Monday, February 27, 2012

frust sangat...

Assalamualaikum..

Tadi, baru je habis makan nasi. terdengar jiran sebelah a.k.a pengasuh aisyah panggil2 aku. "su, meh datang rumah jap, suprise" ha? cepat2 aku basuh tangan, pebenda pulak yang suprise nya ni.. cuak juga aku..

so, pegi la aku ke rumahnya.. memang surprise sangat.. anak aku hisap puting!!!!!! korang rasa aku suka tak? mesti la tak berapa suka. tak de sejarah anak2 buah aku hisap puting k.. 

ni la budak yang pandai2 hisap puting ni

Aisyah ni memang ada habit. dia suka hisap jari2 dia. bukan ibu jari. jadi, bila time dia tak hisap nenen tu, dia duduk saje2, memang akan terdengar cot cet cot cet dia makan jari.. aqil dulu tak makan tangan dia. tu yang makcik pengasuh tak kasi puting tu kot.. yang ni pulak, pandai pulak nak bergayut. jangan dik, banyak buruk dari baik nya..

Sesampai2 di rumah pengasuh tu, muka aku kalau orang perasan memang pucat bercampur terkejut.. tindakan spontan, terus aku cabut puting dia dan kasi nenen.. laju je dia menenen.. masa aku sampai tu, aku tengok dia tengah sedap menyedut puting sambil air mata dia bergenang2.. tak puas tido kot.. hmm pening kepala ibu ni nak oii.. ingatkan masalah tak nak susu botol, tapi masalah lain pulak yang jadi..

Aku sedih sangat2 la.. rasa macam lemah je badan ni padahal baru makan nasi setimbun :-p adoi la.. en suami seperti biasa menjadi kan aku tukang cakap/ orang tengah. tu yang malas tu. tapi tak pela, untuk kebaikan anak, aku tebal muka je la cakap please, jangan kasi.. kadang tu rasa serba salah pulak, kita minta tolong dia jaga anak kita, pas tu kita plak banyak cekadak.. tapi, anak kita kan? biarla banyak cekadak pong..

Okeyla, nak menyedapkan hati yang lara ni jap.. aisyah aisyah..  ok, bye. wassalam ......

p/s: tadi pagi bekalkan 3 bekas dadih susu perahan, satu dah terkorban sebab dah termasuk air dalam nya time panaskan susu.. makcik pasrah..

7 comments:

Huda said...

oh kalau saya pun tak suka tau..pasal dua anak saya memang tak pernah hisap puting, takpelah cakap je baik2 dengan pengasuh, insyaallah dia boleh terima.

Amiizaa2001 said...

alahai sue sedihnya.....ragam ada anak kecik, kita memang kena cerewet....

Suliana said...

huda, tq. dah settle dah. tadi dah ckp, aisyah pun dah ok tak hisap puting..

Suliana said...

kak miza,

masalah kecik2 pun dah blh buat ibu bapa susah hati kan :-)

Marsha~ said...

anak saya dua2 menyusu badan.. dan isap puting sampai umur sethn lebih... takde masalah pun.. gigi tak jongang pun.... takyahlah sedih sampai begitu sekali... rasanya lebih elok dr dia isap jari.. susah nak pisahkan nanti.. nanti dah besar sikit, buangle puting tu.. senang je nak bagi pisah puting ni... yang penting cekal dan sabar.. jangan sedihlah... yg penting anak sihat walafiat... kan?

ejaMaria said...

haaa... Luqman ada habit hisap jari... tp mmg dia tak hisap puting - pernah bagi tp dia luah balik... sudahnya jari masuk dlm mulut... sampai skrg pun masih lagi hisap jari... jari yg dia hisap tu pun dah ada 'bonggol'... hehehe... biar je la... ramai yg kata budak hisap jari 'budak baik'... sampai masa nanti hilang la habit tu... insyaAllah...

*jgn risau sgt klu Aisyah hisap jari lepas ni... ;p

Ietams said...

mesti mcm ralat bile bbsitter panai-pandai sendiri macam tu kan.
nak tanak terpaksa bertegas utk kebaikan anak kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails