Friday, December 30, 2011

riuh macam nak raya..

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat semua. hari ni dah hari ke 23 aku berpantang dan melahirkan Aisyah.. Asyik cite pasal masalah aku je kan.. tak habis2.. tapi nak gak bagitau, jaundis aisyah ada turun sikit hari ni.. harap2 berterusan la turun.. tadi pegi cucuk kaki @ amik darah dia, result 9.5.. next cucuk kaki hari ahad ni.. lepas balik dari klinik tadi, terus aku macam bersemangat cepat la baik anak aku ni.. Aku pun dah pegi klinik tadi pagi.. perihal bengkak di ketiak aku tu ler.. doktor cakap bengkak disebabkan urat susu.. tapi yang berkumpul jadi bengkak tu bukan susu, may be angin ke apa ntah aku tak ingat dah doktor tu cakap apa.. huhu.. so dapat la ubat demam, antibitik yang tak boleh skip dan ubat bengkak.. kena makan sampai habis.. now, aku rasa macam dah sihat. dan aku dah boleh mandi tadi. kalau tak, memang 3 hari la aku tak mandi.. haha.. bukan saje2 eh, tapi memang tak boleh kena air, mengigil..

Semalam, aku sendiri call makcik urut tu minta datang urut.. adoi sakit sangat bila dia urut tempat bengkak tu.. tapi dalam hati aku, boleh ke urut ek? yela benda tu macam otot/kelenjar. kang jadi makin teruk pulak.. sakit yang bukan calang2 even makcik tu kata dia tak tekan kuat pun.. fuh, berkerut2 menahan sakit.. harap2 lepas makan ubat doktor kasi, akan berkurangan la bengkak ni.. amin...

Sekarang ni, rumah aku dah macam nak raya dah.. adik beradik sume dah balik kecuali yang duduk dekat tak balik lagi.. al-maklum la adik aku nak bertunang.. dah gaya nak menikah pun ada.. siap ada pelamin bagai... nak aku publish kat FB dia kata tak suprise.. hmm.. buat penat aku posing je..

Aqil pulak dah ada kawan.. maknanya dia tak kacau dah tok ma dan atok dia, cuma letih kedengaran berebut nak main game/ menangis tak dapat main.. itu budak kan kaki conquer..ada kemut sikit.. nak pujuk dia makan dan mandi pun senang sikit sebab boleh compare dengan aiman. aiman mandi dia pun join.. senang gitu. ni dia ikut kak long aku gi jalan.. 

 aqil dah jumpa kawan.. sian dia boring tak de kawan, tu yang buat perangai tu...

 budak setahun setengah belum pandai cakap  ni dah pandai main game.. unbelieveable.. but believe it..

 aksi triple A..

mak teh nak bergambar juga. muka tak berapa nak ceria terpaksa di blurkan.. hehe..

Okey.. tu je la cite aku yang tak de la best mana.. hehe.. tapi hujung minggu ni pasti sibuk untuk kami sekeluarga.. selamat berhujung minggu kawan2..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails