Sunday, October 30, 2011

demam lagi..

Assalamualaikum...

Hari minggu yang tidak ke mana-mana.. Just memerap di rumah dua hari ni.. Rutin mingguan seperti biasa.. Anak teruna ku ini demam pulak dua hari ni.. Tadi dah bawa ke klinik, ubat demam dia dah habis.. so, kena la RM 23 saje.. aqil diberi ubat antibiotik 2 jenis, satu untuk demam dan satu untuk tekak yang dah ada infection.. mula2 dia selsema dan batuk je, pas tu terus melarat ke demam.. merengek je kejenya time tido malam sebab hidung tersumbat.. tu yang kuning je hidung dia aku letak kunyit hidup nak kasi cepat kering hingus dia..

Aktiviti membuat kek tiada minggu ini.. kononnya nak buat juga la, sebab tekak ni rasa macam nak makan benda manis je.. nak makan  pavlova, dah selesai dah, memang tak de balance lansung... huhu..  nak buat kek coklat, telur pulak kurang sebijik.. so tak jadi, makan aiskrim saje la.. hehe

Okeyla, tomorrow aku ada kursus sehari.. tak de la nak update blog ye esok.. tak jumpa komputer dan internet.. hehe.. okla... good nite semua.. bye.. wassalam :-)


Friday, October 28, 2011

Kek pavlova air tangan ku

Assalamualaikum..

Hai korang.. salam hari Jumaat.. semalam, dengan rasminya kami telah dapat merasa apa itu pavlova :-) yeah.. sedap tapi MANISSSSSS sangat.. Al-kisah, dah buat pavlova time cuti deepavali hari tu.. berkobar2 nak buat ni.. Mula2, rasa senang gile buat kek ni (mentang2 jadik).. bahan2 dia pun murah juga kecuali barang2 topping tu.. Saat mencabar apabila menunggu masa untuk dimasak.. kalau ikut resepi, dia kata sejam ke sejam suku macam tu, tapi seperti biasa oven aku 2 jam okey.. huhu.. kadang tu aku bukak juga oven tu nak tengok apa jadi, dah masak ke belum.. Last2, dah lebih 2 jam, aku tutup je la.. gasak la jadi ke tak, sekali tu.. jadi.. hehe.. alhamdulilah :-)

ni saje buah yang ada :-) mujur tak busuk menunggu whipping cream yang tak menjadi hari rabu tu..
sepotong cukup ke? hee.. kami makan separuh dari kek.. lepas tu, siap geleng2 kepala then stop.. manis :-)

my meringue.. tak jatuh tu maknanya jadi la tu.. aku tengok juga camanala rupa bertanduk.. ada juga la tanduk tapi mcm kecik je tanduk dia.. haha..

 letak atas kertas minyak yang telah siap dilukis 7 inci diameter.. tepek je la asalkan dalam bulatan..

seperti biasa, tukang jilat :-)
ni la meringue yang dah siap. memang rupa dia merekah2 tau.. luar keras, dalam macam gula kapas gitu.. soft..

Aku banyak study (cewah - sampai kena study gitu) nak buat pavlova ni. tengok you tube, tengok blog2 orang.. rata2 resepi dia memang lebih kurang sama... so, korang kalau nak try boleh tengok resepi dari sini.. dan juga you tube dari joy of baking.

So, camana?? lepas ni nak buat lagi ke? hmm.. kalau ada yang request, insya-Allah akan buat lagi.. tapi akan ku kurang kan gula tu menajdi setengah cawan. boleh?? hehe.. takut tak mengembang je meringue aku tu.. huhu.. korang2, selamat mencuba.. daripada beli sepotong yang mahal tu sampai RM 15, baikla cuba buat sendiri, makan pun puas hati.. asah bakat yang terpendam.. tiba2 bila dah jadi, oww berbakat juga ye dalam baking ni.. haha. (masuk bakul angkat sendiri)

Okwyla.. itu saje nak cite :-) bye.. wassalam :-)

Thursday, October 27, 2011

53 days to go?

Assalamualaikum..

53 days to go?? hmm.. takut tak?? kadang tu cuak juga memikirkan 'rezeki' bersalin kali ni.. Tiap orang punya pengalaman yang berbeza kan.. Rakan sekerja ku dah selamat melahirkan anak sulungnya. patut EDD nya raya haji nanti, tapi disebabkan ibunya demam panas, kena induce agaknya sebab heart beat baby dah makin laju.. hmm... dah selamat dah lahir seorang baby boy.. 

Aku pulak?? rasa takut tu tetap ada, lagi2 bila dah tahu sakit bersalin tu camana.. tapi, kali ni aku pegang juga kata2 semangat seorang kawan lama dan beberapa orang yang berpengalaman.. anak kedua ni selalunya senang bersalin, laluan dah ada.. harap2 macam tu la ye.. kalau time aqil, aku berpegang pada kata2 akak opis dulu, ala, tak sakit pun.. biasa je.. huhu.. dan oleh kerana kata2 positif tu, alhamdulillah, Allah permudahkan..

Sekarang ni, kalau dah baring, payah nak bangun. kalau dah ke kiri, payah nak pusing kanan. kena angkat perut sekali pusing.. haha.. alhamdulillah baby bergerak aktif.. kalau time aqil dulu, perut ni dah boleh nampak berombak2 bentuk siku / kaki masa dia tengah tendang2 tu.. hehe.. adik aqil ni sopan sikit.. hehe.. Ok, masa untuk camwhoring bersama ibu aqil :-) hari ni dah boleh pakai baju gaun labuh.. bajet ala2 princess gitu :-)

 merenung nasib...

 tempat yang sama je posing.. nak tunjuk batik kawan2 aku cat sendiri :-)

 teddy!!!

 menunggu lunch time..

pandangan lubang hidung.. bulat tak perut? hehe..

 hari selasa kelmarin.. tengah camwhore sorang2 sambil tunggu en abang tiba, tiba2.. eh apa warna putih tu ek??

cis bedebah .. sampai hati ko burung memberakkan diri atas tudung ku ini.. nasib baik tak jatuh atas mulut ku.. huhu..

dah, sekian, terima kasih :-)

wassalam ..

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

dah rajin balik, part 2 :-)

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis semua.. ada yang bercuti ke hari ni? Hari ni kurasakan macam hari isnin.. hehe.. tak pela, esok jumaat, lepas tu jumpa weekend balik.. yeay!!

Apa bikin semalam? huh... semalam walaupun duduk seharian kat rumah, tak kena matahari pun, penatnya rasa.. bukan apa.. kerjanya memasak dari tengahari sampai malam.. ha.. hebat tak?? huhu.. bukan apa, bila dah berbadan dua dan sarat ni, nak berdiri lama2 tu memang sangat berat.. kaki tak kuat nak tampung berat badan.. nak memasak sambil duduk, rasa kekok pulak.. setakat kopek2 bawang nak duduk, boleh la kan.. Pembantu?? hmm... pembantu i tolong tengok2 kan anak pun dah okey.. kadang terlepas juga budak tu ke dapur nak tengok ibu masak.. 

Okey, pagi, tak masak.. beli kat luar je nasi lemak.. Pastu, bermula la proses kemas itu kemas ini.. basuh kain seperti biasa.. semalam basuh CD baru.. seronok tengok sampaikan CD2 yang lama pun aku basuh sekali.. hehe.. Tapi, CD baru tu kena 2 kali basuh lagi, baru la kuat serapannya.. Kali ni beli CD brand GG baby kalau tak silap.. RM 115 untuk 5 keping.. beli kat sini :-) cantikkan kaler dia, striking gitu... total dah ada 13 keping CD..


Lepas dah habis basuh2 sume, penat turun tangga naik tangga, kita kemas peti ais pulak.. yeay.. peti ais ku kini sudah berseri kembali. bukan apa, dah lama tak bersih kan peti ais.. Rasanya sejak pindah rumah tak pernah bersih peti ais tu. haa.. punya lama gila kan.. nasib baik tak tumbuh cendawan kat dalam tu. hehe.. tahu nya kuar amik barang, buka tutup macam tu la hari2..  kita tengok gambar selepas je la, kalau gambar sebelum, takut nak tunjuk.. :-)

ada space la sikit dalam tu selepas di kemas2.. hehe.. banyak dah buang barang mana yang dah expired.. Lagi satu, ku pergunakan tupperware2 yang selama ni duk dalam kabinet, daripada tak buat apa2, baiklah ku isi dengan barang2 dalam peti ais ni.. lepas ni, nak cari barang tak jumpa.. haha..

Okey, sambil2 tu, tengok jam, alamak dah dekat pukul 1 la.. masak tengahari pulak.. so, menu tengahari semalam adalah ikan selar asam pedas, sayur sawi letak taucu, ikan goreng dan penambah sedap makanan, budu :-)
 ada orang tak makan sayur?? hehe.. tentulah ada. aku ni pun bukan penggemar sayur, tapi bila mengenangkan khasiat dan kebaikkan makan sayur, ku ketepikan rasa malas makan sayur tu.. Lately, aku suka makan sayur sawi.. kalau tak sawi, kubis pun boleh.. tahan lama sikit kalau letak dalam peti kan..

Okey, lepas makan tengahari, aku dah terasa penat sangat kaki ni.. masa untuk berehat pulak.. Jom aqil kita tido, aqil dah lama berjaga ni.. hehe.. maka, nangis2 la budak tu bila dipaksa tido.. lupa plak nak pakai kan dia pampers, boleh pulak dia kencing masa tengah tido tu. nasib tido beralaskan tilam dia, kalau tak, jenuh ibu nak tukar cadar sekali lagi.. sian aqil kena marah.. kadang bila penat, anak yang jadi mangsa kemarahan.. huhu.. 

Bangun petang tu, siap2 plak nak buat kek pavlova.. ye, pavlova uols.. ha.. tu nanti la aku cite.. tunggu pavlova betul2 siap baru aku tayang kat sini.. Sambil2 tunggu pavlova masak, buat pulak spagetti untuk suami tercinta yang request.. ingatkan dah makan nasi, dah lupa spagetti tu, rupanya dia ingat, siap perli2 merajuk gitu.. huhu.. masak juga la untuk makan malam semalam.. itu jela cite nak share dengan korang.. Lepas dah siap semua, time to sleep cos tension tak dapat makan pavlova!!! sampai terbawa2 dalam mimpi okey..

Okla.. dah panjang berjela ni.. selamat berkerja korang.. tata :-) wassalam

Tuesday, October 25, 2011

spectra 3 kembali lagi

Assalamualaikum...

Hari ni, pam kesayangan ku Spectra 3, telah kembali ke tangan ku :-) hari ni juga, aku bawa pegi ofis kononnya menunggu despatch histopoint untuk datang collect for service.. tapi, setakat jam sekarang, tak de lagi dia datang. may be hari Jumaat kot, sebab despatch tu nak raya esok.. huhu.. Sebelum ni, pam kesayangan ku yang banyak berjasa ni, telah dipinjamkan kepada birasku sekejap.. Aku pun dah tak pam untuk aqil lagi time tu - so, kasi la pinjam..



Sekarang, pam ini sudah sedia untuk berkhidmat kembali kepada anak2 ku.. Harapanku agar anak kedua ku ini diberi rezeki yang murah oleh Allah Taala, moga dapat ku susukan anak kedua ku ini seperti mana aku menyusukan Aqil sehingga dia berusia lebih kurang dua tahun setengah.. Jadi, sebab itulah aku perlu menghantar pam ini untuk diservice.. Setakat ini, baru sekali aku hantar pam service. huhu.. Alhamdulillah, conditionnya masih baik.. Tapi, masih perlu diperhatikan dalam2 tu takut susu dah termasuk ke apa kan..

Tapi, memandangkan pam ini hampir 3 tahun ditangan ku, aku perlu menggantikan komponen2 nya dengan yang baru. seperti tube yang sudah kuning dan ada tompok2 air -belas2 juga harga dia- dan suction membrane yang kaler putih tu (benda ni patut tukar 6 bulan sekali ye). hmm.. kalau ikutkan set yang baru termasuk breastshield, sebelah saje berharga RM 70, complete set seperti gambar di bawah. kredit to mr google. Hari tu ada aku terbaca ada diskaun, tapi tak ingat kat mana, dapat RM 55.. puasla ku godek dari tenet, tak jumpa plak. May be promotion dalam majalah pa & ma.. Kalau nak beli dua2 tu, mahu nya cecah RM 140 (tanpa diskaun). kalau beli kat histopoint pun boleh juga.. tapi bulan ni tak dapat la nak joli2 sangat, takat nak hantar service tu boleh la..  tunggu bulan depan jugak la kalau nak beli2 ni.. huhu..


Kalau mengikut kehendak, mahu saje ku tukar dengan pam yang lagi best seperti medela freestyle tu.. tapi, regenya yang hampir mencecah 2 ribu tu, membuatkan aku fikir banyak kali.. Nak sedapkan hati, pakai je la spectra ni selagi dia masih okey. memang agak bulky sikit tapi boleh la.. Banyaknya susu tu bukan bergantung kepada betapa mahalnya pam anda, tapi komitmen setiap masa. Pegang pada konsep demand vs supply.. :-) 

Mungkin, daripada aku beli pam mahal2 tu, baikla aku beli deep freezer.. kalau ikutkan survey, rata2 harga maksimum boleh dapat ialah RM 700++.. memandangkan peti ais sekarang ni, ramai sangat peminat, risau juga sekiranya kecairan susu beku berlaku lagi.. Dulu, peminatnya sorang je duk buka katup peti ais, sekarang, ada peminat cilik yang reti bukak tak reti tutup.. kadang2 melopong je peti ais lepas dia amik air or aiskrim dalam peti. huhu...

Tu je la plan aku setakat ni.. kita merancang, Allah yang menentukan segala2nya.. nak berangan lebih2, tunggu baby keluar dulu la.. huhu.. Harap2, semuanya berjalan dengan lancar.. amin... Semalam, pegi soping barang dapur kat tesco, beli susu aqil.. konon nak tukar susu best sikit, tapi mahalnya harga susu.. so, maintain je la susu dutch lady tu. huhu.. Bertuahnya ibu2 yang punya susu badan dapat fully BF anaknya.. tapi, nak kata jimat sangat tu, tak juga, nampak tak seperti contoh di atas, ada juga barang2 yang perlu dibeli tapi tidak sebanyak kos membeli susu tepung sepanjang membesarkan anak2..

Okeyla, itu saje la nak berkongsi pada hari ini . CD yang kubeli sudah selamat sampai. tapi lupa nak amik gambar. nanti aku tunjuk eh cd2 cantik itu.. hehe.. babai.. wassalam :-)

p/s: kalau ada sape2 tahu spare part spectra 3 ada yang diskaun, leh kasi tahu aku ye. tq ..


Monday, October 24, 2011

dah rajin balik :-)

Assalamualaikum..

Hai korang!! sihat ke.. me, alhamdulillah sihat.. tadi pagi ada check up di klinik.. Alhamdulillah, heart beat baby ok, 147.. tu je la yang boleh didengar. nak scan visual memang tak dapat la kan, melainkan pegi swasta atau pun hospital terus. hehe.. oh, minggu ni berat ku sudah jadi 52kg.. 2 minggu naik 0.5kg. sekarang dah memang kena check up 2 minggu sekali.. Nasib baik, setakat ini, tak de merah lagi kehadiran ku, melainkan hari ini, tapi bersebab la kan, so ada peluang lagi kalau terbangun lambat untuk bulan ni.. :-) tadi pun kena amik darah cucuk kat lengan.. dah lama tak amik HB, sejak bulan 7 lagi.. katanya stok habis.. stok apa tak tahu la plak.. stok kapas sejuk tu kot. huhu..

Okey, weekend semalam yang sibuk duk canang boring, malas la apa la, akhirnya, ku berjaya juga membasuh baju2 baby.. hehe.. dah basuh, tak sempat nak lipat lagi.. Time angkat, dah malam (kes berjalan sampai malam la ni - mujur tak hujan). Baju2 sudah kering. Bila dah kering, berkedut pulak kan.. ada hati macam nak gosok je baju2 comel itu. haha.. mak kau ni dah la pemalas gosok baju.. time aqil dulu, semangat betul gosok baju baby sampai tertanggal gambar2 kat baju aqil, iron panas sangat.. hehe..

penuh ampaian baju baby :-) baju aqil pun ibu recycle balik.. dah basuh baju, boleh la siapkan bag hospital plak :-)

Tengok la malam ni, kalau rajin, akan bersambung lagi tugasan tersebut.. Drawer plastik aqil pula telah pun selamat dikosongkan, beri laluan untuk baju adik pulak.. Baju2 aqil telah selamat dimasukkan dalam laci meja solek.. ha.. muat pun, lapang lagi, nampak sangat baju aqil sikit. huhu... Actually, banyak je tempat kosong nak sumbat2 baju, tapi belum mengemas dengan betul2 lagi.. lepas ni, giliran almari kami pulak nak dikemas. Mesti banyak benda yang akan dibuang.. maklumlah, aku ni jenis pembuang juga orang nya. hehe.. tapi ada certain benda yang buat aku akan berfikir banyak kali nak buang, yela, kadang tu sentimental value, even terjumpa kad2 yang hasben kasi, sayang nak buang - kenangan. hehe.. tapi, kalau simpan, buat sampah la pulak. haha..

Okeyla, last but not least.. gambar mak yong on 32 week plus2.. gambar hari ni.. perut dah makin membesar.. semalam, siap mimpi lagi aku nak bersalin.. tapi tak bersalin2 juga. bangun2 je frust, apasal tak bersalin lagi ni.. haha.. tak sabar nak tunggu baby ni keluar :-) doakan kesejahteraan kami ye.. 

 love.. motif? hehe

tepi dinding pun boleh.. nak wat photoshoot tak mampu, sini je la.. hehe

ok. bye.. have a nice day ye.. wassalam 

Saturday, October 22, 2011

hari malas sedunia..

Assalamualaikum...

Boringnya malam ni.. Aktiviti aku hari ni sangat membosankan.. Pagi, bangun awal teman budak kecik tengok tv.. dia tengok tv, aku tido sebelah dia. tu pun, dia tak kasi aku tido.. pastu, ayahnya bangun, ayahnya layan aqil sume sambil ibu tido depan tv.. kekekeke... orang dah bali beli sarapan pun, aku masih terbongkang lagi depan tv.. apa nak jadi la.. ni betul2 rest ni.. 

Kali ni, urusan basuh2 baju suami aku yang tolong mulakan.. dapat la 2 trip yang dia pusing.. lepas aku bangun, aku sambung sidai dan sambung lagi satu trip.. Tu je urusan rumah yang dapat dilakukan hari ni.. Biar rumah tak bersapu, janji kain baju aku berbasuh.. haha.. dah lepas sarapan tu, aku lipat2 kain sikit.. tengok jam, dah pukul 12.. budak kecik tu tak tido tengahari lagi.. hmm tak boleh jadi ni, kena kasi tido ni, dah la bangun awal.. dan sekali lagi aku pun tido juga.. sampai pukul 3 plak tu.. huhu...

Tiba-tiba, tengah2 sedap tido, terbau ada orang goreng ikan... huhu.. sian en suami sudah lapar.. rupanya lunch kami dimasak oleh en suami ye.. ikan goreng dan sardin.. boleh la.. janji perut berisi.. en suami ku kalau time2 bini nya pemalas, boleh la diharap walaupun goreng telur.. mujur dapat isteri yang jenis tak kisah.. eh, terbalik pulak :-p

Aktiviti petang pulak, terasa macam nak makan benda manis.. nak makan kek.. en suami mengajak pergi ke Secret Recepi, tapi aku pulak malas nak keluar.. Lalu, dia keluar dengan aqil sambil pergi kedai gunting rambut.. sempat juga ku kirim aiskrim magnum.. Balik2, sorang satu dapat aiskrim.. hehe.. tu je la minum petang kami.. Malam pulak, mood malas lagi!! aqil dan en suami makan nasi dan lebihan lauk tengahari.. tu pun ciput je baki nasi tu... aku plak yang lapar.. now, tengah  menunggu delivery dari McD..

Actually, ada hajat nak buat kek coklat sebenarnya.. tapi hajat tak berapa kuat :-) butter pun dah keluarkan.. bahan2 semua dah ada baki yang dulu punya.. tapi, simpan balik la.. hehe.. banyak plan sebenarnya nak buat, nak kemas baju, nak basuh baju baby, nak kemas peti ais, tapi, MALAS telah menguasai diri hari ini.. esok tak mo malas2 ye :-p

Okeyla, dalam bosan2 aku ni, panjang jugak aku berceloteh.. huhu.. ok.. babai.. wassalam :-)

p/s: happy birthday untuk anak buah sulungku Amil Aiman jatuh 23/10/2011.. Moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh ye..

Friday, October 21, 2011

friday's story

Assalamualaikum...

Dah petang ye kawan2.. baru nak update blog ni. hehe.. sekarang ni musim hujan petang kan.. malam tadi hujan malam, pun best juga, sedap je tido tak payah buka ekon, pasang kipas pun dah sejuk.. 

Aktiviti tengahari adalah ke SOGO.. hehe.. anyway, member card sogo dah expired bulan 9.. so, pegi la renew balik tadi.. kena bayar RM 24 untuk dua tahun, dah tak boleh renew setahun2 dah.. dan aku telah menebus point2 ku yang selama ni duk sibuk ulang alik soping di situ. tak de la banyak mana pun point nya. nak redeem barang macam tak berbaloi je, so, amik la voucher duit.. dapat tukar RM 50.. hehe.. siap beli payung SOGO lagi RM 10. now dah ada dua kaki payung Sogo.. Bukan apa, payung2 di rumah sudah ada yang terkeluar besi nya tambahan lagi payung dia best dan cantik juga :-)

Alang2 dah dapat voucher tu, aku terus pegi beli barang. hehe.. baju ultramen untuk dua orang anak sedaraku, yang mana mama dia dah berkenan kat baju ultramen aqil.. aqil dapat botol susu baru, yang besar punya.. beli murah2 je.. cap pureen.. sekarang ni, dia dah kuat minum susu la.. mungkin dia dah berminat nak minum susu. kat taska, cikgu dia bagi dalam cawan agaknya. bagus la macam tu. tapi kat rumah siap pesan, aqil tak nak minum dalam cawan.. lepas susu, susu lagi. aish, kalau macam ni, ibu kena beli cerek yang tekan2 tu la ek.. sebab sekarang ni, asal nak air panas je, kena masak pakai heater tu..

Ada satu malam tu, dia bangun cakap nak susu.. ibu ni mana la biasa bangun malam buat susu.. haha.. sian aqil kena marah. "ha, nak susu?? tido2.. minum air kosong ni".. sian dia nangis2 tido tak dapat susu. bukan apa, sebelum tido tu dah kasi susu, boleh plak bangun tengah malam nak susu.. haa.. tu je la nak story ye aktiviti hari ni.. tak boleh soping lebih2 dah.. baju baby pun tak beli dah.. sebab aku dah beli cd 5 keping, jadi, tunggu bulan depan plak ye kalau nak tambah2 new thing. hehe.. lagi pun, nak balik raya haji lagi, duit lagi.. huhu..

Eh, dari cerita sogo dah melalut2 dah.. oklah.. selamat berhujung minggu kawan..

 

Thursday, October 20, 2011

delima merekah

Assalamualaikum.. 

Pernah dengar peribahasa BIBIR MERAH BAK DELIMA MEREKAH? hehe.. camana merah delima tu? Tadi, masa pegi breakfast, ada pasar tani.. ada pulak pakcik yang jual buah delima.. susah nak dapat buah delima ni. masa awal2 mengandung, memang elok makan buah delima. orang kata nak anak mata cantik, makan buah delima.. tapi, time aqil tak dapat la.. sepupu aku siap suruh orang beli kan kat mekah.. makan sebijik sehari je..

Now, hari ni aku dah dapat buah delima.. hehe. . dulu2 pernah la makan buah ni.. Kalau untuk ibu hamil, buah ni orang tua2 kata tak boleh share ngan orang. sebab dalam sebiji buah delima tu, ada satu biji yang special, kalau terkasi kat orang, mana lah tahu org lain yang dapat kan, wallahua'lam.. huhu.. tak tahula benar ke tidak.. tapi tadi dah ajak kawan2 sama2 makan buah delima ni.. haha..

 sebijik RM 3, beli dua dapat RM 5..

tak berapa cantik sangat isi dalam dia, tapi boleh la...

hmm.. ada sape2 nak kasi air zam zam kat saya untuk belah mulut baby danuntuk ibu mengandung ni minum? :-) nak tunggu orang balik haji, aku dah beranak dulu.. tak de air zam-zam, kena buat air yaasin la ye.. masa aqil dulu, aku tak de air selusuh2 ni.. minum air yaasin je..

Hmm. . okla, babai.. wassalam :-)


 

Wednesday, October 19, 2011

my little sunshine ever after :-) part 2

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. hari ni aku rasa sihat sikit.. sakit yang semalam tu, alhamdulillah dah tak de.. Dah kurang kot, tapi tak tahu la nanti2 kot dia datang balik.. Cuma rasa berat tu memang ada, dah 'masuk' agaknya adik baby ni ye..

Kali ni nak story pasal aqil.. Esok, 20hb kan, aqil dah menjangkau 2 tahun 9 bulan.. Alhamdulillah, dah membujang anak ibu ni kan.. Harap2 elok perangai nya sampai ke besar nanti.. Minggu ni, perangai petang dia adalah baik :-) happy je ibu tengok.. mana tak happynya, permintaan dipenuhi.. seperti biasa, masuk je kereta lepas balik taska, "ibu, ada choki tak?" hmm.. kalau itu yang menggembirakannya, ibu kasi jela, walau pun tak baik untuk kesihatan giginya.. tapi, dengan syarat, mesti gosok gigi, minum air masak banyak2.. Alhamdulillah, menurut perintah tapi dengan air mata la.. huhu..

 nak makan choki tapi tak pandai picit..

 choki choki enak selalu.. terpengaruh dengan kawan kat taska kot.. 

 banyaknya kolat dia.. tapi tak makan semua pun.. ibu nyorokkan sikit..


Suka sangat makan coklat.. gula-gula pun makan tapi kurang minat sikit.. suka minum air manis.. sambil makan2 tu, sambil dia layan youtube.. Selalunya dia tengok upin ipin, ultramen, bernard bear, mr bean.. Ntah apa yang dia suka tengok sangat pun aku tak faham. kadang tu, nak tengok bowling.. aku pun taip la bowling, then dia pilih sendiri video mana yang dia suka.. huhu.. kena ada orang teman dia tengok tenet, kalau tak, sibuk memanggil je nak suruh tukar itu ini - tak pandai klik lagi.. dapat layan youtube, diam la dia gelak sorang2, kalau video menakutkan, cepat2 dia suruh tukar atau dia lari:-)

Lately, nampak la perubahan dia suka minum susu.. Dah pandai minta susu.. Kalau tak, ibu tanya pun dia cakap tak nak.. may be dia teringin nak nenen agaknya.. habis sebotol kecik dia minum. Aqil minum susu Dutch Lady 1 2 3.. kalau ikut sukatan dia, 4 scope .. tapi aku aku kasi 2-3 scope je untuk air 4 - 5 oz.. sebelum nak tido semalam, dia minta susu.. berteguk2 dia minum.. cepat je habis. lepas tu, kasi minum air masak pulak sikit, nak hilangkan sisa2 susu tu.. Kuat makan juga budak ni.. suka makan ikan... bubur mcd dah tak suka, sebab ayam dah pernah masuk kat celah gigi dia. hehe...

Dan sejak aku dah makin besar perut ni, aku dah kurangkan dokong aqil.. yela, budak dah makin membesar, bertambah berat ler. kalau ikut mengada2 dia, memang aku la yang kena dokong. turun kereta naik kereta.. bila aku dah sakit semalam, nangis2 la dia kena jalan sendiri.. dan pagi ni, ayah aqil yang dokong pegi taska.. nasib dia dah mula faham.. tiap2 malam, mesti cakap2 kat telinga dia.. "Esok pegi sekolah jangan nangis, main sama-sama, jadi budak baik, nak kencing cakap dengan cikgu (yang ni dia tak buat kot, pakai pampers lagi kat taska)".. Sekarang dah ajar nama ibu ayah. Nama ibu apa? "Su" - payah sangat nama panjang, nama ayah apa? "jaki".. hehe.. pelat z..

Okla.. tu je nak update perkembangan aqil 2 tahun 9 bulan.. Ibu harap aqil jadi anak yang soleh dunia akhirat.. Jangan nakal2, jangan rengek2 ye.. ibu ayah sayang aqil.. :-) tata.. wassalam :-)



 

Tuesday, October 18, 2011

32 weeks just around the corner

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. ok tak hari ni? hari ni dan petang semalam adalah hari yang mencabar bagi diriku.. Rasa macam nak terberanak pulak.. padahal minggu ni baru nak masuk 32 minggu.. kenapa ye? tulang dah mengembang agaknya.. tiba2 semalam rasa berat dan tak boleh jalan.. rasa macam nak nangis.. tapi sakit tu kejap2 je. Ingatkan dah habis dah.. rupanya hari ni, ada lagi sakit tu.. tiba2 tengah berjalan, dia datang.. jadi, aku terpaksa jalan slow2.. bos aku kata, takut baby terselit.. pinggang tak sakit pun lagi.. baby pun bergerak aktif lagi ni.. toing toing dalam perut ibu ni..  Carta pergerakan baby pun dah kena tanda dalam buku.. Alhamdulillah, kalau amik dari pukul 9 pagi pukul 11 tu dah complete 10 pergerakan..

 me on 32 weeks.. pic semalam, orang sibuk meeting, sibuk plak snap photo :-p 

akhirnya diriku sudah melengkapkan barang2 baby.. aku telah menyoping di One baby World di Taman permata dan juga JJ Wangsa Maju.. sorang2 je aku meround sebab ayah aqil melayan anaknya yang membuaskan diri.. nasib baik.. barang2 yang dibeli adalah pampers for new born, minyak yuyi, baju 2 pasang - confident je amik baju ropol2 pink kaler, mitten and booties tambah lagi 2 pasang, maternity pad, bantal baru, kapas bulat, tisu basah, nursing bra, mandian si kecil, nappy rash, cotton bud dan juga diaper beg.. Stokin ku juga beli baru, sebab masa aqil dulu, pakai stokin paras buku lali je, tak boleh2, tak lepas SIRIM tu, masuk angin jugak... hehe..

Semua baju2 ni belum dibasuh.. bila dah sakit cam ni, baru la merisaukan diri baju tak basuh lagi, beg tak siap lagi.. weekend ni la nak settlekan sikit.. 

aqil: oh, saya nak jadi abang ke.. 

owh ini budak bajet semua ibu beli kan untuk dia okey.. habis la mitten adiknya, sume aqil nak rasmikan dulu.. mestila dia yang sibuk2 nak buka semua dalam beg plastik tu.. tak pe la aqil.. harap aqil boleh terima adik aqil nanti ye.. jangan jeles lebih2 ye.. Ibu doakan yang terbaik untuk anak2 ibu..

bye..

wassalam




Monday, October 17, 2011

Kemuliaan ibu mengandung dalam Islam

Assalamualaikum...

Sekadar renungan bersama.. 


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


wallahua'lam..

Salam isnin

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin semua. selamat menjalankan kerja dengan tulus ikhlas.. senyum dan ceria2 lah di pagi hari ye.. Jemput sarapan :-) hari ni bersarapan milo dan biskut hup seng, jap lagi ada meeting.. alas perut saje :-)




 

Friday, October 14, 2011

Happy birthday my dear hubby :-)

Assalamualaikum...

Hari ni 15 Oktober kan.. hari ni ulang tahun kelahiran suami ku yang ke 29.. ha.. dah sama baya la kita yek.. hehe.. yela, aku ni lahir bulan 2, dia pulak bulan 10, kira aku tua 8 bulan la dari dia.. hehe.. Anyway, mestila aku nak jadi orang yang pertama yang wish kan (always yg pertama ok)

SELAMAT  ULANG TAHUN YANG KE 29 UNTUK SUAMIKU YANG TERCHENTA... :-)
MOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN TUBUH BADAN YANG BAIK, DITETAPKAN IMAN, BAHAGIA HIDUP DUNIA AKHIRAT...

So, bagaimana dengan celebrationnya?? hmm.. biasa2 saje, may be dia pun tak heran.. kekeke.. tunggu dapat gaji ye bang.. Kalau tak, nanti i belanja makan je la, kita gi jalan2 eh.. hehe.. eh, sape plak kena entertain sape ni.. huhu.. 

Ok, good nite every body.. nak golek2 dah.. selamat berhujung minggu :-)

p/s: hasbenku pun teringin nak makan cheese nan tu.. tapi kalau tapau mana sedap, dah sejuk nanti, unless dipanaskan kembali...

cheese nan super meleleh..

Assalamualaikum..

Lunch apa tadi? tengahari ni, aku dan kawan ku telah menikmati roti nan cheese yang paling best.. Baru2 ni dapat emel dari kawan, may be dari bloggers juga tapi sumber tidak diketahui blogger mana, tentang kesedapan dan kelelehan nan cheese nya..

Rupanya, kedai dia dekat je ngan opis aku ni.. lalu lalang kat situ hari2, tak tahu pulak ada kedai cheese nan yang best.. Rata2 kat situ memang order cheese nan nya la.. meh tengok gambar je la ye..

 saiz roti dia kecik sikit dari kedai mamak, tapi tebal... tengok tu cheese dia meleleh... RM 5 ye..

 aku rasa dia pakai mozarella cheese kot.. makan panas2 memang sedap..

 see the cheese.. aku memang suka makan nan cheese.. selalu kalau beli cheese dia macam malu2 kucing je:-)

 excited gitu... :-p

sedap dimakan dengan kuah dal ni... RM 2..

Sedap dimakan ketika sangat lapar dan makan kena panas2.. kalau tak lapar sangat takut tak habis, dah hujung2 tu muak juga la nak habiskan.. sampai merah2 muka aku kekenyangan.. upss.. kedai dia kat area medan tuanku. Namanya RSMY atau nama lama dia Nasi Beriani House.. deret2 dengan Lotus Hotel dan restoran Hanifa.. kepada peminat cheese nan, apa lagi.. silalah mencuba keenakannya.. :-)

bye.. wassalam..


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails