Monday, March 5, 2012

hangin betul

Assalamualaikum,


Pagi2 buta dah buat orang angin kan. Ntah sape la yang buat dajal ni. As usual pagi2 aku hantar aisyah pegi rumah jiran. Tengok tong sampah aku terbuka. Aku pun intai dalam tu. Yerk!! Ada sampah ntah sape2 la buang dalam tu.. Tisu selambak2 nya, berlendir oiii.


Yang aku anginkan bukan sebab apa. Sebab aku dah basuh tong sampah tu jumaat lepas. Geli tau. Letak la dalam plastik ke baru buang dalam tong sampah. Ingat orang majlis nak kutip ke kalau bertabur dalam tu. Ni orang majlis dalam rumah ni gak kena kutip. Buang la dalam tong sampah sendiri. Benda2 macam ni la yang mengundang cik ti tau.


Menyampah betul. Aku juga yang kena kutip!!! Waaaa, geli!!! Ni time aku ada masa boleh la kutip, esok dah naik keje, gate tu pun sekali sehari je jumpa aku. Huhu. Takkan tiap2 hari nak sorok tong sampah? Bagus gak idea tu. Ikut jadual orang kutip sampah datang, aku keluarkan tong sampah. Elok la tu, dah pakai cantik2 nak gi keje, main dengan tong sampah pulak. Silap2 kena tinggal dengan laki aku dah lambat nak gi keje. Hihi..


Kadang tu, ada orang suka cari benda dalam plastik sampah. Elok2 kita dah ikat, sekali berterabur sebab cari tin la, botol plastik la. . Eii. . Pleasela ikat balik ok.


Hmm oklah. Hari ni last day aku melepak kat rumah!! Waaa cedihnya. Bila la pulak nak merasa cuti lama2 cam ni. Banyak benda nak settle ni. Baju nak gosok untuk sebulan. Wahaha. Ye la tu. Yela, aku kena pantas sekarang ni, anak dah dua beb. Beg2 anak nak kena kemas, cd nak kena basuh, nak kena masak tiap2 hari, kain baju macam tiap2 hari kena basuh..


Semalam sejam aku duk melipat kain ditemani aqil. Dia la tolong angkat kain baju yang dah lipat tu. Susah juga kan kalau semua kerja rumah ibu je yang tahu buat. Letih ok. Kurang masa bergurau senda.hihi. . aku nak mencari sesuatu yang baik untuk diriku. Kekeke. Later aku cerita k :-)


Okeyla. Nak jadi orang majlis jap. Bye. Selamat bekerja uols. Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Huda said...

Oh dah nak abis cuti yea..Selamat bekerja semula yea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails