Wednesday, February 15, 2012

breastmilk storage

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! hari ni bangun subuh tak tido balik :-) bangun, pam susu dan sambil2 tu buka laptop layan FB dan blog.. tu je la keje kau kan .. nak wat camana, ni je la hobi aku. hehe.. sementara anak2 tak bangun tido lagi, better la aku menulis sepatah dua kata.. cewah.. penulis la sangat :-p kain dah satu trip sidai, jap lagi sambung sidai CD aisyah yang tengah pusing2 lagi tu..

Ok, hari ni hari rabu kan. esok kamis, lusa dah jumaat.. aku ada 2 malam saje lagi nak berkampung kat sini. hari jumaat malam sabtu dah balik ampang, rindu sangat kat home sweet home.. aqil pun dah pandai sebut nak balik rumah ibu.. hmmm bila fikir nak balik sana, ntah bila lagi aku nak balik sini  balik kan.. mesti rindu kat rumah ni pulak.. rindu la segala aktiviti yang dibuat dengan mama & ayah kat sini.. yelah, mana taknya dah 2 bulan lebih bertapa kat sini.. ada ke orang berpantang lama gini duk rumah parents.. hehe.. tak pela, ntah bila lagi dapat berpantang di bawah ketiak mak kan.. kalau panjang umur, merasa la lagi air tangan mama menjaga kami adik beradik..

Eh melalut pulak.. ok, oleh kerana stok botol ku dah habis, dah penuh terisi dengan susu perahan, maka, aku beralih arah ke plastik pulak.. aku guna brand autumnz, ni je yang sempat dibeli secara online hari tu.. 50 keping RM 27 lebih termasuk postage beli dari One Baby World. ok juga pakai plastik ni, jimat space. pakai buang. tapi tu lah, buang pulak kan. dari nak jimatkan penggunaan plastik, terpakai plak beg plastik..

bila dah masuk plastik, measurementnya tak berapa tepat sangat. actually bukan la 9 oz tapi 7 oz saje pagi ni..

Pumping time aku tak menentu lately.. kadang pukul 12 aku pam. kadang tu, bila aisyah bangun, baru aku pam dengan tangan, nak train dia menyusu pakai botol.  malas pulak nak buka2 pam. pakai tangan cepat sikit. tapi tak de la perah banyak, sekadar tak sampai 2 oz, sebab sayang nanti buang je kalau aisyah tak nak.. kadang2 dia boleh minum pakai botol, kadang tu satu hari dia tak nak pakai botol, macam semalam, sikit je dia minum.. selebihnya ke sink.. kalau dulu, memang rasa terkilan sangat kalau buang2 susu.. tapi sekarang, terkilan juga tapi tak seteruk macam time aqil dulu, sikit2 je la rasa terkilannya.. sekarang ni kalau pam, mesti 2 oz asingkan untuk train, yang selebihnya masuk peti..

susu untuk aisyah. dia tak de la bambam sangat tapi badan dia je tough.. ni pic lepas nyusu.. comot :-)

okey. nak sambung sidai kain :-) bye. wassalam

5 comments:

Huda said...

saya dulu duduk kat rumah mak lama jugak berpantang..bila nak balik rumah sendiri, mak siap hantar, nangis2 lagi, huhu

Suliana said...

Ye ke huda.. Sedihkan. Sy pun parents hntr, byk brg nk kena bawa, pnjm keta diorg ler.hihi

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

aishah dah sebijik iras aqil masa kecil ye..muka cute.... anak2 sue irasnya sama.. anak2 linda muka lain2...

Suliana said...

Haah, muka diorg seiras.hihi.ank2 linda ada iras jg la, tang mata. Hihi

Eyriqazz said...

dah nampak licin dan putih bersih muka aisyah...makin comel sgt2..syukur rashes dia dah ilang....alisya dulu, masa lahir licin....tp sebab allergik lactose lps pantang baru rashes naik (bile susu tumpah/meleleh kat pipi)....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails