Tuesday, March 6, 2012

miss my desk :-)

Assalamualaikum..

Hari ni 6 Mac. Tamatlah sudah time honeymoon ku. yeah.. back to work. semangat2.. dari semalam lagi dah terasa penantya. gosok baju, buat kek red velvet nak kasi kawan opis rasa, prepare baju anak2 untuk ke taska & pengasuh.. Sebelum tido, dah set nak bangun pukul 6 pagi. kalau orang lain, pukul 5 dah bangun eh. hehe. Insya-Allah akan ku improvekan time bangun tidur ku.. 

Pagi bangun terus tuju dapur, nak sapu topping red velvet :-) dah siap tu, mandi, sembahyang. time tu aisyah dah bangun.. senyum dan gelak2 sorang.. miss my dear aisyah :-) tukar pampers kepada CD. ok, aisyah done. aqil pulak. yang ni biar ibu yang uruskan. kejut dia, ajak dia bangun kencing dan basuh muka.. alhamdulillah walau pun rengek2, dia ok. cium2 adik dia then ikut ayah dia turun bawah. Ibu siap2. seriusly berpeluh pagi2 tu. huhu.. nak cepat.. pakai bedak tak tengok cermin pun tau. sambil tu minta tolong ayah aqil sidaikan cd aisyah. sidai dalam rumah je, takut hujan petang, habis tak de cd esok.. 

Dah settle sume, siap2 hantar aisyah dulu.. terpaksa rushing dah pukul 7 dah. sian anak2 ibu, matahari tak keluar lagi, korang dah ada kat rumah orang kan.. Insya-Allah balik ni kita jumpa matahari ye :-) Pastu start enjin hantar aqil.. yeay, dia tak nangis dah sekarang. 

tadi pagi punch pukul 7.47 pagi. miss my desk and my pc :-) pagi2 lagi dah sibuk, buat apa tau, isi borang kwsp.. hehehe.. pastu diorang2 ni buat 5s, lagi la bertambah bz.. pastu, bos plak kebetulan datang bincang2, bergelak sakan kat sini.. hehe.. kelakar la bos aku ni.. Lari jadual pumping aku.. pam pukul 11.30 pagi dapat 10 oz :-) alhamdulillah, rezeki aisyah.. cuma aisyah ni jenis tak kuat susu..

Kalau diikutkan, banyak benda aku nak buat hari ni. al maklumla, kambing terlepas kandang. sume nak pegi, kedai runcit sebelah ni pun tengah sale baju baby, tak sempat nak pegi.. nak gi cosway pun tak sempat.. kelam kabut skit. hehe.. Now, prepare to do something.. cepat2, masa berlalu. solat pun belum lagi ni.. ok. bye. wassalam :-)



2 comments:

Lida Rahim said...

wah akak baca pon hampir berpeluh nih hehe

Suliana said...

Hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails