Wednesday, November 30, 2011

check up @ 37 weeks

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! aku baru balik dari cek up utk minggu yang ke 37 lebih.. Alhamdulillah, hari ni tak banyak masalah sangat. apa yang aku takutkan tak jadi takut dah. hehe.. hari ni blood pressure ku dah naik, jadi 110/70.. Alhamdulillah sangat2.. kalau tak, kena ulang balik proses amik tekanan darah selang sehari itu.. yang merisaukan aku adalah berat aku naik lagi 1.5kg dalam masa 2 minggu ni, jadi 55.5kg.. tapi, nurse tak cakap apa, kira ok la agaknya.. huhu.. berat badan aku ni dah melebihi berat masa nak bersalinkan aqil dulu iaitu 54.5kg... 

Hari ni juga, nurse suruh jumpa doktor yang bertugas.. Alhamdulillah, laju pulak prosesnya.. tak ramai yang  jumpa doktor. aku letak buku merah tu, sekali tu dia kata masuk terus. selalunya kena tunggu nombor dan tengok buku bersusun atas meja dia.. Hasben aku mestilah dah gelisah macam cacing kepanasan kan kalau tunggu isteri yang dicintainya ini lama sangat cek up.. hehe.. biasalah orang laki ni, penantian satu penyeksaan kan.. tapi, aku dah 37 minggu lebih, tak kuasa nak beban2 pulas stering keta okey.. sila tunggu sampai habis aku beranak ye, ada 2 kali lagi dating ngan klinik, next check up seminggu sekali jadinya.  dah habis beranak nanti, kena cek up monthly baby plak.. hmm, so stand by la nak kena lawat klinik balik :-) 

Okey, actually dinner malam tadi, aku dah prepare untuk kesihatan hari ni.. cewah... Tapi tak tahu la kan sebab makan makanan itu atau sebab memang tekanan darah aku dah normal.. malam tadi, kami makan ini..

 kerang rebus, sayur bayam merah dan ikan bilis goreng.. ada lauk lain sebenarnya, sotong masak merah :-) lauk banyak, nasi pulak tak cukup.. hehe..

close up sikit ikan bilis ni.. ikan bilis ni kawan aku belikan kat pulau pangkor.. aku order dalam RM 10 sepeket.. aku pun tak tahu apa yang sedap, tapi orang cadangkan, aku beli je la.. tapi, memang betul sedap ikan bilis ni.. rangup sangat.. macam ikan bilis orang jual nasi lemak tu.. ikan bilis tu nipis2 je, tu yang goreng jadi rangup tu.. ni pun salah satu sumber kalsium ni.. 

ha.. tu je la nak story pagi ni :-) lapar pulak.. pagi tadi makan roti je.. huhu.. babai.. wassalam :-)

Tuesday, November 29, 2011

menceriakan aqil..

Assalamualaikum...

Entry kedua untuk hari ini.. kalau ada cerita tu, memang rasa nak tembak berdas2 entry setiap hari.. kalau tak de, senyap sunyi je.. nak tulis apa pun tak reti :-)

Kali ni nak update cerita percutian 3 hari kami.. percutian di rumah saje.. tak pegi jalan mana2 yang jauh pun. paling jauh pegi JJ Wangsa Maju. hehe.. bawa si kenit tu main2.. dah lama rasanya dia tak pegi main kat situ.. so, kena spend lebih sikit la untuk beli token tu.. tak pe, ayah bayar :-)

Di samping itu juga, kitorang telah manghadapkan diri makan di Johny.. Dulu, selalu juga makan kat Johny ni, makan yang goreng2 set tu dan juga steambot (hasben ku tak berapa suka makan steambot ye). Kali ni kami amik yang set tu juga.. hmm.. best juga.. ada aiskrim, ada nasi goreng/ mee hoon, ada plain water.. hehe.. pastu, add lagi dengan mix dessert.. kenyang alhamdulillah :-) only RM 24.00..

 ibu nak snap ni, saje je buat muka..

 our dessert.. mix dessert tu sedap, ada nangka :-p

 pilihan aiskrim aqil semestinya aiskrim kaler pink.. kalau kaler lain dia tak nak makan.. huhu..

 me @ 37 weeks... ada lingkaran gelap di bawah mata.. huhu.. nanti la lepas beranak, i kasi touch up kulit muka ku ini.. hehe..

aqil la yang paling excited sekali.. lari sana sini.. sume dia nak main.. ibu tengok dari jauh je.. ni main tembak2 itik.. rasanya ni game baru kat JJ Wangsa Maju ni..

main boling plak.. bersemangat betul anak ibu ni.. cuba suruh baca ABC?? huhu... huruf pun tak kenal lagi.. main ikut sedap mulut je menghafal. hehe.. tak pela, kita kasi aqil main dulu ye..

Tu je la aktiviti untuk kami hujung minggu yang lepas.. Pastu, malam tu, nak tido, dia merengek je.. dari nak tido sampai bangun pagi, asyik menangis je.. tensen kejap.. malam2 pun aku jerit2 marah2 dia.. rupanya sakit gigi.. tak sedap tido.. sian anak ibu ni.. so, petang semalam, dah demam sebab sakit gigi.. Alhamdulillah, sepanjang malam tadi, tak panas.. tadi call taska, cikgu dia kata tak demam.. harap2 aqil sihat selalu.. kalau anak demam, aku memang risau sikit.. takut berlarutan.. huhu..

Sekarang ni, dia sensitif sikit kalau aku marah dia.. nanti bergenang2 air mata sambil cebek2 mulut tu, sedih sangat la tu kalau ibu marah.. sambil cakap "janganlah marah aqil". sian pulak anak ibu ni.. tapi kadang tu hilang juga sabar dengan karenah anak ni.. dah ada adik nanti macam mana la agaknya perangai dia kan..

Bila disuruh baca ABC, memang tak de la kan.. bila aku cakap, dah jangan tengok upin lagi, pegi amik buku kaler2.. dia amik tapi dia suruh aku pulak yang kaler.. huhu.. ibu ayah ni pandai je menyuruh anak nya buat itu ini, tapi bila nak layan/ ajar anak ni sume bertolak2.. hehe.. tapi tak pelah, lain budak lain perkembangannya kan.. tak payah la berlawan2 dengan anak orang.. camana agaknya aku nanti bila anak dah sekolah.. "anak ko dapat no berapa sekolah? berapa A dapat? kelas no 1 ke kelas last?" haha.. dah sudah, tak yah nyibuk2 anak orang.. jaga anak sendiri sudah..hehe..

Okeyla.. tu je nak story mori... bye.. wassalam :-)

tarikh kelahiran mengikut tahun Hijrah

Assalamualaikum..

Salam selasa kawan2.. terasa macam hari isnin pulak hari ni.. hari ni dah 3 muharam 1433H.. dah penghujung 2011 dan telah hampir tiba masa itu :-) lagi 3 minggu ye.. 3 minggu lagi.. argh.. 3 minggu lama sangat, 20 hari lagi tau.. huhu.. am i ready?? tak tahu la nak kata apa.. memang tak sabar nak jumpa baby ni, tapi macam2 fikir.. beg pun belum siap kemas habis sebenarnya.. hehe

Okey, fikir punya fikir.. tiba2 tercetus idea.. ting!!! my EDD ialah pada 19 Disember 2011 (Isnin).. tahukan anda apa simbolik dari tarikh itu?? haa... aku pun tak tahu.. tapi setelah digodek2, jeng jeng, jeng... tarikh itu adalah bersamaan 23 Muharam 1433H, tarikh islam aqil dilahirkan!!!!! wah, ini sudah cantik kalau benar baby ni nak kuar tepat2 pada tarikh tersebut.. :-)

Sebenarnya, aku dok godek2 tarikh kelahiran aku dalan bulan Islam tadi.. google punya google, terjumpa la website dari brunei ni.. hehe.. korang nak try, leh klik sini.. 

aku lahir 21 Februari 1982 = Ahad, 27 Rabiulakhir 1402H
suami 15 Oktober 1982 = Jumaat, 26 Zulhijjah 1402H
aqil 20 Januari 2009 = Selasa, 23 Muharam 1430H

Kalau dikira2 mengikut tahun Islam, aku dah 31 tahun.. dah 3 series rupanya.. hehe.. bilakah baby ni nak lahir agaknya... adakah 16/12 sama birthday dengan atok nya.. atau pun, 12/12 sebab nak dapat tarikh 1st birthday yang cantik untuk 2012 nanti? atau pun 20/12 - eh dah terlebih 1 hari.. tak mo la.. apa-apa pun, rancangan Allah lagi cantik.. hanya Dia yang mengetahui segalanya.. moga dipermudahkan segala urusan nanti.. tapi aku harap selepas 11/12 la baby kuar.. aku nak makan nasi minyak opis mate aku ni.. hehe.. tapi tak tahu la camana.. baby pun macam dah tak sabar nak kuar ni.. :-) kesian pada misscha yang akan menanggung tugas ku nanti.. tertanggungkah? huhu.. dengan aku yang nak bersalin, sorang nak kawin, sorang lagi dapat berpindah .. huhu.. nasib nasib.. apa yang akak boleh kata, moga dipermudahkan segala urusan :-) i know u can do it :-)

Okeyla, have a nice week days kawan2.. bye.. wassalam :-)

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum..

Salam maal hijrah kawan2.. moga yang terbaik akan datang pada kita semua.. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik oleh Allah Taala.. 

Cuti 3 hari ni korang pegi mana? Aku memang tak pegi mana2 la, dah sarat nak berjalan jauh ni sungguh tak kuasa.. jalan dekat2 boleh la.. semalam, pegi tesco, tak tahu la penat sangat ke apa semalam kan, dah terasa sakit yang menekan2.. Baby tengah main pusing2 kot.. huhu.. pastu, nak jalan pun langkah kecik2 je.. mujur la sakit tu kejap je.. balik dari tesco, pegi kedai makan, balik rumah terus mandi, solat dan tido.. sampai la ke pagi :-) semalam juga, saje aku nak pegi timbang kat tesco, pakai tombang digital yang 20 sen tu.. sekali timbang, ha amik ko.. 56.6 kg.. kalau dah gaya macam ni, terasa takut pulak aku nak gi klinik rabu nanti.. harap2 bacaan itu tak betul.. nanti nurse bising lagi, naik lagi 2 kg? biar betul penimbang tu.. huhu.. cuak pulak rasa..

Hari ni, duk lepak rumah je.. bangun tido, makan, tido.. pastu, bangun tido terasa nak makan kek Secret recepi.. minta hasben ku beli kan.. nak kuar rumah dah malas nak salin baju.. oklah, budak kecik tu dah balik.. mesti bising tengok ibu duk depan laptop... bye.. wassalam :-)



Thursday, November 24, 2011

khamis story tak berapa nak panjang :-p

Assalamualaikum..

Lambat hari ni aku update blog.. hehe.. anyway, tak de cite nak membebel kat sini. tapi tengok la nanti, tak de cite pun, panjang juga aku akan bercerita nanti.. tengahari ni, mengantuk yang amat sangat.. tak tahu la kenapa.. sanggup tak nak makan sebab aku nak tido.. tido kat mana je pun, tido beralaskan tangan je kat meja ni.. habis 'bersemut' tangan ku ini.. now, dah tak mengantuk lagi.. misi mencari makanan pulak.. kang kalau lapar, aku nak turun giant cari makanan..

Semalam, en suami telah selamat pulang ke rumah.. aku amik aqil balik, tengok2 ketanya melintas depan keta ku konon nak amik aqil juga.. sekali tu, aqil menangis la tengok keta ayah dia berlalu pergi.. "ayah nak pegi mana tu?" lansung melalak dalam keta.. huhu.. so, semalam lepas la rindu kami anak beranak.. hehehe....

Untuk kakitangan kerajaan, hari ni dah gaji kan.. yang pasti, kena settlekan segala hutang2, bil2 sume.. huhu.. me dah done separuh.. bil utilities je belum bayar lagi sebab tak berapa ingat apakah amount sebenar.. hehe.. pastu, aku plan nak gi beli spare part spectra 3 kat lunatots, sekali tu termengantuk pulak tengahari ni, tak jadi beli.. esok2 la.. macam terbanyak pulak plan untuk bulan ni walhal gajinya macam tu juga.. tak pela, kalau tak dapat bulan ni, sabar la ye.. tunggu bulan depan pulak.. hehe

Oklah.. nak pegi refresh kan diri dulu.. babai.. wassalam :-)

Wednesday, November 23, 2011

sabar menanti..

Assalamualaikum..

Hari ni hari rabu.. hari yang ditunggu2 oleh ku.. en suami akan pulang ke rumah hari ni.. yeay!! semoga abang selamat sampai ke rumah.. bila ada kawan yang meneman di rumah, sekejap je dirasakan 4 hari 3 malam itu.. cuba kalau berdua dengan aqil je, mesti sepi sesepi sepinya menunggu hingga 3 malam itu berakhir..

Tiap2 malam mesti telefon en suami.. mula2 kasi aqil cakap dulu.. biasala budak tu kan kalau ayah dia ada depan mata usik2 ibu pun dia dah bising, inikan pula nak biarkan ibu bergayut dengan ayah nya.. hehe.. jadi, biarkan dia bercakap dulu.. banyak betul ordernya dengan ayah.. nak choki2 la, nak bubur la, nak Mc D la.. hehe.. selalunya, tiap2 malam sebelum tido, dia mesti mengerjakan game dalam telefon ayah nya.. tapi tidak bagi 3 malam ini.. ada juga dia minta, tapi mana la ayahnya nak tinggal telefon untuk aqil kan.. terpaksa la aqil main game 'telur' ibu yang hanya trial game tu.. huhu, sian aqil.. 

Bagi aku yang jarang2 ditinggalkan suami, bila dia tiada memang la terasa.. tapi, orang kata makin jauh makin sayang, makin jauh makin rindu.. sweet gitu.. hehe.. tapi, bila balik nanti, ada la yang sibuk2 nak cari pasal kan.. hehe... eh, berjiwang 2 pulak pagi ni :-) sabar menunggu petang.. sabar menunggu hari esok yang akan gaji.. wehee.... nak buat bajet la jap lagi.. kekekeke..

ok, bye.. wassalam :-)

Tuesday, November 22, 2011

sensitif bau

Assalamualaikum..

dah kenyang belum korang?? Lunch tadi, aku pekena cheese nan lagi.. boring dah makan nasi, makan roti la pulak.. sekarang, bila sudah kenyang, mata mulalah meredup2 je.. lebih2 lagi bila bos tak de, rasa nak melingkar di atas meja ini.. hehe..

Selalunya, bila lepas balik makan, korang perasan tak yang bau makanan atau asap2 masakan melekat di baju atau tudung korang?? ha.. inilah yang terjadi pada aku setiap kali balik dari tempat yang ada bau makanan2 ni.. dan hidung aku ni, lately, sangat sensitif dengan bau2 yang kurang menyenangkan.. dah dua kali aku amik skit perfume kawan aku nak sembur2 kat tudung aku.. hehe.. padahal setiap pagi aku ada sembur sikit perfume.. tapi bau makanan lagi kuat menyerap di tudungku.. lebih2 lagi kalau pegi kedai mamak.. erk, memang power la 'perfume' yang melekat tu..

pulak tu, ada sesetengah kain yang menyerap bau.. (ha, kalau macam ni, tudung aku ni boleh simpan dalam peti ais kasi serap bau busuk..) hehe.. jadi, bau tu akan melekat sampai la balik opis.. jadi, kalau nak ulang pakai balik, make sure basuh dulu atau sembur lagi dengan perfume..

Bukan nak kata bau makanan je yang melekat.. bau kaki orang, bau badan orang, bau asap rokok pun boleh membuatkan hidungku tak selesa.. tapi, kalau aku dah memang sama2 busuk dengan orang tu, aku tak de la heran sangat.. hehe.. mungkin pembawakan budak kot menyebabkan hidung aku ni sangat sensitif dengan bau busuk.. 

ke perfume aku yang tak kuat? huhu.. cite pasal busuk2 ni, aku dah lama tak beli perfume.. last perfume yang aku beli 4-5 tahun yang lepas.. perfume hantaran kawin, botol besar :-p may be bau dia pun dah tak berapa nak melekat dengan aku.. melekat kejap je.. pernah tak korang mengalami, ada orang tu, dia dah tak de kat kawasan tu, tapi bau perfume dia still tinggal kat situ.. hehe.. berapa banyak la dia sembur ek.. aku ni nak pakai lebih2 ala2 mandi perfume tu, tak baik juga kan.. pakai untuk suami boleh la, untuk hidung suami bau2 wangi sikit time pegi keje tu.. hehe...

Eh, tiba2 macam nak pegi beli perfume je.. ni dah nak gaji ni :-))) tapi, kalau nak beli pun, tak de la aku beli set yang macam hantaran kawin tu. mungkin beli sebotol @ ala carte saje.. bau yang aku suka adalah bau lembut, bau bunga gitu.. ni nak dekat krismas, mesti ada sale perfume kan. tapi, sempat ke aku nak gi sale perfume tu.. hehehe... 

Okey.. babai.. wassalam :-)

tahniah Malaysia..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. hari ni aku pegi keje, jalan lengang.. ingatkan Malaysia dapat cuti umum sempena kemenangan bola sepak semalam, rupanya tiada/belum lagi pengumuman cuti itu.. hehe.. berangan je lebih.. yelah, manalah tahu aku sorang je tak tahu cuti.. hehe..

Apa-apa pun tahniah skuad bola Harimau Muda kerana kejayaan yang cemerlang semalam. selalunya aku tengok bola sebab hasben aku ada.. ni hasben aku tak de, aku layan gak bola.. sebab dah follow dari masa semi final lagi.. hehe.. mujur ada geng tengok bola, aku bawa kawan opis tido umah 2 hari ni.. 

Lama betul nak menunggu kemenangan tu.. 120 minit tu.. pemain pun nampaknya dah letih mengejar bola.. yang menunggu game tamat ni pun dah naik sangap menunggu.. kul 11.30 baru naik tido.. huhu.. aqil pun bersengkang mata melayan you tube.. asyik2 minta makanan, minta susu la,  nak kencing la itu ini...

Semalam aku bawa kawan aku tido rumah pun dia dah ngada2.. buat muka dengan tetamu aku.. aish budak ni, kena belajar adab sopan ni.. sian kawan aku tu, harap dia tak kecik hati dengan aqil.. kadang elok, kadang datang perangai ngada2 tu, sume orang sentuh sume tak boleh.. nak tido pun tak kasi.. aqil aqil.. ngada2 kamu ye.. kalau dah besar perangai macam ni, ibu rotan kan aje.. 

Okey la.. semalam tido dah ada kawan, alhamdulillah tak berapa takut sangat.. lampu tangga pun dah tutup, lampu luar je buka.. tapi oleh kerana tido lewat semalam, hari ni macam mengantuk je.. eh lupa nak cite, weken lepas aku basuh sendiri kereta.. sambil2 tu buka la boot depan keta nak cek air & minyak hitam sume.. Sekali tu, boleh plak ada kulit telur, biji durian dalam enjin tu.. sabo je la.. sekali tu, tertengok wayar air untuk wiper dah putus.. ni mesti keje cik ti ni.. dah makan sedap2, tinggalkan kulit telur dan biji durian dalam enjin aku.. cis.. sempat lagi gigit wayar air aku ye.. aku pun cuba la menyambungkan balik wayar tu dengan salotape.. pastu, try test pancut air kat cermin, mujur air keluar.. patutla selama ni tak de air nak  kuar pun.. huhu..

Okeyla, tu je nak mencoret hari ni.. tata.. wassalam :-)

Monday, November 21, 2011

weekend yang kesepian :-)

Assalamualaikum..

tajuk entry tak boleh blah :-) Salam hari isnin kawan2.. dah lepas lunch ni mata rasa berat sangat.. al-maklumlah semalam asyik terjaga je.. semalam, tido berdua je ngan aqil.. lampu luar dan lampu tangga terang benderang, auto gate pun letak mangga, hehe.. tak pela, sekali sekala buka lampu lebih.. hari ni dan malam esok ada kawan yang sudi meneman.. kurangla sikit rasa takut nya... ayah aqil pun mesti kurang risau kalau ibu dah ada kawan malam ni kan:-)

Budak kecik aqil tu, semalam tak banyak karenah.. sikit2 je la.. ngada2 lebih.. kalau marah dia, siaplah dia menangis merajuk "jangan la marah aqil".. habis tu, tak dengar cakap ibu, ibu marah la... pulak tu, acap kali nak gi toilet.. selama ayahnya ada, sejam sekali pun payah nak kencing.. semalam, banyak kali juga ulang alik ke toilet.. memang dera ibu la bangun duduk.. tapi, tak pela, kang tak kencing payah juga.. huhu.. kasi dia tengok you tube dan main game, memang dia duduk diam je.. susu pun banyak kali minta.. tapi tak boleh layan selalu, kang overdose plak susu dia dalam sehari.. 

Hari ni, bangun pagi2, aku cakap dengan  aqil jalan sendiri turun tangga.. dia tak nak, nak suruh ayah dokong.. manala ayah ada nak oi.. ayah work la.. terpaksa la ibu dokong dia.. dan seperti biasa, akan berwajah sedih setibanya di taska dan diakhiri dengan raungan yang kuat.. huhu.. sian aqil.. ni ibu dah beli coklat coki banyak2 untuk aqil.. :-)

Eh, hari ni aku pakai tudung baru.. hehe.. tu pun nak cakap :-) tudung ni beli dengan kawan kak long aku.. sedap memakainya dan cutting tudung pun elok je terletak kat muka aku ni :-) tapi, muka aku cam mengembang je hari ni.. letih kot.. ha, BP pagi tadi adalah 101/63.. kira ok la kan...


Kak long dan family datang rumah hari sabtu hari tu, hantar 3 pasang tudung yang aku beli ni la.. apa lagi, aku jamu la dengan pavlova (kali ke tiga buat ni).. tapi bila dah ramai2 makan, rasa macam tak puas pulak.. hehe.. tak pela, nanti2 la pulak kita buat pavlova lagi..

pavlova lagi.. kali ni meriah dengan buah kiwi, musim buah kiwi agaknya :-)

adik affan.. budak ni memang memanjat tangga je kejenya.. affan = pendaki :-p

dan ini, menu malam tadi.. nasi goreng.. nak ajak aqil makan, tapi dia tak berapa suka kot nasi goreng.. sian aqil.. aku goreng kopok keping, sekali tu dia terambil yang keras, langgar gigi dia, terus spoil mood dia nak makan.. selalunya dia suka je makan kopok goreng tu.. jadi, malam tadi dia meratah kokolanch je (read: kokocrunch)

ayah aqil tak de, rajin pulak ibu masak ye.. hehe.. yela, nak kuar rumah malas plus tak berani.. nasib baik ada lauk sikit2 dalam peti ais tu.. boleh la dimasak dan dimakan..

Okla, nanti kita cite lagi ye.. malam ni ada perlawanan bola final ye? mesti tengok ni.. hehe.. ok bye.. wassalam :-)

p/s: nice date 20112011 : aqil 2 tahun 10 bulan..

Saturday, November 19, 2011

36 weeks

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kawan2.. hari ni,aku dah masuk 36 minggu pregnant.. 30 days more to go.. takut pulak rasa.. pregnant kali ni lebih sensitif sikit rasa sakit tu.. Lately dah rasa baby tekan2 ke bawah.. kadang buat aku rasa krem kejap.. jalan sambil pegang perut.. kalau bangun, kena duduk kejap, tak boleh bangun terus, nanti baby mengeras, aku pulak yang sakit.. huhu.. ntah2 kali ni dia nak kuar cepat tak??  

Masa aqil dulu, kuar 5 hari cepat dari EDD.. kali ni, aku harap tak de la kuar cepat sangat dan tak de la lewat sangat.. tapi, perasaan tak sabar nak suruh baby kuar cepat tu ada gak.. dah terasa berat sangat badan ni.. tapi banyak benda belum settle.. beg balik kampung aku pun tak berkemas lagi.. beg anak2 pun tak kemas lagi.. barang2 opis pun tak kemas lagi.. cait, macam kan nak pindah terus.. hehe.. bukan apa, kalau boleh aku nak clearkan meja dan segala dokumen2 aku kat opis.. Mana lah tahu, sedang aku berpantang dapat surat bertukar ke.. tak ke kelam kabut.. SKT aku pun belum settle bahagian kursus dan sumbangan sume tu.. aish, bila la nak buat ni.. 

Esok plak kena tinggal dengan en suami 4 hari 3 malam, dia ada mesyuarat di Gambang.. huhu.. duduk plak dengan aqil.. memang 'best' la melayan budak ni.. selalunya kalau dia nak apa2, tapi aku tengah baring ke, memang aku tak bangun la, harapkan suami je basuh berak kencing dia, layan dia sume.. kali ni, nampak gayanya kena bersabar banyak2 la melayan karenah anak bujang aku sorang ni.. nanti pagi2 dan waktu balik, kena dokong dia nak bawa ke taska.. adush.. harap2 aku dapat bertahan...

Aku malas nak ikut pegi gambang tu.. dengan keadaan aku yang memboyot ni, jalan jauh plak tu, pas tu, layan aqil main2 air kat water park tu.. kalau tergelincir ke apa, camana?? hehe.. sonsang betul fikiran.. belum apa2, dah fikir bukan2 kan.. hehe.. tak pela.. next time la ye..

Okeyla, saje membebel di hari sabtu.. stress sebenarnya tak dapat tido siang, sebab umah sebelah ni tengah renovate.. memekak je drill sana sini, ketuk2 sume.. weekend pun buat kerja.. mujur esok ahad, rasanya diorg off hari ahad.. weih, esok last day maternity exhibition kat mid valley tu.. tak de sape nak temankan aku pegi.. huhu.. terlepas peluang lagi...saje nak cuci2 mata.. tak sedar badan tu dah sarat, jalan pun slow motion je, ada hati nak round2 mid valley yang besar gedabak tu.. hmm.. apa2 je la..

Oklah, babai.. wassalam :-)

Friday, November 18, 2011

it's free..

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat.. Hari ni aku kena repeat blood pressure sebab BP rendah.. ulang2 selang sehari. Hari ni punya alhamdulillah dah lepas.. so, tinggal hari isnin, rabu, jumaat dan isnin kena ulang balik.. Aku tak pegi la klinik kerajaan yang selalu aku check up tu.. tak de orang nak hantar tambahan lagi masa menunggu yang agak lama semata2 untuk amik tekanan darah..  

Jadi, hari ni aku bercadang nak pegi klinik swasta saje.. pagi2 pegi 3 klinik sume doktor tak de dan ada yang tak bukak lagi.. huhu.. lupa plak diorang ni stat keje lewat sikit.. so, aku pegi dalam pukul 10 kat opis aku ni.. malas nak jalan jauh.. sekali tu, FREE .. hehe.. doctor tu tak kenakan caj, yelah amik tekanan darah je kan dan sekejap je.. bab free tu aku suka la, tapi camana dengan tekanan darah aku?? hmm.. still rendah lagi.. 90/50..

Walhal pagi ni aku dah makan buah sour plum yang kawan aku cadangkan, dah pergi breakfast minum air milo panas dan nasi goreng.. hmm.. semalam pun dah makan vitamin.. kena cari kerang la pulak makan rebus2 sambil cicah sos.. hehe..

Oklah, tu je nak cite.. alang2 dah klinik tu tak caj, adakah next time lagi 3 kali pegi tu dia akan caj? huhu.. tak pelah kalau caj sikit2.. tapi, bila dah kasi free, macam malu plak nak pegi lagi.. kekeke.. okla, dah tak payah risau2 lagi nak pegi klinik mana lepas ni (ada ke risau pasal klinik, bukan pasal BP rendah..huhu).. tata!! wassalam :-)

Thursday, November 17, 2011

Generasi Y

Assalamualaikum..

Ini lah kanak2 generasi Y.. celik mata je dah kenal teknologi.. jangan kan aqil dan aiman, si kecik lagi dua orang tu pun, kalau atok dia main game dalam tab, tangan diorang pun nak usik sekali... atok sekarang pun dah tak macam atok dulu2.. hehe.. atok dulu membanting tulang di sawah, kait buah kelapa.. atok sekarang dah canggih, dia pulak menggalakkan cucu2 nya ni main game, pastu bila nak pakai, tak dapat pulak, budak2 duk conquer.. :-) pastu bising, screen tab penuh dengan cap jari, coklat2 dan air liur.. hehe..

Budak2 ni kalau balik kluang je, turun2 dari kereta, apa yang dicakap adalah NAK MAIN GAME.. bukan aiman sorang je, aqil pun sama.. rosak2... eh, rosak ke budak2 cam ni? aku la yang rasa tak elok.. bukan apa, anak2 lagi pandai main dari ibu dia.. hahaha.. lagi satu, kalau dah dapat game2 ni sume, memang diorang akan duduk bertafakur macam ni.. sanggup okey... tapi, kalau kita yang dapat main pun, memang tak bergerak mengadap game dalam ni.. 


Bila difikirkan balik, ok gak kasi budak2 ni main benda2 macam ni, senang nak wat keje umah.. tapi macam tak best pulak.. pegi la main lari2 ke, lompat2 ke.. ni tidak, duk mengadap game je kejenya.. ni baru kecik ni, kalau dah besar nanti, dah pandai minta PSP ke, silap2 diorang pun pakai tab.. Bila tengok diorang suka main benda ni, macam nak belikan satu (ibu mana tak gembira tengok anak diorang happy), tapi, aku rasa macam tak elok untuk perkembangannya (ke elok??), baik tak payah beli.. yang ada sekarang ni pun, duk berebut2 nak main game dalam laptop..

kalau macam ni kan elok.. keluarkan peluh sikit.. hehe.. ni la mainan ibu masa kecik tau.. main lari2, main buai, main teng teng, macam2 la yang kami main.. tak de la duk terperap dalam rumah aje kan.. hmm..


hmm anak2.. harap jadi anak yang soleh/solehah suatu hari nanti, tak kiralah setinggi mana pengetahuan dan pendidikan kamu nanti.. jadilah anak yang berguna dunia dan akhirat.. amin....

cot cet pagi khamis :-)

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. mulakan hari anda dengan senyuman :-)))))) Melebar senyum ye.. Pagi ni, aku ada meeting.. Jadi tak de la breakfast di luar pagi ni.. seperti biasa, minum air milo dan cecah biskut. Dan mengecek nasi goreng kawan aku.. hehehe... tak sempat nak keluar, meeting pukul 9 pagi nanti..

Semalam, aku pening dan berangin di waktu petang.. jadi, aku tak memasak la petang semalam.. kesianla kat sayur bayam dalam peti tu, mesti dah lembik.. aku kesian kat sayur je, kalau ikan daging tu tak pe lagi simpan lama2.. membazir kalau beli tak masak2.. hehe. Nasi baik bayam tu sikit je, sebab dah guna weken ari tu..

Hmm.. hari ni nak masak ke tidak ye.. tengok keadaan juga.. kalau tak penat, aku masak ler.. semalam, beli nasi kerabu kat pasar malam.. sedap pulak.. dah la lapar time tu sebab tengahari makan awal.. Budak kecik aqil tu pulak, kejenya asyik menonton youtube je.. pastu, dia dah tahu ada game angry bird dalam tu, makin la berhantu duduk depan laptop.. ngada2 betul.. sekarang ni, laptop aku lagi satu tu dah rosak, terpaksa la berebut2 dengan aqil nak tengok internet.. sampai nangis2 budak tu.. huhu.. dia dah pandai klik tau.. haa.. bagus, tak payah ibu bangun duduk nak klikkan untuk aqil..

Eh, okla, nanti sambung lagi ye.. tata!!


Wednesday, November 16, 2011

mini pavlova yang jadi :-)

Assalamualaikum..

Inilah hasil bakaran semula mini pavlova ku semalam :-p Actually, yang kecik2 mini dapat dalam 10 biji.. yang bulat besar, dah masuk tong sampah sebab bila di belek2, bawah dia totally hangus.. kasihan.. Sepuluh2 bijik tu aku ngan laki aku berdua je ngap.. yang aqil, sibuk menjilat whipped cream tu je.. spoil betul, rosakla pemandangan pavlova ku kan.. hehe..

Rasanya bagaimana setelah dibakar balik? hari tu, luar keras dalam spongy kan.. kali ni, sebab nak sangat makan dan malas pulak nak membuat meringue, aku bakar balik mini pavlova ku ini.. hasilnya, semua jadi ala2 biskut tapi masih lembut lagi.. haha.. gasakla, janji tak tertanggal gigi sudah.. yang penting sedap :-) penyedap dia apa tau, tu yang topping atas tu ler yang sedap.. kalau makan meringue dia aje, tak sedap kot.. 


Semalam, aku dah pun pecahkan 4 biji putih telur konon nak juga buat balik yang sedap punya kan.. sekali, dah masuk 10 biji ni dalam mulut, simpan balik telur putih aku tu dalam tupperware dan tutup elok2.. hehe.. ntah bila nak buat lagi ye. tunggu ada orang datang rumah la baru aku buat. stoberi dan buah kiwi pun berlambak lagi dalam peti tu.. yang aku buat mini2 ni konon tak nak la kasi whipped cream dia tu lama sangat duk atas meringue tu, nanti jadi lembik meringue tu.. tula, tak pro, tapi nak juga derhaka pada rupa bentuk pavlova yang sebenar. hehe.. kalau makan sekali hadap, baru sedap.. tu yang kena tunggu orang datang rumah baru boleh buat, sekali hadap terus habis, tak yah simpan2 dah kan..

Okeyla.. ntah kuih apa pulak yang terakhir akan aku buat sebelum bersalin ni ye.. aku ada beli mascarpone untuk simpanan, konon nak buat red velvet lagi, tapi tengok keadaan juga la.. hehe.. ok dah.. bye.. wassalam :-)

masalah orang mengandung..

Assalamualaikum..

Tadi aku check up perut, minggu ni minggu ke 36.. minggu lepas kan dah pegi, tapi problem minggu lepas adalah berat badan tak naik.. jadi, follow up check up adalah hari ini.. hari ni pulak, banyak sangat masalah aku ni.. huhu.. 

Mula2, masalah berat badan.. terlalu naik pulak.. minggu lepas tak naik, maintain je 52 kg selepas 2 minggu.. pastu, timbang hari ni (selepas seminggu) jadi 54 kg pulak.. 2 minggu naik 2 kg katanya.. pastu aku cakap aku rasa penimbang tu tak betul .. kali ni, 3 kali aku naik, memang 54 kg.. aku dah agak dah memang jadi macam ni punya.. tak naik salah, naik pun salah..

Lepas tu, low blood pressure pulak.. 84/49.. 3 kali tau nurse amik tekanan darah aku.. sume nya rendah.. semalam, memang aku lupa makan vitamin, plak tu tido lewat.. tapi, ada kaitan ke.. aku tak de la rasa pening2 ke apa.. nurse kata rendah sangat dia takut aku pitam.. habis tu camana.. kena lah aku ulang alik selang sehari ke klinik untuk amik tekanan darah sampailah next appointment 30hb ni.. lagi la tertekan aku.. sape pulak nak menghantar aku, bad record la kehadiran aku bulan ni kalau ulang alik ke klinik je. Malas betul aku nak gi klinik ni semata-mata untuk amik tekanan darah.. 

Tapi, nurse tu cakap, boleh buat kat mana-mana tempat macam farmasi ke, klinik ke, swasta ke.. (swasta aku tak larat nak membayar tu).. pinjam dengan kawan ke yang ada alat mengukur tekanan darah tu.. sape ada boleh pinjamkan seminggu? :-p

Tu jelah kisah aku dan aku sedih juga.. dah hujung2 macam ni, macam2 masalah.. Awal2 check up dulu okey je. Mungkin aku tak jaga makan.. Lately, aku rasa aku kurang makan nasi (ada kaitan ke). Aku makan fast food la, burger la. Nurse kata makan ikan banyak, kerang ke, daging ke. takut hypo tension kalau low blood ni.. hmm.... ntah la tak tahu nak cakap apa..

Ok la .. tu je la nak menceceh hari ni.. bye. wassalam

Tuesday, November 15, 2011

mini pavlova tak jadi

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. mood hari ni terbayang2 mini pavlova yang aku baked semalam.. ada bayangan tensen sebab pavlova tu belum masak lagi.. kuikuikui.. ingatkan pagi ni nak gi bawa opis, sekali sentuh, ai, berbuih lagi kat tengah2 pavlova tu.. sentap okey.. hari tu buat memang ikut jadual betul la, masa membakar pun sampai 2 jam, jadi, tapi manis sangat..

Kali ni, sejam je aku dah tutup, ingatkan dah masak.. haha.. bukan apa. aku letak dua lapis tray atas bawah. yang bawah mestila terkena api kuat, tiba2 terbau macam hangus je.. tukar2 la tray tu kan, tengok macam dah coklat2, sekali tu belum masak dengan sempurna lagi.. tak pela, balik karang, aku sambung bakar lagi.. huhu.. tak tahula apa akan jadi.. dia punya whipping cream tu sume dah siap, tinggal meringue je boleh plak problem..

Tulah akibat teringin nak makan lepas tu tak menyabar2 nak buat, tunggu la weken ke apa kan.. ni lepas balik keje sanggup pegi beli beger je semata2 nak wat pavlova tu.. huhu.. ntah2 laki aku tak redha tak makan beger je. hehe..

Tu yang malas nak baking waktu malam, sebab tak dapat makan lepas tu, nak tunggu sejuk la itu la ini la.. last2 masuk dalam mimpi.. kesian betul.. kalau tak jadi apa yang aku akan bakar ni, aku bantai buat balik la.. tak payah mini2 sangat la, amik besar gedabak terus bakar.. huhu..

So pagi ni, tengok je la ye image2 mini pavlova dalam internet.. :-) tak puas hati betul. menghabiskan telur putih dan membanyakkan telur kuning yang tak tahu nak buat apa dah lepas ni. hehe.. ok, jadi tak jadi, nanti aku tayang gambar ye..

Ok bye. nak gi sarapan.. wassalam :-) 

Monday, November 14, 2011

anak-anak buah

Assalamualaikum..

Bosan la hari ni.. nak update blog tapi tak bersemangat nak update.. Keje cam biasala, tapi tak tahu la apa la yang boring sangat ni weih...

Layan gambar anak2 buah ku yang dah lama tak diceritakan disini :-)

 hai.. ni adik darwisy :-) paling bongsu dalam senarai anak buah.. dah setahun dah budak ni.. dah pandai merangkak, jalan belum lagi, mulut sangat macam bertih jagung.. ada unsur pelawak ini budak, suka buat muka lucu.. gigi dah penuh dan suka sangat gigit orang.. hari tu berebut air dengan papa dia, menangis berjurai2 air mata.. bila dah dapat, jangan kan nak usik, nak lepas pun dia tak kasi.. sampai kemek2 straw vitagen tu digigit.. hehe..

yang depan sekali macam nak tumbang tu adalah affan.. dia lahir dulu dari darwisy.. sebaya la ngan darwisy ni.. dia dah pandai jalan. seorang yang periang juga.. tapi dia suka buat kerja sendiri.. mulut dia diam je, tahu2 dah panjat sana sini.. nakal dalam diam2 tu.. dah laju berjalan dah..

yang paling tinggi dalam gambar ini adalah tentulah cucu sulung family kami, aiman. abang kepada affan.. dah 4 tahun dah dia.. peminat ultramen.. tu yang belikan dia baju ultramen tu.. sedondon dengan aqil dan affan. adik darwisy je tak de saiz.. nanti makteh belikan satu ye :-) aiman, budak yang tidak suka makan.. apa nak buat? huhu.. 

 hiyak.. nak amik gambar pun bergegar2 budak2 ni, dengan gaya ultraman diorang..

masa bertenang.. yang belah kiri sekali tentulah anakanda ku, aqil :-) semua hero ye anak sedara belah family ku.. kita tengok plak baby yang bakal lahir ni benarkah heroin? hehe..

Okey, tu je la nak menceceh di waktu kebosanan ini.. bila la pulak dapat berkumpul ramai2 dengan anak sedara aku ni nanti..  tunggu mak teh dalam pantang la ye :-) ok bai.. wassalam

Friday, November 11, 2011

Sup daging korban

Assalamualaikum..

Dah tengahari.. korang pegi mana tengahari ni?? Aku mungkin ke sogo nun, saje jalan2 exercise sebelum beranak :-p 

Okey, cerita petang semalam.. Lepas balik kerja, aku decide nak masak daging korban yang mak aku bekalkan dari johor nun.. Banyak juga daging yang orang sedekah, tambahan lagi mak ayah aku ada buat korban, dapat la aku 2 bekas daging.. Yang semalam kami masak ada tulang2 skit, so makan tak boring sangat la.. So, menu dinner semalam adalah mee sup daging :-) ni en suami la yang teringin melompat-lompat nak makan sup lawan dengan mee.. hehe.. aku okey je..

sebelum dimasak, daging fresh, merah betul..

So, balik2 sampai rumah pukul 6 tu, cepat2 rendam daging tu, mula2 nampak macam banyak je, sekali tu en suami kata tulang je besar ni, masak sume la.. ok.. stat merebus hampir pukul 7. Call MIL, dia kata 2 jam baru empuk dan lembut.. Tepat 2 jam, memang daging tu empuk.. sedap la makannya.. sementara menunggu daging masak, bau daging tu sendiri dah membuatkan aku lapar.. sedap betul bau dia.. hehe..

duduk diam2 ye dalam tu :-)

Tepat daging dah siap masak, en suami kata dah okey (dia terer la bab2 daging empuk tak empuk ni kan), sekali tu gas habis!!! mujur la aku dah panaskan air untuk mencelur mee.. dapat la mee tu merasai kehangatan air celuran tu.. haish, nasib dah masak.. kalau tak, kempunan la nak rasa sup dagingn ni..Kalau ikutkan kali ni gas cepat habis, sebab aku rajin buat kek itu ini, sume pakai dapur gas ni ler..

Okey, dah siap masak sume, buat pulak sambal kicap.. letak 10 biji cili api thai yang berkilat tu, sekali amik ko, pedas gile.. tambah bawang putih, garam, gula, air dan masak sekejap atas dapur (sebelum gas habis).. MIL pesan aku tak boleh makan daging banyak2, panas nanti.. ye, aku makan sikit je daging dalam 2 ketul.. makan kuah je.. :-) lagi sedap, ada portion yang berlemak.. suka betul aku.. lepas tu, sila minum air panas ye untuk meleburkan lemak2 dalam tekak tu..

 jemput tengok :-)

sup daging lawan dengan mee kuning, togey dan sambal kicap..

resepi ku: (perasan resepi sendiri padahal resepi MIL.. hehe)

daging rebus sampai empuk lebih kurang 2 jam lebih, tutup periuk.. (ada pressure cooker lagi cepat)
semasa merebus tu masukkan hirisan halia - lagi banyak lagi sedap, 
sup bunjut, 
pak aji ( kalau suka), 
garam sikit..
okey, duduk la goyang kaki dua jam lebih tu sambil2 jengah la periuk kot2 air kering ke, boleh tambah air..
rasa2 la skit daging tu, mana tahu terempuk awal ke..
dah nak dekat dua jam tu, kopek la kentang, carrot untuk dimasukkan dalam sup..
siap2 bawang goreng dan juga daun sup untuk ditabur di peringkat akhir..
rasa sup tu, okey tak? kalau kurang rasa, tambah garam lagi..
tutup api dan sedia untuk dimakan..
buat sambal kicap seperti dinyatakan di atas..
celur mee kuning atau mee apa2 la yang suka
kalau ada sayur sawi ke togey ke, boleh juga dicelur..

simple je masak sup daging ni.. Ni style suami aku la, dia tak suka yang ada serbuk2 rempah tu.. so, ikutla aku cara ni.. yela, kang buat ikut resepi syok sendiri tak de orang makan, ko juga yang makan hati.. haha.. so, semalam habis la sume, berbaki seketul besar je lagi daging tu. tapi tak dapat nak panaskan pagi tadi.. harap2 balik ni dah tukar gas baru, sup ni tak basi lagi.. nak masuk peti pagi tadi tak sempat, kelam kabut. tawakal je la yek.. kalau ada rezeki, dapat la rasa lagi..

Okeyla.. selamat menjamu selera... bye.. wassalam

p/s: petua daging lembut : ada orang rebus sekali sudu dalam air rebusan nak kasi cepat didih, boleh juga letak sebiji kurma nak kasi cepat lembut..


kaca mata baru

Assalamualaikum..

Salam hari jumaat kawan2.. cantikkan date hari ni, 11.11.11.. Tahniah pada pasangan yang bernikah pada hari ini.. tarikh yang cantik, hari yang mulia, memang sesuai sangat untuk tarikh bernikah.. Tok kadi la orang yang paling sibuk menikahkan orang hari ni kan.. Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat..

Hari ni, aku dah rasa sihat sikit la.. Alhamdulillah.. Malam tadi dapat tidur lena, tak de bangun nak terkencing ke, kepanasan ke, tak cukup nafas ke.. alhamdulillah.. sakit perut cirit birit aku pun dah beransur baik :-)

Okeyla, mari mulakan pagi ini dengan membaca surat khabar NST dengan memakai spek mata baru :-) 

hehe.. berpinar mata aku lepas buka spek 3D ni.. sape beli paper NST hari ni, dapat spek 3D ni.. ni spek pinjam je misscha punya.. hehe... dah macam power rangers pulak gayanya..

okey, kerja2... bye.. wassalam

Thursday, November 10, 2011

false alarm?? kring kring :-p

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah kembali bekerja.. Walau pun cirit birit aku masih ada, tapi kugagahkan juga pergi kerja. Actually bukan saje cirit birit, tapi badan aku ni memang rasa tak selesa.. Kaki sakit, agaknya turun naik tangga, dan kaki tak mampu menampung berat badan ku ini.. Dah beberapa hari tidur malam tak lena.. Biasala, orang mengandung memang macam tu kan.. Nak tido pun ada posisi2 tertentu yang memberi keselesaan walau pun tak de la selesa mana..

Nak tido telentang, rasa macam tak cukup nafas.. tido mengiring belah kiri lebih selesa tapi budak kecik tu kadang nak suruh aku tido mengadap muka dia - pandang kanan.. lepas dia lena, cepat2 aku pusing kiri balik.. baby dalam perut ni lately suka benar mengeras2.. Pastu, aku google la kan kenapa bayi mengeras. hehe.. macam2 la ibu ni.. yela, pregnant bukan selalu, dan dah lupa pulak pengalaman dengan aqil dulu camana.. Jom baca petikan dari majalah pa & ma ni untuk pengetahuan bersama.. 

False alarm vs proses kelahiran sebenar

Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku. 

Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi.  Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

 Tanda-tanda false alarm: (mungkin aku berada di peringkat ini)

1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka. 
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras. 
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti. 
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku. 
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Tanda awal kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening) 
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana:


 -Symphisis pubis mengembang.
 -Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
 -Bahagian bawah rahim mengembang.


Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik. Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.

2. Kekerapan membuang air kecil 

Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.
3. Penarikan pangkal rahim 


Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.

Tanda sebenar kelahiran
1. Kontraksi
Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan

2. Sakit belakang 

Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.



4. Pecah ketuban


Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran. Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran  ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat. 



5. Pembukaan pintu rahim    
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.

Wallahua'lam.. Sekian, terima kasih..

wassalam :-)


Wednesday, November 9, 2011

serba tak kena

Assalamualaikum..

Hari ni aku bercuti jaga anak di samping ada check up perut minggu ke 34 ++.. So, tadi dah check, berat badan aku sama je macam 2 minggu lepas, so, nurse kata datang lagi minggu depan untuk tengok berat naik ke tak.. Aku rasa penimbang tu yang tak betul.. kejap aku naik 54kg kejap jadi 52kg.. baby plak, baby sume okey la kan heart beat nya.. tapi, lately dia kuat sangat mengerasnya.. asyik2 mengeras, dah gosok2 perut, ok la kan. Tapi, membuatkan malam tadi aku tak boleh tido.. satu sebab aku sakit perut, ntah salah makan apa ntah, membawa kepada cirit birit hari ni.. huhu... memang sangat tak selesa.. lagi satu, bila dah makin banyak minggu ni, asyik kepanasan je.. Aku tak tahu la orang lain camana, tapi aku dah tala kipas kat muka pun, still boleh berpeluh badan ni.. 

Lepas check up tadi, nasib baik orang tak ramai, alhamdulillah.. datang pun dah nak dekat kul 10, kul 10.45 dah merayap ke carefour.. mana tak lewatnya.. menunggu anak bujang aku ni bangun.. pandai pulak dia bangun lewat time2 aku ada hal. kalau tak, asal weekend je, mesti dia la orang pertama yang bangun.. tadi kejutkan dia pun dah satu hal, melalak pulak.. bila kata nak gi jalan, baru la cepat2 nak bangun..

muka tengah sedap tido...

So, bawa la si kenit tu berjalan.. aku ni lupa la plak jalan sorang2 dengan anak ni memang payah skit.. tapi, nasib baikla dia behave sikit tadi. kat klinik pun perangai bagus, duduk diam2 sambil makan donut.. pastu time aku nak cek perut, boleh plak menangis, sebab donut dia jatuh ada orang langgar.. huhu.. kat carefour plak, ada geram sikit la tapi masih under control.. dengan aku yang sakit perut nya, dengan dia nak tolak troli jugak.. dapat la amik barang2 sikit2 tak sampai RM 50.. cari susu aqil, tak de stok plak... tunggu ayah aqil balik la dia beli, selamat aku :-p

 di klinik...



 tengah layan kokocrunch...

Tadi, beli nasi bungkus je.. kalau ikutkan perut yang meragam, malas aku nak makan apa2.. teringat aqil je.. makan la sikit.. kang jap lagi aku nak tido.. harap2, lepas bangun tido, sakit perut aku ni beransur pulih.. lagi satu nak ajak budak kecik ni tido, tak larat melayan nak tengok itu ini kat you tube.. huhu.. ok frens.. bye.. wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails