Thursday, March 29, 2012

anak-anakku

Assalamualaikum...

kali ni nak update perkembangan anak-anak.. Aisyah lagi seminggu lebih kurang dah nak masuk 4 bulan.. apa budak kecik ni dah pandai? hmmm.. mari kita senaraikan :-)

1. belum pandai meniarap tapi dah menunjukkan tanda2 nak meniarap like selalu je mengiring ke kanan. selalunya memang tak berjaya meniarap melainkan kalau diletak kat atas tilam lembut, baru berjaya..

2. masih suka tido, memang itu pun kerja baby kan. elok untuk pembesaran baby :-) malam jarang bangun, kalau ada pun sekali je, sua nenen terus je menyusu.. tahu2 dah pagi :-p

3. pandai geli. ni memang dari dalam hari lagi dia tak tahan geli. kalau sapu minyak kat perut dia, mulalah menggeletis.hehe.. kalau ibu &ayah dia cium2 leher dia, mengekek2 dia ketawa. suka sangat dengar aisyah ketawa..

4. suka tengok cermin. tersengih je bila duduk depan cermin..

5. akan jebek @ menangis bila dengar lagu ABC.. kalau nak buat dia nangis, pasang je la ABC songs tu. hehe.. lagu abc tu kan slow motion, dia ingat orang ejek dia kot.. 

6. buang air besar bukan tiap2 hari. selang sehari kot.. kelakar tengok dia meneran.. baby pun pandai teran ek.. hehe.. kalau kentut, busuk betul.. bau susu :-p

7. ada satu tabiat dia akan membuntangkan mata dia besar2 kalau nak tengok orang.hehe.. 

8. bentuk kepala jenis bulat, orang kata jendul belakang.. kalau pakai sanggul, cantik je.. orang kata lah ;-)

9. suka makan jari, masuk jari dalam mulut. kadang tu yang termuntah tu. tapi sekarang ni dia dah tak muntah susu baru, dia muntah susu ketul, buang lendir kot.. 




Okey aqil pulak.. mari tengok apa budak aqil umur 3 tahun ni reti buat apa.

1. pegi sekolah dah tak nangis.. horey... tapi mood kena jaga la, kena puji2 sikit pagi tu.. 

2. sehingga hari ini, aqil tak kencing dalam pampers waktu malam. kalau dia rasa nak kencing juga, mesti dia nangis bangun malam, cakap nak kencing. tapi aku tetap pakaikan dia pampers time malam. payah woo nak mengangkat tilam kalau kencing atas tilam.. masih belum yakin nak tidurkan dia tanpa pampers :-)

3. aku baru belikan Iqra' 1-6 untuk dia. alif dan ba' dah kenal. tapi ikut angin dia la, kadang main hentam je. kadang dia pulak jadi cikgu ajar ibu dia. sabo je la..

4. Mulut bising, suka nyanyi2.. kalau kena time, okey la kan, kalau time orang nak bercakap ko pun nak bising, siapla kena marah kan. hehe..sian aqil.. 

5. suka sangat gula2.. 

6. suka menyibuk nak tolong ibu atau ayah kat dapur. lagi sibuk kalau kita nak buat susu dia, time tu la dia pun nak tolong. sampai tumpah2 la susu tu.. kalau nak buat susu, kena buat senyap2.. kerja yang cepat pun boleh jadi lambat..

7. aqil sayang adik dia.. tak de jeles2.. tapi sian juga la kat aisyah, kita asyik nak tumpu kat aqil je kan.. aqil manja sikit dengan ibu dia, padahal ibu dia ni la banyak marah dia :-p

8. ok. last. aqil kedekut. lekuk di belakang tengkuk memang dalam :-)



ha.. tu je la perkembangan anak2 aku sekarang ni.. perkembangan ibu dia pulak - ceh nak gak cite.. kekeke.. perkembangan ibu dia macam biasa je la. rambut dah mula gugur dengan teruk. camana nak jadi nora danish ni.. haha.. dah tu je la yang paling kritikal. oh ada lagi, baju kurung yang mana kain dia sama 'rap' dulu, sekarang dah ketat sikit.. hmm.. tak boleh pakai dah ukuran baju lama.. mai la adik2 ku akak mu ini nak melelong baju .. huhu..

ok. bye.. wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails