Tuesday, January 10, 2012

update kisah anak-anak..

Assalamualaikum..

Susahnya nak update blog.. banyak gangguan.. gangguan dari anak ye, gangguan dari mata pun ye. gangguan mata adalah bila rasa nak update blog, mesti time anak2 tido. bila diorang tido, aku pun rasa syoknya diorang tido, rasa nak join sekali. selalunya itulah yang terjadi. tapi hari ni, tak terjoin plak.. cepat2 tulis blog, kang kalau ada rezeki, diorang tido lama ke, boleh aku tido kejap. hehe..

sedap tido dua beradik ni, hujan kat sini, sejuk.. aman skit ibu :-p aqil memang tido ngadap laptop.. kang bangun mula la merengek cari ibu.. aisyah tido meniarap, baru tak terkejut2..

Tadi baru balik dari klinik. Konon pegi semalam, dah siap2 cun2 dah puteriku tu, siap bertopi bagai, tiba2, tersilap hari.. confident je aku cakap nurse tak bagi tarikh, rupanya ada, hari ni 10hb baru leh cucuk.. nasib baik rumah dekat je.. tapi sian mak aku la pegi keje lewat.. huhu.. so tadi berat aisyah 3.96 kg.. alhamdulillah, berat nya naik.. ukuran lain lupa plak nak tengok. hehe.. tadi dia kena cucuk, menangis sampai tak kuar suara.. alahai, sian anak ibu, sakit sangat la tu... dah pujuk2, baru kuar suara dan reda tangisannya.. ibu pun dapat ubat gak.. hehe.. pil perancang keluarga.. kuikuikui.. as usual pilihanku noriday, tapi hari ke 42 baru aku nak makan.. beratku 47kg, belum balik kepada asal, tapi oklah, buat pe ringan2 sangat, tak sesuai dengan BMI ku..

Perangai baru aisyah selepas sebulan ialah dah kurang tido sikit. selalu kejenya siang tido je, sekarang, siang pun ada juga celik2, lama juga, pastu, malam ada bangun kejap dan susah nak tido.. kena dodoi dulu, bila dah tido betul, baru letak atas tilam.. pastu, dia berak cair.. risau pulak aku.. may be beralih bulan kot.. 

omei tak saya? hihi..

Aqil pulak hari ni meragam sikit. selalu klu perangai macam ni, macam nak demam.. masak la ibu...tapi lately dah boleh sabar sikit dgn dia.. sikiiit je. hihi.. semalam dia main nyorok2 dengan tok ma dia.. sekali tu, tersadung kaki sendiri, jatuh terlanggar dinding.. berdarah sikit hidung dia. hidung dia memang dah berdarah sebab asyik korek hidung, may be tak selesa hidung selsema.. sian aqil.. dah injured tu, sume masuk bilik, tido...

muka tgh nangis, sempat posing nak disumbangkan dlm blog ibu ni.. hihi.. hidung aqil bengkak..

 okey, tu je perkembangan terkini :-) bye. wassalam..

1 comment:

Nur Hasyimah Mahasan said...

Wah hero tdo ngadap lappy...senang bangun terus main ek...
Cian aisyah kena cucuk...sakit ek...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails