Friday, February 10, 2012

sama ke?

Assalamualaikum..

Ramai orang cakap muka aisyah sama macam muka aqil.. yelah, dah dari benih yang sama, of kos la sama kan. hehe.. punyala aku belek2 nak cari gambar aqil time baby dulu, yang ada ciput je.. huhu. mana la ibu letak ye. kebanyakkan gambar aqil masa baby ada dalam friendster. tapi, aku buka balik friendster (dah lama tak buka) dah tak wujud frenster dulu, yang keluar frenster game.. masa aqil baby, aku banyak cuci gambar dia. so, sume simpan dalam album. ha.. tak de la terkilan sangat kalau hilang. may be dalam pendrive agaknya..

Kalau nak tengok muka aqil time baby dulu, boleh refer entry ini. cer tengok cer tengok.. sama tak? hehe.. anak2 aku tak berapa cerah sangat masa kecik.. aqil masa aku dalam pantang, berkilat sekali. ikut gen sape la ni agaknya.. hehe.. aisyah pun sama, tak berapa cerah, tapi dia cerah sikit dari aqil time baby. tak berkilat sangat. hehe.. bila dah semakin membesar, barula nampak cerah sikit dak aqil ni.. mak aku cakap asiyah ni kena pakai baju cerah2, baru nampak putih :-p tapi kulit dia merah sebenarnya.. aisyah humairah kan :-)

Masa aisyah lahir, aku tengok rupa aisyah tak sama sangat dengan aqil. tapi lama kelamaan, aku perhati, kalau tengok dari sisi tepi, sebijik aqil. aqil lahir, hidung terpacak!! mancung!! aisyah pulak hidung bulat sikit. Aqil muka jantan habis.. berat 3.44kg. aisyah muka lembut sikit, 3.15kg :-) aqil lahir, kening tak de, bila nak tumbuh kening, siap menggelupas kulit dia. aisyah lahir, kening sebaris je, wanita la katakan :-)

ni muhammad aqil

aisyah humairah

dua2 pun anak ibu. aqil tu kalau nak ambik gmbr adik dia, mesti nak interframe juga. hehe

ibu & ayahnya.. tak payah besar2 sangat la gambar :-p

Tak kirala apa juga perbezaan antara kamu berdua, yang pasti, ibu sayang anak2 ibu.. anak2 ok, dah dua anak aku.. huhu.. moga jadi anak yang soleh & solehah membanggakan kedua ibu ayah dunia dan akhirat.. i love mmy family :-)

wassalam


5 comments:

fiza arshad said...

sama kak sue :)

Suliana said...

Hihi...

Hidayu Yusof said...

tahniah..:)) Darwisy pon otw nk dpt adik ni.. hihi

Sharinginfoz said...

betul tu dah adik beradik sama le kan

Ietams said...

a'ah iras.. dah namanye adik beradik kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails