Wednesday, August 31, 2011

kerana blusher....

Assalamualaikum...

Kejadian sebelum balik kampung, sehari sebelum raya.. Aku ni nak membeli barang make up sikit.. dari hari tu dah cari tapi asyik berkira-kira nak beli ke tak nak. tiba2, bila nak beli, dah last minit, semua barang pun dah sold out.. aish.. barang make up pun sold out!! hairan aku...

Jadi, selepas memasak rendang kat kampung, malam tu kami pegi la carefour ampang nak cari make up aku tu kan.. masuk la guardian.. sedang aku duk pilih2 blusher apa nak cari ni, si budak kecik ni memang sibuk la ke sana ke mari.. aku dah risau juga takut dia terpecah barang ke apa kan.. banyak kali juga aku sound dia..

Tiba-tiba, bamm... kotak yang diorang display barang kat pintu masuk terbalik.. aku tengok, anak aku sedang  berdiri kat situ!! haa.. aqil buat apa ni.. sabo je la.. masa tu ramai dah orang duk tengok2.. siap cashier dia tanya, sape buat ni?? takkan aku nak cakap budak ni, anak sape ntah, senyum2 kelat je la.. huhu.. muka aku pun dah berubah agaknya.. 

Tak lama tu, aku masih lagi berdiri pilih2 make up dalam hari yang bergelora tu.. nak marah pun kesian tapi muka aqil macam dah nak nangis la.. tak sampai hati nak marah dia, bukan dia sengaja.. datang la sorang salesgirl ni bagitahu, sori kak, akak kena ganti barang yang pecah tu. okey la aku redha je la kan.. nak buat camana, anak aku yang buat.. huhu.. kotak display tu pun ringan je, memang senang la nak jatuh kalau orang tolak.. 

Barang yang jatuh tu ada lima botol semuanya.. 1 pecah memang kosong habis la isi dia, 2 tutup dia terbuka dan kuantiti dia berkurangan la, 2 lagi nasib baik tak terjejas dan dirang tak caj.. Nasib baik juga benda tu RM 7 lebih je satu.. kena la aku dalam RM 21 malam tu untuk barang yang bukan aku nak beli.. plus dengan blusher dan lip ice, kena la RM 56 plus2...

Aku minta la semua barang yang aqil buat pecah tu.. dapat la 2 botol yang masih boleh di gunakan.. nak tahu barang apa? cleanser cap guardian.. cuci muka.. aku suruh hasben aku pakai... hehe... rugi, kalau tak ibu boleh beli sebatang celak ok..


Aqil aqil.. lain kali tak nak bawa dah dia masuk tempat2 cam ni.. ligat kemain.. sepanjang balik tu, muka dia sedih je.. sian pulak.. last2 before tido tu, kena la dia dengan ayah dia sebab buat perangai... tidur la dia dalam sedu sedan.. huhu.. sebelum tido tu, aku tanya la sayang ayah tak? dia jawab, "tak sayang ayah".. huhu.. dah pandai merajuk anak ibu ni... then, bila bangun pagi, ceria cam biasa pulak... tu la kisah anak bujang aku ni... okey, dah tata.. thanks sudi baca... wassalam

p/s: selamat hari kebangsaan ke 54 Malaysia!! moga terus kekal menjadi negara bertuah aman makmur di bawah lindungan Allah Taala.....


Tuesday, August 30, 2011

duit raya

Assalamualaikum..

Rajin betul aku update blog ye :-p ntah ada orang nak baca ke tidak tahu la.. yang pasti aku akan cuba auto publish entry2 ni memandangkan hari raya dan tentula2 orang semua membusykan diri makan je kejenya kan dan melayan tetamu :-) tak pelah, aku ada masa free sekarang ni dan takut line kat kampung tak dapat, better la aku karang setajuk dua entry:-)

Pagi tadi (isnin), kami lepas sahur laki bini tak tido.. memasukkan duit dalam sampul raya.. hehe.. memandangkan sampul duit raya banyak, apa la salahnya guna semua sampul2 tu mengikut kecukupan duit yang ada.. sampul tu memang of kos la melebihi duit raya kan.. hehe..

So korang, berapa bajet duit raya tahun ni? aku macam biasa je la.. sementara anak buah belah aku ada 3 orang je, boleh la kasi lebih sikit.. yang ramai tu sepupu sepapat, takut tak cukup je duit raya tu.. tak pela, sape yang balik tu, dapat la merasa duit raya pemberian kakak sepupunya ni.. sape yang tak jumpa tu, means tak de rezeki la kan :-p

settle, duit raya dah masuk sampul... setiap sampul ada nilai tersendiri :-)

Untuk anak2 dan adik2 yang dapat duit raya tu, simpan2 la yek.. untuk ibu bapa pulak, sila jangan terpakai duit anak anda, kalau terpakai, sila ganti balik - pesanan untuk diri sendiri.. hehe.. anggaplah bajet duit raya yang kita bagi ni sebagai sedekah untuk budak2.. bila lagi kan nak bagi duit raya..ok, babai.. wassalam :-)


 

Monday, August 29, 2011

rendang negeri sembilan

Assalamualaikum..

Hari ni insya-Allah last kita semua bersahur.. Alhamdulillah aku tak de miss sahur lansung tahun ni.. bila dah tak miss sahur, tentulah solat subuh pun alhamdulillah tak de yang miss juga.. Harap2 bulan2 seterusnya lebih istiqamah dalam menjalani ibadah suruhan Allah...

Okey kali ni nak bercerita pasal rendang negeri sembilan, yang ni resepi dari mak mertua aku - orang minang ye.. orang lain tak tahu la camana caranya kan.. Rendang ni bukan nak puji MIL sendiri tapi memang sedap sebab family aku kat Johor pun suka sangat rendang MIL ni...

Bahan-bahan yang ada dalam rendang di bawah ni adalah daging, limpa (direbus dulu), bawang merah, bawang putih, halia (semua dihiris) dan lengkuas ditumbuk.. serai, serbuk kunyit, rempah kari daging, cili giling, cili api, garam... Campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu kawah dan biar sekejap sementara menunggu santan yang diperah..

 daging yang sedang diperap.. masa ni boleh standby dah kayu api.. kalau korang nak masak atas dapur gas pun boleh.. ni untuk kuantiti yang banyak boleh la masak atas dapur kayu api...

 bila api dah standby, baru la angkat sekawah daging tadi dan letak la atas tungku besi ni.. sebelum tu letak la santan yang diperah tu... kena kacau2 selalu rendang ni, kalau tak, takut hangit sebahagiannya..

rendang sedang dimasak... sebelum dia kering menjadi rendang, boleh la amik sikit untuk jadi gulai daging dan tambah sedikit kentang di periuk yang lain, masa ni dia tak berapa kering lagi.. asingkan untuk dijadikan santapan berbuka tapi make sure la daging dah cukup empuk ye... Pastu, bila dah hampir2 masak, boleh la letakkan kerisik supaya dia jadi hitam macam gambar bawah ni....

tara.. rendang daging dah siap... ni la santapan wajib bagi family suami ku di pagi raya.. WAJIB ok.. makan dengan lemang..

aku tak dela tolong sangat, tolong tengok dan halau lalat je, dan sapu2 :-p... raya kali ni insya-Allah ada dua rendang, rendang daging dan rendang itik... rendang daging ni biasanya tahan lama, tapi kalau rendang macam ayam dan itik tu, kejap je dah habis dan tak leh simpan lama-lama, takut basi... Aku pun tak pernah cuba masak rendang MIL ni even dah 4 tahun lebih kawin.. hehe.. nanti la kalau ada terasa nak cuba, aku cuba la :-)

Selamat hari raya kawan-kawan...
 

Sunday, August 28, 2011

cornflakes madu aqil :-)

Assalamualaikum..

Last kuih raya yang aku buat sendiri.. kuih simple2 je.. biskut cornflakes madu.. dapat la dalam 100 cups.. boleh la.. tapi yang sedikit saspen adalah apa rasanya biskut cornflakes ni.. nampak cam gelap sikit sebab pakai gula merah.. huhu.. tak tahu la rasa camana nanti....

 ni la hasilnya...

dibantu oleh my little helper.. 

comel aqil lepas potong rambut. nampak sikit rupanya.. kalau tak, comot manjang... mula2 aqil tolong ibu tabur colour rice tu, pastu dia makan colour rice tu macam makan nasi... huhu.. memang budak2 suka warna warni dan suka manis kan..

okey korang.. mesti korang tengah siap2 buat ketupat la, buat rendang kan.. ni aku auto publish je entry ni.. mungkin kami sedang memasak rendang di kampung suami :-) nampaknya ramai juga yang search resepi rendang negeri sembilan.. tapi, nanti la kalau aku dapat tangkap itu resepi, aku kasi publish kat sini... hehe.. tata... wassalam :-)

 

Saturday, August 27, 2011

cleaning in progress

Assalamualaikum..

Alluu.. ada orang tak ni? ke semua orang dah balik kampung masing2 meninggalkan blog terchenta ni? hehe.. Me masih berada di home sweet home la.. hari ni projek mengemas rumah dari sahur sampai tenghari.. Aku tak de la buat keje berat sangat kan.. baru settle lap sofa rasa macam dah banyak gile buat keje, sakit pinggang sume. so, aku take a rest la kan.. tak mo tanggung risiko kemas rumah beria. Alhamdulillah mr hubby bertenaga hari ni mengemas rumah, vakum sini sana, lap2 sume dari depan sampai belakang. atas je aku rasa tugas aku la nak settle semua kan..


Mainan aqil sekotak tu aku dah kasi rumah baru :-) kitorang ada space bawah tangga, kira macam store lah kan, tapi tak pernah guna sebab kecik je.. now mendapat idea nak letak semua mainan dia di situ.. jadi kurangla sikit aktiviti dia menyepah2 barang mainan di ruang tamu... Langsir yang dah basuh belum digantung lagi.. beg balik kampung, of course la belum kemas kan. hari isnin baru balik kampung betul2...

My parents pun dah selamat sampai ke terengganu... mesti best dapat balik sana jumpa sedara mara kat sana.. Tadi mama call, diorang kat Pasar Payang.. oh heaven nya di sana. kalau aku  masuk situ, rambang mata okey nak beli barang.. sume cantik2, siap duit je la... T_T... okeyla, tu saje coretan aku kali ni.. harap2 aku berpeluang nak update blog lagi, sebab biasanya balik kampung hasben line memang out... okeyla, tata.. nak teruskan misi mengemas, melipat dan semua yang memememe.... :-) tata korang.. wassalam...

 

Friday, August 26, 2011

buasir semasa hamil

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat kawan2.. hari ni jumaat terakhir di bulan ramadhan.. Juga ada sesuatu yang menggemparkan diriku di pagi hari.. huhu.. kisah orang pregnantkan, kalau geli jangan baca eh :-p

Hari ni diriku telah membuasirkan diri.. sangat terkejut sebab memang tak pernah kena buasir ni.. selalu dengar2 je orang cite. masa pregnantkan aqil dulu pun tak de jadi macam ni.. Biasa la pagi2 buat 'bisnes'kan, tiba2 aku 'terpandang' bowl penuh dengan darah!!!! cuak sangat.. aku ingatkan aku bleeding ke apa.. basuh basuh basuh, eh hilang pulak darah tu.. aku sangat risau.. nak pegi klinik yang selalu aku scan perut tu, klinik tu doktor dah cuti... aduh. nak pegi klinik mana pulak ni. nak pegi klinik kerajaan tanglin tu, tak de sape nak bawa aku, al maklumlah, nak kuar dari kawasan ni sangat lah jem apatah lagi nak masuk balik hantar aku balik opis...

Maka, dengan berat hati aku pegi la hospital swasta kecil di seberang jalan ni.. risau juga ntah berapa ratus pulak yang kena kan. tapi memandangkan dah emergency ni, aku pegi juga la. interview2 kat kaunter tu tanya boleh pakai kad ke apa kan, in case duit cash tak cukup.. sekali tu boleh, lega sikit.. dapatla aku berjumpa dengan doktor perempuan yang sangat baik dan peramah.. dia pun cek2, scan sume.. memang ada luka sikit dan confirm la buasir sebab ntah isi apa ada terkeluar sikit..

Doktor pun masukkan ubat vontot - rasakan ibu aqil selalu masukkan aqil ubat vontot, huhu.. untuk mengecutkan benda yang terkeluar tu. dan dapat ubat sirap untuk melembutkan najis tapi minum 3 hari sahaja, kalau tak kena cirit pulak.. Nasihatnya, banyakkan minum air dan setiap pagi minum jus prune - boleh didapati di pasaraya berhampiran :-) 

Akhirnya, aku dicaj RM 119 plus 2 % sebab pakai kad kredit. total RM 121.40.. boleh la kan.. dapat la tengok baby girl ibu (insya-Allah) yang selalu menendang2 perut ibu ni.. tapi not so clear la, sebab 2D kan..


Alhamdulillah baby sihat.. harap2 macam tu la tak de masalah kan.. okey la, aku nak sambung keje ni. Last day keje, ada pulak keje menunggu.. okey kawan2, selamat bercuti ye.. babai :-)

p/s: rasa takut pulak nak memerut lepas ni.. huhu..


Thursday, August 25, 2011

Check list raya - nak jugek :-)

Assalamualaikum...

Semua orang dah wat checklist? check list apa? checklist berakhirnya ramdhan dan menjelang syawal la... :-) check list berakhir ramadhan semestinya lebih pendek dari check list menjelang syawal kan? hehe.. Camana dengan prestasi korang di bulan puasa tahun ini? Dapat tak 30 hari solat terawih? me, of course la tak dapat kan.. huhu.. Khatam al-Quran pulak camana? Dapat? me, tentu juga tak dapat.. hanya membaca al-Quran sebagai rutin harian selepas maghrib.. camana nak bertadarus, dengan si kecil kah? huhu.. Puasa penuh tak? alhamdulillah setakat hari ni tentu la penuh di mata kita.. di mata Allah, hanya Dia yang lebih tahu... wallahua'lam.. sedihnya ramadhan nak berakhir. harap2 jumpa lagi di tahun depan jika Allah panjangkan umur kita..

Okey, now, mari kita menuju ke checklist menjelang syawal pulak.. amboi, bersemangat nak menaip ok. al-maklumlah kalau sebut pasal raya, dari kecil sampai la ke orang tua bersemangat.. ok, mari letak bullet and numbering :-p
  1. baju raya - dah siap semua dan tinggal basuh je belum buat lagi.. tudung raya pun dah settle, sume dah match :-) tinggal hias dengan batu je belum buat lagi :-)
  2. kuih raya - tak banyak, ada la 3 balang saje - konon nak tambah lagi sejenis buat sendiri cornflakes madu, tapi tak tahu hari apa nak buat, may be on weekend:-P
  3. duit raya - dah 2 kali tukar, alhamdulillah rezeki lebih sikit bulan ni..
  4. sampul duit raya - pun ada lebih, koleksi dari tahun lepas dan berkat shopping dapat la sepeket dua dan sumbangan ikhlas pihak bank memberi sebungkus sampul duit raya :-)
  5. kasut raya - done. macam budak kecik pulak ada kasut raya bagai.. hehe..
  6. zakat fitrah - hmm.. belum bayar lagi, lambat2 lagi afdhal kan. masa bujang ayah bayar, dah kawin, en suami pulak yang bayar kan. terima kasih ayah dan suamiku, moga murah rezeki selalu :-)
  7. servis kereta - hmm.. tak servis kot, still in good condition.
  8. reload touch n go - dah reload agaknya, cam banyak je nilainya nampak pagi tadi touch kat tol :-p
  9. kemas rumah - ha, yang ni major thing kena buat... belum settle lagi. rumah sangat la berkecah dengan nampak semut berlari2 atas lantai berkat si kecil suka makan manisan & minum air tumpah2. Langsir yang dah basuh tak gantung lagi, karpet belum hantar dobi lagi..
  10. lipat kain - eh, ini  pun masuk check list raya ke? hehe.. sungguh kain melambak.. sebelum balik kampung tentulah nak kasi clear rumah..
  11. security di rumah - mangga sume dah cukup? sendal getah sume dah ada? batang penyapu nak halang pintu dah ada? hehe.. ni last day kang baru cek..
  12. cuti raya dah apply - of course la kan.. siap berjadual bagai :-) me sampai rabu ye kawan2 :-p
  13. cukup la tu.. rasanya dah panjang berjela check list aku ni..
Okey.. korang plak camana?? dah settle semua ke? jom share check list dalam blog kesayangan anda.. tata.. wassalam..



 

5 hari lagi..

Assalamualaikum.

Selamat pagi khamis.. Hari ni lepas sahur, tak buat apa2.. selalunya akan menjahit manik tapi hari ni macam dah tak larat je nak sambung projek manik.. sudah-sudah la tu.. tak terkejar pulak nanti :-) konon malam tadi ingatkan nak buat cornflakes madu, tapi penat sangat. lepas buka pinggan pun aku tak basuh.. melepet je layan budak kecik ni.. tak tahu la semalam emosi terlebih ke apa kan.. memang cari nahas la kalau merengek2 tepi aku.. lalu,sebelum 9.30 malam aku dah angkut sume tido, kecuali ayah aqil la, dia gi masjid berterawih.. alhamdulillah :-)

Okey, so projek pa ye hari ni? hmm tak tahu lagi.. semalam aku dah beli batu untuk digosok pada tudung.. sume nak nampak blink2.. hehe.. nanti la kalau ada free time aku gosok or lilinkan batu tersebut.. eh, en suami dah habis mandi, turn aku plak kena masuk toilet.. kang lambat plak pegi keje hari ni :-) babai.. wassalam :-)

Wednesday, August 24, 2011

23 weeks :-)

Assalamualaikum..

Wordless wednesday ke? aku tak reti la wordless2 ni. mesti nak cakap2 gak. hehe.. Hari ni ngantuk :-( keje pun tak de lagi kot pagi ni.. Tadi pagi sahur, kitorang makan sardin.. lauk buka semalam.. sardin2 pun sedap jugak kan.. Jimat pun jimat semalam, kuar duit RM 1 je untuk beli sayur kubis :-) ingat nak beli togey, habis pulak.. So semalam berlauklah kami sambal sardin dan sayur kubis lemak putih.. Plus nugget dan air oren, itu je.. alhamdulillah :-)

Semalam juga, tak tahu la penat sangat ke apa kan.. tapi nak kata tengahari semalam merayap shopping, memang tak de pun.. Tapi, agaknya berdiri lama memasak - tak sampai sejam pun, sakit betul pelipat belakang lutut ni.. Mula2 tak de la sakit sangat, bila dah digosok-gosok, eh bertambah sakit pulak.. urat tegang agaknya.. Dengan perut yang semakin membesar ni, kaki tak larat menampung berat badan kot.. huhu.. sian kan pada ibu mengandung T_T

Pregnant kali ni, aku tak tahu la tindakan aku ni betul ke tidak.. aku just makan vitamin je.. susu anmum ke apa ke semua aku tak minum. Bukan tak suka minum, tapi kalau boleh aku nak elakkan dari kencing manis sekali lagi.. Masa time Aqil dulu, berkotak2 juga la susu anmum materna tu aku minum.. Ramai orang cakap, termasuk nurse dan dietitian cakap, tak boleh minum susu-susu ibu mengandung kalau ada risiko kencing manis. Kalau nak minum, minum susu segar itu pun sekotak kecil sehari. Ada kawan kasi sekotak susu anmum coklat tapi aku belum bukak pun lagi.. mana nak cari kalsium sebagai pengganti susu? huhu.. alhamdulillah setakat ni, belum kena kejang kaki lagi tengah malam.. kalau tak, kena siap2 minyak panas sebelah katil..

Lagi lagi lagi untuk elak aku sakit kaki, aku beli la kasut tumit rendah.. nak pakai kasut scholl yang dah lama tu, kasut tu menyebabkan tumit kaki aku pecah berkerak campur2 hitam lagi. Tapi nampak gayanya, kasut yang aku baru beli ni, jenis tirus depan, sakit kaki depan pulak!! tapi belah kanan je sakit.. kaki mengembang agaknya.. nasib baik kasut tu tak sampai RM 50.. agak2 boleh cari kasut lain ke untuk raya ni? hehe..

kasut raya kami 3 beranak :-)



 

Tuesday, August 23, 2011

siakap sweet sour dan nasi minyak

Assalamualaikum..

Petang ni nak masak apa ye.. Semalam masak nasi berlaukkan ikan siakap sweet sour lagi.. tapi kureng sikit rasanya sebab kurang pedas dan kurang masin.. tapi masih boleh dimakan la kan. hehe... biasala orang puasa :-p

kali ni ada gambar sebab awal skit masak nya, boleh la duk mengadap makanan :-p

Ada satu hari tu, weekend lepas kot, kami berbuka dengan ayam KFC.. hmm... alhamdulillah tapi tak lalu la buka ayam kfc.. huhu... muak.. beli snack plate dan dinner plate, pastu tinggal seketul ayam balance.. Upss lupa plak nak tunjuk nasi minyak.. haa.. first try tau buat nasi minyak ni.. hehe.. alhamdulillah jadi. nasi okey, ayam okey, acar pun okey.. korang boleh jenguk ke blog faiez untuk resepi ye.. :-)

 ayam masak merah.. ni kalau tak jadi, memang spoil la nasi minyak kan :-p

 acar timun...

nasi minyak. sori gambar gelap sikit.. pakai beras biasa je..

Tu je nak share petang2 ni..  kasi idea skit kat korang nak masak apa :-) aku je tak de idea lagi nak masak apa.. babai.. selamat berbuka kawan2..

 

Kempen Rumah Selamat

Assalamualaikum..

Selamat pagi Malaysia :-) Apa khabar hari ni ? me sihat2 saje.. kecuali si kecil tu, semalam badan dia terasa panas.. demam rupanya.. 37.5 degree.. tapi masih aktif dan mengacau macam biasa la.. beralih bulan agaknya.. dah kasi makan ubat, elok la. pas tu tengah malam, badan dia tak panas tapi macam menggigil. Aku peluk dia dan tanya, kenapa qil? dia jawab "demam" .. hmm dah pandai feel rasa demam ye nak.. pas tu, aku selimut kan dia dengan harapan badan dia tak gigil la kan. Dalam hari risau juga takut terkena sawan tengah-tengah malam ni.. Pastu, bila time nak sahur tu, baru la badan dia rasa panas, dan dia pun buat pertama kalinya dalam tahun ni, dia bangun sahur dengan kami.. 

Sebenarnya aku yang rasa malas nak bangun sahur pagi tadi. hehe.. Teringat asyik2 lauk telur mata goreng je.. Sebabnya lauk2 untuk berbuka dah habis dimakan dan aku tak masak dah lepas isyak tu.. hehe.. Tapi mengenangkan kena bersahur kami bangun juga.. Aqil pun sama makan sekali, pastu baru la boleh makan ubat demam dia.. Seperti biasa tadi dia tak nak pegi taska.. sampai taska melalak2 nak bantal peluk dia, ngada2 pulak.. terpaksala kami balik amik bantal..

Okey, panjang betul introduction nya :-) Semalam juga, kami singgah di pasar ramadhan kat area rumah kami. Tiba di sana, ramai betul polis berlegar-legar. Ingatkan diorang ambush penjual mercun. Rupanya diorang buka table untuk Kempen Rumah Selamat.. Sempena nak balik beraya ni, diorang akan memastikan rumah kita selamat (insya-Allah) dibawah kawalan pihak Polis. kami pun, tanpa berlengah2 lagi turut mengisi borang kempen tersebut :-)


Yela, tinggal rumah lama juga la kan. Jiran aku depan Cina, kiri pulak memang tak balik kampung, boleh la juga tolong tengok-tengokkan rumah kami :-) dalam borang kempen tu, dia suruh letak apa benda yang tinggal contoh kereta ke, motor ke, tarikh berapa lama bercuti dan juga alamat semasa bercuti.. Kira ok la kan, sebagai salah satu inisiatif PDRM.. terima kasih Tuan - Tuan Polis yang bakal bekerja semasa musim perayaan..

Okey itu je nak update pagi ni. actually banyak juga cerita nak story tapi tertangguh last2 peram :-) Okey. babai .. wassalam..
 

Monday, August 22, 2011

popia simpul

Assalamualaikum..

Hai kawan2.. buat apa tu? semua dah mood raya ke? hehe.. me? sama juga la, lebih bersemangat lagi bila dengar lagu raya :-) pagi ni keje macam tak banyak sangat.. memang tak de pun. so, apakah tindakan seterusnya? pagi tadi aku dah isi borang Ujrah sebanyak 4 set tu, diploma dan degree, penat mengisi borang tau. huhu.. Pas tu, dah habis isi, tengok keje skit. pastu dah settle, aku teruskan dengan menjahit manik.. hehehe..

Time2 free ni boleh la jahit manik kan.. dah nak hampir siap baju kedua aku. Macam dah naik malas tau tunggu dia siap, tapi baju nak blink2 jugak, camana tu.. terpaksa siapkan jugak. ada lagi sepasang baju aku yang belum dihias dan dua pasang baju mak aku yang dia minta aku jahitkan manik.. huhu.. kalau sempat, aku buat la, kalau tak sempat, mama jahit sendiri la yek :-D

Semalam, aku berjaya menyiapkan sebalang kecil popia simpul.. ha. letih menyimpul sorang2 tau.. bukan apa, sebab aku tak fokus, banyak benda dalam otak aku ni sume nak buat. duk terkenangkan baju yang tak siap jahit manik lagi, pastu duk buat popia simpul lagi.. sume nak cuba buat. hasben aku kata "beli je la.. tak pernah tengok pun sayang makan popia kecik ni".. eee aku suka juga la popia ni tau.. tapi aku tak de la membeli kecuali makan kat umah orang je. dah orang kata senang nak buat, aku try ler.. hehe..

Alhamdulillah, berkat kerajinan aku dan tidak putus aku menyiapkan popia tu, dapat la sebalang kecil.. serunding ikan yang aku beli tu pun banyak lagi. nampaknya kena la beli kulit popia lagi. tapi popia aku ni ala2 giant gitu.. hehe.. first try ok la kan, dimaafkan :-)

 kulit popia, aku beli KG pastry warna pink tapi yg kecik punya.. sentiasa di dalam kain tuala yang lembab..

 serunding ikan.. sedap tapi bila dah goreng, macam masin sikit..

 letak sikit je, ke banyak ni? hehe

 simpul lah ia dengan berhati2. hehe.. besar sikit hasil tangan aku ni.. :-)

 ni je la hasil dia. sikit kan..

 goreng jangan tinggal... amik gambar laju2.. hehe

 tak boleh dijual sebab gelap skit kaler dia. hehe

dapat la sebalang kecik ni ha.. siap nyorok dalam kabinet aqil asyik minta. hehe..

kalau nak tengok orang pro buat, boleh ke blog syima. tq syima.. :-)

babai.. wassalam

p/s: sume nak buat, pas tu stress tak siap :-p

 

Sunday, August 21, 2011

5 mall in a day

Assalamualaikum.

Salam hari Ahad kawan2. berapa ramadhan dah hari ni? 21 ramadhan ke? Alhamdulillah, ibu aqil masih penuh puasa nya.. nak tinggal apanya, pregnant kan. hehe.. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk berpuasa lagi pada tahun ini...

Apa cerita semalam? ha.. semalam, hari sabtu kan.. Kan ke hari Jumaat aku dah ukur Jalan TAR.. hari sabtu aku pegi lagik.. huhu.. actually bukan la nak ukur jalan TAR sangat, tapi nak tukar baju kurung yang tak muat tu.. plus nak cari baju2 ayah2 dan mak2 aku tu.. tambahan lagi, Baju hasben aku pun belum berbeli lagi.. tu pun dia yang ajak.. i follow je. i kan suka berjalan.. hehe.. So, semalam, keluar pukul 9 lebih, parking kat open car park, RM 10 per entry.. berjalan la dari Jalan TAR - Semua House - A'niz Butik - SOGO - Pertama Kompleks.

 budak ni sangat aktif tau.. tak larat nak kejar dia dalam ramai2 orang tu..

 tengok tu, orang tengah pilih sampin, dia pun pilih jugak...

 keadaan Jalan TAR.. ni sipi jalan je...

 suka dia dapat main...

 geram budak ni...



Manusia punyala ramai.. tapi masa aku sampai kat Jalan TAR tu dalam pukul 10, orang tak ramai lagi, masih boleh berjalan lagi, selepas tu je, ha.. siap la ko nak tengok baju pun tak boleh.. Aku ada la dalam 3 kali ulang alik cari kedai baju yang aku beli jumaat lepas, tapi tak jumpa kedai tu!!! mungkin tak buka lagi, tapi tak tahu la, budak yang jaga tu tak nampak pulak.. geram betul.. yang aku ingat, layout kedai dia je camana, tapi tak jumpa.. Nampak gayanya, hari Isnin ni aku kena jugak cari kedai tu.. sabo je la...

Beli punya beli, dengan anak aku buat perangai, nak ultramen la, nak main la.. adoi sabo je la.. Kitorang pun pegi SOGO. sementara tunggu ayah dia cari seluar dan baju, aku bawa aqil ke tingkat 8 SOGO untuk main. Sekali tu, dia tak nak balik meraung2 tak nak kuar dari situ.. geram betul.. Aku pegi kat ayah dia kat tingkat 2 pun masih melalak lagi.. ee.. cam tu la agaknya pandangan aku ngan orang yang bawa anak berjalan ni.. tertanya2 apasal anak dia nangis.. Kes anak aku ni, dia nak main, tak nak balik. geram betul. last2, sementara tunggu ayah dia bayar, aku duduk kat tepi2 koridor, join orang lain lepak situ. hehe.. Masa tu, bateri aqil dah nak flat, dia bangun awal, pukul 6 lebih dah bangun..

Orang kat SOGO memang ramai gile, macam ada member card sale.. fuh, aku tak sanggup pulak nak jengah ke tingkat kanak2.. Pas tu, kitorang pun gerak keluar ke Pertama pulak untuk cari seluar jenas LEVIS ayah aqil.. Jangan tak tahu, kerana seluar jeans Levis ni sampai 5 mall kitorang cari tau.. SOGO - Pertama- AEON Keramat - Wangsa Walk - Jusco Alpha Angle.. kalau ikutkan laki aku, nak balik je, dia dah macam putus asa, seluar yang dia nak, saiz sume dah habis.. kira ramai la orang saiz tu, asal cari je tak jumpa.. Last2, jumpa kat JJ Alpha Angle.. Nasib baik ada isterinya yang tukang support ni, kalau tak, tak de la suar raya yek.. hehe


levis..
aqil sempat pau ibu lagi sampai habis siling ibu okey...

Weh, panjang pulak aku membebel pagi ni.. kang kalau rajin, aku update lagi. nak sambung jahit manik ni.. Sambil2 tu dengar ceramah kat tv 9 , tanyalah ustaz..kelakar la ustaz ni.. tersongeh sorang je aku pagi ni.. okey, bye.. wassalam.. budak kecik ni dah bangun, kena basuh yak yak dia pulak.. huhu. bye

 

Friday, August 19, 2011

shopping jalan TAR

Assalamualaikum..

Baru je balik dari Jalan TAR.. fuh.. ramai orang tu tak ramai sangat sebab kuar awal tadi. hehe.. tapi panasnya lain macam.. jalan celah2 gerai tu kan.. Tujuan ke Jalan TAR adalah mencari baju kurung siap kedua2 mak ku itu.. Gigih berjalan mak yong ni tau.. mula2 memang larat, tapi bila time balik tu lenguh nya kaki.. bila dah dapat duduk, semangat balik  nak pegi lagi.. kuikuikui..

Dapat ke tidak  barangnya? hmm.. dapat la 3 pasang baju. sepasang baju mak aku, adik aku suh belikan.. Pada pendapat aku la kan, mencari baju kurung siap memang susah!!! Nak-nak lagi sekarang semuanya fesyen kurung pahang, fesyen baju ikut body. Very limited untuk orang2 tua.. Dengan harganya yang kalau tak capai 100 lebih, mesti kain ala2 tak cantik.. Kalau kain tu cantik, kemas digosok tu, hmm RM 100 la tu.. Baju melayu lelaki pulak, semuanya macam cantik2.. harga dia pun memang RM 100 ke atas la kan.. 

Pas tu, aku sedikit menyesal beli baju kat bazar tu, sebab rasanya beli kat kedai lagi okey. Harga pun memang lebih RM 100 la kan, tapi bukan la aku nak cari yang mahal2, aku nak cari kain yang elok sikit.. kita nak kasi orang at least mesti la kain elok sikit.. Tapi kata adik tu boleh tukar kalau tak muat. aku macam dapat rasa macam tak muat.. huhu.. Tapi, kalau memang aku nak pulang balik baju tu tanpa membeli baju lain, sudikah dia pulangkan balik duit aku? huhu..

Pastu, round2 lagi, kali ni tak masuk dah bazar tu, panaskan, cari tempat yang berekon la pulak.. pegi semua house.. hmm.. masuk2 je ada satu kedai ni, terus aku nampak cantik.. amik la 2 pasang kat situ.. dari situ la rasa menyesal beli kat bazar tu. Nanti la tunggu esok lusa ke kalau balik kampung mertua, tengok dia muat ke tak kain baju kurung tu.. kain tu jenis kain lipat batik, macam sempit je aku tengok..  kalau tak, aku pulangkan balik kat bazar tu isnin ni.. nak pegi hari ni macam tak larat jek.. Tambahan lagi hasben aku kirim pulak baju raihan ayah dia.. kena round lagi.. ada sape2 sudi nak temankan lagi? hehe..

Okla, need to go now.. ada keje menunggu.. tata :-)

aqil jatuh

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat kawan2.. Hari ni aku tertinggal handphone kat rumah. gusar memikirkan how many missed call and message coming in.. ehehehe.. perasan macam ramai sangat peminat.. tapi, oleh kerana tak bawa handphone, tadi taska aqil call ayah aqil. katanya aqil jatuh, mulut dia berdarah.. aduhai.. aqil aqil.. tu la, main lari2, tersadung kaki sendiri agaknya... tersembam kat lantai. bibir bawah dia ada pecah sikit. Pastu, cikgu dia kasi kumur dengan air sejuk.. darah dah berhenti keluar tapi mulut dia bengkak la.. sian aqil.. dia kalau jatuh, mesti tang mulut yang berdarah.. tu yang mulut tu bertanda biru je.. harap2 aqil okey.. tak de la seserius mana yang difikirkan..

Pagi tadi elok je dia bangun awal. kami lepas sahur tertidur kat sofa bawah.. tiba2 dalam 6.15 pagi aku dengar aqil menjerit, IBU IBU!!!! kita kan kalau dah dengar anak menjerit terus la bangun melompat kan. huhu... dia bangun dengan mood yang baik.. siap gosok gigi lagi.. ish ish ish... sian anak ibu.. kalau jatuh depan mata ibu, tak de la risau sangat sebab nampak depan mata keadaan dia..

Okeyla.. tu je la nak story mori.. nak cite pasal menu buka semalam, handphone pulak tak bawa.. kalau tak, boleh gak menunjuk nasi minyak air tangan sendiri semalam.. ye... i masak nasi minyak okey.. hehe.. ni sume sebab tengok dari blog puan faiez ni.. hehe. alhamdulillah jadi.. habis nasi 2 pot tu dan sebelum buka siap kasi kat jiran belakang sikit, pulang pinggan dia.. nanti bila dah ketemu sama handphone ku, akan ku upload la gambarnya di sini yek.. hehe.. 

tata.. wassalam :-)


Thursday, August 18, 2011

cerita handbag ku :-)

Assalamualaikum..

Hai korang :-) tadi kan waktu tengahari kan, aku berjalan2 di Sogo. kan dah cakap, minggu ni hari kamis jumaat je aku rasa free walaupun ada keje menunggu tapi masih boleh kuar opis waktu rehat.. So, tadi beramai2 berangkut menuju ke Sogo. Dalam hati ni, memang nak cari handbag.. Okey, handbeg adalah perkara yang paling susah untuk diberkenan.. Handbeg juga tidak dibeli setiap tahun dan aku bukan 'hantu handbeg'.. hehe.. 

Sepanjang 4 tahun lebih saya berkahwin, aku baru ada 3 handbeg.. 1 beg hantaran ELLE, itu pun makcik sponsor. pastu, selepas setahun lebih, sebelum aku beranakkan aqil, aku telah dapat bonus dari company lama, aku telah beli sebuah handbeg berharga RM 400 ++ jenama Guy Laroche.. Lepas beli tu, rasa macam gila membazir, buang duit aku jek.. Pastu, sampai sekarang dah nak masuk 3 tahun handbeg masih tidak bertukar.. 

So, sekarang ni, aku telah mendapat apa yang diidamkan.. idaman ke tak tahu la.. tapi yang penting, dapat tukar la beg, memandangkan anak dah nak masuk dua, jadi beg kena bertambah besar la.. haha... Actually berkenan juga kat beg2 yang ala2 comel kecik tu, apa nama dia clutch ke. Tapi, harganya tambah duit sikit je dah dapat beg besar. Beg besar ni pulak, mentang2 dah besar kan, ramai la orang nak menumpang barang dalam tu kan.. Pampers la, kunci keta, kunci rumah, handphone. ha.. apa lagi.. tu belum masuk harta karun sendiri tu.. hehe.. 
selamat tinggal beg lama. jasamu tetap ku kenang.. akan kusimpan dalam laci buat sarang semut :-) beg paling mahal pernah dibeli seumur hidup..
introducing my new bag :-) harganya separuh dari beg atas tu.. hehe.. 

Punya la pening nak cari beg yang banyak2 tu kan.. kenan yang itu, display pulak.. kenan yang ini, mahal sangat.. last2, ala, pejam mata je la.. ha, dapat la warna beige ni.. bila dah beli rasa macam eh macam tak lawa pulak.. haha.. gasak le, janji dapat beg.. weewee... abang, sila top up sikit duit ku.. huhu.. duit ku dah berganjak figure nya.. i don't like.. tapi, kalau tak beli apa2 pun, habis gitu jugakkan duit nya. tak tahu beli apa.. hehe..

Next, pencarian kasut pulak.. amboi, beraya sakan kau ye.. tak de la, time ni je nak beli.. time lain tak de sebab nak beli.. kuikuikui.. nak cite pasal sejarah kasut pulak ke? hehe.. cite sadis sama juga macam cite handbag, bukan hantu kasut.. hehe..

Okla, babai.. wassalam :-) lalala.. dapat handbag :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails