Monday, November 7, 2011

kesepian

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood raya haji dan mood bercuti.. Aku masih lagi di kampung, ada adik beradik ku yang dah berangkat pulang ke KL hari ni, tinggallah kami tiga beradik di rumah ni.. Dah senyap sunyi kejap.. sume mengadap laptop masing2 dan anakku telah meng'conquer' galaxy tab atoknya... sebelum ni berebut2 main game dengan aiman.. huhu.. sekarang, aqil berebut dengan ayah dia pulak.. huhu..

Aku tengok, blogspot ni pun senyap sunyi je tak de orang update.. Aku ni pun mengharapkan 'bahan bacaan' dari blogger yang lain, sekali tu ciput je yang update. hehe.. boring la.. korang kumpul cerita nak update esok lusa eh? hehe.. aku pun pemalas juga nak update time2 cuti ni, tapi tak pela, ada free time aku up juga la entry   skit.. hehe.. 


Ni gambar raya haji kami.. hehe.. pakai baju raya syawal yang lalu.. aku tak de la baju raya ye, pakai gaun mengandung ni pun dah kira rajin dah.. kalau ikutkan nak pakai t-shirt / baju kelawar je.. tapi sebab nak gi rumah nenek, terpaksa juga menyarung baju 'raya' ni.. hehe.. kami tak jalan mana pun, pegi rumah nenek je, hantar nasi dagang dan menikmati hidangan nasi jagung, ayam masak merah di rumah nenek.. Mak aku masak nasi dagang.. kira banyak la lauk pauk di hari raya ni.. jiran sana sini menghantar juadah.. penuh semeja..

Okey tu je la sedikit sebanyak cerita ku di hari raya haji ni.. cite lain nanti aku kumpul satu entry penuh ye.. malas nak transfer gambar dari handphone.. huhu.. Ok, selamat kembali bekerja pada kawan2 yang akan bekerja esok.. Hati2 di jalan raya ye.. bye.. wassalam


3 comments:

misscha said...

selamat bercuti!!...

lynn said...

muka abg zaki mcm kena paksa amek gmbr. haha.

Suliana said...

misscha,

tq..

along,
mmg pun kena paksa. hehe.. muka boring..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails