Wednesday, February 29, 2012

rezeki anak..

Assalamualaikum...

Rancak pulak aku berblog ni eh. tiap2 hari mesti nak letak satu entry.. :-) macam la ada orang nak baca sangat kan bebelan si ibu beranak dua  ni. tak pela, tak de orang nak baca pun, aku syok sendiri je la.. kadang2 tu, suka baca coretan lama2, terkenang saat2 dulu..

Pejam celik pejam celik, tamat dah februari.. esok dah nak masuk mac dah.. bagi rakan2 seangkatan ku, mesti suka sangat la bulan mac ni kan. hehe.. aku pun dah lupa sebenarnya.. kuikuikui.. bulan mac ni juga aku akan kembali bertugas seperti dahulu.. bos pun dah bertukar, kawan seangkatan pun dah bertukar, aku bila lagi?? huhu.. nak tak nak, kena terima perubahan tersebut kan..

Bulan mac ni juga si kecil ku dah 3 bulan.. hari ni, sian dia.. tak lena tido, merengek je, hidung tersumbat. semalam aku dah beli dah vicks baby blossom.. best juga bau dia. semalam juga kami pegi soping kat carefour. haish barang sekarang ni mahal betul. amik amik amik, dah seratus lebih..tu bukan ada pampers ke susu ke, beras ke.. tu basic thing only.. anak dah 2, perbelanjaan pun kena lebih la kan..

Tapi, jangan la anggap anak2 tu satu bebanan.. anak2 tu rezeki tau!! percaya tak dengan setiap apa yang Allah beri tu satu pintu rezeki.. Time aku nak kawin dulu, hari ni aku nikah, esok majlisnya, lusa hasben kena report duty dapat keje government. perkahwinan ku sendiri sebagai satu pembuka pintu rezeki untuk kami :-) hampir setahun kemudian, aku pregnant, dalam pada aku pregnant tu, alhamdulillah aku diterima bekerja pulak di sektor awam @ government.. masa tu dah 6 bulan. syukur sangat. rezeki aqil :-) aqil dah besar sikit, berani tak berani, kami beli rumah sendiri.. Bila kelahiran aisyah pulak, sudah tiba masanya aku akan mendapat gaji yang solid tanpa potongan EPF, sebab dah 3 tahun bekerja dengan kerajaan dan amik skim pencen.. Alhamdulillah.. setiap apa yang dapat tu, dah ada bahagian masing2..

now dah nak masuk bulan mac.. harap2 dengan kajian SBPA yang baru ni, Allah murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. ingat, rezeki bukan hanya duit saje.. rezeki datang dalam perbagai bentuk yang memudahkan kita.. dalam pada rezeki yang diperolehi tu, jangan lupa untuk bersedekah dan berzakat.. rezeki bukan untuk kita sorang je tau, bukan hak kita semua. lagi bertambah berkat bila diberi kepada ibu bapa. Bila dah kasi kat ibu bapa kita, diorang pun turut mendoakan kita semoga kita murah rezeki.. Itulah doa yang paling ditunggu oleh anak seperti ku, kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.. :-)

Okey dah. sekadar mengingatkan... bye. wassalam :-)

10 comments:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

betul tu su...stuju ngan semua point su..:-)

betul la..skang brg semua mahal..semalam beli brg2 dapur..bila tgk amount kene bayar,,toingg RM371 har har har...dulu2 beli brg umah tak penah sampai camni..nak buek camno semua dah naik!!!!!!!

Huda said...

betul tu, setuju sangat...

NaDia CoMaNeCi said...

Anak itu rezeki...
Apelagi rezeki yg kita tak expect dia akan datang kan..Alhamdulillah.. :)

fiza arshad said...

betul tu kak sue!
yey! me also suka bln amrch! da lm tggu! smga kami skeluarga jg dimurahkan rezki :)) aminn

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tul2 tu sue...bermula ngan perkahwinan dan dikurniakan rezeki semuanya adalah rezeki n syukur pada Allah coz sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga...moga sue n family pun sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki...

Suliana said...

Btul tu rose. Kena jmt cermat:-)

Suliana said...

Huda, tq

Suliana said...

nazat, betul tu.. alhmdlh. hepi 4 u :-)

fiza, moga murah rezeki selalu :-)

syime, amiin.. moga syima pun murah rezeki :-)

Eyriqazz said...

stuju 100%...bln 10 iman masuk bank negara, bln 11 kami kawin...(trus dpt rs benefitnya)....masa ngandung alisya, alhmdulh...dpt beli rumah yg duduk skrg...+ rezeki blog iman pun makin masyuk....
preggy 2nd ni,....dah siap rumah yg platinum walk tu...malah trus ada penyewa,..n skrg rasa brsyukur lg dgn gaji baru ni..kebetuln wa pun jangka due bln 4 ;-)

Suliana said...

Wa, bertuahkan, syukur alhmdlh :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails