Friday, March 16, 2012

Maid

Assalamualaikum..

Seperti biasa, setiap pagi aku mesti dengar Hot fm kalau ada topik2 yang best la kan. tapi selalunya aku dapat dengar 1-2 pemanggil macam tu la, tak dapat dengar lama2 dah sampai opis.. Ok, topik hot pagi tadi ialah Indonesia tengah train maid dia nak hantar ke malaysia tapi dengan gaji RM 700 untuk buat satu keje je.. so, apa pandangan korang?

Bagi aku, buat setakat hari ini, aku keberatan sikit nak amik maid.. tapi dalam masa yang sama seronok juga kalau ada orang yang bantu kita buat kerja rumah kan.. kalau anak ramai, untung la amik maid.. tapi dalam untung2 kita tu, aku lebih kepada nak privacy. ye, privacy tu yang aku nak. kalau aku nak amik maid nanti, aku lebih suka yang datang pagi, balik petang. bila kitorang balik keje, dia pun balik rumah dia.. rumah kami pun tak de la besar mana. pusing2 situ juga.. nak golek2 pun suka hati. kalau ada maid, mesti dah terbatas sume tu. melainkan rumah kami besar, ada tanah sendiri, buat satu rumah kecik kat belakang tu untuk maid duduk sorang2. life dia dalam rumah kecil tu. haa gitu berangan :-p

Sekarang dah dengar macam2 kes.. maid lari la, maid ada scandal dengan suami kita la - bajet laki hensem sangat la , hahaha, maid dera anak la.. huhu.. takut kan. tapi kalau hantar kat orang lain pun, kita tawakal juga. nak tak nak, kita kena percaya juga dengan pengasuh anak kita. kalau tak, berenti keje jaga anak2 sendiri, baru puas hati tengok anak2 membesar depan mata..

For me, biarlah bayar lebih sikit. konon2 la kan, anak aku ada 4 orang. sorang katalah RM 300.. total untuk 4 anak RM 1200. time tu mungkin gaji dah bear sikit ke kan.. memang gaji kita ni of course la ada peruntukkan untuk anak2.. tapi rasanya berbaloi untuk orang yang kita percaya. ni rata2 yang aku baca sebelum nak dapat maid tu, kena kuar ribu2 pas tu kalau lari or buat keje cincai camana? Kalau dapat yang baik, alhamdulillah sangat2...

aku ni plak jenis yang cepat kesian kat orang. nak marah tak sampai hati. ntah2 aku yang jadi maid nanti. huhu.. kang dari tak de masalah, pening kepala pikir masalah baru..buat masa ini tak pela, penat2 pun kami usahakan sendiri sementara nak tunggu anak2 membesar.. okla, ni just pandangan aku je la..

ok bye wassalam ;-)

p/s : please LIKE if u think u like it . ni ha, gambar aisyah dalam my pinky moment. hehe. tq

6 comments:

Huda said...

macam kita pun semua buat sendiri ngan suami, sama cam awak kita mau privacy, tak suka ada orang lain, kalau terdesak sangat, perlukan maid yang datang jap pastu balik, mungkin dalam 4 jam gitu kot..

Nur Hasyimah Mahasan said...

Setuju gak ngan sue n komen from huda...selagi mampu nk wat sendr ntuk family

ejaMaria said...

ala... masa anak kecik je - konon nak pakai maid... bila anak sekolah... pagi petang takde org kat rumah... maid tu nak buat hapa... menambah bil elektrik je kat rumah sesorang... ;p

Suliana said...

huda,

yes, privacy diperlukan. hehe..

syima,

pengorbanan juga tu. huhu

Dokter faRyn said...

aku macam memang kena ada maid la..
tapi nanti kut, so far, still manageable lagi. insya ALLAH :)

Ietams said...

agak melampau juga syarat minima utk maid indon ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails