Wednesday, January 11, 2012

anak bujang ku

Assalamualaikum..

Sekali lagi aku nak merapu kat sini :-p sori la kalau korang boring, aku tiada teman bicara di sini. chewah.. di sini saje la tempat aku merapu bebel-bebel tak tentu pasal.. kalau time kerja, boleh gak bercerita dengan kawan2, boring je diorang dengar.. siap la pas ni kawan2 opis dengar cerita 3 bulan aku.. hehe.. tak de la, acah je :-p

korang jangan la hairan pulak ye kalau tiba2 terkeluar entry yang berhuruf pelik2.. tu keje anak bujang aku le tu. aku ada install blogger android, sekali tu pandai pulak dia godek2, tiba2 publish je.. rasanya dah 3 kali kot dia 'tulis blog'.. sabo je la.. aku pun tak pernah lepas tulis entry pakai SII tu. dah penat2 taip, sekali tu tak boleh publish plak, panjang sangat membebel kot. hehe..

Dengan adanya SII aku ni, lagi seronok aqil main game dalam tu. excuse me, ayah hadiahkan untuk ibu ke untuk aqil ni?? bosan la, belikan dia satu. erk :-) banyak juga aku download game dalam tu, amik kat 'market' - macam beli ikan pulak kan. hehe.. pas tu, asyik main game je aqil ni, aku downloadla ABC, 123 dan iqra.. dia suka juga main colour2 abc dalam tu. tapi haram - tak kenal huruf!!! pulak tu cakap omputih panjang berjela, lagi la dia tak faham.. kena cari yang lagi senang kot.. stress mak ko nak ngajar nanti ni.. game pandai pulak ko main yek. kang ibu pulak yang menangis stress ajar ko nak.. huhu..

Banyak betul cabaran membesarkan anak-anak ni.. nakal pun ye, degil pun ye.. mungkin dia tak de kawan nak main kat rumah ni, jadi memang dengan ibu nya lah dia berkepit. serius. kemana aku pegi, toilet, dapur, dalam bilik, sume dia ikut je.. pantang aku hilang, mulalah menjerit.. padahal nak amik pampers je. nak duduk satu kerusi dengan aku. padahal adik atas riba ni.. camana tu?? grrrr... 

ok. tu je untuk malam ni. bye. wassalam :-)

2 comments:

~ujicham~ said...

su.. cuti bersalin 3 bulan ke? sampai habis ke ko pantang kat johor?

Suliana said...

uji,

aku amik 3 bulan, tgk keadaan. dlm bulan 2 balik la kot.. :-) meh la dtg umah :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails