Friday, April 29, 2011

microwave punya pasal

Assalamualaikum..

Aku ada satu kisah di opis yang agak kelakar. dah veteren tapi perangai mengalahkan budak2. budak2 pun gelak2 dengar karenah ini orang.. mula mula dia kasi pakai barang yang dikatakan milik nya bersama. maklumlah, dah senior.. banyaklah harta yang korang kumpul dari zaman dulu kala. bila orang dah pindah randah, asyik bertukar, ko claim la barang ni korang yang punya..

okey fine. oleh kerana kami pun masih baru di floor ni, kami ikut je la karenah makcik ni. ceritanya begini. hari tu, masa kecoh2 audit nak datang, ada satu microwave yang diletakkan di stor. oleh kerana tak mau di NCR, kami pun tolong la angkat letakkan kat pantry. dia kata, pakai la kalau korang nak pakai.. oleh kerana kami duduk kat area2 pantry, macam kitorang je la yang pakai pantry tu kan. dia tak pakai pun, sebab lokasi tempat duduk dia jauh nak ke pantry..

pada satu hari, diorang ni pakai la microwave tu, makcik ni tak de pada hari tu.. ni mesti kes ada orang ngadu budak2 ni buat masak2.. pastu, tadi, dengan sorong troli kata nak angkat microwave ni ke tempat nya, nak panaskan lauk.. aik, apasal tak bawa lauk panaskan kat sini??? nampak sangat nak amik balik..

adoi.. heran betul. tak kasi pakai cakapla.. atau buat peraturan ke apa kan. kitorang pun dah besar2, kalau rosak ke apa ke, kitorang bayar la balik kos mentenen tu.. kang esok lusa ko angkut la segala peti ais ke, periuk nasi  ye.. yela, korang punya kan.. last2, time aku nak solat, aku nampak dia letak kat meja dia.. buat satu pantry baru gitu.. adoi, sedih perangai dah tua2 masih tak sedar diri...

dah.. buat bai berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. babai!! wassalam


 

face expression..

Assalamualaikum..

Dah petang2 ni kan, semangat kerja terus macam baeekk punya.. :-p meh la ngadap muka anak bujang ku di petang hari ni.. ada 3 hari free boleh melayan anakanda terchenta.. 3 hari ni juga nak kasi dia minum susu mamamamamama dutch lady tu.. hehe..


face expression by aqil.. saje je ibu turunkan rambut dia.. comel tak ?? hehe.. macam cepat panjang la pulak rambut dia.. macam 2 bulan lepas baru je potong.. nak kasi botak macam kesian pulak. tapi memang rambut / kepala dia bau masham even dah syampoo..  kuat peluh budak kecik ni. sekolah nanti camana la, mesti belengas je, bau bucuk :-)

Pagi2 sekarang ni, susah betul dia nak bangun. selalu aku memang salinkan pampers dia.. tapi sekarang ni, dia tak kasi salin pampers dia pagi2 tu, ngamuk2 la.. terpaksa la angkut gi nursery..  oleh itu, sebelum tido kena salin jugak pampers dia supaya esok pagi tak de la lencun.. tido pulak dah pandai berdengkur, menurun sape la ni.. hehe.. dah angkat dari tido pun masih tido lagi di bahu ibu.. tapi mulut sebut "honey star".. okey, itu memang bekalan dia pagi2..

Okeyla, itu saje ending blog untuk hari ni.. selamat bercuti kawan2.. selamat hari pekerja.. take care ye!!!! babai. wassalam..

p/s: balik nak tengok wedding of the year prince william and kate.. malam, tengok maharaja lawak pulak..  ada juga aktiviti malam ni yek :-)

entry bosan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. apa plan hari ni? tak de plan, nak gi Sogo pun macam tak best jek. floor kanak2 tengah renovate. tapi kan, lately la, pintu hati aku ni macam dah ditutup supaya tidak bershopping.. apasal ek.. bila tengok barang sume macam tak kenan jek.. huhu..

Okey.. weekend ni cuti kan.. cuti tiga hari pulak tu.. korang gi mana cuti panjang ni? aku tak pegi mana2 pun.. kesian tak? huhu.. ingatkan nak balik kluang, tapi orang kluang sume pegi langkawi. ada rombongan ke langkawi, satu bas pegi. hari tu ayah ada la pelawa nak cukupkan tempat lagi 2 orang, tapi bila memikirkan perjalanan yang panjang dalam bas selatan ke utara, dengan budak kecik lagi, mesti tak siok kan.. lagi pulak, dah ada plan nak pegi pulau tioman bulan 6 nanti, jadi, man man la skit kan.. aku ni bukan la pencetak wang.. hehe..

kepada adikku wakilkan tolong cakap kat mama, jangan lupa bawa balik ole2 dari langkawi okey!! ni kirim ayak liuq jek.. haha.. Take care di sana. semoga selamat pergi dan selamat kembali... 

dan tengahari ni, aku masih tak de mood nak ke mana2.. benci2 tak tahu kenapa. dah. babai. wassalam




Thursday, April 28, 2011

idea untuk dinner

Assalamualaikum..

Again, saya kembali.. :-) ni dah petang2 macam ni kan, sure mencari idea nak masak apa balik karang kan.. okey, jangan pening2 kepala. meh nak kasi idea. cait, macam pakar masakan la pulak.. kekekeke..

malam kelmarin:
ikan goreng untuk aqil
sambal getuk untuk ibu aqil - ambil resepi dari kak alina dan sudah buat berulang kali, i like :-)
sup sayur letak isi ayam untuk seisi keluarga. ironi nya, sup sayur malam tu sedap..:-)
telur dadar campur cili api untuk ayah aqil

untuk malam tadi pulak:

udang masak lemak cili api campur dengan kacang panjang dan PETAI.
apasal pulak letak petai? ni resepi mak mertua den..bagi peminat petai, memang best :-)
suami pulak kata, sedap gulai lemak ku ini (jarang ye masak gulai lemak sebab mak dia lagi terer masak- ni kes tak nak kalah dengan mak mertua. hehe)

yang kedua pulak:
ikan kerapu tiga rasa. ceh, nak juga tiga rasa. padahal apa yang tiga rasanya?
masam manis masin. itu ke tiga rasa? hehe..
ok jugak. sedap tapi sayangnya hiasan2 tu tak habis makan.
 banyak sangat lauk berat malam tadi. 2 lauk pun tak habis, udang simpan dalam peti, balik panaskan saje.

ha.. ni apa kes plak ni?? jangan biarkan makan malam anda dicemari dengan tangisan anak anda!!! orang tengah lapar, dia sibuk nak ajak ibu baring nak nenen. ibu sekarang ni kalau lapar, tak boleh bertangguh. siap la aqil kena marah dengan ayah.. sian dia.. ayah pulak, kalau marah macam orang naik hantu. sabar je la, orang tengah lapar memang macam tu. eh, macam pantun pulak :-p

okey, dah.. selamat memasak!! babai. wassalam :-)



 

7 week

Assalamualaikum...

Hai hai hai!! Rindu sama penulisan saya kah? hehe.. perasan je lebih. sori, hari ni baru masuk opis. bos pun tak de. so, aku sempat la pegi klinik nak buat pengesahan.. dari minggu ke minggu asyik tertangguh je, so hari ni kuatkan semangat pegi jugak, walaupun sejam setengah menunggu.. lama betul tunggu padahal orang yang menunggu tu 7 orang jek. tak pelah..

Dan hasilnya bagaimana? Alhamdulillah dah scan, memang nampak la. tapi janin masih kecil lagi, dah ada denyut jantung, hampir 7 minggu tapi belum masuk 7 minggu lagi.. kalau nak scan lagi, tunggu sebulan lagi.. due date kalau menjadi insya-Allah tahun ni juga. baby 2011.. hehe.. 19/12/2011..

Doktor tu memang baik la kan, tanya apa saje pun dia ramah menjawab. aku cakaplah aku breasfeed lagi.. dia kata tak de masalah nak breastfeed while pregnat (yes, i knew it before) , tapi janin dalam perut tu memang bergantung 100% pada ibunya. kalau anak yang dah 2 tahun, dia ada makanan lain untuk di makan. so, ibu kalau nak bf lagi boleh, tapi kena makan banyak dan makan makanan yang berkhasiat!! sebab yang luar nak, yang dalam pun lagi la nak makan kan.. Doktor kata dah 2 tahun 3 bulan, better stop, karang payah nak hentikan.. kalau anak tu bawah setahun, memang doktor tak kisah untuk teruskan becoz he deserve the best milk. Untuk aqil pulak, aku dah beli susu dutch lady. tak tahu la dia suka ke tak.. huhu..

Aku pun nak step by step la hentikan aqil.. tapi, aku berdoa dan berharap dia akan berhenti dengan sendiri.. by now, aku dah lega sikit la dah jumpa doctor. selalu aku ni suka fikir bukan2. ke ibu yang mengandung memang suka fikir bukan2?? huhu.. mimpi malam tadi  mimpi makan burger okey.. mimpi makan burger kat taman permata abang van tu.. huhu.. sampai laki aku dah habis mandi pun aku tak bangun lagi.

Okeyla, nanti sambung lagi.. babai.. wassalam..

Wednesday, April 27, 2011

kursus tamat

Assalamualaikum..

Sehari menyepi kerana berkursus..nak cukupkan 7 hari punya pasal, now baru ada 3 hari setengah.. kena pegi lagi kursus ni.. tak sempat nak auto publish apa2 cerita.. ingatkan dapat wifi free kat dalam bilik kursus, rupanya diaorang pun dah blocked, semalam je dapat, hari ni yilek... may be nampak peserta kursus duk main handphone je kan.. huhu.. main tenet sebab nak tengok emel opis, bukan nak tengok benda lain pong.. hehe..

Okeyla, never mind.. tomorrow i will blogging as usual.. insya-Allah.. Jika tiada kesibukan di opis la kan.. okeyla, itu je. babai..

p/s: sori lately agak sibuk tak sempat nak reply komen korang satu2.. nanti jika ada masa terluang, akan ku balas satu persatu okey.. tq juga pada yang sudi visit this blog dan jadi follower saya. sangat2 menghargainya..

 

Tuesday, April 26, 2011

Restoran Saba, Cyberjaya

Assalamualaikum..

Sambungan entry weekend lagi.. Oleh kerana ayahnda ku tak dapat makan nasi arab, siang hari tu, sebelum diorang balik Johor, ayah decide nak pegi balik makan nasi arab tu.. aku plak, ingatkan tak dapat join sebab hasben aku dah datang amik.. sekali tu, dia okey, maknanya dapat la aku gi jalan2 dengan family dan makan sekali.. yeay!!

So, google2 tengok2 dia buka pukul 1 tengahari.. sebelum tu, kitorang pegi alamanda dulu.. jalan2 kejap.. pastu terus ke cyberjaya.. Aqil pulak meragam hari tu. dari malam sampai la ke hari tu dia nak Ibu jek.. adoi. geram betul.. ni baru starting meragam kot..

Sampai2 jek, keta penuh lagi!!! tapi tak seteruk malam tadi.. masuk2, alhamdulillah ada kosong.. memang rezeki ayah aku la nak rasa nasi arab ni.. ok, jom layan picture makan2..

 makan ye.. muka masing tengah lapar dan keadaan agak kecoh ye pada ketika ini :-p

 aqil aqil.. nasib la ko dapat ibu penyabar ni..:-p  layan je la anak mu ini...

 ayahnda tengah kira duit.. hehe.. terima kasih ayah.. moga murah rezeki selalu...

 posing dulu sebelum balik....

 saba restaurant

 range of price..

kami order hanith, mandi dan kabsah. ada lamb dan juga chicken..

Kami amik 4 set nasi. 2 set kambing dan 2 set ayam.. semuanya lembut2 belaka.. nyum nyum... bagi yang pertama kali rasa, memang nak rasa nasi la kan, tapi next time kami nak rasa western pulak.. macam best je tengok western arab tu.. hehe.. total untuk kami lunch 8 orang dalam RM 152.00.. rasanya okey la tu kan.. aku siap bawa balik tapau nasi tak habis tu.. malam hangatkan je, makan lagi, rasa tak cukup pulak.. hehe.. arghh.. tiba2 rasa lapar pulak..

Okey la.. till now.. habis dah cite weekend aku.. babai.. wassalam

 

Monday, April 25, 2011

tragedi malam sabtu

Assalamualaikum..

cerita hujung minggu tidak berakhir di situ sahaja :-) ok, kali ni aku sambung balik cerita weekend ku.. kan aku kata tak tido umah ida kan?? ha... nak tahu apa terjadi?? ada hikmah di sebaliknya okey..

Sabtu malam tu, ayahanda ku berhajat nak makan nasi arab.. mula2 tu dia nak belanja satay kajang, tapi sume macam cebik2 je tak nak.. huhu.. yela, konon2 nak bungkus makan sambil tengok AF.. last2, tuan rumah decide jom makan kat restoran Saba, Cyber jaya..

So, lepas maghrib, berangkatlah kami dua kereta. yela, aku kan nak balik umah lepas tu.. sedih tak dapat join tido sekali.. huhu.. Dahla jauh nak ke cyberjaya dari kajang tu, dalam setengah jam gitu. tu dah kira dekat la kan, cer kalau dari umah aku kat ampang, memang kebulur la dalam keta tu.. sampai2 je sana, sekali tu FULL HOUSE sampai ke tangga orang beratur.. huh. frust betul.. Pastu, berenti tepi jalan, ada la bagi cadangan lain, tak nak2 sume dah lapar, nak makan kedai yang terdekat jugak. huhu.. sekali tu, pegi la ayam penyet kat cyberjaya tu.. makanlah dengan lahapnya.. huhu..

Pastu, salam2 peluk cium sume, babai.. i nak balik dah.. huhu.. jalan la kami berasingan.. dah nak sampai tol kajang tu, tiba2, POOMM.. aku ingatkan laki aku langgar orang.. huwaaa.. rupanya tayar keta kami pecah, bahagian belakang kanan.. cepat2 call abang ipar aku, nasib baik diorang belum lepas simpang ke kl.. datang la ramai2 tolong..

haihh.. kesian sangat kat laki aku la. peluh mencurah2 dia buka tayar. tayar pecah dah settle buka, tinggal tayar spare je tak dapat buka.. dah puas godek2 tapi tak berjaya juga buka..

 proses membuka tayar spare...

 aku pulak menumpang keta ayah.. sian sume orang dah ngantuk.. aqil je la melayan game..

 mencari solution..

ni lah tayar yang pecah tu, siap sompek lagi rim dia..

last2, kami tinggalkan laki aku sorang2 tepi tol kajang tu, lagi pun dalam keta ada budak2 kecik dan wanita2 yang lemah ni.. hehe.. kesian pulak bila kena tinggal. tapi dalam masa yang sama dia tengah tunggu kawan dia dari putrajaya datang tolong.. 

Finally, dah nak dekat kul 12, (tayar pecah dalam pukul 10.30 mlm), dapat call dari hasben aku, kata dah ok,  tapi aku decide nak tido umah adik aku la, sebab aqil pun dah tido.. huhu.. tu jela kisah kami malam tu.. to be continue, ada lagi cerita menarik.... :-p

cerita awal minggu

Assalamualaikum..

Hari ni slow motion sikit.. biasala monday blues. dengan aku yang asyik terbersin je tak henti.. dugaan betul.. mudah-mudahan terampun dosa2 kecil ku.. ingatkan nak gi klinik tadi, tapi doktor tak de, tak sihat.. huhu.. cari klinik lain la untuk cek pregnancy..

Hari ni pagi2 sume macam sibuk je la. aku biasa la buat keje sendiri.. esok nak pergi kursus 2 hari.. jadi kena settlekan cepat2 apa yang tertangguh.. kursus kat sini je, tapi still bukan area opis ni la.. hari ni juga, aku mencari klinik kerajaan apa yang berdekatan dengan rumah aku. klinik ibu anak ni, bukan senang2 nak pegi situ sini. mesti dalam daerah kita juga, even umah ko sebelah klinik, tapi kalau dah masuk mukim lain, pegi la klinik yang jauh tu... untuk buka buku merah. yela, pregnant bukan selalu pun kan, tak ingat dah prosedur camana.. hehe..

Aku ingatkan aku kena klinik ibu dan anak kg pandan, rupanya klinik cheras baru sinun.. tapi, dekat jugaklah dengan rumah. siap tanya alamat rumah lagi nak pastikan aku termasuk dalam kawasan dia...bila dah buka buku merah tu dalam daerah kita, barula boleh pegi klinik kerajaan yang lain yang berdekatan dengan opis ke.. gitu..

Benda2 yang dia suruh bawa adalah IC, bil air atau bil api, surat nikah, gambar scan baby.. gambar scan baby tu yang belum ada lagi.. aku tanya bila saya perlu ke sana? dah berapa minggu? baru nak masuk 7 minggu kot.. boleh, datang saje secepat mungkin before 3 bulan, lagi awal lagi bagus, datang pagi2 sebab boleh amik darah sekali.. oo, gitu pulak.. sebab pengalaman lepas aku, kalau datang awal2 macam lama lagi je appointment dia..

Keadaan aku sekarang, alhamdulillah.. tak de la mabuk.. masa aqil dulu pun tak mabuk. tapi, kalau pagi2, aku ada sedikit berangin.. sentiasa sendawa je la.. tapi, simptom yang sama dengan aqil ialah aku akan selsema untuk trimester yang pertama ni.. so, kawan2 sila dengar aku bersin dan selsema ye selama tiga bulan ni. hehehe.. pagi2 pulak, memang lapar je la, tak tahu la perasaan aku ke atau memang aku ni jenis kuat makan :-p

Adik aku dah kasi asid folik dan iron tablet. hari ni baru aku stat makan.. hehe..  okeyla.. actually aku nak cite benda lain, tapi benda lain plak jadinya.. hehe.. wassalam..

Saturday, April 23, 2011

kenangan bersama AF

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak tulis entry ni.. hehe.. saje saje sebagai kenangan kan.. Actually aku ni adalah peminat tegar AF di mana aku menjadi penonton setia sejak dari AF 1 sehinggalah AF 9.. bayangkan dah berapa tahun, dari zaman belajar sampai la dah beranak satu.. huhu.. nak kuar jalan2 pun kena set hari sabtu malam, kena duduk rumah je sebab nak tengok AF.. hehe

Masa zaman AF 1, aku tak sempat tengok live, sebab masa tu belum kenal lagi program apakah ini.. yang dapat aku tonton adalah siaran ulangan.. sampailah AF 2, asyik menumpang tengok rumah orang dan suka nak pergi rumah orang itu sebab rumah dia ada astro.. haha.. bila dah masuk AF 3, masa tu zaman mawi, rumah mak aku kat kluang belum ada astro lagi, pun sama, kalau tak menumpang rumah orang, kitorang pegi tengok kat kedai makan.. haha..

Mak aku pun sama naik nak tengok mawi..temankanlah anak dia ni tengok mawi kat warong yang pasang cite AF ni.. Berlakon order mee goreng padahal tak de lapar sangat.. makan pulak tu laju semacam je, sampai mak aku tegur, pelan2 sikit makan, lambat lagi mawi nak kuar ni.. hehehe.. malu plak bila kat warong, orang lain dah bersilih ganti, tapi kami tetap di meja yang sama.. hehe..

masa tu, kami 3 beranak je yang layan.. pastu, bila dah habis mawi, kitorang pun balik umah. cari2 mana pulak ayah ni.. rupanya ayah pegi tengok AF kat umah jiran.. punyala penuh pakcik makcik kat umah jiran aku tu duk tengok AF.. sampaikan makcik2 ni pun kalau time beli ikan, boleh plak bercerita / jadi pengkritik, pitching segala bagai tu sume dah tahu..hehe.. tak lama kemudian, ayah aku pun decide pasang astro.. so tak de la kitorang menumpang lagi kat mana2 nak tengok tv.. hehe.. masa time mawi je la, aku asyik duk beli majalah AKSI tu, sekarang tidak lagi.. hehe.. 

sampaila sekarang, AF yang sentiasa ada naik turun tetapi tetap melekat di hati penonton. agaknya memang kriteria peserta AF ni bukan la yang power2 sangat sebab diorang nak asah dan gilap menjadi seorang bintang.. tapi, sekarang pun, banyak je yang dah kelaut, beberapa orang je yang berjaya..

okey la, tu je yang aku nak kongsi kenangan aku.. menonton hanya sekadar hiburan dan memenuhkan masa lapang pada hujung minggu bersama keluarga..hehe.. 

dari: peminat setia AF :-)




3 ketul penghibur weekend

Assalamualaikum..

Hari ni , Sabtu, berkumpul di rumah adikku di kajang.. parents datang sini tapi kali ni tido rumah adik aku plak.. tapi, sayangnya aku tak dapat la join tido sini ramai2.. huhu.. kena balik rumah malam ni.. spoil betul. huhu...

Aktiviti di kajang adalah melepak kat umah ida jek... mungkin ayah belanja satay kajang tapi kitorang decide nak tapau je la sebab nak tengok AF.. haha.. jimat pun jimat kan, tak yah order air dan side food yang lain.. yela, aku lum gaji lagi, nak makan lebih2 adalah kesian.. haha..

okey, mari lihat beberapa keping picture kanak2 yang meriuhkan suasana perhimpunan keluarga ini.. 3 ketul je kanak2 itu. hehe..

eh, dua ketul je la.. sorang lagi dah fingsan..  

okey, will update later ye.. happy weekend all my friends!!


Friday, April 22, 2011

siput sedut

Assalamualaikum..

Lunch makan apa? aku makan ini!!! siput sedut.. hehe.. ingatkan macam malas nak makan tengahari, tapi bila dengar kawan sebelah aku ni cot cet cot cet menyedut siput, terus aku turun giant gi beli makanan.. hehe.. oo.. hari ni tak pegi mana2, sebab keje banyak dan tak de ongkos nak merapu ntah apa2..:-)

bersepah aku makan yek.. hehe.. tak lawo lansung.. hehe..

peminat siput sedut ke?? hmm tak de la minat sangat tapi kalau ada kat kedai makan, aku amik juga skit nak rasa.. hehe.. sidut sedut ni selalu aku jumpa mesti masak lemak cili api. tak pernah lagi masak resepi lain macam sambal ke.. aku pulak, tak de le reti nak masak siput sedut ni.. tak pernah masak pun.. tahu makan jek.. hehe

siput sedut ni kalau nak makan, kena buang yang bulat2 tu.. ntah apa nama dia. macam sisik tu. kalau termasuk dalam mulut, memang dia melekat je kat langit2 kita atau pun kat gigi kita yang suci bersih tu.. haha.. tu nasib baik la kan, cer kalau dia lekat kat dinding tekak?? mesti memekak je nak keluarkan sisik tu kan..

Lagi satu, isi siput sedut ni, lain macam skit rupanya. kalau ada setengah orang, geli nak makan. tapi aku okey je la.. apa khasiatnya siput sedut ni?? tak tahu la, may be banyak protein kot.. hehe. kalau time bulan puasa dulu, laki aku bising beli siput sedut sebab isinya sikit jek.. yelah, kepuasan makannya adalah dengan menyedut, bukan la sedap sangat isi nya.. huhu.. kalau nak makan ngan pakwe, hhilanglah keayuannya kerana bising menyedut. hehe.. takkan nak pecahkan pakai playar macam makan ketam pulak.. hehe.. sudah, merapu je lebih.. 

oklah, time's up.. gonna continue my work. bye.. wassalam..



 

salam jumaat

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari jumaat.. busy lagi wei.. pagi2 dah diskas2.. esok plak kemungkinan kena keje juga.. tapi aku harap aku tak pegi la kan.. huhu.. my parents datang sini, tapi tido umah adik aku kat kajang.. so, kitorang nak get together la dah parents aku datang, takkan kena pegi keje.. huwaaaa.... 

okey okey.. saje je nak menceceh kat sini.. kang korang rindu kat aku plak.. hehe.. mood blogging masih ada okey, cuma busy sangat. kat umah tak boleh nak lama2 depan pc.. main fb pun sambil baring sebab nak nenenkan aqil.. tu yang kadang slow je aku nak komen2 kat post orang.. huhu... aku ada dapat satu keje dari nuffnang.. assignment ke? ntah le.. dia kasi emel suh aku buat entry pasal nestle tapi churp churp punya iklan.. itu pun aku tak sempat buat lagi. cost per click 20 sen to 40 sen.. kat opis ni bukan boleh buka churp churp, so tak dapat la buat lagi entry tu.. tunggu malam la.. tapi, aku pun tak sure bila masa aku sign up churp churp ni.. ada la dulu aku main2 sign up, tapi macam tak habis je sign up aku tu.. tiba2 plak boleh terdaftar dengan sendiri nya..

okeyla, korang layan je la ye bebelan ku ini.. hehe. salam hari jumaat. babai....



 

Thursday, April 21, 2011

end of journey-pumping session

Assalamualaikum..

Mengambil kesempatan di celah-celah kesibukan pada hari ini :-) tengah tunggu feedback orang ni.. hmm.. sabar je la, tak leh stress sangat okey.. yang pergi meeting lagi stress kot.. huhu..

Okey, semalam, ada kerja urgent yang kena buat. sampaikan diarah untuk stayback di opis.. tapi aku balik pukul 5.30 jugak sebab fikirkan aqil demam.. aku bawa balik juga keje kat umah.. bila kat rumah, dapat buat sikit2 je, sebab si kecik tu nak nenen la, nak kacau ibu pakai laptop nak tengok ultramen.. huhu.. nasib baik task yang aku amik tu sikit je compare dengan orang lain.. pas tu, suami ku yang tercinta tolong key in data sambil aku nenenkan aqil.. hehe.. tq abang.. kadang rasa bagus juga pregnant ni kan.. hehehehe...

so, sampai la malam tadi konon nak tido kan aqil nak bangun balik. depan tv je pun kitorang tido.. last2, amik ko, tertido sampai pukul 6 pagi depan tv.. sakit2 badan aku ni.. tu la aku ni bukan boleh tido kejap2, terus tido.. mula menggelabah buat keje pagi2 buta tu kan.. so, pagi ni kerja aku dah settle sikit..

Hari ni, berakhirlah program pengepaman di opis.. rasa lain je bila tak bawa beg bulat tu, rasa semacam je bila aku stop pam.. hmm.. bercampur baur perasaan tu.. selepas balik dari meeting di johor tu, aku memang dah slow kan pumping session. bukan apa, memang dah nak stop pam. aqil pun dah 2 tahun lebih.. boleh la berhentikan dia.. susu ada lagi, tapi kalau dua kali pam dapatlah 2 botol.. bukan tak percaya pada tandem nursing, tapi aku rasa aku tak kuat untuk itu dan aqil pulak dah mengecapi kenikmatan susu ibu lebih dari 2 tahun.. Aku rasa biarlah aqil bergayut waktu aku ada disisinya. so, no pumping session anymore.. 

Untuk memberhentikan penyusuan aqil pulak, aku rasa better la dia stop sendiri. aku percaya pada rasa susu ibu akan berubah semasa pregnant iaitu lebih masin.. dan mungkin kuantiti susu itu akan berkurangan.. sekarang ni, aqil menghabiskan stok2 susu ibu yang tinggal tak sampai 20 botol.. pening pulak fikirkan susu untuk membesarnya brand apakah yang elok dan murah?? hehe.. 

penyususan semasa hamil boleh refer cerita puan suraya & lunatots iaitu tandem nursing dan nursing while pregnant. tidak dilupakan info untukku dari puan farah sarakids di sini.

Nanti free, akan ku study balik info2 tersebut..


p/s: asyik tertengok2 jam je nak pam, padahal lupa dah berhenti pam.. sedih rasanya.. 

 

Wednesday, April 20, 2011

aqil demam lagi

Assalamualaikum..

Hari ni aku masuk lambat sangat. 8.45 pagi.. nak tahu kenapa?? malam tadi, budak aqil tu demam muntah muntah.. sian dia.. aku tido dalam kul 10 lebih, bangun dalam pukul 1 sebab dia dah muntah selambak.. baru je ibu tukar cadar weekend lepas.. suka tau aqil ni.. kalau tak pampers bocor, aqil muntah pulak ye.. siap la lepas ni bau muntah je satu bilik.. sian, dua kali dia muntah..

Malam tadi dinner, banyak juga la dia makan.. habis keluar semua ikut mulut, ikut hidung.. aqil jarang muntah sebenarnya.. sian dia.. panas dia dalam 38.3 pagi tadi.. Ibu bekalkan air masak, ubat demam untuk aqil.. sian aqil, malam tadi asyik minta minum air masak je.. hari ni ibu keje, busy sangat sayang..

Jadi, aku terlajak bangun la sebab malam tadi asyik berjaga.. harap aqil cepat baik ye.. tak mo demam lama2, macam hari tu, sehari je dia dah baik.. Ibu sayang aqil.. babai.. wassalam


 

Tuesday, April 19, 2011

baju comel dah pakai

Assalamualaikum..

Hari tu, ibu belikan aqil baju tido baru kan.. meh sini nak tunjuk kat blog.. mesti aunty yat tunggu nih nak tengok.. hehe.. taraa...

 ni baju elephant... cantik sangat aqil pakai, tapi aku tengok ni  baju gegel ke boboi?? 
hehe.. confius jap..



ni pulak baju lori.. cantik juga.. dua malam berturut turut pakai baju baru jek.. asyik tunjuk lori kat baju dia je la kejenya.. hehe..

material kainnya memang lembut.. sejuk je anak pakai.. tak de belengas je aku tengok si aqil ni kalau peluh2.. hehe..  baju untuk omak tak jual ke?? hehe.. baju jenis ni memang cutting slim.. actually aqil pakai memang nampak slim, tapi, okey la sebab kain dia stretchable.. basuh pun pakai tangan.. mula2 je nak jaga kan, lama2  ibu sumbat mesin jugak.. hehe.. kalau berminat, boleh la jengah ke blogshop ini.. harganya lebih murah dari kedai biasa.. jemputla singgah cuci mata.. hehe..

okey.. babai.. wassalam

p/s: terima kasih banyak2 kepada kawan kawan yang mengucapkan tahniah dan mendoakan diri ku.. moga doa2 kebaikan korang di makbulkan Allah dan hope lepas ni turn korang pulak.. hehe

 

two line

Assalamualaikum..

Sebagai pembuka bicara hari ni.. hmm.. nak cakap apa ye?? adakah terlalu awal untuk dikongsi bersama??  biarlah gambar ini menceritakan segalanya...

it's two line :-) smile....

aku ni memang tak tahan nak simpan2 rahsia ni.. konon2 nak wat macam orang lain, diam2 kan, tapi tak boleh juga.. hehe.. tu kan, dua line.. tapi semalam, sebab dah excited sangat sampai lupa nak baca instruction dia two line tu pregnant ke tak?? huhu.. tapi aku agak2 berdasarkan pengalaman aku, ye la kot.. aku dah buang kertas manual tu..hehe.. 

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan pemberian Allah.. masih terlalu awal untuk gembira2 sangat. aku ingat lagi pesan mak aku masa pregnant pertama kali, "jangan suka suka sangat"..(tup tup aku gugur lepas tu) yelah, aku biasa2 je kali ni.. tapi mana boleh biasa2 kan.. aku adalah aku.. huhu..

aku belum pergi klinik lagi untuk pengesahan.. minggu depan la aku pegi, time gaji.. hehe.. upps lupa nak cite.. aku lewat kalau hari ni dah 7 hari la, patut dia datang 12hb.. kalau ikutkan, aku malas nak pegi beli la tester tu kan, tapi, aku adalah aku.. tak sabar okey.. semalam adalah hari pening2 aku. time nak bangun sujud, pusing betul kepala ni.. terpaksa duduk antara dua sujud tu lama sikit.. aku ingatkan aku makan pucuk ubi, rupanya betul la dia nak jadi..

So kawan2, doakan pregnancy aku untuk anak ke dua ni menjadi ye.. Moga rahim ku kuat  untuk menampung kandungan awal ku ini... Doakan aku dan janin ku ini sihat, sempurna tubuh badannya zahir dan  batin, selamat dilahirkan.. amiin...

Monday, April 18, 2011

new niece : Batrisya Qaisara

Assalamualaikum..

Intoducing my new niece :-) Batrisya Qaisara ... born on 36 week, 14th April 2011 via ceaser at Hospital Pusrawi Kajang.. Baby weight 3.65kg.. comel sangat.. tembam.. ni anak sedara hasben aku.. cucu ke 14 keluarga mertua..

 tido je masa kitorang datang...

ni abang dia, arrash.. jarang cerita pasal dia sebab jarang jumpa.. dari mak nya pregnant sampai la dah melahirkan baru kami jumpa.. lama giler tak jumpa kan.. dah sepasang dah biras aku dapat.. dah 'ikat' dah pun.. hehe..

ok.. tu je nak celah2 main blog hari ni :-)
bye.


p/s: ibu aqil pun rasa pening2 dari semalam sampai hari ni.. mungkinkah?? hehe..

 

saya ada sekretari

Assalamualaikum..

Hari ni nak concentrate pada minit mesyuarat sahaja.. jadi, sibuk sikit. harap tiada gangguan sepanjang hari.. ingatkan nak buat kat rumah, dapat la dengar sejam pertama.. last2 tutup laptop sebab aqil merengek2.. huhu.. bila dia bangun pagi, dia pulak amik alih headphone ibu.. hehe.. okey, kang bila dah letih buat minit ni, aku corat coret lagi ye..



p/s: today 18/4/2011 anniversary my parent yang ke 31. happy anniversary mama ayah.. moga bahagia ke akhir hayat..

 

Saturday, April 16, 2011

weekend yang santai

Assalamualaikum..

Asal weekend je, blog senyap sunyi.. hehe.. busy dengan urusan rumah tangga.. ni baru je lepas tengok AF.. Aqil pun dah tido, baru la senang nak buat keje apa yang aku rasa nak buat.. hehe.. hari ni tak pegi mana mana.. lepak di umah saje.. esok baru la nak melawat biras ku yang baru sahaja melahirkan anak.. Kain semua dah settle basuh hari ni kecuali yang perlukan cucian tangan belum settle lagi.. tapi, cuaca pagi tadi hujan, so kain sume sidai dalam rumah saje.. Insya-Allah tak hapak.. pengalaman ku sidai kain dalam rumah, tak pernah lagi bau busuk.. may be cara sidaian, sabun yang digunakan dan pengudaraan bilik tu perlu betul kot.. hehe..

Okey, petang tadi murah rezeki.. jiran ku ajak birthday party cucu sedaranya.. kenyang la kami anak beranak.. siap dapat bawa balik kek coklat dan pulut kuning lagi.. so, dinner tadi tak perlulah masak sebab lauk tengahari berbaki banyak dan tapau kek serta pulut kuning yang perlu dimakan... hehe.. budak aqil plak, hari ni terlalu aktif, tido hanya sekali jek tengahari tadi.. may be terlebih gula dalam badan, tu yang tak reti duduk diam tu.. huhu..

Okeyla, sampai sini sahaja aku memenuhkan ruang kosong hujung minggu di blog ku.. babai.. wassalam..



 

Friday, April 15, 2011

baju baju comel

Assalamualaikum..

Semalam beli baju aqil, online.. dari blogshop ini.. kawan lama neh... selalu beli baju kat SOGO, tapi lama2 makin boring plak.. asyik baju sama je kan.. apa kata kali ni beli online pulak.. hehe.. so, dapat la baju aqil 2 helai, baju tido lagi.. bila plak ibu nak beli baju siang aqil ni? tunggu la, tunggu nak raya nanti.. hehe

 comel sangat!! tapi agak slim.. insya-Allah aqil muat kot sebab kain dia strectchable..
elephant auumm.... :-)

pastu, lunch tadi, aku gi SOGO.. saje je la kan konon nak round.. pastu teringat plak biras aku, kakak ipar suami aku dah melahirkan baby girl.. so, belikan lah baju gegel ni.. comel betul baju anak2 pompuan ni kan.. tapi, baby gegel ni kalau pakai baju2 gaun ni, nampak macam budak besar jek.. hehe . habisla kalau dapat anak pompuan, bersoping sakan je la.. 

 cute sangat...

dan untuk aqil, ibu belikan buku untuk kaler2 ye.. tak tahu la dah sampai standard aqil ke belum buku ni.. harap tak jadi belacan.. ingatkan nak beli dia water colour dan buku lukisan A3, tapi water colour tu aku tak jumpa plak yang non toxid atau yang safe untuk kanak2.. any idea brand apa kalau korang dah pernah beli?? sajela nak kasi dia main conteng2 daripada duk merambu hujung minggu kat soping kompleks. haha.. 

okeyla.. selamat hujung minggu semua kawan2.. babai.. wassalam




sudah melanggan

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat kawan2.. hari ni aku datang lambat, sangat lambat.. 8.34 pagi baru punch.. ni sume gara2 terlajak bangun, tak dengar jam bunyi, tahu2 hari dah cerah.. 

Ok, semalam dengan rasminya aku kami dah melanggan pakej mustika dari astro.. ni semua gara2 nak tengok Maharaja Lawak.!! kredit picture to mr. google..



peserta yang nak ditengok adalah.... mamat bertiga ini...



Actually, kami tak de la layan sangat raja lawak, yela, kadang tu memang tak kelakar lansung la.. melainkan mamat 3 orang ni, dah terbukti kelawakan mereka.. haha.. so, agenda malam ni kul 10 tunggu depan tv ye.. sangap tunggu mereka ni, time tido tu..

Kos mengambil pakej ni?? murah saje kalau tak silap.. dalam RM 12.. aku ingatkan nak buang mana2 pakej yang rasa macam tak best, tapi laki aku plak kata sume best, sume dia nak tengok.. masak la makcik yang bayar bil ni kan.. bil astro aku saje dah RM 112 sebab amik pakej movie, disney, sports, discovery chanel pun ada. Pas tu, semalam dah tambah pakej Mustika jadila RM 126 kalau tak silap.. haa.. tak pela, nanti buang balik pakej ni.. ye ke buang balik, ntah2 melekat je tiap2 bulan.. hehe.. bil start dia caj bulan depan.. bila kita call, cepat je dia dah masukkan. serta merta dah boleh tengok.. kalau nak buang pakej, kena denda RM 10.. bad........

Rancangan tv pun dah 100 lebih kan.. tengok ke?? yang aku tengok selalu tv 3, tv 4 & 5, movie.. yang lain2 tu pusing2 jika tak de rancangan yang best.. macam2 la cara orang bisnes kan, nak tengok tv pun kena bayar.. bukan ke dulu prinsip astro kurang iklan?? tapi sekarang macam berlambak je iklan kat astro. siap kena tax semua.. haih... dunia dunia.. 

p/s: layan imam muda pun best.. malam ni juga :-) 


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails