Friday, March 23, 2012

Gambar curi aqil - Maaf dari Pengusaha Keropok Keping

Assalamualaikum..

Berkaitan dengan gambar curi aqil yang telah dijadikan bunting rak keropok keping pengkalan setar, kurasakan selesai juga isu ini..

Semalam, ntah macamana tergerak hati aku nak message pengusaha keropok tersebut. ha, berani tak? hehe.. pada mulanya aku pun agak kabur jalan penyelesaian yang bagaimana harus diambil. Yelah, orang duk kata suruh saman, tapi bagi aku boleh nak jadikan isu sekiranya produk itu produk terkenal. tapi ni takat jual kepok keping yang modal kecik, macam kesian la pulak nak buat macam tu.

Tapi, untuk tidak terus berkata2 dalam hati seorang diri, aku pun mengambil langkah untuk SMS orang tu. nak call takut, sms je la. Puas aku godek2 dalam tenet nak cari owner keropok tersebut tapi, punyala banyak penjual kecik2 tu. yang mana satu pulak aku nak email ni kan. Sekali tu teringat kat gambar rak kepok tu ada no telefon. tapi tak berapa nampak. bila dizoom gambar tu pecah plak. Tawakal je la aku main hentam dail nombor tu..

Sekali tu, malamnya ada orang laki call.. aku pun dah tak ingat dah, sms siang tadi tak de orang jawab. Malam tadi dia call, aku ceritala perkara sebenar. Dia pun tak tahu, sebab advertiser dia yang buat bunting tu.. Dia just cakap suruh cari gambar dalam tenet gambar orang buat tanda best. Dia tanya apa yang perlu dibuat. hasben aku cakap, tak pela, halal kan saje. Gambar aqil tu pun penjual tu kata satu je kat kedai tu je.. yek yek or je kan.. hehe.. tak pela, then last sekali dia minta maaf bagi pihak pencetak gambar tu..

ok, now aku dah lega sikit la. tak de la rasa serba salah dengan aqil. hehe.. kepada orang2 di luar sana yang suka amik gambar orang tanpa izin, hati2 la dengan tindakan korang.. jangan senang2 ye nak amik gambar di internet untuk tujuan komersial tanpa kebenaran pemilik gambar tersebut. silap haribulan korang kena saman, sendiri jawab la.. hope kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir untuk diriku.. thanks a lot to eyriqazz kerana bagitahu kat aku..

Sekian, terima kasih. wassalam :-)

2 comments:

fiza arshad said...

Bgs k.sue.at least die da mntk maaf..fiza pn risau n msti xsnf duduk klo jd kt fiza n faris or family. Ye la kan gmbr mmg byk dlm blog.huhuhu

org trg said...

pengajaran kepada kita semua. berhati - hati juga upload gambar kat internet...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails