Friday, January 6, 2012

wanginya bau dia...

Assalamulaikum...

Salam hari Jumaat.. korang buat pe tu.. mesti dah tak de mood nak wat keje kan, yelah, dah petang2 cam ni, mesti ingat nak balik je kan.. hehe... aku pulak, selalu time2 gini memang tido je kejenya.. sebenarnya nak umpan aqil tido sekali, tapi budak ni tak mo tido plak.. sibuk duk main game dan tengok youtube.. aisyah tengah sedap tido..

Malam tadi kejenya merengek je.. hisap susu pun macam marah2.. tak tahu dah aku nak buat apa. cek pampers - basah - salin.. masih merengek.. last2 dukung dia dan tiarap kan dia atas dada, baru senyap.. kalau nak kasi dia tido lama senang je, tiarapkan dia tapi make sure hidung dia boleh bernafas.. mungkin nak beralih bulan kot. yela, esok dia dah genap sebulan!!! cepatnya masa berlalu, sebulan dah kamu aisyah humairah..

Tadi pegi cek darah lagi.. alhamdulillah even turun sikit je 9.0 ---> 8.5, tapi dah tak payah datang klinik dah.. nurse tu kata dah tak de kuning, patutnya tak yah amik darah dah.. just teruskan bf.. lega sikit, tapi aku baru je order online susu kambing Hiraq untuk aku minum, tapi tak sampai lagi.. konon2 nak turunkan kuning dia.. tak pelah, boleh je aku nak minum ek..

perasan tak bau mulut baby ni wangi kan.. aku suka sangat cium mulut aisyah.. geram sangat..mungkin sebab dia minum susu ibu je.. aqil masa baby pun sama gak.. sekarang je dah makan macam2, dah macam mulut orang tua dah baunya, cuma tak bau petai jering je.. hehe.. aqil pulak asyik duk gomol adik dia je.. sian aisyah tengah tido pun kena cium kuat2 dengan abang aqil ye..

sedapnya dia tido.. pic diambil guna samsung galaxy SII.. tak berapa pandai lagi nak adjust mode pakai camera SII ni, dah terbiasa dengan pic dari Nokia..

Okeylah, have a nice weekend friends.. malam ni tunggu ayah aqil balik.. tiap2 minggu ayahnya balik, naik bas, save bajet, penat pun tak la penat sangat kan.. :-)

wassalam..

p/s: 14 days left nak menghabiskan 'pantang' :-))))

5 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

betullah sue..alarr rindunya nak bau mulut anak time bby...bau kulit depa pun lain...sedap sgt bau nya walaupun kekdg masam2 manis yang wangi..

sisanizu said...

wow..dah nak abis pantang..cantik gmbar pakai sII tu..hehe

Eyriqazz said...

hik3..pinky2 gitu

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tul tu sue....perangai Aqil sama cam irsyad nk gomol adik x kira masa....hehe

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

betul2 bau mulot cam plastik hehehe
oo lama gak eh kuning dia
sib baik aishah 2 ari je..

waaa cantik gambor eheheh i like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails