Monday, January 31, 2011

pam manual avent

Assalamualaikum...

Hari ni kan, mentang2 duduk rumah sensorang kan, tak de keje lain aku ni.. duk ngadap laptop je.. masak pun belum lagi. tadi pagi aku makan megi dan goreng karipap je.. mata ngantuk sebenarnya dengan cuaca yang memang sesuai untuk tido.. tapi perut ni dah lapar.. jap lagi nak masak la.. tiba2 terlupa sesuatu.. alamak, belum pam susu lagi..

pam spectra memang tinggal di ofis la.. yang ada kat rumah pam manual avent.. ada lagi yang manual, pam pakai tangan.. hehe. tapi macam malas plak nak pam pakai tangan kalau pam manual dah ada.. pakai tangan kalau betul2 dah emergency.. mula la aku tercari2 mana la pam avent aku ni.. jeng jeng jeng.. ada dalam kotak polistrene ikan.. memang dalam tu simpan botol2 kosong untuk EBM.. tiba2 je teringat aku dah buang getah2 yang lama.. nasib baik time beli tu memang dia kasi spare part.. tak pakai lagi, dah 2 tahun dah..

yang getah lama tu, aku buang sebab dah ada hitam2 plus kuning2.. may be dah naik kulat.. so hari ni pakai spare part baru.. cuma yang getah massage tu je aku tak beli.. boleh pakai lagi, aku pakai la.. bila pam2, hmmm... not bad la, memang avent adalah pam manual terbaik bagi aku.. cuma penat tangan ngepam, dah lama tak buat exercise macam ni.. hehe..

 dah lama tak pakai, kena jirus air panas la... nak kasi hilang kulat2 tu...

hasil pukul 12.. lambat ngepam hari ni.. boleh la dari tak pam lansung..
 ikutkan hati yang malas ni macam tak sampai hati tak nak pam..
simpanan selepas CNY for my son..
ni stok sehingga hari ini, dari bulan 12 sampai bulan 1.. skit je, 10 botol je.. 
nasib ada, aqil plak dah kurang minum EBM.. tu yang ibu boleh buat stok ni..

okeh.. tu je la nak cerita pasal breastfeed.. dah 2 tahun aku menyusukan aqil ye.. tak sangka tercapai juga hajat ni.. insya-Allah untuk adik2 aqil pun nak pasang niat macam ni..  mudah-mudahan lebih baik kan.. amiinn.. bye. wassalam

kluang dah banjir

Assalamualaikum..

Semalam hujan. Hari ni pun hujan.. tak berenti agaknya hujan ni ye masa tido malam tadi.. Hari ni aku buka FB, tengok2 ayah ada amik gambar, air sungai mengkibol dah melimpah.. pastu, tengok kat FB, pic wall kawan aku yatekhram, lagi la kesian.. dah pindah ke pusat pemindahan sementara dah pun ... huhu.. so sadis la.. nanti dia cite kat blog dia.. so, hajat nak balik kluang camana?? mesti diteruskan la.. ayah kata jalan utama okey.. 



ni gambar amik kat FB ayah.. ayah, curi gambar yek.. hehe.. ayah kata, jambatan sungai mengkibol ni dah hanyut.. tapi kalau tak silap aku, jambatan ni untuk pejalan kaki, so, diorang ada alternatif lain kot nak jalan.. ingat lagi time sekolah tinggi kluang dulu, jalan ni la hari2 aku lalu.. 

kalau ikutkan area rumah aku tak banjir, tanah tinggi sikit. rumah nenek kat kampung melayu tu pun tak banjir, tanah tinggi.. kalau dulu, taman sebelah umah aku selalu gak banjir. tapi sekarang ni tak tahu la banjir ke tak, sebab nya longkang besar dah buat.. yela, hujan 2 hari stret ni, mahu nya tak banjir kan.. aku juga la yang jakunnya nak main air banjir tak dapat.. hehe..

kalau ingat kenangan banjir, yang aku pernah alami masa kat terengganu. rumah arwah mak tok.. kalau balik time cuti sekolah hujung tahun mesti banjir. suka main air banjir tapi kat situ kalau banjir ada LINTAH, sebab belakang rumah ada tali air dekat dengan sawah.. ee.. takut gile sebab lintah tu bertepek dan gigit kat kaki.. siap naik tong dram sebagai rakit lagi.. bila tengok bawah, nampak la lintah tu bertepek2 kat tong drum.. masa tu la menjerit, cepat2 tarik rakit ni, nanti lintah tu naik atas.. masa tu kan ada dengar cerita lintah masuk kot bontot then perut buncit dipenuhi lintah.. huwaa.. tak tahula betul ke tak.. pastu, nak matikan lintah tu, amik garam, tabur atasnya.. maka, habis la garam di rumah main tabur2.. hehe... 

sekarang sume tinggal kenangan.. rumah arwah mak tok pun dah tak de, kena rombak sebab jalan utama nak dibesarkan.. so sekarang, kalau aku balik terengganu, tempat yang dituju adalah rumah adik mama @ mak sedara aku la kan. area tu confirm tak banjir sebab dekat dengan laut.. hmm.. okey la tu je nak cerita.. harap2  hujan ni tak lama kan.. minta2 la esok dah cerah panas terik..   ok, bye wassalam..



p/s: me cuti hari ni.. duk umah je.. dak aqil hantar nursery.. sedap nya leh tido guling2 dalam comforter.. :-)


Sunday, January 30, 2011

aqil terjun tiruk

Assalamualaikum..

Kisahnya.. budak ni semalam terlalu excited nak berjalan.. nak berjalan ke carefour je pun.. tapi, dia mana tahu apa kan.. tahu nya bila ayah pakai baju, ibu siap2 pakai tudung, tanda nak kuar la tu kan.. sian dia, dari tengahari dah siap pakai suar jean, ibu & ayah tak kuar2 juga.. sampai la dia tido dengan baju tu juga waktu petang.. so, lepas isyak semalam, we decide nak kuar la kan.

tengah siap2 tu, budak yang excited ni main lompat2 atas katil.. lompat punya lompat, terketepi.. masa tu aku membelakang kan dia, tengah nak cari t-shirt apa nak pakai.. ayahnya dah turun ke bawah.. tiba2, sekilas aku pandang belakang je, dia tengah jatuh. maknanya anak aku ni jatuh depan mata aku.. ya Allah, punya la cuak gile sebab masa dia jatuh tu, kepala dulu, tengkok dia macam terpusing camana ntah tak reti nak explain.. aku ingat dah patah tengkok dah..

terus aku angkat dia.. menangis kuat gile.. time tu tengok bibir atas dia dah berdarah..  risau nya aku.. bersalah sangat, sampai hari ni terbayang2 cara dia jatuh tu.. sebab selalu nya kalau dia cedera kat mulut tu, dia kadang tu tersengguk pun boleh berdarah bibir atas.. kesimpulannya memang bibir atas dia tu selalu pecah la.. sampai dah bertanda lebam atas bibir tu..

pastu, aku amik ais batu, suruh dia jilat2.. time ni tengok hidung dia plak berdarah.. aku lap2, ada juga kesan darah.. budakkan, mana tahu nak reti diam.. aku tuam ais kat bibir dia suka la jilat2, kat hidung tu dia tak kasi nak tuam.. masa dia nangis jatuh tu, dia tak hirau mulut yang berdarah ni, nangis sebab dah dengar ayah buka pintu. siap cakap nak ikut ayah.. eee.. budak ni, time sakit2 pun nak berjalan...

ayahnya siap cakap, aqil ni kalau duduk ngan ibu mesti ada je jatuh la itu la ini la.. amboi.. sedapnya mulut.. tu maknanya, anak aku ni memang aku yang jaga 24 jam!! huh.. tapi adalah kurang daripada 10 aqil jatuh mulut berdarah.. banyak kali kan.. takut nanti kalau gigi kekal nak tumbuh, takut tak cantik je..

so, end up. kami pegi juga la carefour.. dalam keta tu asyik tengok2 aqil je. takut ada kecedaraan lain.. selak2 baju dia tengok2 kot lebam2 kat mana ke kan.. tapi hidung dia berdarah lagi..  balik je lepas makan, terus jolok hidung dia dengan cotton bud yang dah dicelup dengan minyak gamat. nasib baik dia ok, kasi je ibu main hidung dia.. pas tu, nenen, terus tido..

alahai anak.. ibu mana yang suka tengok anak dia jatuh.. ni pagi ni pun jalan hencut je, siap tunjuk kaki dia yang sakit sebab jari kelinking dia tu bengkak balik.. ada kuku baru tumbuh.. camana nak buat ni.. huhu.. macam2 la aqil ni.. harap aqil tak de apa2 ye.. pagi ni juga, mulut atas dia macam muncung je.. sian anak ibu.. maafkan ibu ye aqil.. i love you.. 


 ni gambar di kfc...nangis nak main game kat belakang tu..

 tengok bibir atas dia, bengkak kan.. sian, ceria dalam kesakitan..

 tengok kat side burg dia tu, ada merah .. tu pun kesan jatuh tu..

ni la hero ku.. anak laki kan, kalau tak jatuh, bukan la hero namanya..
main jilat2 meja kfc.. ee.. geram, notty ye..

ok, wassalam...


Saturday, January 29, 2011

lamb steak grill sendiri :-)

Assalamualaikum..

Ni cerita dua hari lepas.. hehe.. dah lama kot tak makan steak kat luar.. tiba2 ada kawan jual lamb yang dah marinated.. sedap ke tak ye.. try la beli.. satu polistrene tu ada dua keping daging.. RM 10.. balik kena grill sendiri la.. cubaan memasak menggunakan non stick fry pan je.. hehe.. alhamdulillah jadi juga la.. hehe.. 

kenapa suka lamb steak?? sebab suka dekat lemak2 yang lembik tu.. manis sangat.. hehe... tapi kolestrol mesti tinggi kan.. ok, ni lah hasil steak buatan sendiri.. grill aje ye.. yang bahan2 marinate tu tak tahu nak buat..


 yang ada telur ni, rekaan hasben aku la.. salad tak de.. tapi boleh la.. agaknya kat restoran tu, diorang beli yang dah siap marinate agaknye.. hehe..

yang ni aku punya.. sos black papper tu pun dia kasi juga...
aqil makan apa?? makan nugget dua ketul .. hehe.. beria dia makan dengan garfu bila tengok ayah & ibu makan pakai pisau dan garfu bagai.. hehe

ok, itu je nak story.. hehe.. lain kali boleh buat sendiri je. daging dia plak lembut juga, tempoh memasak nya dalam 15-20 minit la, mula2 tak reti juga sampai bila la dia nak masak ni, agak2 aje.. bila makan, ada juga part yang liat skit.. tapi, overall not bad.. boleh beli lagi...

nasi lemak ku

Assalamualaikum..

Selamat pagi :-) dah pukul 11 tapi mendung jek.. sebelum aku menguruskan hal rumah tangga, elok la aku update belog ku ini..hehe.. konon2 nak balik kampung hari ni kan, tak kira la kampung mana dulu kan, tup2 cik abe tak dapat cuti isnin.. hmm.. nak wat camana. saya yang menurut perintah.. Jadi, mungkin balik kluang hari selasa.. hari selasa tu cuti hari wilayah. tu yang amik direct tu..

Pagi ni, aku masak nasi lemak.. apa punya spoil la santan yang dikatakan segar tu macam tak rasa santan pun. tu yang aku malas pakai santan segar kang tetiba dapat yang masam la, yang rasa macam tengik pun ada.. kalau pakai santan kotak plak, orang kata tak ori la, tak best la, rasa lain la.. tapi, selama aku masak pakai santan kotak, rasanya ok jek.. huhu..

tapi tak pela, ada sambal dengan ikan bilis goreng, telur goreng dan  timun yang boleh cover ketaksedapan tu.. huhu.. dah la masak 2 sret (pakai tong tupperware).. ada lagi berbaki nasi lemak tu.. so, tengahari tak fikir lagi nak masak apa.. lambat skit la makan.. hehe..

ok.. dah.. hepi weken!!!

Friday, January 28, 2011

pindah randah

Assalamualaikum..

hari ni lambat update blog.. banyak hal nak kena settle. hari ni aku decide untuk naik juga ke tingkat 14.. pindah randah la pulak hari ni.. sakit pinggang.. dulu duduk dalam bilik, sekarang duduk kat partition.. untuk sementara waktu kena duduk kat tempat teknisyen. report dah la melambak gile. memang tak selesa duduk sini..

 barang tengah kelam kabut...

ni la tempat baru aku.. sempit.. 

tak pela, sementara menunggu renovation, duduk la yang mana2 patut. tapi still tak puas hati.. :-/ tempat aku yang sebenar2 nya orang lain duduk. tak nak gerak plak tu. barang2 pun kena jaga elok2, yela, kan tempat ni macam expose kan. orang lalu lalang ntah sape2 kang takut ada yang panjang tangan. bukan orang sini la, orang lain.. hehe.. dulu duduk dalam bilik tu beg atas meja pun tak heran sangat.. sape la nak amik.. hmm.. aku plak bukan jenis yang sume nak kena kunci, leceh la..

tak pela, sabar jela. janji sebulan. tengok je la camana progress..

bye.



Thursday, January 27, 2011

jamuan makan dari Restoran Saba', Setiawanga.

Assalamualaikum..

Hari ni tengahari ku ditaja.. hehe.. hari ni ada one of the bosses belanja lunch. tapi makan di opis saje.. makan nasi arab tadi dari Saba' Restoran di Setiawangsa.. belanja sebab anak nya dapat masuk sekolah asrama penuh.. terima kasih.. kenyang juga la hari ini.. internet pun slow juga hari ini. so, aku buka picnik asyik lembab je.. so, tak de edit2 picture hari ni yeah..

 ni my unit-mate.. niza and yanti..

 the dishes

 kek dari fruity, sponsered by my unit..

 me.. hehe.. masuk juga..

 my bos yang kanan tu..

 barisan PP (except yanti) yang ceria nak menjamu selera..

 makan sume!!

 en yusof yang tengah tu yang belanja..

 konon candid.. hehe..

kak liza pengurus majlis.. hehe

haa.. punya la banyak gambar si yanti ni amik.. aku nak letak kat FB tak boleh, tunggu malam la baru boleh upload gambar.. kenyang.. banyak gile nasi arab tu, sedap.. lembut je ayam nya.. so, tengahari duduk bertapa di opis saje.. dah dua hari gaji, aku belum memulakan sebarang transaksi.. huhu.. banyak benda kena buat.. tak pela lambat2 sikit, baru terasa ada duit kan. even duit orang.. hehe..

dah. bye. wassalam..

malang tidak berbau

Assalamualaikum..

Pagi ni ada kejadian sadis sikit la untuk aku.. kereta kancil aku kena langgar kat belakang.. kejadian berlaku depan opis aku, depan maju junction ni la.. punya la nak 'hulur2' tukar line, BAMMM.. kena sebijik.. masa tu trafik light dah hijau, keta motor sume tengah press laju kan, sume nak punch kad weih... kebetulan depan aku ni ada MYVi terkedek2 nak ketepi. nasib baik aku nampak yang depan ni terkedek2 kan. kalau tak, dah langgar bontot MYVi plak.. tengah brek tu, tiba motor pulak dah langgar belakang.. ni ha tengok la kekreatifan aku ni melukis kat paint. hehe..

anak panah merah: keta aku yang menuju ke maju junction nak hantar aku  ke opis
anak panah hijau: motor yang malang
bulat purple: keta myV terkedek2

hasilnya.. lampu kanan pecah.. tinggal tanda hitam kat bumper..
 agak2 nya lepas polish hilang la ni kan.. tak de kemek apa, cuma pecah lampu je la..

keta tak sampai sebulan cat baru.. dah bertanda balik.. mamat motor tu pulak polis DBKL. muka dia pun macam blur.. tak de jatuh apa pun, cuma dia tak sempat brek kot. yang pecah nya dia punya sayap motor tu.. ada la nampak berterabur kat jalan.. perasaan aku, badan ketar jap. perasaan laki aku, menggelabah la kot.. fisrt time kot jadi macam ni. LEPAS NI, KENA HATI2 LA.. ayat bebel seterusnya, sambung sendiri :-)

oleh itu, sejarah mencatatkan lampu kereta belakang aku dua2 dah pecah.. satu aku yang bawa kena langgar motor juga kat kg baru. satu, kes hari ni.. lampu belah kiri dulu aku ganti yang tak ori punya.. dalam belas2 kot harganya.. yang ni plak, bila la nak ganti.. sape salah?? ntah le, diri sendiri kot salah.. malas nak cakap sape2 salah. dah malang tak berbau.. tapi rasanya tadi dah baca doa naik kenderaan.. tak pela, tak de rezeki agaknya.. sebagai peringatan untuk kami.. 

sekian, wassalam..


Wednesday, January 26, 2011

sabar itu separuh daripada iman

Assalamualaikum..

Actually, tak de cerita nak merepek pagi ni.. tapi nak merepek juga la kan :-) hari ni feeling tak best. ngantuk. penat. apa ku buat malam tadi?? hehe.. budak kecik aqil tu berjaga malam pulak. dia tido awal, kul 9 lebih dah tido, pastu tengah malam bangun nangis2.. mimpi apa lah agaknya.. beria nangis.. may be semalam sebelum tido, ayah dia takutkan dia dengan bunyi "tin tin tin" penjual roti.. tu pun dia boleh takut eh?? hehe. ye la, yang menakutkan dia mesti la kasi baik punya ketakutan. tak baik tau ayah takut2 kan anak.. Dia dah kenal erti takut tau.. tengok iklan cerita seram, tiba2 je HANTU.. mana ko belajar ni Qil.. tengok cite katun yang ada rupa buruk sikit pun dah tahu takut.. hehe.. ikut sape la ni.. 

tadi, aku pegi bank kejap. betul sekejap je, memang tak de menyinggah ke lain.. so dah akhir bulan ni, mesti dah dapat gaji kan? orang gomen, semalam dah dapat gaji selepas penantian yang menyeksakan hampir sebulan lima hari tu kan?? hehe.. lepas ni, siap la membayar segala keperluan. yang tinggal pun memang cukup2 makan saje..  dah la nak balik cuti raya cina lagi. orang lain raya kita pun nak raya juga kan.. hehe.. so, kena bajet betul2.. gaji januari ni, aku adalah tambah sikit pembaharuan.. yang sepatutnya dah lama aku buat, tapi tahun ni la aku baru nak buat.. harap2 konsisten dan mendapat keberkatan.. 

tahun awal ini juga, aku ada nak tutup 'lubang2'.. harap2 plan kali ini berjaya dan aku memilih jalan yang benar.. dapatlah memanjangkan langkah kami nanti :-) harap2 lepas la.. hehe.. duduk di bandar ni, memang sangat mencabar dari segi ekonomi dan sosial.. antara kehendak dan keperluan mana satu yang perlu. yang perlu tu memang perlu la kan. yang hendak tu bagaimana? pada pendapat aku, yang hendak tu, memang boleh dapat. tapi bersabar. kalau ikutkan aku ni, memang dah lama aku bersabar!! tunggu menggelupur je NAK.. tapi, ukur baju di badan sendiri.. SABAR LAGI.. tunggulah, satu masa yang stabil pasti akan tiba.. 

sebenarnya, dah banyak benda juga la aku NAK, kadang2 tu terlepas juga di telinga laki aku, aku duk berzikir  " KALAU KITA...." tu je la keje aku.. hehe.. kadang2 bukan tak nak faham, FAHAM, FAHAM SANGAT, tapi, kalau aku bercakap tu, aku harap satu hari aku akan dapat juga.. hehe. ok la.. ntah apa yang aku mengarut ni.. sabar ye kawan2.. tak kisah la dari segi wang ke, dari segi anak ke, karenah manusia.. yang penting SABAR.. SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN :-)




Tuesday, January 25, 2011

aktivitinya selepas balik dari nursery

Assalamualaikum..

Mari kita tengok aktiviti aqil selepas balik dari taska... selalunya, lepas balik dari taska/school/nursery nya tu, perkara pertama dan paling utama yang dikejar adalah ibu nya.. nak nenen.. perkara ni adalah perkara yang harus ku settle secepat mungkin, sebab ketagihannya amatlah melampau sekarang ni.. kalau ada orang melayan main macam ayahnya, boleh  la aku buat kerja sikit2 kan.. kalau tak de orang, dengan ibu nya sekali disuruh baring nak nenen. pas tu jenis yang nak bergayut jek.. sampai la time tido, kalau tak de nenen, memang tak akan tido kecuali apabila dah di babap oleh ayahnya.. tido la dengan sedu2 tu... kesian pulak kan, ibu mengalah juga akhirnya..


kegemarannya sekarang suka tengok kartun. salah satunya sponge bob dan mr bean yang terbaru.. aku terpaksa berkorban cerita tiramisu.. ee.. geram betul kena berebut tv ni.. 

time ibu mengaji, dia pun sibuk nak juga. yasim dia panggil.. hehe..ibu kasi la buku lain.. bila buka buku, nyanyi lagu ABC dia tu.. tiba2 je dah sampai O P Q.. hehe.. dah pandai baca doa makan. BARIK TANA AMIN.. cepat betul menyerap umur budak2 macam ni kan.. even pelat tapi kita faham la apa yang dia cakap tu..

lepas ibu mengaji, suapkan dia makan nasi.. aqil suka sangat nasi berkuah.. so, semalam makan nasi  kuah ikan singgang.. dia suka sangat. sampai la jadi seperti gambar di atas.. banyak betul dia makan..
at last, sambil tengok tv dan having his favourite 'milk', terus zzzz.. 

awal dia tido semalam. tapi kegembiraan ibu untuk ber FB hanya la sementara..huhu.. lepas tunggu ayahnya balik dari surau, kami sempat makan, tiba2, pukul 10.30 kalau tak silap, budak ni bangun dengan cergasnya..  bawa naik ke bilik, main telefon dalam gelap.. terus panggil penyelamat untuk tidokan budak ni.. tu la jadi kisah menenen tak nak lepas tu.. sejam aku tunggu nak sembahyang isyak, ingatkan dia boleh tido balik, tak de nya.. main telefon  dan bergayut lama2.. aqil aqil.. dah besar dah sayang ooii.. bila la nak stop BF ni... 

okla.. nanti sambung lagi ye.. bye.. wassalam :-)

Monday, January 24, 2011

dinner with family at Muara again..

Assalamualaikum..

ni cerita sehari selepas bday aqil.. hari jumaat tu aku cuti, hasben aku tak cuti.. so, on that day, my parents nak pergi tido klang pulak.. may be dia boring kot duk kl ni, jalan jem sume. plus tak de gi mana2 kan.. ayah aku ni, kalau datang kl, bukan boleh duduk dalam umah, mesti nak kuar jalan2 kan.. plus, belum gaji lagi, so dudukla bertapa dalam rumah main dengan cucu2 sahaja.. hehe..

nak dijadikan cerita, sedang aku duduk berdua-duaan dengan aqil,hasben aku pun balik keje.. may be dia tengok muka aku sedih je.. huhu.. berlakon skit je dah kena tipu.. kuikuikui.. tak dela, ntah kenapa memang aku selsema, terus effect kat muka.. haha.. tiba2, ayah call.. jomla datang kelang.. jap eh, kena tanya cik abe dulu.. tiba2.. jawapannya, haa.. jom.. yeay!! eh, cepat2 kemas rumah, mandi sume.. kang berubah plak mood dia.. hehe..

so, berangkat la kami ke kelang, tido sana.. tiba2, ayahnda membawa kami makan di Muara ikan bakar.. haha.. dapat lepas geram sebab hari tu, tak dapat join makan kan.. nasib baik malam tu macam dah kenyang sikit,so nafsu makan ni under control.. hehe.. ada udang, sotong, kerang dan ketam..

 interframe tudung baru.. hehe... mama kasi.. tq ma..

 adik affan.. tomei nya..

aiman aauuummm..

 sotong celup tepung..

 udang goreng..

 sayur kailan..

 ketam berlada..

licin..

tapikan, kalau nak buat sendiri pun boleh kan. beli sea food the makan ramai2.. lagi banyak dapat.. tq ayah!! moga lebih murah rezeki ye.. amin.. so we have fun on that day.. esoknya kitorang balik kl, ayah pun balik kluang hari sabtu.. end of weekend kami.. ahadnye hanya makan tido je di rumah.. hehe.. ok dah.. bye. wassalam..



cerita birthday aqil - penutup :-)

Assalamualaikum..

hari ni lambat sangat nak update blog.. biasala mood isnin. banyak keje nak kena settle.. huwaa.. tadi dah berarak ke cimb bank untuk mencari sesuatu.. melecet kaki guwe.. walau bagaimana pun, blog harus di update.. kan tahun depan target nak masuk paper, nak capai sasaran 12k sebulan tu.. hahaha.. berangan je lebih...

okey2.. ni nak cerita pasal birthday aqil lagi.. haha.. sila la jangan muntah yek.. birthday nya setahun sekali je.. tahun depan lain pulak ceritanya. ibaratnya, kalau birthday aqil ni, mesti la ceritanya tak habis2 sehingga penutup bulan januari.. hehe.. tu belum masuk berita beday mak dia plak.. kekeke...

okey2.. jom tengok hadiah apa yang aqil dapat. terima kasih banyak pada atok & tok ma, mak2 sedara aqil dan nenek sedara aqil yang kasi hadiah ni!! ibu aqil tak kasi lagi.. ala, selalu dah kasi aqil hadiah kan :-) kek beday tu hadiah ibu la tu.. hehe..

 abang aiman kasi pistol... suka dia..

tok ma kasi pool.. ni pun dia suka.. kang balik kluang, boleh main dengan aiman.
main sorang2 tak best..
ni tuala katak.. tak boleh edit la plak.. hehe.. nek jun kasi.. ibu yang over, cute sangat .. hehe
mekacih nek jun, buat susah2 je..
ni plak doodler mak ida kasi.. suka dia main tulis2.. ibu pun tumpang tulis juga.. 
mekacih mak ida..

okey tu je hadiah aqil dapat.. alhamdulillah, tak payah dah ibu beli hadiah2 aqil plak.. ibu dan ayah dalam proses mengukuhkan kewangan, so kena jimat2 sikit.. hehe.. nanti kita dah stable, kita beli macam2 ye aqil :-) insya-Allah.. amin.. itu sahaja cerita birthday aqil untuk tahun ke dua.. habis sudah .. bye!! wassalam.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails