Thursday, January 26, 2012

marah

Assalamualaikum...


Siapa yang tak pernah marah? Marah tu apa? Bila disebut banyak kali rasa lain pulak. Marah tu syaitan, hati panas, penuh dengan kebencian.


Diri saya sebenarnya pemarah juga. Tapi dengan kawan2 saya tak berapa nak marah, tak reti marah. Dalam erti kata lain, lebih kepada jaga hati. Kalau dengan adik beradik, boleh kenal marah saya. Masa muda remaja, selalu gaduh. Tapi air dicincang tskkan putuskan. Kalau nak tengok saya marah, tengok macamana saya marah aqil. Dengan suami pun saya kadang marah juga, tapi jangan over sebab dia marah kalau saya marah.hihi


Saya ni kadang ada 'hantu' tau. Masih ingat lagi dosa saya membaling anak kucing. Masa tu saya baru je lepas basuh lantai, tiba2 dia berak depan pintu.. Dengan rasa yang amat marah sekali, saya baling dia sekuat hati saya. Nasib dia tak mati. Masa tu saya dah 20an juga. Mak saya bising, berdosa kau buat kucing macam tu. Saya sangat menyesal sampai ke hari ini. Bila saya teringat, mesti rasa berdosa sangat!!! Itu semua kerana marah.


Sekarang ni, 'hantu' saya ke arah anak2. Kalau nasib baik, kena jerit kuat2. Suara saya memang kuat dan saya tak malu marah anak kuat2 kat emporium :-) mak saya yang malu. Kalau nasib tak baik, kena cubit, pukul dan hanger. Saya rasa lega dapat buat dia menangis, then barula saya tersedar dan kesal sekali memarahi dia.


Saya juga tak suka orang marah anak saya. Walau pun saya marah siap dengan pukul, lagi teruk, tapi tu anak saya kan. Marah skit2 tu tak pela, ni yang marah betul2. Sentap ok. Kalau suami saya marah & pukul aqil, saya marah balik suami saya. Padahal saya buat anak lagi teruk.huhu.. Saya tau anak saya ni nakal sikit.. Adakah saya ni salah seorang ibu zaman moden yang tak boleh orang marah anak kita? Hmm..


Entah la kenapa emosi sangat malam ni. Dan skima pulak bersaya2 ni.hihi. Lagi haru menaip sebiji2 dalam tipon ni, dahla tu, bebel panjang pulak tu.. Okla, marah tu boleh, tapi dengan tujuan mendidik, kalau marah dengan tujuan lepas kemarahan, tu yang sampai kes dera tu. Nauzubillah.. Istigfar banyak2 ibu...


Okbai.wassalam.


P/s: xsempat tgk habis video ustaz harun din mimpi jmpa nabi, lagi seminit je nak habis bateri kong.. Sayu betul. Terasa masuk dalam cerita itu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

ejaMaria said...

akak pun spesis pemarah juga... tapi belajar sikit2 kawal marah... lately ni kalau marah kat anak2 pun cuma naik suara... tangan tak jalan utk rotan/cubit... klu pegang rotan pun akak rotan dinding je... tapi akak bole gelak balik bila husband tegur 'awak klu marah bole bergegar rumah tau'... nko bayang Sue camana suara akak klu marah - serupa cam halilintar sudah... hehehe... skrg belajar kontrol suara pulak bila marah... slow-slow Sue, sama-sama la kita belajar jadi Ibu yg penyabar... tapi jgn sampai hilang terus sifat marah tu... nnt tak tertegur pulak anak buat perangai... ;p

Suliana said...

Thanks kak maria :-)

MommyAqil said...

Tula..saya pon pemarah jugak..esp dgn adik adik n anak...Lagi geram bila Aqil saya tu..bila saya mrah dia pendam...sampai sy geram nk buat jugak dia nangis sbb taknak dia pendam perasaan...sekarang ni sentiasa doa kat Allah supaya jadi ibu penyayang..semoga kita semua dilindungi oleh ALLAH dan dikurniakan sifat penyabar yang tinggi..Insya ALLAH...

Taste Of Tapah said...

marah mmg susah nk kawal... kdg tu penat... aku pun garang gak ngan anak... haih... susah hati

Nurul said...

Aku punyer perangai cam ko.waghhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails