Thursday, June 30, 2011

sama tak?

Assalamualaikum..

Sama tak muka kami? hehe.. budak kecik ni melayan je ibu dia nak amik gambar.. "aqil, jom amik gambar ngan ibu.. cenyum!!!!" time ni lepas balik dari besday party alisya.. terus ke Jusco Wangsa Maju...

 tengah tunggu ayah solat..

 amboi.. lentoknya dia... manja anak ibu ni.. 

 main atas stage JJ... spoting anak ibu ni.. time mood elok, cam ni la..

atomen talok... pelat.. hehe.. ultramen taro...

hai anak.. macam ni la kamu.. pengarang jantung ayah dan ibu. kamulah madu dan kamulah racun.. kadang2, geram dengan telatah dia yang 'nakal', manja sangat.. sikit2 nak nangis.. lempang nak? :-p sikit2 nak ibu dokong. kalau jalan mana2, jangan harap dia nak jalan kaki, dia rasa dia lebih selamat kalau ayah atau ibu yang dokong.. kecuali kalau kat Jusco hari tu, dia nampak tempat mainan tu, terus dia berlari macam tak cukup tanah.. 

bila la kamu nak berdikari ni nak.. bila la kamu nak berenti susu dengan sendiri? tapi, bila kamu tak buat itu semua, ibu pulak yang tertanya-tanya.. kenapa kamu tak buat perangai macam tu? sakitkah kamu? sibuk pulak cek mulut budak kecik ni, takut ada ulser ke apa.. hehe

okeyla, just bebelan ibu saje.. miss u budak kecik. balik ni, kalau kamu merengek2, siap la.. grrrr... :-p


kisah semalam

Assalamualaikum..

Hai.. seharian tak update blog!! semalam memang tak de masa nak update blog, tapi tak reti pulak nak update blog pakai handphone. tak setting siap2 kat sini, pastu kuar coding macam2, terus tak de mood nak update.. hehe.. Pagi ni pulak, busy skit.. sampaila tengahari ni baru macam ada lega skit..

So, apa cerita semalam? hehe.. kecoh la minah ni.. tak pela, kita share2 cerita la kan.. pengalaman orang tak sama kan. ye dop :-p semalam adalah hari yang best!! mula2 cuak, pastu jadi best plak.. korang kalau ada peluang cam ni, jangan dilepaskan.. pergi je. hehe.. Nasib baik kawan aku yang baru kukenali semalam, kira boleh masuk la kan.. tak de la malu2 kucing gitu.. kira aku sanggup tunggu dia lama2 kat tiang parlimen tu sebab nak suh dia amik gambar. haha.. tebalkan muka.. tak sangka juga rupanya dia pun sama cam aku, excited dan baru 1st time masuk parlimen.. ok, moh tengok gambar aku posing2 dulu.. hehe

 malu gak nak bergambar kat sini, sebab kat sini port media berkumpul untuk siaran secara lansung.. tapi time ni dah habis dah keje diorang, dapat la i merasa..

 ni gambar mula2 sekali.. Dewan Rakyat.. dah macam pari2 nak terbang pun ada.. hehe

ni dalam kawasan Parlimen. kat sini la pegawai2 kerajaan berkumpul untuk standby jawapan kepada menteri.. Media pun buat interview kat sini...

ni muka time dah malam.. muka letih dah..di Pintu masuk. nampak belakang tu, ada scan sebelum masuk bangunan ni...

Parlimen Malaysia.. time ni tak de orang nak amik gambar aku, so aku amik gambar pemandangan je la.. haha

Okey... seronok juga dengar Dewan Rakyat ni bersidang. amazing nya, aku tido sekali je, tu pun lepas makan.. kekeke.. pas tu tak ngantuk dah.. Best juga tengok manusia2 hebat ni berbahas.. Selama ni tengok dalam tv je, tiba2 boleh plak tengok live, lalu sebelah je.. Ahli-ahli Parlimen yang ada semalam. Pak Lah - siap bodyguard, Anwar Ibrahim - datang lambat kul 4, baru nak bergambar dah hilang, anaknya Izzah tu- alahai kecik molek je orang nya.. Ramai la lagi, tak tersebut. cuma diorang tak de la full time duduk dengar cam kitorang, kejap2 ada, kejap2 hilang.. pastu angkat beg, cabut terus..

Seronok tengok diorang berbahas.. Pandai betul diorang ni bercakap. yela, politician kan.. Tapi, bila perhati nampak macam perangai budak2 pun ada, gaduh2, ejek2, pastu gelak2.. So, semalam habis dalam pukul 10 malam.. sempat kat kementerian kitorang separuh je, pastu bersambung hari ni, tapi turn hari ni, orang lain pulak.. Aku sampai rumah dalam pukul 11 malam, driver hantar balik.. Pagi-pagi lagi kena buat report pasal isu semalam.. habis sudah...

okey.. itu je aku nak cerita pengalaman terindah.. lepas ni, sila buat claim blazer anda yek.. hehe.. sempat la juga aku beli cenderahati untuk kawan2 unit aku ni... macam pegi mana je kan siap cenderahati bagai..

apa jua perjuangan anda, berbanggalah menjadi rakyat Malaysia!!

bye..wassalam..

 

Wednesday, June 29, 2011

dah bersedia

Assalamualaikum..

Hari yang mendebarkan sudah tiba!! dah 3 malam kot tido tak lena. asyik terjaga je.. huhu.. tak tahula penangan kena pergi parlimen ke atau pun penangan suka terjaga waktu malam.. asyik2 terbangun tengok jam dah pukul berapa.. Itu belum dapat message dari bos lagi, lagi tak boleh tido.. 

Harap sangat aku tak tido masa kat Parlimen tu.. Aku kan senang tido kalau dengar orang bercakap.. hehehe.. dalam kursus pun, kalau penceramahnya tak pandai nak tarik minat audience, pun aku dah 'berzikir'.. Tapi, dalam Parlimen ni mana lah boleh tido, nanti ada urusetia datang ketuk meja.. hehe..

Owh lupa, aku ke Dewan Rakyat hari ni.. Setakat ni, redha je la apa yang kena buat dan apa yang bakal berlaku. Dewan Rakyat tu apa ye? hehe.. nanti aku balik dari sana, aku cerita la. Masa sekolah dulu dan time interview kerajaan adalah aku duk pulun baca benda2 macam ni.. Sekarang ni, macam dah lupa dah.. tahu la sikit2 tapi kalau jawab exam, memang fail. :-p harap2 tak de isu hari ini, dan bila tak de isu, tak yah buat report..

saya dah bersedia .. kalau orang tanya, ko sedia apa? hmm.. blazer baru je.. haha..

bye.. wish me luck!

 

Tuesday, June 28, 2011

JJCM: Thai Steamboat, Ampang

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak bercerita tentang jalan2 cari makan.. hari rabu lepas-cite basi, pay day kan.. so, kitorang pegi makan steamboat, kat Thai Steamboat, Ampang.. ni ibu preggy yang nak makan.. so, kepada ayah yang tak berminat steamboat ni, sila la teman ibu makan dengan muncung nya ye.. hehe.

Aku dapat tahu kedai ni pun dari Puan Syahada.. orang ganu pun dah datang sini makan, apakan lagi orang Ampang kan.. Before this, memang kitorang pernah makan kat area2 sini, tapi tengok je kedai apa yang penuh sangat tu.. rupanya kedai itu.. so, baru sekali la kami masuk rabu lepas..

Kedai ni, harga dia ikut kepala. Dewasa RM 22, kanak2 RM 12. Minimum orang kena makan 2 orang.. ingatkan laki aku nak ngecek2 je kan.. sekali, tak boleh.. huhu.. boleh duduk bangun banyak kali amik segala seafood untuk direbus, selagi terdaya. kalau ada lebihan, dia akan caj RM 10 setiap 100gram.. so, jangan membazir.. Air, kira lain.. Food yang ada kat situ adalah seafood, sayur2 nak merebus2 tu, buah-buahan, aiskrim, rojak. macam2 la.. sume boleh makan dengan harga RM 22.. 

 sori la ye, gambar kedai lari. driver pecut time nak balik.. haha

sup ada macam2 jenis, tomyam ada, clear sup ayam pun ada.. aku pilih tomyam.. sebelah pedas, sebelah tak berapa pedas..

 first round.. sume seafood... sedap.. ketam ada, udang ada, pepahat ada..

 kuah tomyam.. nasi goreng dan mi goreng juga ada, kalau rasa2 tak kenyang makan ini saje..

 budak ini agak crancky tau.. ni makan aiskrim dlm demam2 tu.. kalau ikutkan, mahu terbalik periuk steamboat tu, kalau tak sabar dengan karenah anak... sabo je la..

 suasana dalam kedai. juga ada meja kat luar kedai..

budak ngengada malam tu..

Puas hati jugala makan situ, cuma kalau nak duduk sejam, macam tak berbaloi je kan, duduk la 2 jam nak menghabiskan RM 22 sorang tu.. haha.. tapi, kami lepas 3-4 kali tambah lauk, terus blah.. hehe.. sape2 suka steamboat, leh la datang sini.. depan IPD Ampang Jaya, sebelah UDA Ocean dan panggung wayang Galaxy..
 

Mengambil hati anak

Assalamualaikum..

Budak yang demam hari tu dah sembuh dari demamnya.. Alhamdulillah.. 3 hari saje dia demam..Itu pun ibu dah risau2 dah sebab ada satu hari hari tu demam dia panas berpanjangan dan ibu tak amik cuti.. Untuk ambil hati bakal abang ini, ibu hadiah kan aqil sesuatu.. moga2 dia gembira selalu dan melupakan kemanjaannya ketika demam.. 

tara.. kereta ben 10 nak amik hati budak demam ni... RM 13, beli kat stall maju junction.. boleh la..

ada lagu2 dan berkelip2 lampu car tu.. mula2 ibu rasa okey, lama2, memekak pulak keta ni asyik on jek.. huhu

suka betul dia dapat main car.. risau juga memikirkan berapa lama jangka hayat si Ben 10 ni..

muka puas hati tengok car dia berjalan satu rumah..

Sampai ke hari ini, 5 hari kot hayat kereta tu, masih berjalan lagi, cuma suara dia dah lemah dah.. pakai bateri murah je tokey kedai tu kasi.. nasib la ye.. nanti dah habis, ibu beli bateri baru lagi okey.. Alhamdulillah, hari Jumaat tu, aqil dah tak demam.. Message kat nursery pun, cikgu2 dia kata aqil aktif hari tu.. Alhamdulillah.. harap aqil sihat selalu ye sayang :-)

Monday, June 27, 2011

bila minah gelabah nak masuk Parlimen

Assalamualaikum..

Hallu!! banyak nak cerita boleh cerita.. tapi kita kasi yang light2 dulu la ye.. hehe.. tadi waktu lunch, aku pegi SOGO.. nak mencari blazer.. ni kira first blazer dalam hidup aku la. dulu time induksi, pinjam blazer orang. kalau ikutkan , malas nak beli. tapi kali ni, bila dapat tahu boleh claim bila kita kena pegi bertugas atas upacara rasmi kerajaan, haa.. terusla mencari okey.. orang nak kasi, harusla beli.. hehe..

seperti biasa, posing dulu!! done.. amik yang ini.. 

ada yang labuh, ada yang singkat. tapi aku tak sure blazer labuh tu rasmi ke idok.. tapi, kalau aku pakai, nampak lagi katek ada la.. saiz blazer ni adalah M. kalau ikutkan saiz omputih, saiz 8.. dulu, baju aku stok2 S je tau.. sekarang, tak tahu la tang mana yang mengembang yang jadi meningkat satu saiz. tak pun, beli blazer memang cam tu kot.. sebab kain dia dah berlapis2, tambah lagi satu saiz. hehe.. kalau tang perut tu nak butang, memang ngam2 je tu, kalau paksa juga, tertanggal la butang itu.. huhu..

Eh, lupa nak cite nak gi mana.. hehe.. Aku kena bertugas di Parlimen. Selalu tengok bangunan Parlimen kat duit 50 sen tu je kan, tu pun panggil pistol. hehe.. memula urusetia tu call je, dah cuak2 gila dah.. first time plak tu kan.. pastu, memang minah menggelabah kan.. tunggu surat, baru confirm nak beli blazer ni.  Pastu, couple aku, means partner sama kementerian aku, budak PTD kot, pun sama juga, first time jugak.. baru nak mengharap kat dia.. sekali, mamat tu yang call aku dulu.. aku baru ingat nak cari dia, sekali, first timer jugak.. hmm... sama2 la macam rusa masuk kampung nanti. Nak kena kamcing dulu, baru leh suruh dia amik gambar aku kat luar Parlimen nanti.. haha..

Adalah juga sejarah hidupku akan dapat masuk bangunan kebanggaan negara ni.. Sekali masuk je ok dah, pastu tak mo dah, sebab kalau suka2 okey la kan, masuk nak wat kerja, tak mo la.. hehe.. hmm..Baju dah cantik2 tu, sekali kalau ada soalan kena jawab, haa.. sila buat yang terbaek ye.. baekk punya. :-p


 

Sunday, June 26, 2011

after 11 years

Assalamualaikum...

Semalam, ke birthday party anak kawan, yg juga papanya seorang blogger terkenal, femes amos gitu.. dah lama tak jumpa.. sangat lama, 11 tahun tu.. sejak dari lepas SPM tahun 1999, terus masing2 dengan haluan masing2.. tahu perkembangan masing2 pun melalui alam maya ni.. frenster, facebook dan terkini tentulah blog kan.. hehe.. masing2 dah ada 'handbeg' masing2.. 

 seronok dapat jumpa!!! teringat time sekolah dulu. hehe. masing2 comot jek.. :-)

GTO dan Detektif Conan.. hehe

 birthday girl tido la plak.. happy birthday alisya!! cepat2 minta adik ngan papa ye. hehe

budak ni pulak pantang dapat goodies, time tu jugak nak buka.. pemadam diingatkan coklat. asyik try nak makan jek.. huhu

kredit picture to azwa & iman.. suka pic ni.. tudung hadiah k long sgt sedap & cantik dipakai.. :-)

Kami datang dalam pukul 5 macam tu.. lewat sikit.. tapi okeyla, tak ramai orang, boleh sembang2 panjang.. sedap2 makanannya especially nasi dagang dan yang paling terkenan di hati adalah keropok keping terengganu tu. sedap bangat.. dah lama tak de stok kat umah.. memang tak boleh lawan kopok negeri lain..

Hope our frenship will never end.. Insya-Allah jika ada kelapangan kita bertemu lagi!!

Bye. wassalam..

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum!!

Berakhir sudah Maharaja lawak!! Yang pasti, Sepah adalah juaranya.. sian Jozan.. tapi lawak sepah pun boleh la tahan.. lawak Jozan pula, bab musikal tu yang best.. tapi dua2 menunjukkan kesungguhan dan buat nampak la homework..

Tapi time musical jambu, boleh plak aku terlelap sekejap.. mata oh mata.. mujur la mampu bertahan.. Lepas ni, channel citra tak tahu dah nak layan apa.. mungkinkah cerita abang jem tu? huhu. mungkinkah buang balik siaran citra tu?? akan difikirkan kemudian.. gonna miss maharaja lawak.. tapi time tengok, tertido aje keje ko.. haha.. yela, time tak sesuai, siang penat keje, malam selalu dah hanyut dah kul 10 tu..

Okeyla, going to sleep now.. mata dah kelat2 dah ni. upss.. hadiah ML tu agak lumayan kan? total hampir sejuta tu... kaya tul astro ni.. dah kaya tu, kurang2 kan la caj astro tu ye.. huhu.. ni semua sebab orang melanggan citra agaknya.. kayo kayo.. nabil juga sedap makan sorang duit tu even no 3..

Okeyla.. chow...tahniah buat semua pemenang!!!!  good nite. wassalam

 

Friday, June 24, 2011

first time buat sendiri

Assalamualaikum..

Hari ni kami terpakai baju sama :-) instinct kuat kan. Dia pakai baju melayu, raya 2 tahun lepas.. aku pun sama.. terpakai baju yang sama. yela, gosok asing2 kan. bininya 'rajin' nak gosok.. ikut mood, lebih2 lagi sekarang ni kalau berdiri atau berjalan lama2 rasa sakit.. sian tak kat orang pregnant ni? ehehe.. alasan ^_^...

gambar gegar la pulak. yela, nak samakan ketinggian mana nak dapat. nak suruh aqil amik gambar, tak tercapai dek akal la pulak.. hehe.. tapi kalau compare gambar ni dengan orang sebenar, lagi manis orang yang sebenar.. haha.. sila muntah :-p

Tadi pagi juga, lepas sibuk2 keje, aku pun mengulatkan diri ke JPJ jap, bawah maju ni je.. ni first time aku buat insurans dan road tax kereta sendiri. selama ni, sume harapkan ayah aku kat kluang nun untuk pos atau hantar pada kitorang kalau datang KL. Kini, tidak lagi.. aku dah pandai buat insurans dan roadtax sendiri.. horeyy.. hehe.

Senang bangat dong.. bawa cover note insurans yang tahun lepas dan juga geran kereta.. bawa duit juga. kali ni aku decide tukar insurans dari Kurnia kepada Takaful.. tak tahu la pulak kenapa rasa nak tukar. sebab orang kata Kurnia macam lambat je proses claim dia, yela, sebab ramai orang pakai kurnia kan..so, dia tak berapa nak jaga la customer dia..

So, tadi, insurans saje dalam RM 247.00.. murahkan, yela, keta kancil je, lama pulak tu.. dapat save lebih kurang RM 100 compare kalau pakai ejen.. plus dengan duit road tax kereta baru RM 20.. hmm mudah mudah.. tak yah dah suruh ejen ke sape2.. laju je proses. cuma ada time bengang skit kat JPJ. boleh plak tak de duit tukar. aku nengok ramai je orang kasi2 duit, takkan tak de duit kecik.. huhu.. terpaksala menapak cari kedai tukar duit plak.. hmm tu je la nak komplen.. :-p 

 suasana di tempat ejen insurans.. pilih saje mana yang berkenan..

dalam JPJ.. lengang kan.. lepas stuck kat aku tak de duit tukar, terus ramai orang.. huhu..

oh.. before ke JPJ, better check ada saman ke tidak. jika ada, anda akan dilanda masalah.. sila langsaikan saman dahulu ye..

 bye. wassalam

saya menang!!

Assalamualaikum..

Salam ceria di hari Jumaat!!! pagi2 lagi memang busy gile.. keje itu la, keje ini la.. macam2.. tiba2, dikejutkan dengan kemenangan  contest ini!! yeay, tak payah beli top up dah.. aku ni bukan senang nak menang2 contest ni (nak join contest pun malas tau), tiba2 dah memang nama aku ni jadi TOP COMMENTOR (selalu mengomen kat blog misscha ni), maka, aku pertahankan la kejuaraan ku itu dengan berusaha menambah komen seberapa banyak yang mampu... haha...  terima kasih misscha.. dah dapat pun top up nya.. hehe... dah la memang ada 2 sen je balance top up.. kekeke...


maceh misscha :-) kawan2, jom terjah blog misscha ni ..

bye!

 

Thursday, June 23, 2011

happy birthday to you..

Assalamualaikum..

I dedicate this entry to our beloved friend, ZILA..

Happy birthday to you!!
Happy birthday to you!!
Happy Birthday to ZILA!!!
Happy Birthday to you!!

Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, sihat selalu, bahagia di samping family tercinta..

kek itu yang penting.. kalau tak, tak de la entry ni kali ni.. haha.. besdaynya dah 2 hari lepas, hari ni zila belanja makan kek.. TQ ye.. acik2 ni memang suka makan2 ni.. hehe.. bergambar juga penting :-)







sekian.. kenyang :-)

buah tangan dari uzbekistan :-)

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk opis.. aqil masih lagi demam.. sian dia.. siang dia okey, cuma tengah malam la badan dia memang panas.. dah berbungkus dengan tuala basah.. nak kasi ubat takut terlebih dos pulak.. time tu dah pukul 4 pagi. so, bangun pagi2 before pegi keje, kasi dia tiga jenis ubat tu.. dah pesan dah kat adik taska tu macam2.. hmm.. ibu harap hari ni aqil akan sihat kembali..

Upss.. lari tajuk.. hari tu, salah seorang staff unit ni pegi melancong.. bawa balik ole2 dari uzbekistan.. kat mana negara tu mesti la kat negara padang pasir.. ye tak? ntah, aku pun kurang arif bab2 negara ni. hehe..

 first time makan almond yang ada kulit. hehe. yang laku adalah kekacang. yang buah2 kering yang merah tu macam tak berapa laku je :-)

yang ni apa ke namanya tak pasti. tapi lebih kurang macam candy kelapa.. manis sangat.. boleh la makan seketul dua je, pas tu dah stop.. :-)

Haih.. bila lah boleh berjalan ke negara orang pulak .. hehe.. tunggu dah nak dekat pencen macam akak ni baru dapat pegi jalan2 .. okey.. babai.. wassalam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails