Tuesday, February 28, 2012

Restoran Wadihadramawt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal restoran nasi arab/yemen yang kami sekeluarga terjahi iaitu Wadihadramawt.. Restoran ni terletak di jalan Ampang. kalau dari ampang point, di kat belah kanan, tapi kalau dari KLCC dia kat belah kiri. Dari klcc nak masuk senang kot, tapi kalau dari Great Eastern Mall tu payah sikit nak cilok, sebab dia betul2 kat trafik lite, kena pandai2 la nak masuk camana.. hehe.. Saje je la nak bawa parents ku makan kat sini. Dulu dah pernah rasa makan kat Restoran Sabaa Cyberjaya. Entri lama sila baca di sini

Overall sangat sedap!!!! dah la time hujan kan, perut plak dah lapar, masa tu pukul 2 lebih.. perjalanan dari rumah ku kejap je, tapi kalau dah jammed tu, haish paham2 je la.. tapi berbaloi pegi sana.. Kami pegi 7 orang dewasa, dan 4 orang kanak2 yang tak berapa nak makan. hehe.. Mula2 macam sapen juga la, main order je kan, sekali tu harganya tak lah mahal sangat untuk kami 7 orang ni..

Kami makan Lamb Madghout 1/2 kg, Lamb Mandy 1/2kg juga dan Ayam mandy sorang makan. Air diorang amik variety like air gas, air buah mangga, air teh limau la. tukang bayar je amik air mineral.. hahaha..

 lamb madghout.. 1/2kg.. kalau tak silap rm 24 kot.. kalau sekilo, rm 40 lebih.. sedap sangat. dalam dia ada kambing.. recommended.

mixed fruit

 mushroom soup.. ok juga, tapi kak long aku tak suka, rasa susu katanya.. hmm.. ok je..

 ni sambal dia.. tak pedas pun tapi inilah penambah selera.. kalau tak de, rasa kureng je...

 ini lamb mandy. hasben aku suka yang ini. tapi aku dan ayah suka lamb madghout.. tapi still sedap.

Chicken mandy untuk abang long. ni untuk dorang makan tapi baaaanyakk..

 ha.. yang ni special.. lepas dah makan nasi, nak rasa kebab juga. tapi ni ntah apa nama dia lupa dah. ada kambing, ada ayam, ada udang, ada fillet ikan, fries.. sedap juga.. dalam RM 30 lebih rasanya..

makan bersama mullawah iaitu roti besar tu.. roti tu pun sedap!!! kami amik size medium 2. kalau size large, haish besar sangat.. mullawah ni murah je RM5 sekeping.. yummy...

Banyak gile makan. tapi pelik tau, masa masuk nasi dalam mulut tu rasa macam sedap betul la, macam tak cukup2 nak makan.. beras dia kot sedap.. kambing pun lembut je.. pastu, masing2 bila dah hujung2, sume dah macam ular sawa.. full... 

Kami pilih duduk di luar, yelah, untuk orang lelaki, senang nak rokok, untuk budak2, senang korang nak main lari2, makan tumpah pun gasak korang la, janji perut ibu kenyang. hehe.. total kena bayar RM 205.. alhamdulillah, kenyang sampai ke malam :-)





Ok tu je la nak cite.. kalau korang nak pegi, memang berbaloi la. aku pun nak pegi lagi tapi tak boleh makan selalu ler.. botak kepala makcik ni.. hehe.. ok bye. wassalam :-)

2 comments:

Lida Rahim said...

ok noted. nanti boleh la cuba situ pulak..

Suliana said...

Kak LR,
cer cuba. Best :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails