Thursday, March 8, 2012

cara saya handle cloth diapers

Assalamualaikum..

Atas permintaan seorang reader, kali ni nak share sikit cara aku handle cloth diapers (CD) untuk Aisyah Humairah. Okey, gambar di bawah ialah gambar seorang budak yang comel. hehe.. poyo je ayat ibu ni.. Ni aisyah, ibu nak salin cd dia ni.. maap le, katil bersepah.. :-p


lepas salin cd, letak terus dalam beg cd ni.. yang bulat2 seperti di bawah ni. ni aku beli online, dalam bentuk zip. tapi ada juga dalam bentuk tali, tarik zap je, terus tutup. kalau zip ni macam cepat rosak zip dia...


cd2 dari rumah pengasuh diletakkan dalam beg ini. bila buka, hambik, bau hancing.. tapi yang magicnya bau ni tak tembus keluar pun..selain cd, baju pun letak juga dalam tu. 


lepas dah letak cd dalam baldi, hang ini bag.. supaya bau2 tak terperam dalam tu.. tak yah basuh pun tak pe, melainkan ada taik melekat. hehe...


ha.. nampak.. cd sedang diperok atas lantai. mak aku la ajar, lalukan air dulu.. baru rendam.. kiranya ada 2 tapisan sebelum masuk dalam mesin basuh.


ok, dah lalu2 kan air, CD tu wajib masuk dalam laundry net ni. kalau tak masuk, memang tak tahan lama, nanti tertarik2 getah dia, longgar nanti..


time to wash with mesin basuh.. masuk la insert (yang kaler putih) tu sekali dalam mesin. aku selalu buat dalam mode soak. jadi, masa yang diperuntukkan untuk basuh cd ni adalah 40 minit lebih je, kalau extra low la..


aku pakai sabun ni. aku beli kat cosway. nak habis dah, jap lagi nak cari lagi..basuh cd ni tak perlukan sabun yang wangi dan peluntur2. nanti kurang penyerapannya..


Cd aisyah tak sampai 20 keping pun.. kena basuh selang sehari. boleh je nak basuh hari2 tapi macam tak praktikal je, sebab sikit je benda nak basuh. basuh banyak2 jimat air sikit.. sidai la dalam rumah. kalau beli cd, dia akan kasi 2 insert tapi aku pakaikan aisyah 1 insert je. insert tu lambat sikit kering, sebab dia tebal kan, so aku pakai insert yang spare tu.. 

tapi, bila dah naik keje ni memang terasa penat sangat!!!! ada 'goyang' juga bila dah penat ni kan. sebab tu kena beli cd banyak2.. Insya-Allah ada plan nak tambah cd lagi.. tapi, satu je la nak ingatkan satu sama lain. kalau penat sangat tu, niat dalam hati, buat semua ni kerana ALLAH.. insya-Allah tak penat.. hehe..

Ok. semoga mendapat manfaat dari apa yang kutulis ni..  bye.. wassalam

2 comments:

ejaMaria said...

sama la... akak pun dulu cuci selang hari... tapi tak tahan bau bila selang sehari cuci... yg semalam punya walaupun dah bilas... bau hancing tu tetap ada... bilik air bau tak best... ini bila budak dah besar la... masa baby ok lagi... tu yg lama-lama berhenti cd utk Luqman... tp berbaloi pakai la untuk tempoh lebih 2 tahun dgn 16 kpg cd - mmg dah jimat banyak dari beli diaper... ;p

Suliana said...

Kan.... Jimat :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails