Monday, March 26, 2012

penawar jiwa :-p

Assalamualaikum..

Penawar jiwa la sangat.. perabis duit adalah.. hehe.. weekend lepas, seperti biasa kami pegi ronda2 la.. al maklumla dah gaji kan.. Pagi2 lagi bangun terus cergas.. Malam sabtu tu, aku dah siap2 lipat kain, basuh baju sume, keje beres.. Destinasi kami ialah ke sogo :-) actually sogo tu hari2 pun boleh aku pegi, tapi kali ni yang nak menyoping adalah encik suami, di sogo banyak pilihan compare to other mall yang dah biasa kami pergi.. tapi tu pun tak dapat cari seluar.. Aqil pun excited la kan.. sibuk nak ajak main game. tapi nasib baik dia tak ingat kat sogo ni ada tempat main game, kalau tak, kecoh je ajak nak main.. maleh la nak taip panjang2, tengok gambar je la :-p

aisyah humairah dan ibu.. jom jalan2.. :-) asyik pakai head band yang sama je kan. nanti ibu cari yang lain yang cute2 :-)

 sambil tunggu sume siap2, aisyah tertido... sian betul anak ibu ni, leleh2 air liur dia.. kuat tido betul.. huhu..

kami bertiga. aisyah duduk dalam stroller, x larat la nak mengendong aisyah pakai ring sling, sakit bahu. Jadi, berstroller lah kita.. kalau orang ramai, susah juga tu kalau bawa stroller..

lepas tu, kami makan di Fish manhattan. Actually ni baru  kali ketiga seumur hidupku aku makan kat sini. saje kasi en suami cuba boleh in ke tak. hehe.. ok, not bad, tapi dah lama2 makan, nak terbelahak balik pun ada, hehe.. yang pasti tiramisu ni boleh diterima dan boleh la buat sendiri.. hehe.

 soup of the day. sedap jugak..

ni la set yang kami makan.. memang tak habis.. tu pun ada hati nak amik yang lagi besar :-p so, bungkus bawa balik, pun tak makan.. ke tong sampah la jawab nya.. sian..

Then, balik rumah kejap.. sembahyang, tido2 skit. pastu, lepas asar, keluar lagi, pegi rumah kak LR. bday anaknya rupanya. ku ingatkan kenduri apa la tadi.. hehe.. dah nak dekat maghrib, alang2 dah sampai kajang, kitorang balik la rumah mertua sekali.. full of activities kan.. jalan hari sabtu pun masya-Allah jem sampai ke malam.. menurut kata suami ku la, kami anak beranak dah krooohh2 kat belakang.. hehe..

Hari ahad pulak, bangun pagi2 juga, pegi mana tau, pegi tesco. punya la nak rebut susu dutch lady aqil, RM 18.88, sekali tu boleh habis licin yang perisa biasa tu.. hampeh tul tinggal yang coklat je.. kalau coklat dah tak laku, buat apa la keluarkan lagi. orang ramai nak pakai yang perisa original je.. madu tak mo, coklat pun tak mo. huhu.. terpaksa pegi cari kedai lain pulak kalau nak susu murah..

dah, tu je aktiviti aku weken lepas.. asyik berjalan je, rumah pun lintang pukang... kalau tak berjalan, boring pulak kan. hehe.. ok dah.. bye. wassalam :-)


6 comments:

Huda said...

betul kan, sama je cam kita last week aritu.

Lida Rahim said...

terima kasih sue & family datang umah akak.

ekceli bukan buat bedey sangat pon sue.. buat makan2 jer.. sambil2 tu potong la jugak kek :)

Qaseh Suhaida said...

hu huuu..dah lama tak shopping kat sogo...

Nur Hasyimah Mahasan said...

Samer la diriku...but berjalan ari ahad je la

Suliana said...

huda,
hehe.. sama ye :-)

kak LR,
sama2.. :-)

Suliana said...

Qaseh, mai la :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails