Friday, February 24, 2012

cara menjaga cloth diapers dengan betul

Assalamualaikum..

Entry ini ditujukan khas untuk kawan saya yang baru nak berjinak2 dalam bidang cloth diapering ini.. Actually saya pun banyak persoalan berbanding jawapan (eh, macam lagu najwa latip pulak). Kadang2, bila kita dah lalui benda2 ni, tu yang banyak persoalan timbul.

Jadi, masalah saya dalam cd ni tak de la masalah besar pun. Saya sekarang pakaikan aisyah one sized pocket diapers. Saya pakaikannya satu insert sahaja. yela, kalau pakai dua lapis, nampak bulky sangat, nampak macam perut dia buncit. hehe.. bila dah satu insert, tak boleh pakai lama2 cd ni, kena kerap tukar. pada hemat saya (ceh, hemat plak dah) dalam 2-3 jam dah kena tukar. kalau tak, habis kena baju dia.. tukar cd, tukar sekali baju.. time nak berjalan pulak, pun saya tak berapa yakin nak pakaikan cd. bukan apa, kalau jalan dekat2 tak pe, kalau jalan pagi sampai malam, saya pakaikan dia DD - disposable diapers. sebabnya, bila dah bocor, takut terkena pulak baju ibu, nak sembahyang pun was was.. so, time berjalan saya decide pakai DD la.. saya ada beli satu insert bamboo charcoal kalau tak silap, yang tu tebal sikit, tapi sekeping, ok juga tu..

Tapi, pakai cd ni seronok tau.. memang JIMAT sangat!!! selalunya budak kecik ni kerap kencing dan berak kan. kadang tu, baru je letak, dia dah kencing memancut2 atas pampers tu. sayang betul nak buang kan. lagi satu, kalau pakai DD, tiba2 dapat pelekat dia yang tak berapa nak lekat, camana nak pakai tu, buang bodoh je la pampers tu kan.. dulu time aqil dalam sebulan 3 bungkus kot pampers dia. tu pun, dah bahagi2 dengan pengasuh.

Dulu, saya obses dengan cd velcro, tapi sekarang saya rasa button pun not bad!! murah pun murah.. ok juga, cuma bila anak dah pandai pusing2 nanti, takes time nak membutton tu. hehe.. bulan ni, saya tak de bajet nak beli CD lagi. saya pakai apa yang ada je dulu. penerangan dah diberikan kepada kakak pengasuh. saya cakap dengan dia, tak payah basuh. bukan apa, CD ni pakai sabun special kan. kot dia bantai sabun buku camana? Insya-Allah kalau berjaya memakaikan aisyah CD, alhamdulillah la.. part berjaya memakaikannya memang dah berjaya tapi part membasuh tu kena tengok juga. kot2 naik keje penat, habis berperam cd tu kan. huhu..

Ok, di sini saya kongsikan artikel dari blog ini untuk sumber rujukan saya dan kawan2 yang lain. baca juga komen2 nya nanti.. 


Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?
LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:
  1. Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).
  2. Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  3. Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  4. Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  5. Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  6. Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?
  7. Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
  8. Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
  9. Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
  10. Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
  11. Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
  12. Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.

JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!
  1. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  2. Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  3. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  4. Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  5. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

Ok, sekadar berkongsi. happy cd-ing :-)

wassalam

2 comments:

@iney123 said...

alamak aiii kak...tuk sape la n3 ni kan.hik3...sgt membantu..;)

Suliana said...

Aini, slmt bercd!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails