Wednesday, March 21, 2012

my wishlist

Assalamualaikum..

Antara my wish list yang dah tercapai awal-awal tahun ini adalah ini..

tada... cloth diapers dari Lunatots..

serius dah lama aku mengidam cd ni sejak dari aqil lagi. hehe.. cd pun boleh mengidam kan. tapi as a beginner, kena beli yang murah2 dulu baru boleh buat koleksi. kalau dah stable koleksi cd tu baru lah boleh beli cap ini.. hehe. selalu pegi kedai lunatots tu keluar masuk lenggang kangkung je.. sekarang tidak lagi. akan ku realisasikan impian ku ini.. haha.. ni aku beli minggu lepas. baru sekarang dapat update. beli 3 keping je dengan wet bag dan botol susu mam . oleh kerana aku member, dapat la sikit diskon.. hehe. tapi masa aku pegi tu, tak banyak stok untuk jenis ni, dah habis stok. yang AI2 tu berlambak tapi kok mahal bangat, nanti dulu la ;-p

lagi, adalah deep freezer..


yes, deep freezer telah ku beli. ini pun dah lama berangan tapi baru diberikan rezeki untuk beli masa aisyah ni.. Alhamdulillah.. kecik molek je DF aku ni, sesuai letak kat sudut dapur. chest freezer brand Faber. masa aku pegi tu tak de plak jenis yang berlaci2 tu.. aku beli RM 599 +89 = RM 688. waranti 5 tahun. kalau tak nak amik waranti dia tu dapat la basic harga saje. aku beli kat seng heng, al maklumlah member kamceng sama seng heng. sume la ko member. pening kepala makcik. tupperware la, cosway la, seng heng la, spa  cikai pun member jugek ;-p

semalam testing membekukan air.. takut plak aku nak transferkan susu beku aku tu awal2 ni, takut tercair. aku set kepada no 3. tengok2 pagi ni, yang mana duduk bawah sekali dan tengah2, insya-Allah beku. yang duduk kat rak atas, beku dalam 90% saje. ada lagi air yang bergerak2.. nanti nak kena study lagi manual DF ni..

Actually banyak lagi wishlist aku ni. tak pela, slow2 la ye aku senaraikan..aku wish dalam hati je la, kang dah dapat, baru aku bagitahu. hehe.. kang pengsan pulak akauntan tak bertauliah aku baca list2 aku ni.. hehe.. ok bye. wassalam :-)

7 comments:

fiza arshad said...

Hehehe..alhmdulillah rezki kan..fiza teringin jgk nk cr deep freezer tu tp blm lg la..kne tggu ade 2nd bby :)

ejaMaria said...

takpe la tulis wishlist bagi akauntan baca... senang sket dia nak budget... cam akak britau siap-siap apa yg nak utk rumah kat 'Menteri Kewangan' kat rumah tu... pandai la dia fikir nak cukupkan macam mana... hihihi

Lida Rahim said...

haha slow & steady wish dlm hati.. kang kalu dah nampak boleh cucuk jarum.. masa tu la baru boleh dibangkitkan ekekeke

sahromnasrudin said...

assalamualaikum


gaji naik wishlist pun mesti naik kan hihihhhh

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhh besh su awal-awal wishlist daa tercapai...yanty masih lom lagiiii terlaksana...huhuhuuu

sisanizu said...

Wow tahniah!

Suliana said...

fiza,

insylh.. beli dulu pun tak pe. hehe..

kak maria,
kekeke.. pening kpla nnti :-)

kak LR,
hehe.. boleh2..

shahrom,
kena bajet2 juga :-) saving pun kena ada tu :-)

yanti,
takpe, simpan duit dulu ye :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails