Wednesday, January 18, 2012

seronok ke duduk rumah lama2?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua... (baik cikgu :-) ) sekarang ni aku sedang menonton kartun bersama aqil.. adik aisyah dah tidur kembali. mengantuk sangat agaknya, malam tadi dia tidur2 ayam, uk ek uk ek, kacau tidur ibu.. dah tepuk2, goyang2 skit, cek lampin dia, sume ok je.. saje je nak berjaga malam. ada makcik tu cakap, anak yang lahir tengah malam memang suka berjaga malam.. ye ke? masak la ibu macam tu..

ha, persoalan di atas perlu di jawab sendiri :-) seronok ke duduk rumah lama2 ni?? tentulah SERONOK!!! hehe.. apa yang seronok nya tak tahu la.. rutin harian yang sama. bangun pagi, mandi, mandikan anak, masak nasi - lauk mama beli, layan anak2, makan, tengok tv, membuta kejap, bangun bila mama balik keje, mama beli goreng pisang, buat air minum petang, mandikan anak, tengok tv gemersik kalbu, makan malam, siap2 untuk tido then baru la tido... masuk bilik dalam pukul 10 macam tu, tapi nak suruh anak tido punya la susah.. tu yang melarat2 sampai pukul 1 pagi baru tido... perkara yang paling digemari dibuat olehku ialah FB & BLOG. pantang ada masa terluang dan tak de orang dengki, aku belek ini dulu :-) lebih2 lagi dah ada SII, FB dan blog hanya di jariku sahaja :-)

keseronokan yang lain adalah - santapan rohani.. ye, santapan rohani dari TV dan dari mak aku juga la. hehe... kalau kat rumah ni, mak aku suka buka tv 114 (hijrah) dan tv 119. yang mana2 ada ceramah agama.. aku pun jadi tertengok sekali la kan.. best juga tv al hijrah ni.. kejap2 aku buka, sebab nak tengok ustaz Don :-) ustaz zaki jangan marah ye.. hehe.. kalau tv 119, aku suka dengar tanyalah ustaz/ ustazah.. kalau bangun pagi, sempat la tengok, kalau tak, ulangan nya waktu malam..

kadang2, inilah masa yang paling sesuai untuk kita dengar2 sume ni. bukan layan sinetron, drama2, hiburan atau movie.. kita nak pegi surau/masjid nak dengar ceramah tak sempat, ada anak kecik, penat kerja, maka dalam tv/radio pun jadilah. banyak pengajaran yang menyedarkan kita.. kita ni manusia perlu diingat selalu.. perlu disedarkan setiap hari. jadi, bagi aku, memang banyak manfaat yang diperoleh kalau kita layan ceramah2 agama ni..

ustaz dan ustazah sekarang pun best2.. sekarang aku suka tengok Ustaz Don dan Prof Dr. Muhaya.. kedua2 lemah lembut je bila bercakap. Kata2 dari Prof Dr. Muhaya yang aku ingat ialah 

" bila anak kita tu nakal, dan kita geram sangat nak marah kat dia. Jangan tengok part yang negatif je kat anak ni contoh anak kita ni degil la, nakal la, tapi amik part yang  positif - alhamdulillah sihat anak aku hari ni"

"kalau nak tengok anak kita besar nanti macamana perangai nya, tengok pada diri kita sendiri - macam tu la anak kita nanti " erk.. hmmm...

" kalau orang mengata-ngata kita - jangan panas telinga, tapi ambil apa yang orang tu kata untuk baiki diri"

Itu je antara yang aku ingat.. sebenarnya banyak lagi, tapi apa lah aku ni, pelupa betul benda2 baik macam ni. huhu.. Kalau ustaz Don pulak, bab solat dan bab mengaji. Memang kita ada belajar masa sekolah dulu2 kan, tapi perlu refresh balik hukum2 tajwid.. alhamdulillah.. dapat ilmu lagi kasi refresh itu tajwid ye.. sampai mak aku suruh aku mengaji nak dengar bacaan aku betul ke tidak.. huhu

 muda lagi rupanya ustaz ni, baru 27 tahun dan study di Al-Azhar..

very soft spoken dan sangat memberi motivasi..

Ni je la kerjanya sepanjang 3 bulan cuti.. Aku ni kadang tu nak gosip2 dengan mak aku kan. sekali tu bila dah cerita2, mak aku pulak tersedar, ei tak baik la kak teh cakap pasal orang.. semalam sampai terpecah pinggan goreng pisang - tu la cerita sangat pasal orang, Allah marah.. huhu.. moga aku menjadi insan yang lebih mulia :-)

wassalam..

8 comments:

nasazfrog... said...

syok dok umah sbb ada buat kerja freelance kat umah... hehehe so rasa cam tak cukup2 cuti lagi ni.. hehehe

Momma Qiestina said...

hahahh tula rutin aku sue..

tengok tv dapat tgk tanyalah ustaz/ ustaz don tu seme pahala jugak kan :) aku pun suka dengo muhasabah diri.then ptg2 layan citer siri2.camtula.cita pun byk mesej tu aku suka :)

Taste Of Tapah said...

like entry ko kali ni. aku pernah bayar nak pi talk prof muhaya ni. mmg best. always positif. teringin nak sentiasa positif mcm ni.

Suliana said...

Smpt lg ye freelance:-)

Suliana said...

Btl tu.. Blh muhasabah diri kita :-)

Suliana said...

Tq for like it. Hihi..

lily lotus said...

hehe comel jer sampai pecah pinggan goreng pisang yer

~ujicham~ said...

tuh la... kalau aku pun suka duk umah... mcm2 boleh buat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails