Friday, January 20, 2012

Online shopping

Assalamualaikum...

Online shopping ni best kan?? hehe.. belek2 tengok sana sini, eh macam lawa je.. terus follow step yang seterusnya.. tapi amat berbahaya sekali jika tidak berhati2 dan menyebabkan bil2 lain yang perlu dibayar tidak berbayar kerana tahu2 aje duit dah licin duk membeli online :-)

Masa pantang time aqil dulu, hanya kenal mom's little one, sibuk beli barang2 breastfeed.. time tu aktif mengadap friendster aje.. time aisyah pulak, aktif mengadap FB dan blog :-) kali ni, barang2 breastfeed tak beli sangat, hanya beli CD untuk tambah collection yang ada...

Kali ini, aku ada beli baju kat online shop. kalau sebut nama ni, memang femes sangat.. dah la first time beli, - beli 3 pasang terus.. tengok2 saiz dalam tu macam muat je, macam sama saiz je dengan model tu - perasan badan saiz model.. sekali tu 2 yang dipakai alahai, sendat weii... yang satu lagi tu kain dia ala2 kain baju kurung kedah- material yang ditulis silk material.. huhu.. tak pelah, dah beli kena pakai kan. tapi nasib baiklah boleh return back. So aku pulangkan yang 2 helai sendat tu..

Duk tunggu juga bila diorang ni nak bank in balik duit aku.. sekali tu dia kasi dalam bentuk lain, pilih baju lain.. apa lagi, aku pun pilih la 2 helai baju baru, tapi kali ni amik yang jenis kain jersey.. aku memang selesa pakai baju kain t-shirt ni, lebih2 lagi bila ada anak kecil yang menyusu.. hmm.. harap2 sama la expectation aku terhadap baju yang aku order kali kedua ni.. saiz pulak aku amik besar sikit.. kalau terbesar sangat, pandai2 la aku alter nanti, tak kuasa dah nak pulang2 balik..

So, siapa kata duduk rumah duit tak jalan, jalan apa.. :-) ni pun macam dah belek2 benda lain, tapi tak pelah, kang tak capai expectation, bengkek lagi kena jeling dengan cik abe.. sabor ye.. ni dah habis pantang, pegila round Kluang Mall ke, Kluang Parade ke.. tapi nak kena tunggu adik aku balik dulu baru le aku nak berjalan.  Ada driver senang skit :-) Budak2 ni tinggal rumah je la.. hehe..

Okey korang.. selamat bercuti ye.. kepada yang bercuti panjang, memang syokla korang amik cuti direct.. aku pun tumpang suka juga la sebab en suami ada balik tolong tengok2 anak2 ni.. tapi cuti kejap je la.. Hati2 di jalan raya.. bye.. wassalam ;-)

1 comment:

Cik Sibuk said...

salam,

itu lah bahaya online shopping..sebab takut kang indah gambar dari rupa. ai berani shopping online kasut sukan je..itupun kalau dah testing saiz kat kedai. so balik rumah sambung beli online. kalau baju/beg ni memang nak kena tengok, pegang, baru la ai konfiden beli.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails