu.. isi2 ikan kasi aqil makan.. budak tu pandai dah memilih. nak lauk je tak nak nasi.. dah kenyang ke tak nak makan nasi ni.. sabo je la.. sayur pun dia tak nak. kalau ada carrot halus pun dia boleh nampak, tak nak sayur. tak tahu ke masa kecik2 dulu ibu dah paksa aqil makan sayur dalam bubur.. hehe..

okla.. kalau rajin masak lah. kalau tak rajin, makan roti je la :-p

ok bye.. wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails