Friday, November 4, 2011

3rd annniversary in advance

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! dah 4 November hari ni.. hari jumaat, hujan subuh.. tak tahu la hujan dari malam tadi ke, atau subuh baru hujan.. mandi pun sejuk sangat.. huhu..

Esok, 5 November adalah anniversary ku di jabatan kerajaan ini!! anniversary yang ke 3.. ada kawan2 yang dah pun meraikan anniversary mereka pada 29 Nov yang lepas.. hehe.. Anyway, tahniah kuucapkan untuk diri sendiri dan juga kepada kawan2 yang lain.. Dah 3 tahun berkhidmat di sektor kerajaan.. Alhamdulillah, tahun2 yang seronok untuk ditempuhi ^_^. Walaupun pada tahun yang pertama agak kelembapan tapi tahun2 seterusnya okey la.. Boleh la walau pun tak dapat nak buat kerja hakiki.. Gitu la sektor kerajaan ni, tak semestinya apa yang kita suka, kita dapat.. semua kerja kena rasa dan buat walau pun kita tak belajar benda tu.. Mana tahu, lepas2 ni kena tukar ntah ceruk mana, sape yang tahu kan.. harap2 tak de la macam tu, tapi kalau dah Saya Yang Menurut Perintah, terpaksala hadap, demi membantu mencari rezeki untuk keluarga...

Anyway, dah 3 tahun ni, mesti la banyak benefit yang dah boleh pakai.. hehe.. yang best nya duit gaji insya-Allah dah tak payah potong KWSP, solid dapat.. yuhuu.. boleh la nak saving2 sikit kan.. hehe.. Rezeki anak2.. Semoga lepas ni akan lebih success lagi dan menjadi seorang pekerja yang berwibawa :-)

Okeyla, membebel pulak pagi2 ni.. Esok nak balik kampung raya haji.. Ingat nak buat kek la malam ni nak bawa balik kampung.. kalau  tak penat la.. hehe.. tata.. wassalam :-)

5 comments:

misscha said...

motivasi yg tinggi....amik sikit feelllll "Semoga lepas ni akan lebih success lagi dan menjadi seorang pekerja yang berwibawa :-)"

mari menuju kejayaan!

ejaMaria said...

tak tau lagi skim 'SPBA' yg akan datang ni mcm mana... mudah-mudahan murah rezeki utk semua kakitangan kerajaan... Amin...

Syahada Ahmad said...

Hepi anniversary Sue. Bagus betul sue ni, siap buatkan entry anniversary keje, hihihi....
Semoga success selalu.

joyahsport said...

slamat balik kg...

Suliana said...

misscha,

insylh!! :-)

kak maria,
yela,mudah2an murah rezeki kita semua..

sya,
mekaceh.. su ni klu bab2 date ni igt aje :-)

joyah,
tq..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails