Tuesday, May 31, 2011

elektrik naik 7%

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. hujan pulak pagi ni ye. tadi pagi aku beli nasi lemak dalam hujan2.. basah kain i ok :-) tadi pagi juga, dengar dalam hot fm, mereka diskas isu kadar elektrik naik seperti yang terpampang dalam surat khabar2 utama hari ini.. antaranya kosmo online

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.
Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77.
Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.
Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.
Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011.

Bila diorang kira2, kalau penggunaan elektrik tu tak nak cecah kepada rate yang baru tu, tahap penggunaan mesti kurang dari RM 77. kalau kira2 macam tu, rumah aku punya bil bulanan boleh tahan jugala tinggi nya.. ni dah 2 hari tido ekon sampai pagi. cuma bulan lepas je memang murah sebab bulan sebelumnya dah caj RM 100 lebih.. so, bulan ni macamana pulak? ni yang tak nak duk umah hari weekend. nak ekon, kita pegi shopping complex ke, gi jalan2 umah orang ke, balik kampung ke.. hehe.

Okla, sama2 la kita membantu kerajaan ye.. sian kerajaan dah pening minyak naik sume naik..:-p kita tak pe susah sikit..

p/s: anak staff TNB tak de dapat diskon ke? hehe

 

Monday, May 30, 2011

makan sate lagi

Assalamualaikum..

Weih.. monday blues okey hari ni.. ngantuk.. bukan aku sorang je, sume orang pun macam ni.. mood cuti sekolah, opis pun senyap sunyi jek.. Okeh, nak stori skit la aktiviti weekend aku, hari ahad.. mak mertua aku buat makan2 skit.. adik ipar belanja, ada rezeki lebih.. hehe.. dapat makan satey.. so, semalam, berkumpul la adik beradik ipar duai semua. yela, cuti sekolah kan, penuhla rumah MIL aku.. aqil pun suka sangat, ada kawan ramai yang melayan dia.. jadi, tak de la dia ingat nak nenen jek.. ada jugak la dia minta, tapi kejap je..

Siap skip time tido lagi tu.. bila dah petang, lepas mandikan dia, dia nenen kejap, terus tertido.. hasben aku angkat masuk keta pun tak sedar.. penat sangat la tu... meh tengok gambar la.. maaf ye, malas plak nak edit2 tambah watermark :-)

 penuh makanan

 mee hoon mak goreng..makan petang..

 sate.. main dish..

 puding cocktail of course la me yang buat.. :-p

 untuk budak2.. aqil panggil mc donald :-)

 dengan kakak najwa dan abang arrash..

 ni la cousins dia yang rajin melayan..

berebut wheel chair.. dan juga bola. padahal bola sendiri ada, duk sibuk nak main bola arrash :-)

dah.. tu je nak cite.. seronok sekali sekala berkumpul ramai2 cam ni.. sembang2, gosip2, cite itu ini..  ok dah. wassalam :-)
 

Duka dalam suka..

Assalamualaikum..

Hai kawan2!! dah cuti sekolah kan? tak sabar dah aku nak bercuti weekend ni.. tapi ada berita sedih sikit.. siap dah terbawa2 dalam mimpi ku malam tadi.. hmm.. Dalam pada membuat persediaan nak bercuti, one of my family tak dapat plak join same. tak lain tak bukan sape lagi, kak long aku la.. terpaksa dibatalkan percutiannya ke tioman.. ala, sian aqil.. tak de kawan nak main2 pasir nanti.. aiman kena semput @ lelah semalam.. mula2 dia demam, muntah, pastu masa dia tengah tido kak long aku cite, nampak perut dia melengkung ke dalam, dada berombak2.. hmm.. semput rupanya. bawa pergi klinik, doktor kasi gas sume la.. tak pernah pulak dia kena semput sebelum ni..

So, bila anak dah tak sihat macam ni, percutian plak hari jumaat minggu ni, jarak masa yang singkat untuk dia recover balik tu, macam tak sempat, takut dia demam balik kat sana.. hmm.. kalau aku pun pening kepala. nak cancel dah tak boleh, sebab masa terlalu singkat. boleh cancel tapi burn la kan duit tu, 800 lebih tu.. lagi pun, ni cuti sekolah, super peak season.. so, kena cari orang ganti...ada sape2 nak pegi? hehehe...

Sian aqil nanti tak de kawan.. tak pelah, kesihatan abang aiman lagi penting kan! cer tengok, ibu dah siap beli swim suit untuk aqil.. siap ngan korek2 pasir lagi.. sape plak nak teman aqil korek pasir ni.. hehe...

cantik tak baju aqil?? saiz 6 ni.. ibu beli RM 39.90 jek.. tak koser nak beli yang mahal2, pakai kejap je kan.. hehe

 gigih mencuba.. siap pakai dua lapis baju lagi.. hehe.. nasib baik muat...

dah siap dah selongkar peralatan korek pasir.. sampai hari ni, udang ke mana, ketam ke mana dah.. 

okey, tu jela corat coret pagi ni.. berita sedih dan berita tak sabar nak bercuti. tapi tak leh suka2 sangat kan.. suka membawa duka.. so, buat2 biasa jek.. wassalam



 

Saturday, May 28, 2011

Ikan keli masak sambal

Assalamualaikum..

Semalam, dinner kami ialah ikan keli masak sambal. apa yang nak dikecohkan?? hmm.. FYI, ini adalah pertama kali ikan keli dibeli oleh ku.. Atas permintaan suami bila dia ternampak ikan keli ada kedai.. tapi awal2 lagi aku cakap aku memang tak reti nak bersihkan ikan keli ni.. so, en suami dengan rela hati membersihkan ikan keli tu sesuci-sucinya.. hehe..

Kalau kat belah aku, memang tak pernah mak aku beli ikan keli. termasuk la dari nenek belah ayah (Johor) dan arwah mak tok juga (terengganu). dua2 tak reti nak makan ikan keli. bukan tak reti, tapi tak termakan ikan tu bila tengok rupa bentuk nya.. Lagi pun, mungkin kerana mereka dilahirkan di negeri pantai timur, asyik jumpa ikan laut je, so tak terbiasa plak bila nak makan ikan sungai..

Aku pulak, reti makan bila dah bercampur dengan kawan masa belajar dulu.. now, kawin plak dengan orang negeri sembilan yang memang kat umah dia ikan keli atau ikan sungai manjang.. dan ikan keli ni memang dah jadi salah satu feveret aku, cuma tak reti siang jek.. Lagi satu, time nak goreng tu, meletup2 kau.. tu yang paling takut.. hehehe..

Tapi, semalam en. suami yang tolong siang dan tolong goreng. dah settle tu semua, aku sambung la buat sambal plak.. settle.. makan dengan seleranya.. alhamdulillah. next time, boleh beli lagi, tapi dengan syarat telah dicuci bersih2 ye.. hehe..

 ikan keli masak sambal.. sedap ibu masak :-)

untuk aqil, goreng2 saje.. sedap ayah goreng kan. nasib tak tercedera kena letupan minyak :-)

mesti ada sayur.. sayur cendawan campur2...

ok.. dah.. nak gi mana weekend ni? no idea.. babai.. wassalam :-)


Friday, May 27, 2011

shopping kain raya

Assalamualaikum..

Halllluuu... wah, mode happy nampak.. yelah, apa yang dihajati dah tercapai.. alhamdulillah.. dari hari ke hari menyebut nak balik kain, nak beli kain.. hari ni tercapai sudah hasratku.. abisla terbang la RM RM ku itu.. keperluan rite? setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia itu.. lalalalala... :-)

Tadi, kitorang berarak pergi kedai kain. Dari Jalan TAR terus ke Jakel.. fuh, penat juga kaki melangkah.. sanggup tak makan dulu, demi mencari kain. nasib baik ramai nak mengikut kali ni, kalau tak, tak de kawan tak syok juga jalan sorang2 kan.. 

Kat Kamdar, aku beli kain baju melayu untuk suami dan anak kecilku.. ok, settle. tema tahun ni warna biru laut.. Actually, tak de la bertema2 bagai, tapi amik je la kaler yang tak pernah ada lagi kan.. Ok, slow motion bergerak ke Jakel plak..

tara.. muka hepi dapat beli kain.. kat Jakel beli kain aku plak.. tahun ni ada 3 pasang baju kurung pahang plus 1 baju kebaya yang dibeli dari kawan semasa dia ke Bandung.. tahun ni, kenalah pakai baju kurung pahang kan, yela, time raya nanti, perut dah besar sikit.. tak leh pakai kebaya2 ni.. ntah2, sume tak leh pakai kot, dah sume dah mengembang.. huhu..


inilah hasil rembatan ku.. siap aqil pun dapat kain semeter nak buat baju tido :-) Actually, baju raya ku adalah baju kerja ku juga. Aku tak de dah soping2 tanpa sebab nak beli kain buat baju kerja.. ni lah baju raya dan baju kerja.. Oh, kain2 ni akan diexport jauh nun ke teluk intan untuk dijahit. jangan tak tahu, jahit baju kurung saje baru RM 17-20, baju melayu plak RM 40.. haa... murah kan?? Tapi, terpaksalah adik yanti ni bawa naik bas dengan kain berpikul ni.. tak pela, yanti amik upah ngan sepupu yanti tu nanti yek.. hehehe.. kat jakel tadi, sape beli RM 250 ke atas, ada peluang untuk isi borang cabutan bertuah, boleh dapat tv LCD 54 inci kalau tak silap. kalau lebih RM 1000, boleh dapat keta viva tu.. tapi aku takat 250 tu je la, konon nak dapat tv la tu.. huh, punyalah banyak borang, tak pelah, ada rezeki dapat kan.. berangan je la..

Ada orang tanya, kenapa tak beli je baju siap??hmm.. aku pun tak tahu.. tak pernah beli pun baju siap. sebab kami adik beradik dulu, sume mama yang jahitkan baju. jadi, bila dah besar, memang tak pernah terfikir nak beli baju siap.. adalah, tapi sehelai dua je yang ada dalam koleksi baju2 ku.. Lagi murah ke baju siap?? hmm.. macam sama je bila dibanding2 kan balik harga. Belum tengok kualiti kain dan kualiti jahitan lagi. Harga adalah lebih kurang sama jika kos menjahit adalah dalam range teluk intan tu. Baju jahit adalah mahal jika sepasang upah jahit dah RM 50 plus beli kain may be RM 150.. Lagi save bajet, jahit sendiri.. Tapi, sejak dah ada si kecil ni, mesin jahit aku tak pernah berusik.. kecuali jahit yang simple2 je la.. hehe..

Okeyla, lain orang lain pandangan nya. Itu, pandangan aku saje. mana lah tahu kot2 satu hari nanti aku pun akan beli juga baju siap jahit. Tapi, kalau beli kain untuk dijahit, lagi banyak pilihan kan nak pilih, rambang mata jadi nya.. nyum nyum ...... :-)

Ok, selamat berhujung minggu.. babai.. wassalam

p/s: bab beli kain dah settle, tunggu nak raya plak untuk borong baju si kecil dan segala miscellenous things :-)

sarapan apa?

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua!! harap2 semua kawan2 dan family sihat sejahtera.. Pagi ni ada mesyuarat unit kami.. makanan tak de la kan, so kami decide beli sendiri.. so, makan apa pagi ni?? ehem ehem..

 nasi lemak RM 1.. murah lagikan?? beli kat makcik payung ..

 karipap sardin RM 0.40 sebujik

 popia..

lepat labu, pilihan yanti..

ehem.. macam dah lapar ni.. meting kul 9.. oklah.. chow.. wassalam...




Thursday, May 26, 2011

triple A

Assalamualaikum..

Ni cerita 2 minggu lepas kot.. korek2 folder gambar, lupa plak nak cite pasal ni.. 2 minggu lepas, kitorang bawa aqil gi umah mak longnya kat kelang. dah asyik menyebut abang aiman je kan.. bawala pegi.. asal cakap dalam tepon, tak kira dengan sape yang dia cakap tu, mesti tanya abang aiman mana?? kalau cakap dengan tok ma pun sama, pening nak melayan permintaannya tu.. hehe

So, pegila kejap. on the way pegi tu, hujan sangat lebat. sampai kat kelang je, elok pulak cerah terang benderang.. selalu macam tu.. suka la tu aqil ada kawan main. umah abang aiman pun banyak mainan, atomen  bukan main banyak. aqil je ibu tak layan beli banyak2 mainan, masa kecik2 dulu ye la ibu belikan. sekarang rasa cam bazir je belikan mainan banyak2, pakai tak sampai seminit dah hancur.. huhu.. okey, jom layan gambar :-)

 ni tengah stand by ibu nak amik gambar ni.. hehe..

 aqil tak ingat tu pegang lori orang.. hehe. aiman tak pakai suar..

 eceh, pandang tempat lain pulak.. tak pe, gambar abang aiman je ada.. :-)

 olololo.. adik affan.. senyum bukan main dia.. pandai posing ye...

muka ayu je.. ayu? huhu..

Okeyla.. tu je nak stori pasal triple A kami.. tengahari ini, mungkin nak cari baju swimming aqil, yang murah2 saje.. minggu depan nak gi tioman.. yeay, tak sabar nak berkumpul. dah lama gile tak balik kluang sejak dari raya cina lagi.. acik bertahan je sebab nak kumpul duit punya pasal.. huhu..

ok daa... wassalam :-)






 

Wednesday, May 25, 2011

mari makan sate kajang

Assalamualaikum..

Dah petang2 macam ni, terasa mengantuk pulak.. nak tido, macam tak dapat tido.. nak buat keje, macam tak de keje plak.. haha.. boleh ye tak de keje? boleh ajer.. sebab semua mesyuarat dah lepas dan semua dateline yang dulunya hujung bulan dah dipercepatkan, maybe nak cuit sekolah kot, tu yang semua fast forward.. so, nganga je la, lebih2 lagi bos gi kursus.. huhu.. esok baru bos naik keje, maybe bertalu2 la emel masuk esok ye.. hehe..

okey, nak story mori.. semalam, kitorang makan satey.. ee.. makan satey pun nak kecoh ke.. tak dela, saje nak cite kan, bukan selalu aku makan sate. dapat pulak sate malam tadi, macam sedap pulak.. huhu. padahal hari2 duk lalu kedai sate kat bangunan sebelah ni.


kami makan di sate kajang (tapi bukan di kajang), hj samuri di awan besar, tol kesas tu.. order 20 cucuk, 10 sate ayam, 10 lagi sate daging.. aqil makan banyak!!!! 6 cucuk tau sate ayam. terkejut jugak, tak pelah dah dia nak makan kan. ibu makan la daging yang liat skit tu, termasuk la ayah.. hehe.. dan semalam, dia sangat happy dapat berlari ke sana sini sambil makan sate. kita pulak yang risau takut tercucuk lidi sate tu...

 sekarang ni, kalau nak amik gambar dia, pandangan belakang jek, konon tak nak tengok kamera la tu.. 

si dia berlari-lari sambil bawa payung (semalam hujan).

Hmm.. harga secucuk sate ayam dan daging pun dah 60 sen sebatang. sepinggan nasi himpit dah RM 1.30.. air pulak, amik air kosong je untuk ibu dan aqil air soya.. gitula namanya malas masak tapi nak berjimat.. kalau dah nama makan luar, air soya setin tu pun dah RM 2.30, tak yah komplen banyak la kan.. huhu.. Okeyla, balik ni fikir pulak nak masak apa. ke ada orang nak banje makan luar pulak malam ni? dah gaji kan.. hehehe..

Ok, babai, wassalam
 

harum manis

Assalamualaikum..

Petang semalam, murah rezeki kami :-) dapat makan buah pelam harum manis.. datang dari jauh buah ni, nun dari utara, Perlis mari.. terima kasih orang perlis ye..  dapat jugak kami merasa buah yang dikatakan harum dan manis ni.. memang terbaik dari ladang la wookk.. :-p untuk suami ku penggemar buah pelam/ mangga ni, minta maaf awal2 la yek, syg tunjuk gambar je, orang kasik, kita makan di opis saje.. telan air liur sudah.. hehehe..

 harum manis.. syarat2 dia kat kotak buah tu, nak pastikan dia dah masak, dia mesti bau wangi masa cium tu..
berapa agaknya buah ni sebijik kan? mesti mahal ni..

cantik kan...

yummy!! sedap, harum dan manis..

 acik acik yang suka dapat makan pelam ni.. hehe

me pun nak join jugek... 

tapi kan, hari tu ada kuar berita kata ada buah tiruan harum manis ni.. hmm.. mesti tak sedap kan kalau tiruan.. nak tanam sendiri, tak de tanah pulak.. beli je la.. dulu, kat umah johor memang banyak pokok pelam buah yang panjang2 macam ni.now, dah tinggal sebatang je, pelam epal, kegemaran ku cicah ngan garam.. yang lain, sume dah kena tebang.. 

sekarang ni musim buah pelam kot.. hari tu beli kat tesco pelam chokanan ke apa ntah nama dia, masam gile.. sama jugak dengan water lily.. kemek2 muka sorang2.. haha.. ibu je yang tahan masam, aqil dan ayah tak la kan.. ada lagi dalam peti ais tu mangga jiran sebelah kasi. hehe.. nak tahu apa jadi dengan mangga yang masam2 tu?

selamat dicicah dengan kicap dan gula, letak cili api skit.. budak kecik ni main jilat je kicap tu, tak makan pun mangga masam tu. hehe

ok, babai.. wassalam :-)



 

Tuesday, May 24, 2011

gelagatnya

Assalamualaikum..

Bulan ni agak tak rancak penulisan blog ku.. bukan apa, mungkin banyak keje dan tiada aktiviti baru.. selalunya lah, satu hari ada entry. tapi, bulan ni, satu hari satu entry, kadang tu tiada lansung. Mungkin tak banyak benda yang nak diceritakan.. TAPI, terima kasih banyak2 kepada readers yang baca blog ini dan juga menulis komen even aku rasa macam tak de orang nak baca jek cerita hari berkenaan.. thanks for your support. tanpa anda apalah sangat blog ini.. hehe.. ala2 artis menang award gitu :-)

Okey, now nak story apa ek.. ok.. cite malam tadi.. si kecil ku terjatuh kerusi masa nak makan coklat semalam.. lepas gosok gigi, dia ternampak coklat kat atas kabinet. dia pun macam biasa panjat kerusi nak makan coklat telur tu.. aku ni tengah online ngan adik aku dalam handphone.. tiba2 je dia boleh terjatuh, may be tersalah pijak kerusi, terus kerusi terbalik, dagu dia tersengguk kat kabinet tu.. ingatkan tak de apa2, sekali tengok, mulut dia berdarah.. bila ditelek2, lidah dia yang berdarah!! punya la cuak. dah la ais tak de.. dia tergigit sikit lidah bahagian tepi tu.. banyak juga darah, nasib baik berhenti juga darah tu.. terus masuk tido.. bila ibu kata, mana lidah sakit, dia pun jelir lidah.. sempat juga ibu kasi ubat batuk, konon2 cakap nak kasi lidah baik.. terus dia nganga mulut.. ehehe.. pandai tak ibu saiko anak :-)

Lagi satu kan peel dia, suka nyorok barang!! semalam, aku nampak dia main tuala katak tu.. lepas tu, aku cari punya cari, tak jumpa tuala tu.. hairan betul, kat mana la dia sorok. dalam almari tak de, bawah katil tak, dalam laci tak de.. area main dia dalam bilik tu je.. kat mana la dia sorok budak ni..kang balik nak cari lagi.. ada satu hari tu, aku cari cincin, tak jumpa.. Last2, aku terfikir, dia selalu main duit dalam tabung.. bila aku korek tabung, rupanya cincin tu ada kat dalam tabung. bila buka tabung, macam2 ada.. bateri ada, duit ada, paper klip ada.. huhu.. nak cari remote atau handphone pun satu keje jugak.. kadang geram bila cari tak jumpa.. now dah tahu kat mana. kalau tak dalam kotak mainan dia, mesti dalam bakul beskal dia.. hehe.. lucu la perangai anak ibu ni. bila ditanya buat tak tahu pulak..

Okeyla.. nak pegi makan buah mangga harum manis pulak.. nanti i update ye.. nyum nyum.. :-) sebelum penutup, terima lah gambar segar di pagi hari. dah lama tuan tanah tak interframe sorang2.. hehehehe.. jangan muntah ye :-p wassalam ..





 

Monday, May 23, 2011

lompat si katak lompat

Assalamualaikum..

petang2 ni nak cerita pasal anak bujang ku yang seorangni.. dah 2 tahun 4 bulan dah dia pada 20hb yang lepas... ibu ingat, cuma tak terlarat nak update saje :-) ingat lagi tuala hadiah nek june nya.. tuala katak.. dulu, masa dapat, dia takut.. tapi sekarang, dia dah tak takut lagi.. suka sangat dengan tuala kataknya.. asal mandi je, nak tuala katak.. hehehe...


perkembangan aqil sekarang ni, berat dia menten 11kg je.. tak naik2.. kalau next cek up lagi 3 bulan tak naik juga, takut jatuh ke garisan kuning tu.. lagi kerap la kena gi klinik kan.. dia makan okey, selera je.. semua makan. coklat terutamanya dia suka.. tu yang gigi dia 'cantik' sangat tu..

Pastu, dah lasak kemain.. ada je buat ibu terjerit2.. ibu jerit atau marah, dia tak takut.. tapi, kalau ayah dia naik suara sikit je, mula la dah sedu2.. haih.. senang betul sensitif kalau dengan ayah nya kan.. Aqil juga suka dengar lagu macam2 sekarang ni.. lagu kanak2 la.. so, ayahnya dah download lagu kanak2 dari youtube like twinkle2 little star, wonderpets, chuggington la.. minat terbaru pada ketapi plak.. siap dengan video, asik ulang2 je la tengok video kat laptop..

Hmm.. apa lagi nak cerita ye. kadang tu banyak sangat yang ingat, tapi bila nak tulis, tak tersenarai pulak.. oo.. lupa.. dia, kalau ada makanan, jam tu jugak dia nak habiskan. biasa la budak2 kan, aku dulu pun macam tu.. huhu.. selagi ada benda dalam peti tu like epal ke, vitagen ke, coklat ke, asyik nak buka peti je kejenya.. dah habis pun asyik sebut je..tu lagi pening, mana nak cari tengah malam minta vitagen.. huhu. kadang tu, bukan minum sangat pun, saje nak cucuk2 botol air tu.. 

susu tepung? minum tak? kat rumah dia tak minum.. minum kat nursery je la. tu pun tak tahu la minum habis ke tidak.. tak kisah la, janji dia dapat makan dan minum yang mencukupi, asalkan berkhasiat. kalsium bukan sahaja dari susu tau, boleh didapati dari sumber lain like cheese, coklat dan juga bahan tenusu yang lain..

Lagi?? dia dah pandai ajuk hantu camana.. dia angkat tangan dia sambil jelir2 lidah.. tapi bila ditanya apa tu qil?? harimau tiger :-) 

Okla, time to go back.. kalau ada apa2 yang menarik tertarik lagi i story mori okeh :-) bye. wassalam

p/s: nape ye umur dah 2 tahun lebih air liur masih meleleh2, macam tak dapat nak control air liur tu.. korang camana anak2??

 

i love my family

Assalamualaikum..

Jom baca emel ni.. sesaje nak kongsi ngan kawan2 di pagi hari :-) ni kes tak sempat nak karang ayat, kita cilok jela emel mana2 yang best2 untuk dikongsi bersama :-)

Read this and then reread it. Especially the last part... 

I walked into the grocery store not particularly interested in buying groceries. I wasn't hungry. The pain of losing my husband of 57 years was still too raw. And this grocery store held so many sweet memories. 

He often came with me and almost every time he'd pretend to go off and look for something special. I knew what he was up to. I'd always spot him walking down the aisle with the three yellow roses in his hands. 

He knew I loved yellow roses. With a heart filled with grief, I only wanted to buy my few items and leave, but even grocery shopping was different since he had passed on. 

Shopping for one took time, a little more thought than it had for two. 

Standing by the meat, I searched for the perfect small steak and remembered how he had loved his steak.

Suddenly a woman came beside me. She was blonde, slim and lovely in a soft green pantsuit. I watched as she picked up a large package of T-bones, dropped them in her basket.. Hesitated, and then put them back. She turned to go and once again reached for the pack of steaks. 

She saw me watching her and she smiled. 'My husband loves T-bones, but honestly, at these prices, I don't know.' 

I swallowed the emotion down my throat and met her pale blue eyes. 

'My husband passed away eight days ago,' I told her. Glancing at the package in her hands, I fought to control the tremble in my voice.. 'Buy him the steaks. And cherish every moment you have together.' 

She shook her head and I saw the emotion in her eyes as she placed the package in her basket and wheeled away. 

I turned and pushed my cart across the length of the store to the dairy products. There I stood, trying to decide which size milk I should buy. A Quart, I finally decide ed and moved on to the ice cream. If nothing else, I could always fix myself an ice cream cone.

I placed the ice cream in my cart and looked down the aisle toward the front. I saw first the green suit, then recognized the pretty lady coming towards me. In her arms she carried a package. On her face was the brightest smile! I had ever seen. I would swear a soft halo encircled her blonde hair as she kept walking toward me, her eyes holding mine. 

As she came closer, I saw what she held and tears began misting in my eyes. 'These are for you,' she said and placed three beautiful long stemmed yellow roses in my arms. 'When you go through the line, they will know these are paid for.' She leaned over and placed a gentle kiss on my cheek, then smiled again. I wanted to tell her what she'd done, what the roses meant, but still unable to speak, I watched as she walked away as tears clouded my vision. 

I looked down at the beautiful roses nestled in the green tissue wrapping and found it almost unreal. How did she know? Suddenly the answer seemed so clear. I wasn't alone. 

Oh, you haven't forgotten me, have you? I whispered, with tears in my eyes. He was still with me, and she was his angel. 

Every day be thankful for what you have and who you are. 
(Please read all of this, it is really nice) 

Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings. Thank you, Allah, that I can hear. There are many who are deaf. 

Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible. Thank you, Allah , that I can see. Many are blind. 

Even though I huddle in my bed and put off rising.. Thank you, Allah, that I have the strength to rise. There are many who are bedridden. 

Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned, tempers are short, and my children are so loud. Thank you, Allah, for my family. There are many who are lonely. 

Even though our breakfast table never looks like the picture in magazines and the menu is at times unbalanced. 
Thank you, Allah, for the food we have. There are many who are hungry.

Even though the routine of my job often is monotonous. Thank you, Allah, for the opportunity to work. There are many who have no job. 

Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest. Thank you, Allah, for life. 

p/s : terkenangkan kejadian tanah runtuh di Asrama Anak-anak Yatim di Hulu Hulu Langat. Al-fatihah untuk mereka.. Syurga menantimu di sana.. amiin..





 

Friday, May 20, 2011

terpelecok.. awww...

Assalamualaikum..

Wee.. tengahari baru nak update blog.. hari ni tak kemana2 waktu lunch, duduk di opis saje.. petang semalam, waktu balik keje, kaki ku terpelecok!!!! lalu jatuh dengan slow motion. dah la berdokong si aqil tu.. adoi.. sakit sangat kaki.. tapi bila diurut2, sakitnya di tapak kaki, bukan kat atas tu.. hmm.. nak kata bengkak tak tahu la, camana plak rupa tapak kaki bengkak.. huhu.

Mula2, risau juga. yela, terjatuh time pregnant kan.. alhamdulillah tak de apa2. lagi pun position jatuh tu tak berapa menghentak sangat.. Harap2 tak de apa2. Aqil la ni, sibuk nak berdokong. tambah plak aku pakai kasut apa tu namanya - wedges ke. kasut tebal tu la. memang selalu juga terpelecok kalau pakai kasut tu. tapi kali ni la yang worst, terus hincut.. dengan aqil sekali aku jatuhkan.. huhu. dalam pada jatuh tu, sempat lagi dia berbunyi "nak nenen" .. eee.. rasa nak ketuk2 je budak kecik ni... dah hari ni pakai kasut leper jek..

Pastu, sampai ke hari ni, kaki aku masih hencut lagi. tapak kaki belah kiri tak leh membawa berat badan ni. jadi, bantuan ibu jari dan tumit je la untuk kaki kiri berjalan.. Hari ni aku drive ke opis, sebab pagi tadi pegi klinik untuk minum air gula. bawa keta tu tak de masalah, tak sakit. cuma, bila nak melintas jalan besar ni nak ke bangunan opis, macam apa je. bayangkan orang hencut jalan cepat2 nak lintas jalan.. huhu..

Okey, tadi pagi kan pegi klinik minum air gula kan. resultnya tak dapat lagi sebab klinik tu tak de makmal.. kalau okey, dia tak call. kalau ada masalah, baru dia call dan kena buat BSP.. dua kali kena cucuk, siap ada urat lari lagi. aduii.. air gula tadi tu, memang manis gile, terasa perit tekak ni.. masa aqil dulu, aku boleh selamba je minum air gula tu.. tadi, segelas penuh, minum laju2 sekali ngap je.. pas tu, muka terkulat2.. huhu.. Mulanya hasben aku tunggu, pastu dia dah pegi keje sebab tunggu 2 jam lebih tu lama sangat.. tu la aku pegi sendiri hari ni..

Okeyla.. tu je nak cite.. eh, aku ni sume nak cite kat orang kan.. agaknya dah sampai mana2 dah orang kenal diri ku ini.. dulu tak berapa ramai sangat orang baca blog ni, sekarang pun tak ramai juga tapi bila melihat kepada statistik macam makin naik jek. haha. poyos.. okeyla, selamat berhujung minggu kawan2.. babai.. wassalam..

Thursday, May 19, 2011

Lunatots di Maju Junction

Assalamualaikum..

Hai selamat pagi semua!!! apa nak diceritakan bila kabel handphone ku tertinggal di rumah.. dah 2 hari dah, terlupa nak masukkan balik dalam beg.. okeyla, kita story benda yang memang dah ada dalam pc ni je la.. Minggu lepas, kitorang pegi melawat Lunatots di Maju Junction. dah buka kedai tau kat sini. di tingkat satu. dulu, hanya booth kecil di sebelah Giant..


So, kelmarin kitorang saje survey2.. memang sangat menarik minat la barang2 kat situ. terutamanya CD dia. actually, kalau korang pembaca tegar blog aku ni, aku memang minat sangat nak beli CD lunatots ni, cumanya aku jumpa yang lebih murah lagi. hehe. so ikut kemampuan la kan time tu. sekarang pun kurang mampu juga nak beli, tapi boleh la kumpul sikit dari sekarang kan.. sebab aku memang minat sangat CD dia..

hai CD, apasal la ko cantik2 sangat ni.. geram tau...

Cantik bukan sekadar cantik tau. tapi, CD ni memang sangat lembut!!! sebab tu la dia mahal skit kot.. memang berbeza kalau compare dengan CD brand lain. pada pendapat ku kelebihan CD lunatot ni adalah jenis material nya dan juga warna yang pelbagai.. sangat mengujakan para ibu untuk membeli.. Lagi satu, banyak rupanya aksesori CD ni. ada alas CD juga nak elak stain poo poo dari melekat direct kat CD.. hmm.. fikir RM lagi.. huhu..



Lagi barang2 yang ada dijual adalah alat untuk breasfeed.. memang pelbagai la kan.. mainan baby pun ada, beg susu, beg ibu, beg baby, nursing wear sume la ada... duit je yang belum cukup... Oklah, itu saje sekadar perkongsian untuk kawan2 pada pagi ini.. wassalam.. bye.. have a nice day!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails