Wednesday, March 14, 2012

cuti pertama aisyah

Assalamualaikum..

Jauh berjalan puteri ibu ni.. sampai ke terengganu dah dia :-) abang aqil dulu, masa umur 6 bulan kot baru ibu bawa gi jalan2.. tapi abang aqil dah sampai penang. aisyah belum lagi.. hehe. next time la ye aisyah, kumpul duit dulu :-)

ni gambar si comel aisyah.. panas sangat masa tu, pakaikan dia topi. time ni nak gi kenduri kawin my cousin..

pengantin ni my cousin.. cikgu kat sri damansara..

lepas pegi kenduri kawin, pegi plak aqiqah merangkap house warming sekali. tuan rumah yang tudung purple belah kiri sekali tu. masa kecik2 dulu, cousins aku ni la yang rajin melayan kitorang. kalau balik terengganu, mesti nak gi rumah diorang.. sampai sekarang still keep in touch.. yang tudung kuning kiri sekali tu pangkat mak sedara aku, tapi sebab umur lebih kurang, kitorang 'kakakkan' sekali dia.. hehe.. 

selepas balik dari aqiqah, time tu dalam 5 lebih.. cepat2 balik gong badak, nak pegi makan sotong celup tepung terbaeeekkk :-) kedai pok nong kat pantai mengabang telipot. dah pernah masuk JJCM. tapi kitorang kenal sebelum dia femes lagi. kedai dia buruk je, amik sotong kena rebut2.. siapa cepat dia dapat.. hehe.. total RM 85 lebih kurang, untuk 2 meja makan. ok la tu kan..

mak aku kata specialnya kedai pok nong ni sebab sotong dia tak potong.. memang confirm dapat sekor. potong sendiri la. sedap dan rangup..

udang celup tepung.. ikan lupa nak amik gambar. lambat sampai. hehe..

me with my kids.. aisyah tak tahan angin. tercungap2 dia tarik nafas.. 

aqil pulak takut air. pasir pun dia geli.. bila tanya kenapa takut air. dia kata takut ada fish makan.. tu la selalu main game SHARK dalam tab tu, shark tu makan orang. sampai terbawa2 ke realiti.. hehe..

Dah lama tak update pasal aqil kan.. hmm aqil masa naik taska hari tu seperti biasala dia nangis. tapi aku rasa dia seronok juga pergi taska tu sebab ada ramai kawan. time balik muka dia macam happy je. sekarang ni dia dah pandai cakap 'kita'. contoh: "ibu, kita nak air". haha. cute je, terikut2 kawan taska la tu.. aku tak kasi dia cakap aku. kadang dia tengok upin ipin tu pakai bahasa aku. macam kasar je budak2 ber'aku-aku' ni kan..

Hmm tu je la kot nak update. lately memang tak de mood nak update blog. mementangla dah cash out kan duit nuffnang. haha.. ok bye. wassalam :-) 

2 comments:

Eyriqazz said...

suka wa tgk gambar su dgn anak2 kat pantai...kebetulan, aqil pun ada mood macho nak posing

Anonymous said...

lame dok mkn sutun celup tepun .. dulu umoh dekat sgt dgn pata epot..bleh gi bile2 mase..ni umoh jauh doh..hehehe.. *kak ma*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails