Wednesday, February 22, 2012

susu beku berjalan dari kluang ke ampang :-)

Assalamualaikum..

Kali ni nak share sekali lagi experience membawa susu beku berjalan :-) dulu, masa pegi kursus induksi selama dua minggu, pernah buat macam ni, cer baca kat entry ini :-) kali ni, bawa susu untuk aisyah pulak.. Alhamdulillah, sekali lagi, susu selamat sampai walau pun banyak kekurangan perjalanan kali ini, tapi alhamdulillah susu masih beku dan tidak terjejas..

Susu beku disusun elok2 dalam kotak ikan. Aku pakai kotak ikan yang dulu punya. murah pun murah.. simpan tau, banyak jasa kotak ikan  ni. mana tahu nak wat majlis ke apa ke, kalau peti ais tak muat, boleh simpan air batu dalam ni.. kalau anak dah tak menyusu lagi dan stok ebm telah habis, boleh simpan sume botol2 kosong dalam ni. hehe.. ok, susu beku disusun elok2 dalam kotak tu, kemudian taburkan air batu beli kat 7 eleven. tak pakai habis pun ais tu, sebab takut tak boleh tutup plak kotak tu..ada orang tabur garam atas air batu tu. tapi aku tak buatla, aku yakin dengan cara tu je. hehe.. 

Susu beku tu sendiri dah beku. dia akan melekat antara satu sama lain.. bila dah letak ais, cepat2 tutup dan salotape keliling kotak tu.. kalau rajin balut kotak tu dengan tuala ke, kasi lagi yakin dia tak mencair :-) dalam kereta letak la dekat tempat yang jauh sikit dari panas enjin atau cahaya matahari. kalau boleh, berjalan lah di waktu malam.. aku berjalan kul 5 petang hari tu. keadaan kereta unser tu pun sangat pack dengan barang2 aku. seat yang boleh diduduki ada 2 je instead of 6 :-) tawakal je time tu takut susu cair..

Sampai2 je kat rumah, buka kotak ikan (perjalanan 4 jam), tengok ais dia dah mencair sikit. tapi tak effect susu la.. alhamdulillah. cepat2 transfer masuk peti ais. dan peti ais aku rupanya kecik dari peti ais mama. pack. ikan pun tak leh masuk tau. dah susun elok2 dah tu... huhu.. bila la boleh beli deep freezer kan. ke ada orang nak jual second hand ke..

stok susu.. plastik ada, bekas dadih ada, barisan bawah penuh botol2..

 chiller box :-)

keadaan kereta @ unser mama :-) sarat.. kekeke. tu kepala aqil secoit je..

Okey, itu je nak kongsi. harap dapat membantu kawan2 di luar sana. bye . wassalam :-)

8 comments:

Huda said...

bagus-bagus, cara mcam ni memang bagus!

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

aisyah camne? ok ke minum dalam botol?

my aishah nak minum yg fresh aje..skang dah terer guna botol..eheheh lega la jugak tapi duk risau dia takmo sgt ebm.jenuh nak perabih yg bulan 12..ade byk lagi tuuuu

Suliana said...

Tq huda :-) sy pun tiru idea org lain. Yg baik kita kongsi sama2.

Amiizaa2001 said...

bersemangat aakak tgk:):) congrats sue:)

Anastasyea Aida said...

emm .. nampak sedap je susu tu .. :)

www.anastasyea.com

Suliana said...

Rose, dh blh terima tp mcm xrela je. Hihi. Kasi dia time lpr baru hbs 3oz. Huhu. Aqil dulu mnm 40Z.

Suliana said...

Tq kak miza. Akak jg pmbkr smgt sy :-)

Suliana said...

Ana, sdp kot. Hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails