Monday, February 27, 2012

car seat, nursery & pengasuh

Assalamualaikum!!!

Selamat pagi semua.. korang keje ke.. hehe. ayat sacarstic betul.. me tentulah belum kerja lagi.. next week hari selasa baru pegi keje. neves pulak nak gi opis balik kan. macam tak reti nak buat keje apa dulu.. Ok, bagi mengurangkan neves nak masuk keje, aku dan aisyah dah pegi  melawat kawan2 opis on that day. sibuk benar acik2 opis nak jumpa aisyah. Tapi tak dapat jumpa nenek di opis, nenek gi kursus pulak. hehe.. Alhamdulillah aisyah tak meragam sepanjang perjalanan ke sana. kebetulan time tido dia. Dah nak dekat sampai baru dia nak tido. sian aisyah ibu kacau aisyah tido ye..

 aisyah dapat car seat.. alhamdulillah!! x payah ibu beli dah.. testing duduk :-)

alololo.. tomeinya dia.. nanti dah boleh duduk betul, kita duduk betul2 atas ni ye sayang..

Tq kawan2 opis yang menyumbangkan hadiah ni untuk aisyah.. aisyah suka, ibu lagi suka.. hehe.. Aisyah ni dalam gambar je nampak besar dan bam bam, tapi luaran dia kecik molek je macam ibu dia.. hehe.. Hari ni, aisyah ibu dah testing hantar pegi rumah pengasuh @ jiran selang sebuah rumah. harap2 aisyah ok kat sana.. akak tu pun dah lama tak jaga baby.. dia jaga anak sedara dia je umur 3 tahun - tapi jaga dari baby le. ni baru first time nak jaga anak orang..

ni gambar aisyah pagi tadi.. pukul 8 lebih aku dah hantar ke rumah pengasuh..

Seperti biasa, 2 beg hantar ke rumah akak tu. satu beg baju dan lampin yang seharusnya tiap2 hari kena pulang balik, satu lagi beg letak alas tilam dan bantal2 dia, tak payah hari2 bawa balik.. Aku bagi akak tu RM 250. Ikutkan akak tu tak reti nak letak harga, dia kata 200-250 je la.. tapi aku bagi la 250, sama macam aqil time baby dulu. tu pun dah kira murah la kan, sebab rata2 aku dengar ada orang amik 300..  bayaran nursery aqil pulak dah kurang dari tahun ke tahun. mula2 280 (8 bulan)---> 250 (2 tahun)----> 230 (3 tahun).. kira nursery ni pun dalam kategori murah juga. Alhamdulillah rezeki anak2. tak kisah la berapa harganya janji dia layan dan jaga baik anak2 ku..

Aqil pulak, hari ni hari ketiga dia ke nursery. tapi tadi pagi, kejutkan dulu dia. kalau main angkat je macam hari tu, meraung2 la dalam kereta sebab tak dapat salam peluk cium ibu dia.. hai aqil.. memang banyak cekadak pagi2.. lepas salam nak cium, pastu nak peluk, jalan setapak lagi nak cium hidung pulak, jalan setapak lagi nak cium adik pulak.. aduyai.. lambat la ayahnya nak gi keje.. huhu.. tapi dia pagi2 je dia nangis, pastu ok dah, ceria je.. Alhamdulillah setakat ni tak de masalah tak pakai pampers di nursery. FYI, aqil dah bebas pampers sejak aku pregnantkan adik dia. bila diingat2 balik, senang je ajar anak2 ni potty train - cait, dah berjaya senang ler, cer tgk time aisyah nanti camana, huhu..

Okeyla, nak masak pulak ni. ntah apa la aku nak masak ari ni. lauk macam cukup2 untuk aku je. hehe. kena beli barang dapur ni. tapi macam malas pulak aku nak keluar. huhu.. ok, babai. wassalam 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails