Friday, November 4, 2011

lunch semalam yang sadis

Assalamualaikum..

Ni cite semalam.. Punyala susah nak decide nak makan kat mana waktu lunch, tiba2 ternampak kedai baru kat opis ni.. Restoran nasi padang namanya.. kami ni saje la nak try kat situ.. ok, masuk2 tak reti pulak nak pilih camana lauk padang ni.. Kami ada 7 orang, mula2 decide sorang amik la satu lauk.. tiba2, terpikir balik, banyak plak lauk ni.. okey la, korang pilih la 4 lauk je.. mula2 kata boleh letak lauk campur, pastu tak boleh pulak. tu yang amik lauk sepiring2 tu..

Sekali, lauk yang datang alahai ciputnya sepiring.. dah la harga MAHAL. sepiring (piring air kopi) tu dalam RM7.. rupanya amat sadis untuk kami 7 orang ni makan.. ok, tambah lagi la lauk 2 jenis.. Now, lauk2 yang dah ada ada 6 piring.. Masak lemak ikan jenahak, udang sambal petai, sayur sawi, ikan bilis dan kentang berlada, daging cili hijau.. Ada juga order sup ayam, tapi tak siap2 walhal nasi dah habis, terus cancel..

Jadi, makan la kami secara bercatu.. sorang amik sehelai sayur, secubit ikan jenahak.. adoi, kesian betul.. apa ke mahal sangat lauk nasi padang ni. ingat orang malaysia ni sume kaya-kaya ke? sepiring lauk seciput RM 7?? choi la ko kedai.. lauknya boleh tahan sedap, ada rasa.. tapi kesian la dapat makan sorang seciput..

 sabar menanti hidangan..

 eksyen air orang.. padahal sendiri minum air suam je.. nak jimat. hehe

 ikan jenahak seketul untuk dikongsi 7 orang dan sayur sawi..

 lauk2 yang ciput..

jemput makan semua.. 

So, lain kali nak makan boleh, tapi kena spend banyak kat sini.. tapi, tak pegi dah kot. huhu.. 

ok, bye.. wassalam


5 comments:

ejaMaria said...

lerrr... siannye... kedai kat mana ni?... nak gak tau rasa sedap kedai dia tu..

eh... tapi jgn letak nama kedai kat sini... karang tak pasal2 kena saman... hehehe

Amiizaa2001 said...

alahai nama jerk nasi padang, tp lauknya lauk org m'sia. kalau ala-ala masakan padang pelik sket menunya :):)

Me, Myself & I said...

adesh...kesiannya tgk gambar yang last tue...mmg betul2 ciput...kikikiki...

Suliana said...

kak maria,
kedai lintas jalan depan maju ni.. cer tgk ada kedai baru :-)

kak mieza,
oo ye ke.. tu la, jarang mkn masakan padang ni.. hehe

me,myself & i,
tu la.. dah tgh bulan, mkn pun bajet2, tapi terkena juga. hehe

misscha said...

sy sedih jugakk...huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails