Wednesday, March 28, 2012

Misteri

Assalamualaikum..

Hari ni penat sikit. sebab aku kena naik tren.. Pastu dari tren kena jalan kaki, huh, terkeluar muscle2 aku ni.. capek bangat.. Dah la tak de duit kecik nak beli coin tiket tu, kena beratur beli coin kat kaunter.. 2 kali terlepas tren.. malas la aku naik tren lagi. huhu..

Apa yang misterinya tu.. Malam tadi, sebelum aku tido, aku macam dah rasa tak sedap hati ye juga.. Aku terbaca status FB sedara aku katanya jiran dia 3 buah rumah kena masuk orang.. pastu aku tido.. lena juga la aku tido dalam tak sedap hati tu.. :-p Malam tadi kitorang tido awal, lepas kul 10 dah tido.. aku terlupa nak cek pintu dah kunci ke tak. selalu aku double cek la. kadang laki aku ni cuai dia over sangat tau. pintu tak selak, keta kancil aku tu park kat luar ntah berapa puluh kali (over ko puluh kali) tak kunci pintu.. mujur tak hilang. sume aku nak kena amik tahu. bosan. sambil lewa je.

Pastu pagi tadi, aku nampak lah kasut laki aku atas tembok. (bayangkan rumah teres tembok depan sebelah pagar tu..). aku tanya abang jemur kasut ke? tak de pulak.. mana la tahu dia lupa nak angkat ke kan. berembun la kasut nya tu. sekali tu, lepas aku hantar aisyah dia kata kasut keje hitam dia hilang.. haa sudah. ada orang panjat tembok curi kasut!!!! tiba2 aku rasa takut.. nasib baik curi kasut je, kalau masuk rumah camano?? risau sangat..

Tapi herannya kenapa kasut yang atas tembok tu dia tak jadi amik. ke terlupa nak bawa kasut tu? mungkin kasut tu bau kaki, tu yang tak jadi nak amik tu. hahaha.. hai lah pencuri. nape la buat keje jahat ni. jadi orang beriman sikit boleh tak.. ni yang nak pasang spotlight kat depan rumah ni. orang lalu je dia on.. terang sikit menyuluh muka penjahat tu. huh..lepas ni, kena lebih hati2.. kasut2 tak boleh letak di luar. sila beli rak kasut cantik, letak kat dalam. tu baru kasut... risau2..

dah la, baik gi makan. bye.. wassalam..

3 comments:

Huda said...

eh kalau kita harus tak boleh tido tau, susah hati le

ejaMaria said...

hmmm... betul la tu... skrg ni apa saja yg bole curi diorg curi... bukan peduli mahal ke murah... sib baik kancil Sue berkunci... kalau tak mesti dah habis radio keta Sue...
hati-hati lagi lepas ni ye... bukan takat beli rak kasut je... grill dan lockset pintu pun kena tengok lebih... takut ada kelainan - yg org dah cuba-cuba nak buka...

sisanizu said...

Lawak pulak part kasut bau kaki..he he..
Anyway..take care tau..baca yasin sikit kt pintu masuk rumah ke....mintak lindungan allah dr org yg berniat jahat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails