Thursday, January 12, 2012

breasfeeding journey for Aisyah Humairah

Assalamualaikum..

Kali ni, nak bercerita tentang breasfeeding (BF) journey for Aisyah Humairah pula.. Sebelum2 ni, pasal breastfeed aqil kan, selama lebih kurang 2 tahun setengah, pada yang baru mengenali blog ini, saya linkkan ke perjalanan BF aqil, jemput baca :-) bukan nak riak atau menayang, tapi kongsi pengalaman.. Dalam pada diriku berblog pasal BF selama ni, dan tanpa disedari, ada sesetengah tanggapan negatif bila bercerita pasal BF. Tak sangka pulak ada yang kata bila tayang hasil perahan, dapat banyak ini banyak itu, dikatakan menunjuk.. upss.. bukan readers blog ni, ada la aku terbaca kat blog2 orang lain..

Okey, tutup kes. jadi, untuk Aisyah Humairah, tak tahula pulak camana perjalanan BF tu.. orang kata boy memang kuat nyusu, girl pulak tak berapa kuat. dan aku dapat merasai kebenaran itu. anak dara aku ni tido je kejenya.. Awal2 bulan memang macam tu kan. Kalau aqil dulu, sebulan je dah naik sekilo kalau tak silap, yang ini, 0.8gram je naiknya.. Tapi, aku tidaklah membiarkan Aisyah dibuai mimpi.. nak sampai dua jam, aku pun terlentangkan dia, kacau dia tidur.. Tapi ada kalanya, dia akan bangun sendiri menandakan dia sudah lapar..

Setakat hari ke 30 lebih ni (malas dah nak bilang hari, yang aku tahu 19hb adalah hari ke 44 aku), aku dah pam adalah dalam 10 botol penuh.. tu pun ikut suka je aku rasa nak pam, aku pam. hehe..nantila, belum serius nak pam lagi, peti ais mak aku pun boleh tahan padat dengan barang dapur. lagi pun, aku cuti 3 bulan, kalau pam awal2, takut expired pulak..

Okey, info di bawah ni for my safe keeping :-) bukan apa, dah terlupa :-) kadang orang tanya, aku pun konfius jawapannya :-) diambil dari babycenter.com. Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?? Ini jawapannya..

Anda boleh menyimpan susu: 

• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.

• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.

• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 

• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

Ok, itu saja untuk hari ini. Selamat mencari ilmu BF :-) wassalam ...

6 comments:

Syahada Ahmad said...

Thanks for the info Sue.
Sha dah pasang niat awal2 nk exc bf, tp, (ade tapi tu) bila pk kan mcm banyak sangat kekangan especially sokongan insan2 sekeliling boleh buat kan hati ni bergoyang2, patah semangat terus.

Haih la, harap nya diri ni kuat la nk face smua cabaran tu sume.

Suliana said...

Insylh, cuba dulu sya..kena kuat smgt k.. Rezeki ank lain2 kan ;-) su pun xtau lh cbran dgn aisyah ni. Hope dpt sama mcm aqil dulu..

Ietams said...

semoga berjaya lagi bf aisyah mcm abangnye.
saya pun dah rasa excited nak mula bfkan baby.

Dokter faRyn said...

sangat impress dengan breastfeeding journey ko. hopefully aku akan ada rezeki exclusively breastfeed my baby(s) in the future. ameen!

Suliana said...

Tq ietams.. Slmt bersalin ye

Suliana said...

Insylh ko pun blh apa, lg byk info kt hosptl.. Good luck :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails