Friday, September 30, 2011

hadiah dari hati

Assalamualaikum..

Tadi (lunch hari Jumaat) kami meraikan salah seorang warga kerja yang akan berpindah, di suatu tempat tu :-) Selepas tu, aku merayap sorang2 dalam sogo konon nak cari baju baby.. Survey punya survey, macam makin mahal pulak baju new born ni. Dia dah jual asing2 like suar satu, baju satu. Dulu time aqil, aku tak ingat la pulak camana aku beli.. main beli je kot tanpa membelek harga :-) Contohnya macam baju Anakku, Pureen etc tadi, rata2 harganya RM 10 ke atas, baju saje ye.. Tu yang kualiti elok sikit la.. Kalau yang ala2 kain nipis tu, dapat la RM 10 ke bawah..

Hati ni memang dah aim baju baby girl je la kan.. hehe.. Cantik2 baju baby sekarang.. ada polkadot, gambar katun2.. kalau ikutkan time aqil dulu, aku beli baju plain je... kalau tak plain, baju lubang2. Ni dah ada experience sikit, boleh la beli baju corak2.. tapi, kalau beli baju girl, kalau keluar tu boy, camana pulak ye. hehe.. Keputusannya camana? beli ke tidak?? hmmm.. tak beli.. tunggu gaji bulan depan la pulak :-p bulan ni dah beli set bersalin.. kekeke...

Apa yang aku beli adalah.. jeng jeng jeng.... ini...

baju mengandung.. 2 kaler.. boleh la. setiap anak kena ada koleksi baju mengandung kan. Masa Aqil dulu, ada la sikit baju nya, tak banyak.. so, tambah2 la sikit kan.. baju pun tak de banyak sangat nak pakai.. terhad.. tu yang sumbat baju kurung tu, selagi boleh muat :-)

yang ni pulak bukan spender aku. :-) ni hadiah untuk aqil.. kekeke.. bukan hadiah apa pun. Dia kan tengah belajar potty train, so, tak yah la pakai seluar panjang yang menyusahkan dia time urgent tu.. Selalunya lepas kencing, dia akan bogel sampailah dia rasa nak kencing lagi. hehe... 5 helai RM 15.90 - ada gambar ultramen :-)

bukan spender je, ibu belikan aqil boxer sekali :-) mula2 tu konfius gak, ni untuk girl ke boy. sekali tu, salesgirl tu kata dua2 boleh.. so, aku amik la.. 3 helai RM 9.90.. jadi la kan.. Harap2 aqil lepas ni akan lebih alert lagi bila time dia nak kencing. Macam semalam, dia duk ralit tengok cite, sampai sejam pun tak kencing lagi. duk tahan kencing padahal dah banyak kali aku tanya.. sedap2 je terkencing kat tepi meja.. apa lagi, siapla ibu ayah pun naik marah.. hehe..

Okey, tu je nak share. selamat berhujung minggu kawan2..selamat datang OKTOBER..

babai.. wassalam.




Tanya sama pokok..

Assalamualaikum..

"Tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang"...

Antara lirik lagu Hazama AF 9. sedap apa lagu ni. hehe.. Tapi, bukan mahu bercerita pasal lirik lagu ni. Mahu bercerita pasal pokok/tanaman di rumah ku. tak de la banyak, ada 3 pasu jek. Dulu pernah cerita kat entri ini. Sila klik kalau nak baca balik ye.. hehe..

Now, perkembangan dari hidupan2 tu sume, masih lagi tinggal 3 pasu tapi dah berubah wajah dah...

Pokok daun sup. Aku suka kalau ada daun sup dalam masakan. Wangi je bau dia dan rasanya pun sedap. Aku beli daun sup yang dah berakar, dan tumpang dalam pasu daun kunyit ni.. Alhamdulillah, naik pulak daun nya. Selalu kalau aku tanam, tak hidup je.. Tak sangka la pulak daun sup ni dah overshadow daun kunyit yang asyik ambik sampai botak. Pastu malu2 nak hidup plak..

Daun kari.. Dah banyak daun dia, tapi tak banyak yang digunakan sampai dah naik kuning, nak mati kot. hehe..

Daun pandan. Dah bercambah akarnya. kena tukar dalam pasu lagi besar ni. Tapi tak sempat nak tukar lagi. hehe. Daun ni pun asyik ambik juga buat masak2...

Pokok yang telah terkorban ialah daun kesom.. Sian dia.. dah kering dah, lalu mati.. Kalau ada kelapangan, nak tanam pokok dalam pasu sikit2.. hehe.. Zaman bila tu tak tahu pulak. Pasu dah ada ada, tinggalan owner lama, banyak juga ada la dalam 10 pasu lebih. Cuma kena cari tanah dan alat2 untuk mengorek.. upss.. mainan korek2 aqil ada, rasa2 boleh pakai tak? hehe... dah, bye.

wassalam :-)

drama setiap pagi

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat semua.. Mari mulakan hari dengan drama si kecil.. hehe..


Gambar ni diambil pagi ni.. Time ni dia masih tido lagi, dalam keadaan duduk. ngantuk sangat la tu. Pastu, nampak flash ibu, terus nangis, marah tak kasi amik gambar dia.. hehe. Pandai moody juga anak ibu ni.. Dan setiap kali hantar nursery, mesti nangis meraung2 babai ibu.. nak amik video dia tapi tak pela, nanti la kalau berkesempatan ibu amik lagi. BABAI IBU, NANTI IBU AMIK AQIL TAU, BABAI. NANTI JUMPA LAGI TAU.. sambil nangis kuat2 depan pintu.. aku pun layankan sampailah kereta gerak duk terlambai2 lagi.. aqil aqil..

Ok, tu je :-)

Wassalam :-)
 

Thursday, September 29, 2011

di saat kebosanan

Assalamualaikum...

Mood silent today. Dari pagi tadi macam sangat boring.. Selepas pukul 11 lebih, boring tu tak hilang tapi terpaksa join discussion. Until now belum habis lagi, tapi aku sempat mengelat jap, nak gi solat dan kembali ke tempat asal barang seminit dua untuk tengok emel. Eceh, macam banyak naw peminat yang nak kasi emel banyak2 kan. hehe.. 

Bila rasa boring2 ni, ada satu benda yang macam membuatkan aku bersemangat kembali. tapi agak melibatkan kos tapi penggunaan yang berpanjangan cuma memerlukan kerajinan.. haa.. apa dia tu.. malas nak cakap.. Tengah survey2 jugak ni kot2 la ada yang terkini either beli online or beli kat kedai. Boleh kumpul sikit2 dari sekarang.. Setakat ni ada la sikit koleksi yang tak seberapa.. Yang kureng ada ongkos nya aje.. huhu.. 

Eh, dah lebih 5 minit.. get to go :-)

Makin hari makin pendek entry ku ini.. kekeke.. tak pela, next time ok kita sembang2 melalut lagi :-)

babai. 

wassalam



 

Wednesday, September 28, 2011

kisah potty train aqil episod 2

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. pagi ni aku ada mesyuarat.. Tapi, sebelum pegi mesyuarat, mesti mahu jot down something kat blog kesayangan ini, nanti takut diriku terlupa mencoretkan sesuatu tentang budak kecik itu.. hehe..

Ni kisah potty train aqil lagi. Sekarang, tiap2 malam aku memang tak pakai kan pampers dia. Pakai sebelum nak tido je.. Jadi, kali pertama mesti dia terlepas kat mana2.. tapi dia sedar yang dia dah terkencing dan muka takut2... Lepas2 tu, alhamdulillah dia tak kencing merata2 lagi dah. Dengan syarat kita kena tanya dia la.. Bezanya budak kecik ni, memang banyak kuar masuk bilik air.. Kalau macam kita, rasa2 macam sejam tu baru kita buang air kan. tapi dia, kejap2 masuk bilik air untuk kencing, tapi hasilnya ciput je.. hehe.. Tak pela, as long as dia tak kencing merata2, ibu okey aje.. Siap buang air besar dalam toilet lagi.. good boy..

Tapi, bila dah seluar terbasah, maka ibu pun malas nak naik atas nak cari seluar lain. duduk la awak berlegar2 tak pakai seluar sampai pukul 10 lebih tu.. hehe.. senang nak kuar masuk toilet.. kekeke.. Ok, hope progressnya bertambah baik nanti.. weekend boleh try sehari suntuk :-)

Okey, tu je untuk pagi ni..

babai..

wassalam..

Tuesday, September 27, 2011

Semakin hari semakin sayang..

Assalamualaikum..

Sape la tu yang disayang-sayang sangat tu.. hehe.. Of course la permata hati kami :-) budak kecik yang nak jadi abang dah tu... sape yang tak sayang anak kan.. Lebih-lebih lagi bila dia sorang je yang berkeliaran sekeliling kami.. Semakin hari, semakin banyak keletah dan ragam yang ditonjolkan. Orang kata, bila dah nak masuk 3 tahun, perangai degil dia tu makin menjadi-jadi.. Tapi kena pujuk dengan cara yang berhemah. kadang2 tu, memang menguji kesabaran ibu dan ayah...

 sangat manja dengan ibu.. di mana ada ibu, di situ ada aqil :-) dalam kereta, masih duduk dengan ibu.. nanti dah ada adik, ibu duduk belakang dengan anak-anak.. dah sume berebut nak duduk dengan ibu, mana boleh penuh2 kat depan kan. hehe...

 nak tido pun ajak ibu... satu peluang yang baik untuk ibu tido sekali :-)

 suka sibuk-sibuk dengan apa yang ibu buat.. stokin ibu pun dia sibuk nak pakai..

 notty boy.. tido dengan ibu.. sekarang bila dah tak nenen, ibu kena tepuk atau pegang peha dia.. ada hati juga nak tido peluk ibu, tapi ibu ni berat, sakit tangan aqil bila tertindih :-)

 suka 'berpura-pura'...

hehe.. comel je.. tido pun comel. tapi dah tak bau baby dah anak ibu ni bila bangun tido.. bau air liur basi okey. bucuk :-) kalau nak tido, mesti ada bantal peluk dan bantal baring tu.. bantal baring tu, tak boleh silap letak, gambar dia mesti tak terbalik.. nanti dia kata " harimau terbalik la ibu"

Hai la anak.. cepat nya dah nak besar.. makin banyak akalnya.. makin banyak lagu yang dia belajar dari nursery :-) ABC je tak kenal lagi. Alif Ba Ta pun tak kenal lagi.. tau nyanyi je.. Selawat nabi pun tahu nyanyi je.. Semalam saje test dia. Nanti dah ada adik, aqil tido dengan ayah tau. pandai dia kata tak boleh.. Aqil nak tido dengan ibu.. hehe.. Kena beli katil bujang lagi satu, baru la ada space ayahnya nak tido..

Ok, till now.. babay.. wassalam

p/s: ayah jangan sentap pulak ye...ayah nya pun semakin hari semakin ibu sayang jugak.. hehe..



Monday, September 26, 2011

kisah potty train aqil

Assalamualaikum..

Kali ni nak share kisah potty train aqil. Hmm.. rasanya macam dah agak lewat nak ajar dia potty train.. Dah 2 tahun 8 bulan masih pakai pampers. Is it normal? tapi masih belum terlambat kan.. Ok la kan selagi tak jejak umur 4 tahun. haha.. Sebenarnya tercari-cari masa yang sesuai untuk ajar aqil hidup tanpa pampers. Bila nak ajar agaknya. Ibu kena amik cuti panjangkah? Actually dah 2 hari aku testing dia, tapi tak de la sehari suntuk. dalam 3-4 jam macam tu, lepas tu, pakai pampers balik sebab ibu ayah nak berjalan.. haha.. dah camana nak startnya, weekend full of plan. Kalau duduk umah saje2, bosan pulak kan..

Hari sabtu.. Mula tengahari. Time tu baru nak tukar pampers dia. sekali tu, plan berubah..

ibu: aqil tak yah pakai pampers la.. nanti nak kencing cakap apa? 
aqil : ibu, nak kincing.. 
ibu : kencing kat mana?
aqil : kincing kat lubang. (dalam hati: sape la ajar cakap kencing dalam lubang)

Aku ni asyik duk menengok jam je. kejap2 tanya. nak kencing tak? dia geleng. sambil tu tengok upin ipin. minit ke 40 - tiba2 suar dia basah dan dia pun terkejut.. masa tu duduk kat tepi toto.. cepat-cepat angkat dia sambil mulut ni membebel-bebel.. yang lecehnya, bila dah kencing, kena la lap kan.. Tak pela, nak ajar anak kena bersabar sikit. aku tak kisah lap2 ni, cuma jangan bawa menjejeh satu rumah.. kang nak sembahyang ke apa, habis sume tempat ada najis. Makin rajin aku mengemop rumah la lepas ni.. :-)

Hari ahad - dapat test malam je. lepas magrib. tak pakai pampers. Kali ni dia dah ingat sikit dah. asyik tanya je, sampai aqil pun naik marah tanya banyak kali. hehe.. dapat la juga atur dia kencing dalam toilet sekali dua. Sekali tu, ntah apa yang dia rengekkan, kami tengah makan, sibuk nak tukar video lain dalam you tube. sekali tu, ayah dia sergah (read : marah) terus terkencing dalam seluar. nasib baik seluar je basah, tak menjejeh ke lantai lagi.. Ok, tukar seluar lain. Aku nak sembahyang isyak. Dia mengekor ibu dia masuk bilik. Tak lama tu, duduk belakang pintu muka dah meneran2.. ha.. aqil yak ke? cepat2 masuk bilik air. dia tak mahu - tengah sedap meneran agaknya. haha.. sekali tu, terlepas juga dalam seluar seketul dua.. tu je la kisah potty train aqil selama beberapa jam dua hari ni..

Mengajar anak tak pakai pampers ni kena banyak bersabar, sangat menguji dan memerlukan kerjasama dari ibu bapa.. Setakat ni, aku boleh sabar lagi.. yela, nak ajar anak kan.. Ibu tak marah pun kalau aqil kencing berak dalam seluar,(ibu bebel2 jek) cuma jangan kencing bersepah2.. jenuh nak mengemop nanti. Cuba nak cari masa yang sesuai, tidak dijumpai lagi. bila tau masa yang sesuai, time berpantang nanti, amik 3 bulan tu untuk ajar anak tak pakai pampers. tapi, macam dah kelam kabut jadual aku time tu.. yelah, anak dah dua kan. takut tak terkejar..

Lagi satu, takut juga dia keliru kan. Bila kita dah ajar kat umah elok2 kencing kat toilet, sampai nursery, pakai pampers balik. Mungkin juga dia takut nak bagitahu cikgu dia nak kencing, lalu terlepas kat mana2.. Aku pernah tengok cikgu dia marah budak sebab kencing dalam seluar. huhu..

aqil: seronok juga tak pakai pampers ni, boleh main air dalam toilet.. hehe..

Itu je la kisah potty train aqil.. korang punya cara camana? boleh la share2 sikit pengalaman mengajar anak hidup tanpa pampers ni. Kalau cepat dia bebas dari lampin, lagi save bajet ibu, bajet pampers boleh disalurkan untuk adik nya pulak..... hehe.. tata.. wassalam :-)

Persiapan untuk adik part 1

Assalamualaikum..

Hi kawan2.. nak mula dari mana ye ni.. banyak nak update story tapi tak pela, slow2 kita cite ek. hehe.. Macam biasala, cerita weekend.. Hari sabtu, kemana kita? oh. tidak kemana2.. ada disekitar rumah saje.. Lepas settle hal rumah, pegi open house nursery aqil.. Lepas tu, balik kampung en suami sebab malam tu ada doa selamat dan baca yasin untuk anak2 buahnya yang bakal menduduki peperiksaan besar hujung tahun ni..

Sebelum tu, pada siang hari nya, aku sempat la mengemas2 drawer muhammad aqil.. Nak planning untuk beli barang2 keperluan adik aqil nanti.. Hmm.. banyak juga baju aqil ni setelah ditapis.. baju-baju ni semuanya yang berusia 0-3 bulan.. yang baju 6 bulan ke atas, belum ditapis lagi. tapi tak banyak pun sebab aqil masih pakai lagi baju2 kecik dia.. hehe.. kalau ada pun, memang tak elok pakai dah. ada yang butang dah tanggal. Kalau baju yang murah2 tu, getah seluar dah kembang, memang masuk tong sampah la jawabnya..

ini lah dia hasil tapisan..

lampin, memang tak beli dah kot. yang aqil punya dulu, 10 helai, ada yang belum pakai pun lagi.. baju2 pulak banyak yang blue colour.. tak pela, biru pun biru la kan. buat pakai di rumah. hehe.. barut adalah dalam 8 helai, boleh la tambah lagi 5 ke.. bukan pakai lama pun kan.. topi baby, banyak jugak. hehe.. ni sume hadiah dari kawan2 kasi dulu.. mitten and booties - masya Allah banyak betul, tapi dah tak berseri la, lebam skit. dulu aku gile beli stokin bumble bee.. tu yang banyak stokin dia tu.. comel comel.. Ni sume tapis2 dulu, belum basuh lagi.. nak basuh saing2 dengan baju baru. Tu pun ibu tak soping lagi ni.. bila nak gi beli ni ye.. bila dah habis raya, mula la terperap di opis, tak rasa nak membeli. hehe..

 oh seperti biasa pembantu cilik ibu, sentiasa ada di mana2.. ni abang ni!!!! hehe. mencuba topi baby dia..

tara.. gambar aqil masa baby.. masa dia baby, lama juga pakaikan dia topi, selagi dia muat..

 macam ni ok tak ibu? suka juih2 mulut dia tu..

peace.. jangan la marah ibu. hehe

bye. 

wassalam


Friday, September 23, 2011

friday's story..

Assalamualaikum...

Hai semua.. mesti dah tak de orang nak layan blog kan di hujung minggu.. sume busy di atas jalan raya kah menuju ke open houses? hehe.. Tadi setengah hari di opis tak de line internet. tak dapat tengok emel dan juga surfing internet.. tak dapat la juga baca blog korang2.. hehe.. balik umah ni baru leh tengok tenet...

Pagi tadi pegi cek perut dan minum air gula.. orang sangat ramai. datang pukul 7.45 pagi pun dah dapat no. 26.. huhu.. perkembangan aku alhamdulillah, sihat saje dan semua ok. berat pun dah cecah 50kg.. erk, macam over je.. sebab masa aku beranakkan aqil dulu, last berat aku adalah 54 kg.. harap2 lepas ni berat tak naik banyak sangat.. ramai orang minum air gula hari ni memandangkan jumaat lepas adalah hari malaysia.. aku sampai tersengguk2 menunggu giliran untuk cek perut.. minum air gula tadi sangat dasyat.. sungguh pekat air gula nya.. tak tahan nak habis kan. sampai kan aku nak termuntah.. siap kuar bunyi angin nak muntah, nurse sume dah jeling je takut aku muntah.. haha..

Amik darah tadi pun menyakitkan.. selalu okey je, ada nurse yang pandai amik darah, memang tak rasa sakit sangat kan.. result MGTT akan diberitahu dalam jangka masa 3 hari kalau ada apa2.. kalau result ok, tak de la dia call.. harap2 aku tak terima panggilan dari KKIA itu.. 

Habis urusan di klinik hampir pukul 11 pagi.. balik2 je tengok en. suami dah tunggu depan rumah nak hantar aku gi keje pulak.. Hari ni ada jamuan raya di opis.. dari klinik lagi dah tak sabar nak menikmati makanan yang banyak2 tu.. risau tak sempat makan sampaikan msg kawan opis suruh simpankan sikit. haha.. tamak.

Semalam kan aku pegi jamuan raya juga kan.. dan semalam juga la perut aku sebu sangat. tak tahu nak cakap camana.. may be makan banyak dan baby juga dah makin besar menolak usus perut aku ke atas. hehe.. pandai2 je buat andaian.. tapi, tu la yang terjadi dalam 2 hari ni.. perut rasa tak selesa..

Okey.. tu je la nak story.. ada lagi story tapi cerita ni pun dah panjang sangat.. oo lupa nak tayang.. kek coklat ni aku buat!! rasanya sedap - sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. hehe!!! aku suka topping dia tapi kek ni tak tahu la nak kata camana. adakah terlalu gebu atau terlalu kering sebab bila di potong dia macam berterabur.. huhu.. biar buruk asal sedap dimakan.. Resepi diambil dari blog kak ummi.. aku suka tukar2 resepi kek coklat ni, nak test yang mana paling menjadi dan sedap rasanya.. 


Okey, nanti aku update lagi ye.. budak kecik ni pantang ibu dia pegang laptop, sibuk nak tengok upin ipin.. k, bye.. wassalam.. selamat hujung minggu..



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Thursday, September 22, 2011

macam nak pecah perut

Assalamualaikum..

Tengahari tadi, kami pegi open house Cawangan Kontrak Ukur Bahan.. Kali ni, kami pegi tepat2 mengikut time nya. tak nak jadi macam tahun lepas, dapat makanan yang hujung2 je. hehe.. Kali ni, dapat dengar speech sikit dan serbu makanan.. Alhamdulillah, walau pun duduk belakang2, belakang tiang plak tu, masuk pun ikut pintu belakang, TAPI..... dekat dengan makanan.. hehe.. 

Alhamdulillah, kenyang sangat2.. Mak yong ni makan dua pinggan nasi dagang, siap bangun bertambah.. sangat sedap.. pas tu, beratur amik kambing golek pulak. Kawan2 yang lain amik sate, amikkan air, amikkan dessert dan juga makanan2 yang lain.. So, penuh la meja tu, share2 makanan.. kali ni tak jumpa sangat kawan2 , tengok dari jauh je.. diorang tuan rumah, busy skit.. Jadi, kita melayan perut saje :-)

 geng2 QS..


 nasi dagang sedap. katanya nasi dagang subang jaya..

kambing golek.. tamak wei.. amik byk plak tu.. bila tak habis, siap ada abang meja belakang nak sikit. alahai kesian pulak macam mengidam plak abang tu.. haha.. mesti dah lama tengok kitorang makan tak habis kambing golek tu.. bagi ke tak? MESTI LA BAGI.. nak pulak dia makan kitorang punya. tapi kitorang tak de la usik banyak mana.. kasi portion yang elok saje. hehe..

sate, keropok lekor, buah-buahan..

eh, tangan sape tu? hehe.. kacang tanah pun sodap...

Aku ni tak tahu la nak kata apa.. Dulu, kalau makan banyak, memang tak boleh sumbat dah.. even tekak ni terasa macam nak lagi. sekarang ni, makan, makan dan makan.. kalau orang tak ajak balik tadi, mesti aku tengah duduk makan lagi. sambil makan tu, siap risau esok ada test air gula :-) so petang ni sampai malam, minum air masak sudah :-p

Waktu balik, jalan perut dah ke depan.. tegang :-) Alhamdulillah. terima kasih atas ingatan menjemput kami2 di cawangan lain ye.. Jadual makan free minggu ini ialah :-

esok, Jumaat - Jamuan raya tingkat aku
Isnin - Jamuan raya Cawangan
Selasa - Mesyuarat dengan negeri - we all urusetia
Rabu - Mesyuarat dengan negeri lagi - urusetia jugak

Rezeki jangan ditolak :-p

 

Set Bersalin

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan2.. apa khabar hari ni? hope semua sihat2 sejahtera dan ceria bekerja..  Ok, pagi2 yang indah ni, aku nak cerita satu cerita. chewah.. macam hebat sangat cerita aku ni kan. hehehe..

Sekarang, aku dah nak masuk minggu ke 28.. means nak menghampiri bulan ke tujuh kehamilan.. aish. cepat betul masa berlalu.. cuak jugak ni.. barang2 baby belum prepare satu apa pun.. baju2 aqil masa baby pun belum belek2 lagi, samada boleh pakai ke tidak, elok lagi ke tak.. Sekarang ni, perancangan awal yang aku akan buat ialah mencari set bersalin dulu.. sementara promosi masih ada..

Aku pun tak tahu sebenarnya nak pakai product apa untuk pregnancy kali ni.. dulu, aku pernah pakai satu product ni.. tak yah cakap nama, tapi memang mahal hampir RM 400 aku beli (pregnancy pertama semua nak yang terbaik - kononnya).. Ubatnya senang makan tapi hasil nya macam tu juga la.. aku pun tak tahu apa kesannya pada diri aku.. Alhamdulillah sihat juga la.. korang pakai apa dulu?

Tapi, kali ni aku nak bertukar product juga la.. Aku dapat info ni dari kawan aku juga.. Nona Roguy ada buat promosi.. tapi kena cari dalam keratan akhbar promosi tu dan tunjuk bukti, then baru la boleh dapat diskaun harga promosi tersebut. Semalam, aku jalan2 survey harga kat stokis2 dia, set bersalin tu dalam 300 lebih. kalau jadi ahli pun, masih jatuh 300 lebih.. Kalau ko ada keratan promosi tu harganya ialah RM 255.50!!! ha.. murah tak?


Tapi, nak tanya kawan yang pernah pakai set bersalin ni, elok ke pakai NR ni ek? harap2 senang la makannya nanti dan tidak memberi kesan pada baby.. senang makan pada aku ialah, telan je pil2 dia tu. tak yah minum2 akar kayu bagai.. Masa aqil dulu, aku lewat kan sikit makan jamu, sebab aqil kena kuning time tu.. kali ni pun, aku nak buat yang sama la. tak de la hari ni bersalin, hari ni aku nak makan jamu ni kan.. huhu.. 

Okey la. tu je la nak share dengan korang2 yang sedang mencari2 product set bersalin ni.. oh lupa plak. barang2 yang terdapat dalam set bersalin tu ada 6 benda dan boleh la refer kat link ni untuk tatapan korang sendiri.. tata!! wassalam :-)
 

Wednesday, September 21, 2011

kaki kejang

Assalamualaikum...

Salam hari rabu semua!! dah tengah minggu kan.. minggu ni kerja 5 hari ek? hehe.. cam tak biasa pulak.. Semalam, balik keje, adalah sangat lepak.. sebenarnya, kalau kepala ni tak cecah bantal baring2 depan tv , tak de la aku tertido time maghrib.. selalunya, kalau dalam bulan puasa, mesti dah cergas je di dapur bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka puasa. tapi, semalam sebab dah tak puasa, jadi sepanjang hari adalah makan dan mengunyah.. hehe.. Konon2 nak masak sardin je, pastu suami aku kata, asyik makan jek.. yeay! tak yah masak la, kita makan burger je la :-)

Bila dah tido maghrib (jangan ikut tido petang ye - tak baik), malam tu mata buntang je.. dalam pukul 11 baru masuk tido.. siap ada bunyi cengkerik dalam bilik aku. ntah masuk dari mana tidak ku ketahui. tapi bila tutup lampu, gelap gelita, siap la dia berlagu riang- sangat memekak okey.. nak cari celah mana dia duduk pun tak tahu.. huhu.. berapa lama agaknya jangka hayat cengkerik ni ek? 

Pastu, semalam, adalah pertama kali kaki ku cramp!!! mula-mula konon nak menggeliat, sekali tu, ha.. habis kejang urat kaki belah kiri.. menjerit - jerit manja di tengah malam kejutkan hasben suruh tolak kaki aku. tak de la malam sangat, dah nak subuh dah. tengok2 jam dalam pukul 5.15 gitu.. Sekali tu hasben aku bangun dalam keadaan mamai cam tu kan, dia picit manja juga.. kaki yang salah pulak tu.. aduhai.. sampai kaki yang kejang tu pun dah kendur sendiri.. huhu.. mencik tau..

So, pagi ni jalan adalah terhencut - hencut. Kejang kaki masih berbekas.. Sebelum ni, aku macam tertanya2 juga tapi bersyukur juga la, kaki aku tak de cramp lagi. sekali tu, semalam adalah hari yang paling 'best'.. terkena juga aku. so, lepas ni, kalau nak menggeliat tengah malam, kena hati2.. huhu..

Ok dah. cukupla pagi ni sebagai pembuka bicara :-)

babai..

wassalam :-)

p/s: nak tengok result MGTT this friday dulu baru boleh decide minum susu ke tidak..


 

Tuesday, September 20, 2011

cabaran anak lasak

Assalamualaikum..

Hallu semua.. semalam kata nak sambung cerita kan.. sekali tu, tak tersambung2.. lately blog agak diabaikan, may be lebih suka membaca dari menulis. mungkin juga tiada idea nak jadi penglipurlara.. Oh, hari ni, kami dah berhari raya!! Alhamdulillah, tercapai hajat nak puasa sunat syawal tahun ni. tahun lepas, berhajat juga, tapi hati tak kuat, terikut-ikutkan nafsu lebih nak makan, lansung tak buat.. huhu.. Alhamdulillah tahun ni, settle puasa ganti dan puasa sunat. lebih manis lagi, sang suami tidak culas untuk berpuasa bersama :-) kawan2 yang masih belum settle puasa 6, masih ada masa lagi ni sebelum bulan baru terbit..

Okey, sambung cerita.. sekarang kan aqil dah makin lasak.. sejak dari dia jatuhkan barang kat guardian (baca kat sini), aku jadi makin tak percaya nak lepas kan dia kat tempat2 yang berisiko.. huhu.. Contohnya macam beraya rumah orang la kan.. bagi ibu2, memang suka pergi rumah orang tengok CANTIKNYA RUMAH DIA... KEMASNYA RUMAH DIA... haa.. gitu.. :-) sekali tu, datang bawa budak kecik la pulak kan. budak kecik ni pulak, macam kurang sopan bila berada di rumah orang. sampai ke mana-mana pergi nya..

Kalau kita dah biasa dengan orang tu, lain la cerita. nak buat sepah cam rumah aiman pun tak pe. hehe.. Ini tidak. ibu baru nak berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan jiran belakang rumah, sekali tu, anak buat perangai pulak.. aduhai, terbeliak mata bagai nak terkeluar anak mata pun, apa dia heran. Mungkin inilah perasaan yang timbul di kalangan ibu bapa yang malas nak bawa anak pegi mana2..

Macam kat rumah jiran belakang tu, rumah nya memang cantik. penuh dengan barang2 antik - al maklumlah, tak de budak kecik dah.. segalanya tersusun rapi.. sekali tu datang aqil, kebetulan time tu dia macam dah mengantuk (seharian berjalan) - mulalah dia buat perangai. nak minum air, air panas.. tuang dalam piring.. dah tuang, nak angkat masuk mulut, boleh tumpah plak gara-gara nak minum sendiri... risau dengan balang2 kuih raya yang berkaca2.. ibu yang nak bersembang kadang2 terputus bicara kerana melayan anak yang buat perangai..

Perasaan yang sama berlaku juga bila bawa dia pergi makan kat kedai. semalam, kami berbuka di piza.. dia mana reti duduk diam.. jalan-jalan sana sini tengok orang.. tangan tu kadang2 menyentuh piring2 dan sudu2 yang terletak elok atas meja.. risau juga takut tangannya tertepis pinggan.. Ibu faham, bukan dia sengaja nak pecah2 kan barang.. yelah, ibu je faham, tapi orang lain yang menengok tu fahamkah? mestila orang tak salahkan budak kecik tu kan. Mestila orang kata "Mana mak dia? tak reti tengok anak ke?" huhu..

Tak pela, bagi ku ini semua pengalaman yang akan dilalui oleh semua orang dalam tempoh membesarkan anak2 ni kan.. Bagi seorang ibu, kerisauan itu tetap akan ada sampailah dia menutup mata :-)

Sekian, wassalam :-)

p/s: aku kecik2 dulu agaknya camana la ek.. rasa macam sopan santun jek :-p


Monday, September 19, 2011

family time again!

Assalamualaikum..

Apa khabar korang.. 3 hari tak update blog apa kes? hehe.. biasala, dah weekend kan, mesti la banyak agenda2 yang memerlukan perhatian, sampaikan tak de peluang nak update blog. bila ada peluang, tiba2 rasa tak feel plak nak update. banyak sangat gangguan menyebabkan sang penulis terganggu idea2 nya lalu terus klik button X. chewah..

Okey, weekend kami hari tu macam biasa je. tak pegi jauh2 pun, dekat2 je. hari Jumaat, selesai saje aktiviti di rumah like basuh kain, sapu2 skit, petang tu terus pegi kelang.. beraya rumah kak long aku pulak. adik2 yang lain dah pegi, kami je la belum pegi.. sampai pun dah petang, balik lepas isyak macam tu.. Ingatkan nak beraya rumah jiran belakang, sekali tu macam dah malam je kan. tunda la esok pulak :-) budak2 ni kalau dah berjumpa cam ni la keadaannya.. mari kita sepahkan bilik aiman plak. hehe..


Keesokkannya pulak (sabtu), kitorang memang tak plan gi mana2... Konon nak berjalan pegi JJ Wangsa Maju bawa aqil main.. sekali tu, punya lah nak elak jem, tetiba sampai SOGO.. ha, camana tu? hehe.. lokasi telah berubah.. so, berjimba2 la kita di Sogo.. Hasben ku beli baju ayahnya dan aqil dapat main game kat tingkat 8 tu.. Token kat situ boleh dikatakan murah tapi sekali game dia memerlukan 3-4 token. lebih kurang sama je la kan ratenya.. Tak banyak game untuk budak2 baya aqil. untuk bapak budak banyak le.. hehe..

 budak ni suka masuk fitting room, main cermin :-)

eh, sape yang main sebenarnya ni? hehe..

Bila dah petang skit tu, kitorang pegi beraya rumah member.. siap sembahyang asar dan maghrib terus.. kekeke... lepak lama sikit la kan.. dijamu makan dengan mee dan kue teow kungfu.. sedap jugak, boleh la try pas ni :-) pastu, lepas maghrib tu beraya rumah makcik belakang rumah pulak.. ok, nanti  aku story lagi.. to be continue...

wassalam :-)

Thursday, September 15, 2011

kemaskini profile aqil :-)

Assalamualaikum..

Kali ni nak update pasal anakanda kesayangan pulak.. Minggu depan 20hb 9 genap la aqil 2 tahun 8 bulan.. kejap je anakanda ibu ayah ni membesar. Memang sangat2 nampak perubahannya.. yela, kalau tak berubah, tak normal la pulak kan..

semakin aktif bercakap - alhamdulillah, wording dia adalah skit2 pelat, contoh certain huruf bertukar, R jadi L. kalau TV jadi BV. Nak cakap pun kena hati2, takut dia mengikut. contoh dalam cerita upin ipin, menggunakan perkataan "aku", dia pun "aku" juga.. Masa raya hari tu, anak2 sedara panggil hasben aku "pakteh" - dia pun "pakteh" juga.. hehe..

dari segi makan pula, memang sangat boleh tahan makan. beratnya hampir cecah 12kg.. aqil kuat makan. lebih2 lagi dia kurang minum susu. dia minum susu masa kat nursery je. kalau kat rumah, time dia rasa teringin je baru dia minta susu. tu pun bertuah tunggu dia mintak.. time cuti raya hari tu, kejap2 minta nasi.. adush.. memang la bagus kan dia suka makan nasi.. tapi si tukang suap ni pulak yang malas nak menyuap.. tapi, nak tak nak, kena la kasi kan.

suka main - yang ini memang tak dapat nak dielakkan. sangat suka bola dan badminton. terpengaruh upin ipin kot. kalau kat rumah, ayahnya lah yang jadi mangsa, kadang tu, kita baru balik keje, penat nak layan dia main. aku ajak main sambil duduk, tak nak pulak. haha.. mak nya pemalas... kalau balik kluang, tok ma lah yang kena main badminton dengan dia. tapi, aqil lebih suka main badminton pakai belon, senang nak tangkap :-)

mood pagi - pagi2 mood dia kena layan baik2. penuhkan saje permintaannya.. kalau tak, boleh jadi haru di pagi hari. peel sekarang ni, mesti nak bawa bantal tido dan bantal peluk.. bila sampai je kat pintu nursery, sume barang dia nak bawa sendiri. jangan ada yang sentuh.. so, bawa la dia bantal, beg, kotak susu, penuh dua2 tangan tu. cikgu dia pun dah faham, pagi2 tak leh usik aqil.. yang terbaru sekali, ibu kena babai dia.. baru pagi tadi aku kena babai dia, sambil aqil nangis2.. huhu..

mulut bertanda lebam - mulut dia ni aku pun tak tahu nak jawab apa bila orang tanya. dulu, aqil kalau jatuh, memang mulut yang akan berdarah. rasanya sejak2 dia dah besar ni, makin ketara lebam dia. dulu ada, tapi  tak berapa nampak. kalau jatuh, mesti dah hilangkan tanda lebam tu. so, bila orang tanya, aku cakap 'TANDA". bila tanya doktor, doktor kata tak de apa2. kena bawa gi specialist kulit kah? huhu.. tak pela, janji anak ibu sihat, tak de apa2. cuma nampak macam comot sikit la area mulut tu.. kalau time sejuk, lagi nampak..

 ha.. nampak tak mulut atas tu.. time ni tak ramai lagi orang perasan.. (amik ko, gambar XL :-)

ni time raya baru ni.. soalan cepu emas orang tanya.. 

suka naik kereta, berjalan la maknanya.. budak2 memang cam ni kot agaknya.. kalau buat perangai je, dah faham la tu, boring seharian duduk dalam rumah. kalau tak naik kereta pun, kasi dia main2 kat luar..

suka main guli - padahal bukan la guli sangat. dia suka main manik2 dan mutiara yang kecik2 tu.. 

penakut - pandai takut hantu. polis pun dia takut. ntah mana belajar mengenal hantu pun aku tak tahu. aku rasa dari nursery la. sebab semalam, masa aku amik dia, dia cakap tengah main hantu2 dengan cikgu.. apa la cikgu ni ajar main hantu2 plak.. tu la kalau aku tinggal dia tengok tv sorang gi masak atau solat, dia mesti ikut aku punya.. duduk je tepi aku time solat. apa la aqil ni.. be a brave boy la..

apa lagi ek.. selalu idea2 macam ni datang time aqil ada. kang kalau teringat aku update lagi. hehe.. ok la.. tata.. wassalam. selamat hari Malaysia dan selamat bercuti kawan2.. 





Angry birds

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! sihat ke korang hari ni? terima kasih masih sudi baca blog yang tak seberapa ni ye.. Owh, nak share ngan korang ni.. walau pun orang dah lama main benda ni, aku ni baru nak addicted dengan benda ni.. hehe.. kawan aku dah lama installkan dalam pc ni.. tapi tak tergerak pun nak main nya. sebab bila testing sekali, ala, macam senang gila game ni.. tiba-tiba, semalam, boring2, aku try main, eh best juga main benda ni.. belum sampai opis dah teringat2 nak main game ni. hehe

pic kredit to mr google

ha.. korang, benda ni la aku main. dah sampai stage 10, masih mentah lagi.. kekeke.. nak install kat laptop rumah, kang ada yang berebut laptop je.. yela, mesti kalah ngan budak kecik tu. hehe.. dia pun pandai main juga, tapi dalam galaxy tab atok or i phone mak ida dia.. ni kalau letak dalam laptop ni, mana dia reti klik2 lagi kan.. buat jahanam laptop je nanti..

okey2, dah.. benda2 ni sume aku main time boring2 je.. kalau ikutkan, memang tak de game apa pun dalam pc ni.. dah orang kecoh2 main, aku nak jugak la try benda apa yang best sangat ni.. hehe.. okeyla, nak sambung buat keje plak.. tata!!

wassalam

Wednesday, September 14, 2011

cerita boring

Assalamualaikum..

Ngantuknya... sejak naik keje ni, asal tak de buat apa, aku asyik ngantuk... kalau pagi tak tido, tengahari mesti tertido kejap.. sampai berbekas2 muka aku ni.. boring pun ye jugak.. huhu.. bila diingatkan esok dah last keje, yeay kejap. hehe.. weekend ni korang buat apa? balik kampung ke? weekend ni, rumah kat kluang ada marhaban.. sian mak aku mesti sorang2 buat keje, basuh pinggan sume. tapi, nak balik macam baru balik je. pas tu, marhaban tu, 18hb, hari ahad malam isnin plak tu.. camano tuh.. huhu.. tak dapek nak nolong...

tadi tengahari aku pun sangat boring.. ingatkan nak gi survey2 kat sogo, sekali tu hujan pulak.. terperap je la kat opis ni..  asyik memandang komputer jek. boring..  tapi yang tak boring bila buka blog2 yang ada makanan.. rasa macam nak makan semua. rasa macam nak buat je semua tu.. hehe..

Actually, aku dah beli tau barang nak buat kek.. tak tahu la kek apa, may be kek butter kot. asyik bertunda2 dari hari ke hari, lansung belum buat lagi.. bila tak penat, konon nak buat malam2, tapi takut tertido, sape plak nak tunggu kek tu sampai siap masak kan. tengok la weekend ni, kalau rajin :-)

Okeyla, nak bersolat kejap.. babai. wassalam :-)

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails