Wednesday, February 8, 2012

update perkembangan anak

Assalamualaikum..


Aisyah dah 2 bulan semalam :-) hari ni aku sibuk pegi klinik. Pagi pegi klinik pakar kanak2 untuk aqil. Petang pegi timbang aisyah pulak.


Ok, cerita aqil dulu. Dia dah 3 tahun, berat 12.2 kg. Alhamdulillah sihat walafiat.TAPI, aqilkan ada tanda hitam kat mulut dia tu kan, so aku decide nak bawa gi klinik pakar kanak2 - nak puaskan hati sendiri. Bila orang tanya aku tak reti nak ckp apa.. Tadi dah pegi tapi doc tu suruh pegi pakar kulit pulak. Aku minta doc tu buat reference letter ke hospital ampang, sebab kat kluang xde doc pakar kulit, dia suh gi jb. Hosp ampang senang sikit, dekat dengan rumah. Apa yang aku baca kat surat tu, doc tu tulis pigmentation at upper & lower lips. Nanti aku balik sana bolehla set appointment. Murah je klinik pakar tadi, rm 37 je, itu pun sebab aku minta doc cek telinga aqil, taik telinga mcm batu, dapat ubat titis. Orang lain yg anak demam dpt ubat macam2 pun baru 50 rgt lebih. Bukan apa, aku pernah experience klinik pakar kanak2 di kl, rm75 untuk consultation saje.huhu.. Kalau pegi tu, make sure purse ada duit biru banyak.. Huhu.


Ok, aisyah pulak. Tadi timbang 4.6 kg. Kena cucuk tadi, nangis kuat juga.. Leher dah kuat, kaki pun dah boleh tegak. Minah ni suka beremosi sendiri.hihi. Tiba2 je jebek muka nak nangis.. Tak de orang buat pun. Nurse kata kot2 masa aku prgnt, aku selalu menangis tak tentu pasal.tak igt pulak ada ke mcm tu.hihi.. Aisyah ni kalau mandi air paip, memang nangis. Tapi kalau air suam, suka je.. Tak tahan sejuk macam ibu ni.. Masuk besen, penuh sebekas :-) now dia dah tido. Kasi ubat demam tadi sebab nurse kata cucuk 2 bulan ni boleh demam.. Cian dia..


Okeyla, nak layan mata jap :-)


Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

8 comments:

Huda said...

sekejap je dah besar yea..bila nak balik kl?

Suliana said...

Mgu dpn :-)

Nur Hasyimah Mahasan said...

Dh 2 buln dh...cepat je maser berlalu...nant dh blik kl leh g gomol2 ur kids

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda kalau bwk anak gi inject, linda yg x sanggup masuk tgk.. bkn anak yg nangis..si emaknye yg ngembeng... so, terpaksalah si ayah yg masuk... ni gara2 fobia ngan ilham masuk ICU 7ari lepas bersalin la nih...

and sue.. kalau update crita, letak la gambar aisha skali.. nak tgk muka tiut nye gak..

Amiizaa2001 said...

happy belated birthday aqil...kejap jerk dah 3thn:):)
rupa pigmentation dkt mulut aqil mcamana sue?

comeiinya adik kejap jerk dah 2bulan:):)

Suliana said...

Syima, nk gomol blh.hihi.gomo aqil skali.hihi

Suliana said...

Ok. Tkut org jemu je ltk gmbr aisyah.hihi.. Kdg klu update pki android ni problm skit, xleh ltk gmbr..

Suliana said...

Tq kak mieja.. Pigmntation tu mcm lebam atas mlt dia.klu org tgk mcm mkn coklat tapi comot. Huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails