Wednesday, January 4, 2012

29 hari berpantang

Assalamualaikum..

hai korang.. sekarang ni nak aktif blogging hari2 pun macam tak de cerita nak story.. balik2 kisah hidup aku sepanjang berpantang ni. ye la, nak cite apa lagi, dah duduk rumah je kejenya.. ni je la life aku, dikelilingi anak-anak setiap masa.. rutin harian yang sama.. nak cite pasal jalan2, mana ada.. nak cite pasal masakan, memang gantung kuali la kan.. hehe.. terpaksala korang hadap cite aku anak beranak ni..

Aku pun dah terasa lama betul berpantang kali ni.. ni dah nak masuk hari ke 29 aku berpantang.. bermakna hari ke 27 (lebih kurang) aisyah jaundice.. lamanya anak ibu ni kuning ye.. and the result today - 9.0.. naik balik dari 7.1.. aku dah macam, pasrah je la.. tapi tadi aku dah minta mak aku belikan air mandi herba cina kat sensei.. harap2 hilang terus kuning nya.. kita cuba je la kan..

Aisyah dah pandai apa?? belum pandai apa2 lagi. haha.. tapi hari ni aku nampak dia macam dah berjaga siang sikit.. kalau tak, tido je kejenya.. ada la juga dia nak celik mata beberapa minit. Pastu mulala uh ah uh ah.. mana boleh lama2 main sorang2 budak tu, mesti nak minta diangkat.. Kalau tak sebab dia nak muntah, mesti dia nak menyusu.. 

kadang2 tu, bila beranak kecil lagi sekali ni, kita macam belajar balik dari mula.. sebenarnya kita dah ada pengalaman melalui benda tu, tapi, bila berhadapan sekali lagi, kita jadi macam kekok, tak tahu, asyik bertanya why why why.. risau tak tentu pasal.. huhu.. macma aku ni, aisyah ni bila lepas menyusu , kena angkat dia slow2, tak boleh angkat letak pastu angkat balik.. nanti siap la muntah selambak.. aku pun jadi tertanya2, dah selambak keluar muntah tu, kenyang ke tidak menyusu tadi tu.. lagi satu, budak kecik kan, perut dia memang macam buncit skit eh??  ni sebab banyak membaca la ni jadi banyak tanya, banyak sangat tahu, sampai terover fikir.. huhu...

Dari segi penyusuan aisyah, aku rasa dia tak kuat sangat menyusu.. dalam dua jam baru dia bangun ek ek ek.. tu pun kalau aku tak kacau.. pas tu tido.. kalau kasi lebih, mula la muak.. tapi mulut tu nak ngempeng je.. aku pun dah start mengepam.. tapi sekali sehari je la, sebelum tido aku pam.. tu pun ikut rajin.. stok beku ada la dalam 10 botol..

Okla, tu je nak share ngan korang.. yang pasal masalah kat ketiak aku tu, alhamdulillah.. dah tak bengkak dah.. dah boleh angkat tangan dan bengkak tu pun dah surut.. tu jela. yang merisaukan aku tak habis lagi ialah kuning si kecik ni.. kalau dah habis kuning ni, lega skit.. hilang lagi satu masalah..

2 comments:

ejaMaria said...

ni bidan yg jaga akak masa pantang britau... rebus daun kucai sampai air dia tukar kaler... air dia bila dah suam-suam buat mandikan baby yg kena kuning... try la... mudah-mudahan ok...

faiez said...

lame jugak eh...asyik check darah je kesian plak budak kecik tu...hopefully xde appe...kekdg bila kita byk tahu..mmg akan pk memcm..mcm faiz jugak..smpi mak faiz kata...mak dulu xtahu pape..elok je bela anak smpi besar..xdela susah mcm org skrg...hahahhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails