Wednesday, February 1, 2012

peti ais

Assalamualaikum..

Hari ni keadaanku anak beranak tak berapa baik lagi. semua selsema dan tambah lagi aqil sakit gigi!! adoi, sakit gigi kembali menyerang lagi, yang sudah tentu sengsara aqil la kan, ibu dia tumpang sekaki sebab anak merengek kan.. kejap2 je sakit gigi dia, kasi makan ubat, baik.. pas tu, lupa diri minta gula2.. kalau tak kasi, sape sanggup dengar dia merengek sepanjang masa?? ibu juga kan.. huhu.

Ok, walaupun hidung ni tak berapa sedap, tapi niat di hati nak membersihkan peti ais tetap diteruskan.. peti ais mama la, bukan aku punya. aku punya dah settle dah before aku bersalin hari tu.. ni ntah apa jadi tak tahu la ye kat rumah sana.. Biasala peti ais rumah parents aku ni, padat nau.. ntah apa yang disumbat dalam tu pun aku hairan.. muat pulak tu.. hehe..

Biasala orang tua kan, suka kumpul dan simpan lama2 (nanti aku dah tua, cam ni la agaknya.. hehe), elok lagi katanya padahal dah laaaamaaaa expired.. semua nak sumbat dalam peti ais. dan tukang menge 'cek' nya adalah aku.. banyakla juga dapat ditapis :-) tapi di bawah pengawasan mama aku le.. kang main buang je, mahu mengamuk mama nanti :-) 

see.. gambar selepas :-) gambar sebelum, tak payah tunjuk la ye.. hehe. ni pun kira penuh juga ni, tapi tak pela, peti ais orang kan, memandai pulak nak buang lebih2 kang ada yang kena pelangkung..

baru dapat 27 botol susu untuk bekalan aisyah sekiranya emergency ibu tiada di sisi..  kena transfer jap ke deep freezer mama semasa proses pembersihan peti ais.

Bukan tak nak letak kat deep freezer semua susu tu tapi ntah nape mama punya deep freezer tu bawah beku, atas tak beku betul.. may be dah diset macam tu kot.. Kalau dah terdesak sangat, baru ubah balik setting DF tu.. Cakap pasal DF ni kan, memang cita2 aku nak beli DF untuk park semua susu Aisyah ni.. tapi nanti la, tunggu balik rumah sana dulu la tengok camana tahap kritikal nya.. rasa2 kalau tak banyak sangat susu tu dan boleh adjust skit2, aku tak beli la.. tapi kalau dah tak muat sangat, akan ku cari la sebijik.. anybody nak jual DF second hand?? berbaloikah kalau beli DF ni ek? hmm.. tapi bagus juga kalau ada, dapat simpan barang banyak sikit kan :-)

So, kena gigihkan pam susu banyak2 time bercuti ni.. Harap2, ada rezeki aisyah nanti. kenapa perlu membuat stok susu perahan? sudah tentulah untuk digunakan semasa kecemasan... yelah, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Buatnya kena outstation ke, susu merudum ke, ibu tak sihat ke, susu perahan yang fresh tak cukup ke, yang ni juga la boleh dibuat top up.. kalau susu perahan tak cukup, mesti cemas kan.. huhu.. 

Okla, nanti sambung lagi ye. bye. wassalam

4 comments:

fieda said...

alhamdulillah melimpah rezeki untuk Aisyah...

Amiizaa2001 said...

akkak sokong beli DF:)
comeinya aisyah iras abg aqil:)

Suliana said...

Amiin..

Suliana said...

Insylh kak klu ada rezeki lbh :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails