Saturday, July 30, 2011

sehari di SOGO

Assalamualaikum..

Semalam kan aku pegi sogo member card sale!!! dah baca cite kawan2 blog pasal member card semalam,  ni nak cite pengalaman aku pulak.. Semalam kan hujan, aku keluar lewat juga la, dalam 8.30 pagi macam tu.. Sepanjang perjalanan dari ampang ke kl, alhamdulillah tak jem, sehinggalah tibanya depan maju junction.. beratur juga la nak masuk parking sogo.. Pusing punya pusing, alhamdulillah dapat parking kat basement 3a, masa tu kosong lagi sedangkan floor lain dah penuh..

Sampai2 je terus naik lif pergi tingkat 7.. memang 1st aim aku adalah pampers.. yeay!! dapat beli pampers 2 bungkus untuk aqil.. mmg limit sorang 2 pack je.. pastu aku dah belek2 benda lain kat tingkat 7 tu, cepat2 aku turun simpan pampers dalam bonet keta.. terhuyung hayang aku sorang2 bawa pampers.. time ni aku dapat message kak long aku pun on the way pegi sini..

Pastu bila dah simpan barang, aku naik escalator pulak.. menuju ke tingkat 4, tepat yang paling crowded dalam sogo!! baru sampai escalator dah tak boleh masuk!! ekon pun tak rasa.. sape yang bawa budak2 memang tak selesa la, kesian kat diorang, nangis2 lagi.. yela, mungkin ibu bapa diorang nak ukur baju suar semua kat diorang kan.. mana tahu ada yang datang dari jauh, nak letak mana anak2 tu kan.. ada tu, siap yang kena chicken pox macam aku ni pun ada juga. aku kenal la sebab dia sapu calamine lotion kat muka dia. hehe.

Pastu aku round2 la pegi tempat yang tak berapa orang nak kerumun sangat.. lama2 aku terjoin sekali orang yang kerumun baju berlonggok2 tu kan. haha!! Alhamdulillah dapat la baju aqil 4 helai dan seluar 2 helai selepas di tapis2 di sudut2 tiang.. dengan kak long aku sekali kemaruk soping. dia memang tak pernah pegi member card sogo, sekali tu dia yang teruja lebih.. murah katanya...

Kitorang pegi floor lain konon nak bayar sekali arung kan.. sekali tu ramai juga, tapi oklah dari kat tingkat 4 tu.. adala dalam setengah jam beratur.. mana ntah datang kekuatan berdiri lama2 dengan keadaan aku yang pregnant ni.. lepas dah settle hal budak2, kitorang pegi tempat lelaki pulak. dapat la baju hasben aku 2 helai, satu baju keje, satu baju t shirt untuk raya. dua2 warna baby pink :-)

Time ni dah nak pukul 3.. baju kitorang wanita2 besi ni macam biasala tak dapat nak beli, tak pela, ibu2 nanti2 pun bolehkan :-) kak long aku dah lapar gigil2 dah tak makan. kalau ikutkan aku, aku malas nak makan. haha.. gila soping.. tapi tak pela, teman dia makan.. itula penghujung soping ku.. lepas makan, aku nak redeem kupon plak. mula2 aku dah bajet mesti beratur patah kaki ni.. sekali tu betul.. aku pun join beratur juga.. sekali tu ada kakak ni tegur "pregnant ke? kalau pregnant tak payah beratur, pegi belah sana" alhamdulillah dipermudahkan lagi!!!

So, tugasan aku di sogo habis pukul 4.. time aku nak balik tu, aku jengah la pampers kak long aku kata nak beli.. sekali tu, habis sudah.. yang tinggal saiz XL... tak dapat la dia nak beli untuk affan.. Aku sampai rumah pukul 4.45 petang.. bila hero2 aku tu balik, mula la sessi pengacuan baju di badan masing2.. keputusannya ada dua helai kena tukar iaitu baju keje hasben aku dan baju aqil sehelai.. Isnin nanti kalau free aku pegi la..

Itu saje la cerita aku untuk hari yang sangat memenatkan semalam.. sampai malam nak tido kaki rasa sakit sangat. bangun pagi ni, alhamdulillah dah tak sakit dan rasa macam nak pegi lagi sogo. haha.. Kesimpulannya, kalau tak kerana nak soping baju raya untuk anak, tak de nya aku pegi.. setahun hanya sekali je aku soping berabis macam ni.. selalu aku beli naju harian aqil je kali ni baju raya mestila nak cari yang elok sikit kan..

hasil rembatan..

okey la, panjang lebar aku cerita kan.. haha.. dah, hari ni nak kemas umah sebelum berpuasa... selamat berpuasa kawan2... wassalam :-)
 

Friday, July 29, 2011

Salam jumaat

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat kawan2.. Hari jumaat terakhir sebelum ramadhan.. Aku tak tido balik pagi ni.. Ada agenda tersendiri kejap lagi. hehe.. hajat di hati nak pegi berasak di Sogo, hujan la pulak... hujan rahmat ni.. sambil main intenet ni, telinga dengar juga tv 9 ni, Tanyalah Ustaz.. kebetulan ustaznya pun - Ustaz Zahazan.. tajuknya dirikanlah solat walau dalam kepayahan..

Hmm.. kadang2 kita memang lalai benda2 macam ni.. aku nak cerita balik takut aku tersalah cakap pulak.. Tapi kalau korang ada masa boleh la dengar ceramah2 kat tv macam ni.. kadang kita nak pegi dengar ceramah kat surau atau majlis2 agama memang payah.. Ini je la kesempatan yang ada, seronok pula mendengarnya.. Lebih2 lagi jika dapat ustaz atau ustazah yang best...

Lagi satu part baca al-Quran..  semua kita telah dididik dari kecil untuk belajar mengaji.. tapi kenapa dikhatamkan sekali saje al-Quran tu? kenapa diperap sahaja selepas bertahun2 khatam? percaya atau tidak, kalau kita amalkan selalu membaca al-Quran, insya-Allah lidah kita akan menjadi lancar untuk membaca naskah suci tersebut. Jika tidak diamalkan, mesti tergagap punya nak baca nanti..

macam aku, orang tengah pregnant ni, surah2 yang elok di baca ketika dalam pregnant adalah surah seperti surah yusuf, surah mariam dan juga surah lukman. dalam ketiga2 surah ini, surah yang paling susah (pada pandangan aku) untuk dibaca adalah surah yusuf. masa mula2 baca, aku rasa lambat betul nak habis, asyik tersalah baca je..boleh dikatakan seminggu masa yang diambil untuk menamatkan satu surah tu. tapi, sekarang bila selalu dipraktikkan, alhamdulillah ia hanya dapat dibaca dalam masa dua kali dan kadang sekali baca dah habis.. Praktis make perfect..

Mak aku selalu pesan, baca al-Quran tu.. nanti nak mati senang, lidah lancar menyebut nama Allah.. Bila kita selalu baca, kita akan jadi fasih dalam mengenal huruf2 ayat suci tu.. aku pun bukan la pembaca yang baik tapi benda2 tu sume boleh belajar kan..

Okeyla. tu je aku nak kongsi pagi2 ni berdasarkan apa yang aku dengar dan bukan bertujuan untuk menunjuk- nunjuk.. Harap dapat dimanfaatkan bersama.. eh, hujan pun dah berenti la :-) perjalanan harus diteruskan.. hehe... wassalam

Thursday, July 28, 2011

berpuasa dan menyusu

Assalamualaikum..

Kejap je dah hari kamis kan. kejap je esok MC aku dah habis menandakan dah 9 hari aku bertapa dalam rumah ni..Walau pun mc aku dah nak abis, aku kena gi klinik gak esok, nak tengok adakah sudah baik betul aku ni.. yang kecik2 tu memang dah kering betul la kan. kalau yang besar2 tu, walau pun dah ala2 nak hitam, tapi dia masih berair dan masih rasa sakit lagi kalau tersentuh.. semalam lagi la ngeri.. masa aku mandi, aku gosok2 badan aku dengan kain. yela, calamine lotion ni kalau mandi cam gitu je, susah nak tanggal lotion dia tu. so kena gosok ngan kain. sekali tu, tersodok bijik air yang kat leher tu.. aku tengok kulit dah tanggal dan tiba2 rasa pedih.. sakit betul. huhu..

Okey2 tak mo menceceh panjang2 pasal CP aku ni.. Minggu depan dah nak puasa kan.. Insya-Allah kalau jadi hari isnin kan? hmm.. apa persediaan kita semua ye? aku nak bersedia apa ek? hehe.. tentulah nak stok up barang dapur.. ntah bila nak pegi nya tak tahu la.. dengan keadaan macam ni.. tahun  ni juga cabaran bagi aku sebab aku berpuasa semasa hamil.. kalau dua tahun yang lepas, cabaran bagi aku adalah berpuasa dan menyusu... mula2 memang takut juga, yelah takut susu tak keluar banyak untuk bekalan aqil.. takut juga aku tak larat berpuasa time tu.. Alhamdulillah, hari pertama je yang tak larat nya. hari2 seterusnya, Allah beri kekuatan untuk aku berpuasa.. So, dah 3 tahun juga la aku clear, tak yah ganti puasa.. 

Tahun ni pulak, aku mengulangi cerita masa mengandungkan aqil time bulan puasa.. harap2 semuanya okey.. Kepada ibu2 yang menyusu, sahur jangan lupa bangun.. kalau lupa, haish siap la takut jadi macam aku dulu, pukul 6 ptg dah merangkak2 tak larat nak bangun... Sahur mesti makan kurma, air minum banyak, kalau boleh makan oat, dia tahan lama sikit nak lapar, kalau boleh elakkan makan pedas, takut perut pedih.. telur jangan lupa wat stok, mana la tahu tak sempat masak ke, boleh goreng telur aje kan. hehe..

Ingat lagi dulu, aku siap blend fresh milk dengan kurma waktu sahur.. konon tak nak kelaparan di samping mengekalkan susu badan.. sekali tu, eee manis gile... aku telan juga la... pastu, tak buat2 dah... hehe.. tapi memang kurang lapar sampai la waktu buka.. Kalau rasa larat, maintainkan la sesi pengepaman susu tu. tapi kalau rasa2 tak larat, ubah lah jadual supaya tidak membebankan diri sendiri.. 

Okey la, dah panjang dah aku membebel2 ni.. nanti kalau ada idea aku corat coret kat sini lagi ye... bye :-)

wassalam
 

Wednesday, July 27, 2011

hasil kerja tangan

Assalamualaikum..

Buat pe tu.. aku sedang membosankan diri duduk umah ni.. bila la nak baik betul ni.. nak cakap lebih2 pun tak elok juga kan.. so, diam2 sudah biar aku je la tanggung sorang2..

Dah lama nak cite pasal hasil kerja sekolah aqil.. Cikgu dia akan kasi bawa balik apa yang dia dah lukis atau tulis kat sekolah.. aku ni kan kejenya membongkar beg anak kan. hehe.. yela, bukan bongkar apa, nak amik baju kotor dia.. hehe.. kadang tu terjumpa mainan orang la, baju budak lain la.. tu yang kadang aku hangin sikit.. tapi hari tu, aku jumpa kertas.. 

hasil kerja tangan aqil.. dia tukang warna dan tukang ikut garis putus2..

Aqil ni tak pandai warna betul2 lagi.. kalau tulis pun, halus je tulisan dia tu.. macam takut2 nak tulis.. pastu, tak fokus.. ni dah lama dia tak mewarna sebab buku warna dalam bilik ibu kat atas, tak boleh masuk.. hehe.. 

okeyla.. tu je nak berceloteh hari ni.. sekian, terima kasih.. :-)

 

Tuesday, July 26, 2011

anak ayah..

Assalamualaikum..

Selamat pagi upss hampir tengahari juga rupanya :-) hari ni aku tak tido dah lepas tengok hero2 yang dua orang tu gi sekolah & work.. Pastu, minum milo jap & dok mengadap laptop ni, tiba2 rasa memanggil2 je bantal ni untuk aku tido.. hehe.. dapatla aku nap about 1 hour sebelum bertalu2 message masuk.. huhu.. kacau betul.. kuikuikui... :-p aku kan komited gitu, MC pun, kalau dah keje aku, aku tetap laksanakan juga. kecuali la kalau aku masuk spital, tak dapek nak nolong... tak lama tu, perut rasa lapar pulak.. haa, nasi sejuk semalam masih berbaki lagi. ada lagi kuah ikan singgang.. alhamdulillah dah kenyang, mandi je belum :-p makan tengahari mungkin la roti canai segera ke.. tengok kepada tahap kronik perut aku ni, kalau aku rajin, aku masak la nasi.. hehe..

Okey kali ni nak cerita pasal aqil.. dia kan, pagi2 suka mengamuk... dia nak ibu yang hantar pegi sekolah.. aku hantar kang takut terjangkit dengan dia dan budak2 kat sana pulak. terpaksalah rumah ni riuh rendah pagi2 suara dia melalak.. sejak dari jumaat lepas, macam tu la gayanya.. hasben aku pulak semalam dia beli coklat dan biskut banyak2.. simpan la kat dalam kabinet, konon nak nyorok.. tadi pagi nak pujuk aqil.. patutnya tunjuk satu coklat aje dah la kan.. ni tidak "taraaaa... aqil nak coklat" sekali tu dia nak semua.. haa.. amik ko, lagi mengamuk la budak tu.. aku sengih2 je la.. hehe.. aqil aqil.. kalau dah ngamuk, itu salah, ini salah, sume salah la.. 

Dah lama sangat aku tak peluk cium dia.. rindu sangat.. semalam aku cium juga dia sikit.. aku tengok dia dekat2.. dah besar dah anak ibu ni.. ada juga la sekali sekala dia ingat lagi nenen dia.. aku cakap la ibu sakit.. dia suruh basuh la itu la ini la.. bila la dia nak lupa kat nenen dia ni.. Aqil sekarang ni dah jadi anak ayah.. sume ayah yang buat. yela, IBU TAK SIHAT :-D tapi dalam masa yang sama, masih mencari ibu.. nak ibu tepukkan sebelum tido, nak ibu tido atas kerusi tengok dia tido.. sian anak ibu.. nanti ibu dah betul2 sihat ibu guling2 dengan aqil okey...

Weekend lepas, ayah nya bawa aqil jumpa abang aiman... dah lama duk menyebut je kan.. bawa la pegi jumpa kebetulan atuk ada kat klang... siap tak nak balik lagi nak ikut atok balik johor.. 

muka girang lepas dapat jumpa abang aiman.. nangis2 nak ikut atok balik.. sepanjang perjalanan balik dari klang ke ampang, muka pandang luar, merajuk dengan ayah.. pandai merajuk dah sekarang ni...

 macam2 cite kat ibu ye...

 keletihan la tu...

pak de aka papa darwisy dah kasi balik stroller aqil.. darwisy tak mo naik stroller.. aqil la pulak duk suruh ayah dia usung ke sana ke mari dalam rumah ni.. hehe... aqil aqil.. dulu dia tak ingat, dia la yang duduk dalam stroller ni...

Okeyla, dah panjang berjela aku mengarang ni... nanti2 kita sambung lagi ye.. bye..

wassalam





Monday, July 25, 2011

bila mood rajin...

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2?? ahamdulillah aku dah beransur sihat. nampak gaya chicken pox (CP) comel lote tu dah beransur kering.. tapi aku pun tak sure kering tu camana rupa bentuk dia eh??  aku rasa macam dia nak kecut2 dan nak jadi kaler merah gelap... cam tu ke kering? tapi gatal2 tu sikit2 je ada la, tak seteruk malam kelmarin.. alhamdulillah sangat, syukur pada Allah memberi kesihatan yang bertambah baik.. cuma, cik CP ni mentang2 la nama CP, sampai dalam mulut aku pun nak kuar ulser.. nak kata kurang minum air, sehari lebih sebotol air besar aku minum.. tekak aku yang pada mulanya macam susah nak telan, dah kurang dah sakit tu, cuma bila sujud memang terasa nak tercabut kelenjar aku ni, cepat2 aku bangun. maknanya belum sihat tang itu sahaja la kan :-p

Okey2, oleh kerana aku dah sihat sikit, maka mood aku nak buat itu ini telah sampai.. kalau tak, nak angkat tangan pun sakit tau... Dah lama dah aku nak basuh langsir, tapi asyik bertangguh je.. so, hari ni dah terbukti la kerajinan aku sebab aku dah pun menyidai langsir tersebut.. hehe.. tapi aku basuh langir yang nipis dulu, kang kalau aku cabut sume kang, habis togel umah aku ni, nampak pulak orang luar apa yang aku buat dalam umah ni kan :-) tapi, ada sedikit kecewa la sebab langsir yang aku basuh tu terburai2 benang dia!!!! hampeh tul.. pandai jahit ke tak nagoya ni?? patutla berbulu, tak kelepet dua kali, tertarik la benang  kain tu.. huhu.. nasib tak serius okey..kalau tak, nak gi beli langsir baru :-p

longgokan kain langsir, kena buka cangkuk2 dia sume, dah hitam legam dah langsir ni. masa basuh tadi, ntah berapa kali bilas, air still kelabu..

tinggal kain tebal je belum basuh... langsir bajet ni, tu yang biasa2 aje, asal menutupi tingkap :-)

okey settle sudah... pastu, malam tadi, aku pun dah gosok sume baju2 hasben aku sampai hari jumaat.. haaa... rajin bukan?? kuikuikui.. masuk bakul angkat sendiri.. dah lama dah aku tak buat keje gile ni.. keje gile ke?? yelah, aku sekarang sudah liat maa nak gosok2 baju ni.. kira en. suami adalah orang yang bertuah tak payah gosok baju minggu ini.. gosok suar je sendiri ye.. sebab apa tau suar gosok sendiri, sebab kadang aku teramik suar yang dia dah tak muat.. buat penat je aku gosok last2 tak de orang pakai kan. so, biar je la bergantung sampaikan agak2 perut dah kempis boleh pakai balik :-p

digosok dengan penuh kasih sayang :-p

Okeyla.. nak sambung buat keje opis plak.. huhu.. babai.. wassalam...

p/s: aku dah kebosanan makan lauk kuah yang sama tiap2 hari, tadi aku mkn tempoyak letak cili sikit.. huhu.. tak pe kan?? baby pun siap melompat2 lagi time ibu makan :-p


Saturday, July 23, 2011

begini rasanya..

Assalamualaikum..

Buat apa tu? mesti korang tengah berjimba2 bersama keluarga kan?? aku sedang berseorangan di rumah ni.. Aqil dan ayahnya balik kampung lenggeng.. nak amik air kelapa untuk ibu yang tengah sakit ni.. tak pela, better diorang jauh2 dari aku, kurang sikit udara chicken pox tu nak jangkit kat diorang..

Malam tadi, memang aku tak dapat tido.. GATAL SANGAT!!!! tolong!!! aku masuk tido awal, dalam pukul 9.30 lebih cam tu.. konon2 nak amik feel tido awal kan.. sekali tu dok tergaru sana sini sampai 5 pagi... huhu.. siap masuk dalam mimpi pergi cari daun semambu.. adui la.. alhamdulillah dapat tido kejap.. 

Sehinggalah ke pagi, tiba2 pintu bilik aku terbuka.. jeng jeng jeng.. sape pulak yang naik ni...

 tentula budak ini, dia kan bangun awal.. dah pandai naik tangga sendiri.. ayah dia tak sedar anak dah masuk bilik larangan!!!! tengah merayu kat ibu NAK NENEN.... sian anak ibu ni.. aku cakapla ibu sakit, aqil dah besar tak leh nenen dah...

then aku suruh dia keluar. nanti ayah marah.. kejap kang kuar pastu masuk balik, main cak cak pulak.. bacakan ibu majalah pama kesayangan ibu.. risau je aku dia panjat katil.. banyak virus..

mula2 elok je main hujung kaki, lepas tu makin lama makin dekat.. huhu... aqil aqil.. ibu harap sangat antibodi aqil kuat..

Situasi aku sekarang ni, bijik air dah naik muka, kepala, tangan ada sikit, kaki pun ada sikit. celah2 mana dia rasa nak kuar, ikut suka dia la, sampai kat tepi mulut aku pun sibuk nak kuar.. celah2 telinga sume ada la.. huhu.. badan jangan cakap la, ada yang dah kering, ada yang masih berair tapi nak hitam dah.. dah lama bertapa tapi tak pecah2 jugak.. muka aku ni pun dah tak terurus dah.. aku sikat juga la rambut slow, tapi tak de la sampai kulit kepala.. kang tak bersikat, macam raksasa la pulak kan... tekak aku pun sakit, macam susah nak telan, may be sebab ada 2 bijik air kat leher betul2 atas kelenjar aku ni..

Huhu. bila la dugaan ini nak berakhir.. cepat la minggu depan.. tiap kali pandang cermin, sedih pulak tengok keadaan aku ni.. Tapi lepas aku mandi, sapu calamine lotion, baru aku rasa sihat sikit.. sape kata tak boleh mandi.. kalau ikut info kesihatan KKM, banyakkan mandi tau siap campur sikit baking soda dengan air suam untuk kurangkan gatal.. tapi, aku tak buat la.. hehe. aku mandi je..

Okeyla.. nak makan nasi lauk sup ikan pulak... semalam aku buat lauk ikan singgang, pastu macam boring makan cam tu, aku buat sup ikan letak cili apa 2 bijik.. nak wat camana, lauk orang sakit cam ni je la..

Okey, selamat berhujung minggu korang... doakan aku cepat baik ye.. Terima kasih atas kata2 semangat korang dan ia buatkan aku terharu.. bye.. wassalam


 

Friday, July 22, 2011

Chicken pox : Day three

Assalamualaikum..

Saya dah bangun pagi :-) amboi sedap ko bangun lambat yek.. actually dah bangun subuh, pastu aku tido balik tekak sakit.. tengok2 jam, alamak dah 10.30.. nak buat apa pun kat umah ni - keje rumah banyak sebenarnya.. aqil pulak memang dihantar ke nursery.. kalau boleh sabtu ahad pun aku nak dia duduk nursery, nak elak jangkit.. semalam, lepas amik dia memang tak sentuh lansung dia.. nak datang dekat ngan aku pun, aku tak kasi... sian dia, meleleh air mata dia.. pastu dah pujuk2 dia, ok je.. dia minta nenen, memang tak kasi la kan. rasa-rasanya Allah nak tunjuk jalan kepada aku time ni la nak suruh dia berenti nenen..

Malam tadi, ayah dia bawa dia gi beli barang kat carefour, bukan main suka dia.. dia kan suka naik car.. tinggal la ibu kat rumah. ayah pegi beli barang keperluan rumah dan juga sedikit lauk untuk orang sakit ni masak.. nak makan minyak2 tak boleh, nak goreng2 tak boleh, habis tu makan apa je yang boleh?? kukus?? itu akan difikirkan sekejap lagi..

Dan semalam, aqil dan ayah tido di bawah depan tv.. aku dah siap2 kan tilam diorang sume.. yela, takkan aku plak nak tido atas toto.. kalau aku tak pregnant tak pe, nanti sakit ponggong nak bangun. lagi pun, aku kuarantinkan diri sendiri di atas supaya tak de la aqil nampak muka aku.. alhamdulillah dia boleh tido walaupun sebelum tido tu, dia tido dengan air mata.. aku dengar je dari atas.. sobsobsob.. tak pela, ni cubaan aku untuk elakkan aqil dan hasben dari terkena jangkitan even aku tahu percubaan ini sangat tipis kerana kami masih satu rumah..

Keadaan badan aku pulak camana?? Setakat 3 hari ni, biji2 air tu masih segar bugar lagi.. bila la nak pecah ni.. ada yang dah terpecah sebab duduk di bawah betis aku..sakit dan gatal!! bijik2 air tu telah mula memanjat kepala aku. sampai aku rasa terangkat kepingan kelemumur aku.. haha..adala sebijik kat kepala... tapi setakat hari ni, kat muka, tangan dan kaki belum ada.. banyaknya di bahagian tengah badan.. so aku just sapu calamine lotion, minta tolong suami aku sapukan sebab tangan tak sampai kat belakang.. bila dah sapu tu, uish sedap betul, nak suruh sapu kuat sikit kat tempat yang gatal tu.. huhu.. so, untuk semalam aku dah minum air kelapa sebijik.. tak de sebijik penuh, separuh je air tu, naik kembung perut acik ni minum air banyak2..

Terima kasih banyak2 kat suami yang sudi jaga aqil.. tapi kena sabar banyak2 la. budak tu mak nya tak dapat nak layan, jangan la marah dia kalau dia nak itu ini.. huhu.. sian aqil..thanks kepada kawan2 yang mendoakan kesihatan ku.. ada juga yang risau2.. ye, aku dah baca risiko nya, tapi aku tak sanggup nak baca banyak2 boleh bikin nangis tau.. aku harap baby aku sihat walafiat...amin..

dah, nak mandi pulak.. nak basuh kain etc2.. bye.. wassalam.. selamat hari jumaat...



Thursday, July 21, 2011

chicken pox while pregnant

Assalamualaikum..

Berita sedih hari ini!!! dugaan betul.. aku disahkan memang kena chicken pox!!!!!!!!!!!!! tadi dah gi klinik kesihatan tanglin, macam makin banyak plak bintik2 naik kat badan.. pastu comel2 plak tu, berair2 gitu, sume belum pecah lagi.. ada yang kecik2 tu dah terpecah sebab aku tergaru tanpa disedari... dia baru nak banyak.. ibu dia aku rasa kat perut.. huhu.. kat muka tak de lagi..

Sian tak?? dah tua2 pulak nak kenanya.. time pregnant plak tu.. tadi doctor tu nak suruh aku refer hospital.. pastu agaknya dia fikir punya fikir, tak payah pulak.. Aku tak demam pun. Cuma semalam la suhu badan aku 37 degree je.. lepas makan sebijik panadol, terus berpeluh2.. Cumanya aku ada pening2 sikit la.. time sujud tu rasa berat je kepala aku ni.. Aku pun risau juga camana keadaan baby ni kan, takut ada apa2 kesan.. doktor cakap aku dah mid trimester, tak de apa2 kot. yang dibimbangkan jika aku kena chicken pox diawal pregnancy dan dihujung kandungan.. Lepas 2 weeks, aku kena gi scan balik, tengok baby camana..

Semalam, yang aku kata aku sakit2 tu kan, aku dah gi klinik bayar dah.. dah gi scan.. masa tu baby tengah aktif.. dia sihat, alhamdulillah... pusing2 dalam perut.. aku harap baby tak de apa2 la kan.. aku pun nak cepat2 baik.. aku dapat MC 9 hari sampai jumaat depan..

Plan nak berjimba2 dengan family this weekend tak kesampaian la jawabnya.. hukhukhuk.. tak dapat nak makan seafood di muara.. kang jangkit plak ngan anak2 buah aku yang comel2 tu.. nak soping2 di Sogo pun tak dapat pegi hari jumaat tu.. hmm.. tapi kalau aku dah baik, boleh je aku pegi kan? hehe..

So, sekarang nak survey2 do and dont's.. yela, tak pernah kena kan.. risau gak kot2 berjangkit ngan hero2 aku tu.. tapi doctor cakap aqil kalau kena time kecik2 tak pe, senang jaga.. huhu.. harap2 semuanya baik2 belaka kan.. family aku pun dah risau siap calling2 lagi tanya camana.. bila kena cam ni, macam sedih plak.. nak nangis je rasa..

Oh, ubat yang diberi adalah calamine lotion, paracetamol bila perlu je  makan dan ubat gatal time nak tido je makan, sebab dia sangat mengantuk.. hmm.. doktor cakap ok je ubat tu, time pregnant boleh makan juga..

okeyla, aku nak settlekan kerja aku before aku cuti... doa2 kan aku cepat baik ye kawan2.. terima kasih..

bye. wassalam :-)


 

Wednesday, July 20, 2011

kasut raya aqil

Assalamualaikum...

Korang dah soping baju raya untuk anak??? aku belum lagi.. of course la belum kan, belum gaji lagi.. hehe.. lagi pun, kalau beli awal2, tak syok la, tak de feel nak raya.. hehe.. konon2 dalam bulan puasa stok baju baru mesti lain punya kan.. uppss lupa, kepada member SOGO, jangan lupa temu janji kita pada 29 & 30 Julai ye.. SOGO sale untuk member saje. tapi apa yang paling aku nampak dan nak grab adalah pampers jek.. haha... bukan baju raya pung.. pet pet RM 29.++.. pampers aqil pun nak habis dah.. mesti macam ikan sardin kan, dah la baru lepas gaji, pulak tu nak puasa, mesti la orang malas nak berjalan2 time puasa...

Hmmm.. apa2 je la.. tapi yang penting, aqil dah dapat kasut raya.. mak long dia kasi.. mak ida nak kasi apa plak ye :-p ni first raya mak ida dengan duit gaji sendiri kan :-p boleh la kasi duit raya kat anak buah yang tak berapa ramai ni.. uppss untuk mak long yana juga sudah bekerja kan.. jangan lupa wit aye aqil simpan tau :-D

Berbalik kepada kasut raya aqil. pada mulanya memang jenuh nak pujuk aqil pakai kasut ni.. aku rasa la, dia lebih suka kepada barang lama.. pujuk punya pujuk,akhirnya dapat la test masuk kaki dia.. suruh dia main bola dengan kasut tu.. suka benar dia.. tak lama tu, minta tanggal balik.. dengan ayat power dia "SELIPAR AQIL KAN ADA" terkezut ibu bila anak dah pandai berkata-kata ni.. macam2 ayat kuar.. huhu.. masalahnya selipar dia tu dah buruk, nasib saiz masih sama lagi.. boleh juga dibuat pakai..

 merah menyala ye tahun ni.. hehe.. baju melayu warna biru.. mak long jangan risau, aqil mesti pakai kasut ni nanti :-)

 masa untuk menyepak bola... ada gaya tak? aqil suka main bola..

selipar ni aku beli dah berbulan, yela selipar crocs yang tinggal di taska dah kecik, tapi dia tak nak pakai.. dia buat main sampai dah tertanggal katun ben 10 tu..

Okeyla.. itu je nak cerita. sori la aku asyik cite pasal anak je, yela, tentu2 nya aku buat blog ni semuanya kerana aqil :-) jangan bosan ye kawan2.. keep on reading.. uppss..  kepada follower baru, terima kasih kerana follow saya.. nanti free2 saya singgah ke rumah anda pulak ye.. 

bye.. wassalam
 

Problem on wednesday

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! tajuk bermasalah?? hehe... sihat kah korang? hari ni aku rasa kurang sihat.. tak tahu la tak dapat tido yang berkualiti atau pun  pembawakan budak.. Aku dah mula sakit2 kat 'situ', selalu sakit ponggong je kalau dari baring nak bangun. tapi semalam, dia stat sakit kat situ macam ada benda cucuk time aku nak bangun.. tapi perut dan pinggang tak de sakit pun.. dia datang sakit time aku nak bangun dari kerusi.. cer cite nape? aku dah gi klinik tadi, tapi doktor tak de seminggu pulak.. macam tahu2 je tak gaji lagi, so tak yah la gi klinik minggu ini :-p  

pastu, satu lagi penemuan baru kat badan aku ni, aku terjumpa bijik2 kecik berair!!!!  ada la dua bijik. tapi sebijik tu dari minggu lepas lagi dah ada.. sebijik lagi baru disedari pagi tadi.. dia macam kena gigit semut, pastu ada air dalam dia.. nak kata chicken pox, kecik sangat. besar sikit dari manik tapi kecik sikit dari mutiara.. haa.. detail gitu.. korang pernah tak jadi benda2 pelik macam ni? kalau boleh, takmo la demam2 chicken pox time pregnant ni... huhu.. seingat aku, aku memang tak pernah kena dari kecik lagi..

Bila kita dah memikirkan masalah ini, badan pulak tiba2 jadi lemah seperti mengiakan simptom2 di atas.. atau pun, mainan perasaan.. oklah.. tak de mood la today... harap2 tak de apa2 kan.. bye. 

p/s: today cayang bucuk ibu dah 2 tahun 6 bulan :-) bila nak stop nenen ni budak kecik.. T_T

Tuesday, July 19, 2011

18 weeks check up

Assalamualaikum..

Semalam, aku dah selamat pegi cek perut.. pegi petang, tak ramai sangat orang, kul 3 dah habis.. mengikut kiraan aku dan juga lilypie sticker tu, aku dah 18 minggu lebih la, tapi mengikut kiraan nurse tu baru 17 minggu lebih.. hmm.. tak kesah la, janji sihat semuanya.. So, how's the result yesterday??

result yang paling mengejutkan aku adalah berat badan aku. naik 3.5kg okey.. aku macam tak percaya!! sebabnya bulan lepas, dia menten je 45kg selama 2 bulan.. tiba2 bulan ni, haa amik ko 48.5kg. tapi bila nurse tu tanya berapa berat? aku jawap 48kg je.. aku tak cakap lagi 0.5kg tu.. huhu.. aku ni merisau takut tiba2 aku terkencing manis balik kan sebab berat aku naik banyak gile... sekali tu nurse kata, okey kita amik darah skit.. cucuk la kat jari sikit.. tiba2, result dia 12.9!! aku terkejut sekali lagi.. mati la aku kena minum air gula lagi lepas ni.. hari ni pakai baju kurung, dah terasa ketat baju kurung.. nak pakai baju pregnant, perut kecik lagi.. 

Pastu nurse tu kata ok la tu, biasanya 11 ke atas adalah normal.. pulak!! habis tu dulu saya minum air gula kena 10.5 dah kata tak okey?? nurse tu senyum2.. ini amik kepekatan darah.. oooo.. alhamdulillah, selamat aku.. aku dah cuak gila ingatkan kencing manis okey.. lega sangat2.. pastu, settle kat kaunter depan tu, kena cek perut pulak..

kali ni, hampa lagi, tak dapat dengar heart beat baby.. perut aku kecik lagi, tak rasa lagi.. so, nurse tu tekan2 cam tu je perut aku.. tak pela, bulan depan la pulak. dia kata nak scan bergambar better pegi time dah 5 bulan. baru nampak jelas sikit.. setakat ni, aku baru sekali je scan masa 6 weeks dulu.. tak pela, ibu tahu adik baby sihat kan dalam perut ibu ni. kadang2 tu aku ni selalu fikir lebih.. selagi tak kuar, selagi tu la tak tahu keadaan sebenarnya camana kan.. harap2 sihat sejahtera, sempurna sifat zahir dan batinnya, panjang umur nya, Allah permudahkan aku bersalin kali kedua ni.. amin...

Last sekali, aku diberi vitamin OBIMIN.. sebelum ni dapat yang asing2 iaitu asid folik dan B- complex.

nah, amik. sekali besar gedabak tapi telan sebijik sehari.. dapat free.. kalau kat luar ni mesti mahal vitamin ni..

Okey la.. nanti sembang2 lagi k.. babai.. wassalam :-)


Monday, July 18, 2011

weekend aqil

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin kawan2!! dua hari tak update blog.. seperti biasa, busy di rumah dan ibu kena berebut laptop dengan anak kecik.. huhu.. sadis tul.. Weekend kami tak pegi mana2, sabtu duduk rumah, hasben pegi stadium tengok liverpool main bola.. hari ahad pulak, kami balik kampung dekat @ lenggeng ada makan2 sikit.. 

So, semalam adalah hari yang mengenyangkan.. siap tapau lauk bawa balik dan juga durian sebijik. hehe.. dah rasa dah durian kat kampung tapi rasa 2 ulas cam tu je la. takut teringat2, amik juga la sebijik bawa balik. hehe.. semerbak bau durian kat dalam rumah.. dah sampai rumah petang tu, terus menyiapkan sidai kain baju aqil yang dah basuh pagi tapi tak sidai2.. bila dah ada lauk kat umah, tak yah la masak kan. bila tak yah masak, banyak urusan rumah tangga yang boleh beres. so semalam, dah habis lipat kain. yeay!! dah siap masuk almari lagi. tinggal yang tak lipat of course la yang masih bersidai.. :-)

Aqil pulak sangat rajin nak tolong ibu angkat kain yang dah dilipat. ibu dah lipat cantik2, dia nak jugak tolong angkat. sikap yang boleh dipuji, tapi baju2 tu sume terbarai di tengah jalan.. huhu.. tapi semalam, terkejut sangat dia angkat sebeban suar ayah dia, nasib tak terbarai.. huhu.. kuat sungguh anak ibu ini.. pastu siap puji diri sendiri "pandai aqil".. ikut perangai sape la ni, masuk bakul angkat sendiri.. hehe..

 toi bear pooh dah tertanggal letak atas kepala dia pulak.. kak long kasi masa aku graduate dulu.. 

 apa pesen la ni..

ibu, amik gambar aqil.. hehe.. sama perangai cam ibu, suka bergambar :-)

Okla.. tengahari ni nak kena pegi check up perut pulak.. patutnya minggu lepas, tapi dah tertunda so dapat date baru.. bye. wassalam

Friday, July 15, 2011

jamuan sebelum ramadhan

Assalamualaikum..

Pagi tadi hujan. sedap tido sampai terlajak :-( dan buat pertama kalinya hari ini datang lambat dalam bulan ini. hari ini juga dalam minggu ini baru masuk ofis. Alhamdulillah kerja tak banyak yang menunggu :-) masuk2 ofis ada meeting selama sejam dan bacaan yaasin dimulakan tepat jam 10.30 pagi, sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.. jamuan ini diadakan secara kecil-kecilan dan tentulah tuan rumahnya penghuni tingkat 14...

Masing2 membawa makanan sendiri atau dengan kata lainnya potluck. jadi, aku membawa puding roti yang telah dicuba buat pertama kali pada 2 minggu lepas :-) makanan sangat banyak!!! alhamdulillah.. dikongsi bersama dengan penghuni tingkat lain.. yang tidak dijemput jangan kecil hati ye...

bacaan yaasin...

 main dish, nasi beriani masakan puan rosiah...

 kuih muih.. banyak sangat :-) sorang sikit, terus selambak.. dah macam jamuan raya pulak...

 posing2 dulu...

 ha.. ni sape beli kon aiskrim mini ni?? sudu lagi besar dari kon aiskrim, nak kasi aqil makan ke apa ni? hehe

 sembang-sembang dengan T.O.T

 menikmati betul kan muka aku makan.. hehe.. makan sampai rasa pusat nak terjojol keluar dah.. hehe

unit kami, kurang sorang, yana tiada dalam gambar...

ok.. tu je la cite hari ni.. jap lagi nak round2 lagi kot2 ada lagi balance2 makanan.. hehe.. dah nak puasa dah kan.. kejap je.. esok dah malam nisfu syaaban.. jangan lupa baca yaasin 3 kali ye kawan2.. mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati.. amin... wassalam





Thursday, July 14, 2011

sambal kentang goreng tiga rasa


Assalamualaikum...

Hmm.. makan apa tu??? aku tengah makan sambal goreng kentang tiga rasa... ni kawan aku ada jual. kalau bulan puasa rasa2 malas nak masak sahur, boleh la makan dengan sambal goreng kentang tiga rasa ni.. aku kalau dah makan memang tak boleh berhenti. hehe..... dalam dia ada campur kacang tanah dan ikan bilis sikit.. orang kampung buat.. sedap sangat.. tak caya tanya misscha :-)

 packaging nya macam ni...

ha, amacam? terliur tak?? :-)

kalau malas masak cam ni, beli je.. boleh pm aku ye sulianashukor@gmail.com.. upss.. harga RM 5.. ni tak amik untung ni, tolong orang susah.. :-) tapi kalau melibatkan kos penghantaran, ditanggung oleh pembeli sendiri ye.. aku tolong jual je.. urusan bekalan dan penghantaran adalah dari kawan aku ye..aku amik nama pembeli je.. hehe

sekian, terima kasih..

Wednesday, July 13, 2011

udang masak tempoyak

Assalamualaikum...

Musim durian dah tiba!! bila ada durian maknanya ada la tempoyak!! tempoyak dapat dari mak mertua.. supplier.. kalau tempoyak habis, memang tak de bekalan kat rumah.. habis means habis, tak de nak cari kat kedai mana2. hehe.. nak buat sendiri tak de maknanya, lebih baik makan durian daripada buat tempoyak.. tempoyak dibuat jika terdapat lebihan durian yang dah tak larat nak makan lagi..

Kalau mama pulak, buat tempoyak menggunakan tempoyak yang ala2 masam, tak berapa sedap di makan.. dia tambah garam, pastu simpan.. mak mertua aku pulak pakai durian baru buat tempoyak.. so, alang2 dah ada tempoyak sebekas yang mungkin 6 bulan lagi habis, aku pun buat la udang masak tempoyak.. dah ini je yang aku tahu buat, selain menggunakan tempoyak untuk sambal belacan dan budu :-)

Ni aku tengok ak mertua aku masak.. senang je, tapi aku pun dah lupa letak bawang ke tak.. macam tak yah letak je, tapi aku letak juga bawang sikit, konfius :-p Caranya, tempoyak ikut banyak mana suka, samada nak pekat atau cair, cili api yang dah kisar - ikut suka nak pedas mana, daun kunyit, kunyit serbuk sikit, asam keping, garam dan gula sikit.. upss udang jangan lupa... campurkan semua bahan (kecuali udang) sebelum letak atas api, kacau2 dulu, then baru letak atas api.. pastu, baru masuk udang, takut overcook.. pastu, ikut suka hati la korang nak pekat ke, nak cair sikit ke.. pastu rasa.. agak2 dah didih tu, tutup la api... mesti yummy.. :-)

pedas tapi sedap (puji masakan sendiri, hehe...) sampai habis jilat2 balance kuah tu.. :-p

selamat mencuba!! korang kalau ada resepi berasaskan tempoyak, boleh kasi link untuk ku cuba ye.. hehe...

pagi ini..

Assalamualaikum!!! 

Good morning everybody!! apa macam hari ni? aku ok je cuma letih2 sikit rasa macam tak cukup tido je.. malam tadi, budak kecik tu ajak main.. apa la yang menggeli hatikan dia pun tak tahu la.. duk ketawa2, geletek2 ibu, berlakon tengah2 malam, cucuk2 mata ibu.. hehe.. pastu, bila dengar macam bunyi tapak kaki ayah dia, terus buat2 tido.. padahal ayah tak naik pun... last2, ibu call ayah cakap aqil tak nak tido, kena marah dalam telefon pun boleh nangis.. haha.. aqil aqil.. sensitif betul..

Hari ni kursus tak habis lagi.. dah 3 hari aku naik tren STAR.. memang sampai awal manjang.. bagus betul STAR ni ek, asal aku jejak kaki kat platform dia, terus je sampai tren. kalau dulu, pengalaman aku naik PUTRA, dalam 15 minit baru sampai.. tu pun berebut2 orang nak naik.. kadang2 terpaksa lepas je tren tu dah ramai sangat.. STAR ni pulak, kosong tak de orang.. mungkin aku pegi arah bertentangan kot.. yang aku kurang gemar nya, seat besi dia tu.. asal tren brek je, ramai2 menggelungsur ke depan.. haha.. mungkin pakai baju kurung kot, tu yang licin sikit... nasib baik seat tu muat untuk 6 orang.. kalau ada lompong, mesti dah beralih tempat punya..

Okeyla.. nanti kita stori mori lagi ek.. upss.. lupa nak share ngan korang. ada satu blog ni, best juga la.. tapi sedih sangat.. kisah seorang isteri yang kematian suami, meninggalkan 2 orang puteri yang masih kecil.. kot2 korang dah pernah baca ke kan.. insaf kejap.. sesuai dibaca untuk pasangan yang berdarah muda macam aku ni... supaya berbuat dengan orang kesayangan anda selagi hayat masih ada.. hukhuk. sedih sedih.. aku tak khatam lagi ni....MAWARNAFASTARI... al-fatihah untuk arwah...

bye. wassalam



 

Tuesday, July 12, 2011

majalah upin & ipin kesayangan aqil

Assalamualaikum...

 Ini majalah pertama aku beli untuk aqil .. sebelum2 ni, memang ada beli buku2 mewarna dan juga buku elmo untuknya.. tapi tu semua untuk conteng2 saje.. yang buku elmo tu, lansung dia belum menunjukkan minat lagi... dah la mahal buku tu ibu beli.. huhu... majalah upin ipin ni dah isu ke 18.. masa balik semalam, lepak2 kat tune hotel sambil menunggu cik abe datang amik, beli la satu untuk aqil.. RM 5.90..  selak punya selak, ternampak plak gambar anak kawan aku yang sakit kanser tu dengan upin ipin..


aqil suka baca buku ni.. duk pegang je ke mana dia pegi.. hari ni pun dah bawa ke taska jangan hancur lebur sudah buku tu.. kulit dah la nipis je..

abaikan view belakang tu ye... hehe

Selalunya buku2 mewarna yang lain dia akan sibuk nak kaler.. tapi buku ni dia suruh aku bacakan untuk dia.. so, ibu kena kuarkan suara upin ipin, ehsan, suara kak ros, suara tok dalang.. haha... tak pernah aku bacakan buku untuk dia.. tak praktis pun macam sesetengah orang bacakan untuk anak mereka.. lain kali, kalau buku tu dah rosak, boleh belikan lagi.. lagi best kalau dia ada buku mewarna.. itu je yang aku nak cari semalam, tapi tak de...

progress membaca aqil dah bertambah baik. berkat ajaran kat taska dia agaknya.. A apple, B bola, C cawan.. bila tengok abc bergambar tu, dia main sebut je A apple b bola c atok d udang.. haha.. lebih kurang macam tu la aku dengar sambil masak..

okla.. nanti stori mori lagi.. bye..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails