Friday, February 10, 2012

baby reject botol

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat.. hari ni lepas subuh tak tido. gara2 nak update blog punya pasal :-) kalau aqil dah bangun, sibuk betul dia nak conquer apa yang aku pegang. aku pegang laptop, dia pun tiba2 nak tengok ultramen kat laptop, padahal kat tab boleh je tengok. sindrom apakah ini? nak tulis blog pun tak syok, tengah idea datang mencurah2, ada je gangguan. hehe.. anak anak..

Ni budak berdua tu belum bangun lagi. aisyah macam biasa, subuh je memang bangun.. kelip2 mata dia. kalau diagah, senyum memanjang.. comel sangat!!! puji anak sendiri ye :-) yelah, orang lain aku tak tahu la pulak camana.. hehe

Tak sampai lagi sebulan, aku dah nak masuk keje.. So, bulan ni adalah bulan mempraktikkan aisyah minum susu pakai botol. susu ibu la dalam tu. Actually masa awal2 bulan ada juga sumbat susu dengan botol susu, ok je dia minum ebm dalam tu. pakai botol susu murah je, yang ada gambar disney tu. puting panjang gile, kalau aku suakan kat mulut aisyah, macam nak termuntah juga budak tu.. huhu..

botol MAM, botol pureen aqil - his favourite, botol disney adik.

Ok, baru2 ni aku beli botol MAM. orang kata elok.. nanti baby tak confuse puting. aku beli RM 33.90. time aqil dulu, sume botol susu dia avent. tapi, aqil dulu macam ok je sumbat botol susu. tak de pulak dia tolak2 dengan lidah. ni si budak cantik manis ni, pandai pulak tolak2 dengan lidah.. aiayakkkkk.. camana ni. tapi masa aku pegi spa ari tu, mak aku kasi pakai botol ok pulak. memang pada mulanya dia tolak2 pakai lidah, tapi dia nyonyot juga..

practise make perfect

orang kata, kalau nak praktis bagi botol, jangan ibunya ada/ibu dia yang beri minum. dah tu, kat rumah ni sape lagi aku nak minta tolong kasi susu kan. nak suruh aqil? kang ada yang tersedak susu.. huhu.. aku kena try petang/malam pulak la.. sebab time tu mak aku dah balik keje.. takkan nak pegi beli botol susu lagi. MAM tu consider mahal la tu kan. nak try avent? lagi mahal kot. tapi kalau aisyah ok botol susu tu, tak pe juga. kalau dia tak mo, membazir duit aku je.. 

Semalam, waktu tengahari, mak aku balik makan. lepas pam susu, aku tinggalkan 1oz untuk masuk dalam botol, nak testing si kecik ni la.. kejut dia bangun tido, then suakan botol susu tu..dia main2 dengan lidah dia, buat muka kerut2 bila dapat puting tu.. last2 dah tak tahan sangat, dia melalak sekuat hati.. lapar sangat la tu. nak tak nak, aku kasi la nenen.. terus hisap macam orang lapar.. sian anak ibu ni.. masak la ibu macam ni kalau aisyah reject botol..

senyuman si cantik manis :-p jangan banyak cekadak ye dik.. minum je la pakai botol please..

Botol MAM tu plak, ok je. lembut pun lembut. tapi dia suka menitik.. pasang tak betul agaknya.. besar plak tu. aku beli yang 5oz punya. nak beli lagi kecik, tak de pulak. hehe.. masa asben ada ari tu, dia kasi pakai botol tu, ok plak aisyah minum. ni mesti kes ibu ada, nak nenen je.. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

bye. wassalam

6 comments:

Huda said...

anak saya zara pun dulu cam gitu tau, reject botol, sampai umur dia 6 bulan, stress saya..last sekali saya biarkan je botol letak sebelah dia sambil dia menangis-nangis, saya nyorok kat bilik, at last dia amik tau..hehe, since that day dia terus minum botol..memang payah sikitlah tapi kena kuat dan tabahkan hati...

ejaMaria said...

hehehe... manja lebih nih... ;p

Suliana said...

Huda, tq. Tu la kena sbr byk2 n usaha lbh nk pjk dia.

Suliana said...

Kak maria,
Tu la, manja ngada2. Png kpla ibu nnti nk g keje.huhu

Nur Hasyimah Mahasan said...

Irdina pun camtu gak sue...if ngan shim smpi skrg x nk botol but umah ngasuh ok je dier minum...Insya Allah ok la nant...

Suliana said...

Hope mcm tu la kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails